CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: white pearl

MY SPECIAL TRIBUTE TO LINDA

 Close [Copy link]
Post time 2-8-2004 05:21 PM | Show all posts
Originally posted by white pearl at 2-8-2004 04:09 PM:
linda live kat era.. cantiknya, pakai baju kaler dark chocholate..


a'ah...semut pun tgh tgk nie...terubat sket rindu...tgk dia gelak ketawa pun dah okeeeeee...sejuk sket ati nie
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2004 05:24 PM | Show all posts
hehe..aku pon tengah tengok dier ni
lawa lak dier..asik gelak jek
tapi aku ttengok lambat sket la
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2004 05:25 PM | Show all posts
Semut, Si kUppit cari semut tadi. Jom pi kat thread dia , sembang AF
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2004 05:27 PM | Show all posts
sedih giler aku linda terkeluar, tah macam mana terrasa sayu  bila tengok AF2  lepas linda keluar ni..tetiba tangkap sayu..

sampai aku benar2 demam..isk..isk

Tapi aku rasa kita dah tersalah strategi sebab undi orang lain sekali..sebab tu dek nak selamatkan orang lain..Linda lak perginya..tapi tak pe lepas ni aku tak AFUNDI lagi..tak de mood.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2004 05:28 PM | Show all posts
dia nie mang jenis frenly kot...tu yg senang org berkawan ngan dia...
suka tgk dia gelak...cantik sesangat...tingat semut zaman muda2 dulu...ekekeke
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2004 05:32 PM | Show all posts
Originally posted by mai_pinky at 2-8-2004 05:25 PM:
Semut, Si kUppit cari semut tadi. Jom pi kat thread dia , sembang AF


thread dia yg mana satu??? tu laaa...lenkali nak bukak thread...bukak sampai seploh...pastu main aci sembunyi...ekekeke...jgn marah ye kuppit..:nana:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-8-2004 05:34 PM | Show all posts
hehe..dier ni asik gelak je
suke aku tengok dier dah ceria
takde sesedeh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2004 09:41 AM | Show all posts
iyerla tu awoks.. takkan nak sedih2 pulak.. nanti org kata linda macam bagus, perasan dia dapat masuk final pulak nak sedih lebih lebih.. in fact, i yg sedih lebih2.. my hubby wonder, kenapa i tak tgk diari malam tadi.. tgk AXN.. i kata takder moodla.. my beautiful linda's not there.. although still have farah, but.. oh nooooooo... i really hope linda goes to final and got her own song.. nak dgr suara linda mengalunkan lagu sendiri yg dicipta khas utk dia di final..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Joanna_Azureen This user has been deleted
Post time 3-8-2004 09:54 AM | Show all posts
Linda is still the BEST
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2004 09:56 AM | Show all posts
joanna.. my friend..

sedihnya i.. tak habis lagi sedih.. semalam anak2 sibuk nak tgk konsert ke-4 tuh, so dapatla tgk linda chatting kat @15.. pastuh mmg ramai yg bagi semangat kat linda.. tapi ada satu nick tuh.. macam2 dia kata..

linda perasan bagus.. semua jantan ngko nak sapu...

saya terfikir, jantan mana yg linda dok ngorat kat akademi tuh.. kalau setakat kata sombong ker, penting diri takper.. ini macam tu pulak.. tak patut betul..
Reply

Use magic Report

Joanna_Azureen This user has been deleted
Post time 3-8-2004 10:05 AM | Show all posts
cissss...kurang ajar la tu (simply intolerable kalau dah membahasakan org sampai macam tu sekali)

Semalam I tengok diary... dull nya!!!!

I dah tak Afundi mana2 lagi dah... I was so bz to rescue Farah & Zahid.. tup-tup Linda pulak yg keluar... RALAT

nak buat macam mana... I tak kaya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2004 10:33 AM | Show all posts
yup.. me too (not so rich, maa).. i undi half2 for farah n linda.. and some goes to zahid n kaer.. tapi tup2 linda out! what a shock.. rasa cam kena kejutan letrik..

tak ralat sebab habis duit byk undi linda.. but ralat dgn diri sendiri yg menaruh harapan tinggi for linda.. pastuh.. sekarang i pulak rasa lebih2 sedih.. its okey.. new life for her, new journey to find her destiny in this industry..



