CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Sehati Berdansa 2 [TAHNIAH! LISDA & FAUZI]

[Copy link]
Post time 8-11-2008 10:31 PM | Show all posts
tarian kali ni ... ok la
not bad ...
cuma time pasangan jamal n wife dia
agak slow sket ...

lelain ok la ...
kira puas ati gak ler
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2008 10:28 AM | Show all posts
aku rasa baik ler pasangan mazin & anisa tu tarik diri jer..demi keselamatan diri anisa & juga baby... dah ler lambat nak pregnant kannnn..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2008 10:01 AM | Show all posts
kemain lagi eh

si fauzi nari

cayalah!
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2008 10:17 AM | Show all posts
aku mati2 ingat di anisa tu dah beranak pinak dgn badan yg cam tu.......rupa2nya baru mengandung anak sulung.....

masya alllah......belum beranak dah bdn cam tu....kalu dah beranak nanti lagi la......

neway anisa ni masa sblum kawin punya la slim world......lawa!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2008 11:11 AM | Show all posts

Ani Mayuni best pulak
Lisdawati & Fauzi pun best

Paling menyampah, Sabrina tu... tak best pun, lepas tu sibuk nak buat stunt sana sini
Menarinya sikit je, itupun juri bagi markah tinggi
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2008 01:58 PM | Show all posts
soo...sape yg kuar smalm ek?leh gtau tak..aku miss smalam...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-11-2008 02:13 PM | Show all posts
Sehati Berdansa: Pasangan Jamal dan Ida kecewa tersingkir diminggu ke-3

Oleh NURUL AIN MOHD. HUSSAIN

MINGGU ketiga bagi musim kedua program realiti tarian melibatkan selebriti dan pasangan masing-masing, Sehati Berdansa menyaksikan pasangan Jamal Jamaluddin dan isteri, Noor Faridah Mohd Noor , mengikut jejak langkah dua pasangan yang disingkirkan sebelum ini.

Dua pasangan yang telah tersingkir lebih awal adalah bekas pemain bola sepak Selangor, Shahril Arsat dan isteri, Noraini Morat dan vokalis kumpulan Def Geb C, Mohd Asid Ahmad atau Ashed dan isteri Sharifah Noor Shima Syed Masnu atau Shima.

Jamal Jamaluddin yang juga deejay terkenal di Sinar FM dan pasangannya, Ida menerima markah keseluruhan yang terendah 40.71 peratus berbanding tujuh pasangan yang lain.

Jamal kecewa tersingkir di minggu ketiga

Mengulas mengenai penyingkiran mereka, Jamal mengakui dia isterinya sangat kecewa, kerana tersingkir pada minggu ketiga program ini.


Jamal dan Ida kecewa kerana tersingkir di minggu ketiga Sehati Berdansa. (foto oleh AIDA ISMAIL)

Menurut Jamal beliau menjangkakan mereka dapat bertahan sehingga minggu ketiga atau keempat namun nyata tuah tidak memihak kepada pasangan ini.

“Kami hanya mampu menyumbang sebanyak RM3,000 kepada persatuan yang kami wakili, walapun kecewa. Saya tetap berpuas hati dengan apa yang telah dipersembahakan selama hampir tiga minggu kami menyertai program ini,” katanya yang ditemui sejurus selepas penyingkiran pada program yang dihoskan oleh Linda Onn dan Fahrin Ahmad.

Menurut Jamal apa yang kurang difahami sepanjang berada dalam program tersebut adalah kritikan daripada juri.

"Saya kurang jelas dengan apa yang juri katakan, mereka mengkritik dengan mengatakan persembahan kami jujur, kurang bagus namun penghujahannya kurang difahami.

"Kami kurang jelas dari sudut mana yang kurang dan perkara yang perlu diperbaiki. Saya rasa juri patut diberi masa yang lebih untuk mengkritik dengan lebih jelas agar peserta faham dan cuba memperbaiki aspek yang dikehendaki," katanya.

Jamal yang juga peminat fanatik pemain bola keranjang Amerika Syarikat, Michael Jordan berkata dia dan isteri menerima dengan terbuka penyingkiran mereka.

“Kami terima dengan terbuka, keputusan SMS sukar nak dijangka. Namun program ini memang banyak beri pendedahan kepada kami.

"Banyak yang kami pelajari tentang bidang tarian dan ia satu pendedahan yang cukup bagus kepada kami,” katanya.

Jelasnya penyertaannya dalam program ini banyak membawa perubahan positif kepada dia dan isteri.

”Kami semakin rapat kerana banyak menghabiskan masa dihabiskan ketika membuat latihan brsama. Jika sebelum ini masa kerja kami berbeza tapi bila menyertai program ini kami bertemu dan menghabiskan masa membuat latihan hampir setiap hari. Ini satu perubahan yang baik kepada kami,” ulas Jamal yang pernah menjadi deejay di Radio ERA.

Namun bagi Jamal ada perkara yang terpaksa dikorbankan apabila mereka menyertai prgoram ini.

”Cuma saya agak terkilan sebab banyak masa dihabiskan untuk program ini hingga masa bersama puteri tunggal kami agak terbatas. Jadi dengan penyingkiran ini saya dan Ida dan tumpukan sepenuh perhatian kepada dia,” kata ayah kepada Marissa yang baru berusia 15 bulan ini.

Prgoram Sehati Berdansa musim kedua ini masih lagi mengekalkan konsep pemarkahan yang sama, di mana 50 peratus markah diberi oleh juri professional manakala 50 peratus lagi berdasarkan undian SMS penonton.

Juri tetap program ini adalah koreografer terkenal Linda Jasmine dan Hamzah Mohd Tahir manakala Michael Xavier Voon, pensyarah dari Sunway University College dipilih sebagai juri jemputan minggu ini, bersesuaian dengan tema tarian minggu ini iaitu Hip Hop.

Rancangan terbitan Astro Ria ini masih mengekalkan konsep yang sama di mana 10 pasangan selebriti akan dibimbing oleh koreographer masing-masing dan pada setiap minggu mereka akan diberikan tema tarian yang berbeza untuk dipersembahkan pada konsert mingguan iaitu ‘Malam Sehati Berdansa’.

Istimewanya program ini adalah setiap pasangan yang menyertainya turut mewakili badan-badan kebajikan tertentu di mana pada setiap minggu peserta akan menyumbang RM1,000 selama mereka kekal dalam program ini.

Pasangan Jamal dan Ida yang tersingkir minggu ini mewakili Pusat Kebangsaan Autism Malaysia.

Tujuh pasangan lain ialah Khai dan Rosma (Yayasan Kebajikan Haiwan Kebangsaan Malaysia), Sabrina Ali dan Shahrin (Persatuan Kesihatan Mental Malaysia), Ani Maiyuni dan Zairi (Majlis Kanser Nasional), Jamal Jamaludin dan Faridah (Pusat Kebangsaan Autism Malaysia), Sasha Saidin dan Salyo (Persatuan Diabetes Malaysia), Amyza Aznan dan Khairil (Yayasan Penyakit Alzheimer Malaysia), Lisdawati dan Fauzi Nawawi (Rumah Nur Salam) serta Mazin dan Anisa (Persekutuan Orang Pekak Malaysia).

Konsep Hip-Hop

Minggu ketiga Sehati Berdansa kali ini memilih tema Hip-Hop sebagai temanya yang mana terdapat beberapa pasangan yang telah mempamerkan tarian yang agak kaku kerana pergerakan irama yang rancak dan gerak tari yang agak sukar dilakukan.

Secara keseluruhannya, persembahan minggu ini agak merosot sedikit berbanding minggu lalu.

Mengulas mengenai tahap persembahan peserta setelah tiga minggu mereka membuat persembahan, Linda Jasmine selaku juri tetap berkata hampir kesemua pasangan yang menyertai program Sehati Berdansa pada musim ketiga ini mempamerkan semangat juang yangt tinggi dan cuba memberikan yang terbaik.

Menurut Linda, peserta musim terbaru ini peserta sangat cepat belajar, ada peserta yang agak kaku pada dua episod awal namun mereka memberikan persembahan mantap pada konsert Sabtu lalu.

”Setiap peserta punya semangat pertandingan yang tinggi dan mereka sangat kompetetif bila memberi persembahan. Saya agak kagum melihat mereka.

”Secara peribadi, saya sudah boleh nampak ada dua tiga pasangan yang mula menyerlah dalam program ini. Namun, kita kena faham konsep pertandingan ini pasti ada yang akan tersingkir pada setiap minggu," kata Linda.
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2008 08:59 PM | Show all posts
dah dpt tugasan ke?...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2008 09:29 AM | Show all posts

Reply #67 Syd's post


Bagusla Jamal terkeluar, tak larat la tengok dia beria sangat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2008 09:39 AM | Show all posts

Reply #69 houdini's post

nampak muda giler

pakai suar pendek

hahahaha msti dia tingat time dia muda2 kat US dulu kan

Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2008 09:40 AM | Show all posts

Reply #70 Syd's post


Bukan nampak muda, nampak orang tua berlagak muda
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2008 01:06 PM | Show all posts
Mazin, Aniza terus berjuang
Oleh Rudy Imran Shamsudin
imran@hmetro.com.my

Rap
SEBAIK diumumkan Ida Chairunisa P, 26 atau Anisa, isteri kepada model dan pelakon Mazin Ameen Siraj, 28, mengandung dua bulan, penonton setia rancangan realiti Sehati Berdansa berasa cuak.

Penonton meluahkan kebimbangan terhadap kandungan pasangan ini apabila mereka memilih untuk meneruskan perjuangan dalam rancangan yang disiarkan jam 9 malam, setiap Sabtu dan penyingkiran pada malam Ahad.

Bagaimana pula dengan kedudukan produksi Sehati Berdansa sendiri apabila Mazin dan Anisa mengambil keputusan untuk meneruskan pembabitan mereka dalam rancangan itu.

Tidakkah pihak penerbitan rancangan itu berasa bimbang sekiranya berlaku sesuatu perkara, mereka pula akan dipersalahkan kelak?

Penerbit Sehati Berdansa, Norazian Zahir yang ditemui sebaik saja rancangan Debaran Sehati Berdansa selesai kelmarin menjelaskan, pihaknya sudahpun berbincang dengan Mazin dan Anisa.

“Berita gembira itu turut saya umumkan kepada peserta lain dan mereka nampaknya memberi sokongan kepada Mazin dan Anisa untuk meneruskan perjuangan,” katanya.

Jelas Norazian, memandangkan keputusan diambil Mazin dan isterinya atas kehendak sendiri, maka satu lagi kontrak terpaksa ditandatangani pasangan ini, bagi memastikan sekiranya berlaku perkara tidak diingini, pihak penerbitan tidak boleh dipersalahkan.

“Pihak penerbitan tidak lepas tangan begitu saja. Kami turut memantau perkembangan kandungan Anisa setiap minggu.

“Segalanya bergantung kepada pihak doktor yang memeriksa. Sekiranya doktor berkata aktiviti dilakukan ini membahayakan kandungan, bermakna mereka harus menarik diri.

“Setakat ini, doktor menjelaskan bagi ibu yang mengandung mengadakan aktiviti senaman seperti berlari, berenang mahupun menari tidak ada masalah, cuma rutin gerak tari itu tidak boleh keterlaluan.



“Ini bermakna pereka tari pasangan ini, Norashid Abdul Latip, harus berhati-hati agar tarian yang direka tidak membahayakan kandungan Anisa,” katanya.

Kelmarin, Sehati Berdansa bertemakan Street Dance memperlihatkan pasangan Jamal Jamaludin dan isteri, Noor Faridah tersingkir kerana memperoleh markah terendah. Sementara itu, Amyza Aznan dan Khairul Izhar masih berada di tangga teratas dengan 58.79.

Perkembangan itu sudah tentu membuatkan Amyza mahupun suami berasa teruja dan mahu memastikan persembahan dilakukan minggu hadapan jauh lebih baik berbanding sebelumnya.

Katanya, dia sendiri tidak sangka apabila sudah dua minggu berada di tangga pertama dan percaya sokongan peminat yang tidak putus-putus menghantarkan undian menerusi khidmat sistem pesanan ringkas (SMS) banyak membantu.

“Semua pasangan yang menyertai rancangan ini bagus belaka dan kerana itu, saya tidak boleh berpuas hati dengan kedudukan sekarang. Apa yang penting kini adalah memberi tumpuan dan persembahan terbaik untuk peminat,” katanya.

Berada di kedudukan nombor dua, pasangan rancangan realiti Akademi Fantasia, Khai dan Rosma diikuti Lis Dawati dan Fauzi Nawawi, Sasha dan Salyo, Mazin dan Anida, Ani Mayuni dan Zairi juga Sabrina Ali dan Mohamad Shahrin.
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2008 04:20 PM | Show all posts
bagusla abg jamal terkeluaq..tarian depa memang kureng pon..yg len lebih layak!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2008 12:28 PM | Show all posts
aku tak sabar nak tunggu
persembahan dari laki si lisdawati

menggedik2 hebat kah dia lagi?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2008 06:10 PM | Show all posts
Fauzi, Lis Dawati cemerlang
Oleh Rudy Imran Shamsudin
imran@hmetro.com.my

Rap
PERSAINGAN antara pasangan popular yang menyertai rancangan realiti Sehati Berdansa semakin sengit apabila masing-masing menunjukkan kehebatan sewaktu mempersembahkan tarian irama global yang rakamannya berlangsung kelmarin, di Studio 1, Astro, Bukit Jalil.
Persembahan minggu keempat yang disiarkan jam 9 malam ini di Astro Ria turut memperlihatkan peningkatan mutu persembahan dilakukan peserta. Mereka sudah semakin serasi dan mampu menggerakkan badan dengan lebih baik.

Semalam, sejarah tercipta apabila pasangan Mohd Fauzi Mohd Nawawi, 35, atau Fauzi Nawawi dan Lis Dawati (Lisdawati) Nazaruddin, 30, hampir mendapat markah sempurna (100) diberikan juri tetap, Linda Jasmine.

Menarik, pasangan ini yang mempersembahkan tarian global dari negara India dengan lagu Vaa Vaa Enn Thalaiva daripada filem Sachin, turut mendapat pujian daripada juri jemputan juga Ketua Fakulti Akademi Seni Budaya dan Warisan (Aswara), Joseph Gonzales.

Sewaktu memberikan kritikan, Joseph berkata, gaya persembahan Fauzi membuatkan pelakon filem Anak Halal itu nampak lebih India berbanding dirinya. Seorang lagi juri tetap, Hamzah Mohd Tahir turut memuji persembahan pasangan ini dengan berkata, ia cukup bertenaga.

Pastinya pujian dan markah tinggi diperoleh kelmarin menimbulkan kelegaan di hati Fauzi mahupun Lis memandangkan peserta lain juga tidak kurang hebatnya.

Kata Fauzi, persembahan tarian India yang dilakukan benar-benar memberikan cabaran kepadanya mahupun Lis.

"Bukan mudah hendak menari mengikut lagu Tamil moden kerana biasanya, persembahan mereka akan berlebih-lebih. Mengambil contoh dalam filem Tamil, kita tengok bagaimana mereka menari dengan gaya dan memek muka dan kadang-kadang ada kesan bunyi.

"Bayangkan kami harus membawa apa yang ditonton penonton dalam filem ke atas pentas Sehati Berdansa. Mujur usaha kami malam ini mendapat kritikan baik daripada juri mahupun penonton.

"Hendak diikutkan, kami berlatih untuk satu lagu tidak sampai 24 jam kerana satu sesi latihan hanya empat hingga enam jam dan dalam seminggu, hanya tiga kali.






"Namun pada saya, penghayatan terhadap lagu penting dan banyak membantu dan kerana itu, sebaik saja mendapat lagu untuk persembahan setiap minggu, saya akan mendengarnya berulang kali untuk mendapatkan mood," katanya.





Lis sendiri turut berasa bangga dengan usaha suaminya itu, apatah lagi ramai yang memuji dengan berkata, Fauzi lebih cantik menari berbanding dirinya.

"Sebelum menyertai rancangan ini, saya tidak tahu yang Fauzi boleh menari, namun saya percaya dia boleh lakukan kerana dia boleh bersilat. Biasanya orang yang tahu bersilat mudah untuk tangkap langkah tarian.

"Saya sendiri memang tidak mempunyai asas tarian. Bagaimanapun dengan tunjuk ajar pereka tari, Ray Redzuan Awang dan latihan yang agresif, akhirnya dapat juga saya melakukannya," katanya yang mewakili badan kebajikan Rumah Nur Salam.

Satu lagi pasangan yang membuat kejutan pada malam itu adalah Aishah An-Nur Osman atau Ani Mayuni dan suami, Zairi Azmi. Mereka mempersembahkan tarian Arab dengan lagu Salma Ya Salama.

Menarik apabila di pertengahan persembahan, Ani menunjukkan kehebatan dengan mengangkat suaminya dan ia mendapat tepukan gemuruh daripada peminat.

Kata Ani, dia kuatkan semangat untuk mengangkat suaminya dan mujur berat badan suaminya lebih ringan berbanding dirinya.

"Begitupun, kudrat saya tidak sama seperti lelaki. Sewaktu sesi latihan dijalankan, apabila pereka tari kami Muhammad Akmal Ayob menyuruh saya mengangkat Zairi, saya sudah panik.

"Sewaktu sesi latihan, saya puas mencuba. Namun suami selalu berpesan walaupun kita bukan penari profesional tetapi kita juga manusia biasa seperti mereka. Sekiranya mereka boleh lakukan, itu bermakna kita juga boleh. Cuma kami kena usaha lebih berbanding mereka," katanya.

Persembahan menarik juga datang daripada pasangan Amyza Aznan dan Khairil Izhar yang mempersembahkan tarian Afrika. Peserta lain yang masih meneruskan persaingan ,Mazin Ameen Siraj dan pasangan Ida Chairunisa, Sabrina Ali dan Mohamad Shahrin, Khai dan Rosma juga Sasha dan Salyo.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2008 12:16 AM | Show all posts
Originally posted by fredbok87 at 11-11-2008 04:20 PM
bagusla abg jamal terkeluaq..tarian depa memang kureng pon..yg len lebih layak!


betul, tak de stamina pun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2008 12:30 AM | Show all posts
best giler tgk tarian india tadi
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2008 12:41 AM | Show all posts

Reply #77 eddysheddy's post

betul..betul..betul...

tarian tamil power mlm td....
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2008 10:31 AM | Show all posts

Balas #78 cloudnine_mm\ catat

poji memang ada ummphh.....miming lagu tamil lagi....kelasss gittew!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2008 11:19 AM | Show all posts
Ani, Zairi sentiasa sedia tersingkir
Oleh Wan Asrudi Wan Hasan
wanasr@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: Pasangan, Aishah An-Nur Osman, 30, (Ani) dan Zairi Azmi (Zairi), 34, menjadi peserta ketiga tersingkir pada minggu keempat, rancangan realiti, Sehati Berdansa.

Pada siaran langsung Debaran Sehati Berdansa yang diadakan di Studio 1, Astro, Bukit Jalil di sini, malam tadi, Ani dan pasangannya memperoleh 43.33 markah diberi juri dan undian SMS dari penonton setia.

Walaupun kecewa kerana tidak dapat menyumbang kepada badan kebajikan diwakili, Majlis Kanser Nasional, Ani mahupun Zairi menerima keputusan itu dengan hati terbuka.

揝aya dan suami sentiasa bersedia untuk tersingkir. Kami bersyukur kerana melangkah ke minggu keempat memandang saingan daripada peserta yang bertanding tidak kurang hebatnya. Tidak dinafikan pertandingan musim ini cukup sengit.


揝etiap peserta mempunyai kelebihan dan keistimewaan masing-masing. Kami berterima kasih kepada mereka yang memberi sokongan dan mengundi sepanjang penyertaan kami sehingga ke hari ini. Kami sudah mencuba yang terbaik dan kami akur dengan keputusan (penyingkiran) ini,
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 09:16 PM GMT+8 , Processed in 1.500930 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list