*joanna, mmg geram dgn budak yg kata camtu kat linda.. tak patut.. siapa yg ada skandal dgn linda kat dalam tu.. rasanya dgn fitri jer..
Reply

Use magic Report

Joanna_Azureen This user has been deleted
Post time 3-8-2004 10:38 AM | Show all posts
malam ni Linda dgn Yasmin Hani...wachaaaa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2004 11:03 AM | Show all posts
.. waitin' for that too..
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2004 11:05 AM | Show all posts
wachaaaaa...peh...korang tengok..linda kuar AF but dia tataps kuar TVkan...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2004 11:07 AM | Show all posts
yesss....waachaaaaaaaaaa.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2004 11:33 AM | Show all posts
[fly]WACHAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA[/fly]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2004 11:48 AM | Show all posts
Linda malu gelaran Pesona Bintang
Oleh Khairull Azleyana Ishak




DIA sering disenaraikan sebagai pelajar yang bakal menjadi top five dalam konsert akhir Akademi Fantasia 2 pada 14 Ogos nanti. Namun takdir adalah penentuan utama dalam plot cerita penuh dramatik ini.

Walaupun tersingkir dalam suasana yang mengejutkan seluruh tanah air, namun Norlinda Nanuwill, 20, pelajar Kadazan Dusun, yang mewakili seluruh rakyat negeri di bawah bayu yakin bintangnya akan tetap bersinar biarpun dia tidak lagi berada dalam akademi.

Norlinda atau Linda walau tidak dapat membendung rasa kecewanya apabila air matanya mengalir tanpa dipaksa tetap mendoakan rakan-rakannya yang masih bertahan di akademi meneruskan perjuangan mereka tanpa menghiraukan jumlah undian yang bakal menentukan nasib mereka.

“Sebenarnya dalam pengajian, memang setiap minggu kami sudah bersedia untuk tersingkir. Kami sedar nasib kami ditentukan oleh undian semata-mata. Jadi apabila berada di konsert mingguan, saya dan rakan-rakan perlu reda dengan keputusan yang diumumkan.

“Mengenai penyingkiran saya, apa lagi yang boleh saya katakan melainkan ia kehendak peminat. Jika undian yang diberikan untuk saya terus tinggal di akademi pasti saya akan terus berada di sana dan jika mereka berasakan saya tidak perlu lagi meneruskan pengajian, terpulanglah,” katanya yang kelihatan tenang ketika menghadiri sidang akhbar di Astro semalam.

Mengulas mengenai sokongan penduduk Ranau yang begitu kuat kepadanya sehingga menimbulkan ketegangan di kawasan peranginan yang terkenal di Sabah itu Linda berkata, dia memang merasa sangat terharu dengan sokongan padu yang diberikan kepadanya.

“Saya sungguh berbangga dengan sokongan masyarakat Ranau kepada saya. Malah apa yang dilaporkan oleh Berita Harian semalam juga membuatkan saya berasa kecewa kerana tidak dapat meneruskan harapan mereka dalam akademi.

“Iyalah bukan senang orang kampung di kawasan Ranau macam saya mendapat peluang seperti ini.

“Sebelum menyertai akademi Linda tidaklah begitu dikenali di Ranau tetapi mungkin kerana saya ini seorang yang ramah dan suka bergaul dengan orang ramai menyebabkan saya mempunyai ramai kawan di kampung,” kata anak ketua kampung Tundangan, Ranau ini.

Tambah Linda selain bapanya seorang ketua kampung, ahli keluarganya yang lain juga terbabit dalam kegiatan politik di daerah itu.

“Bapa saya Nanuwill Gallida, bekas anggota Pasukan Gerak Am manakala ibu saudara saya Hailin Rasian adalah orang kuat Parti Umno di Ranau,” katanya.

Kepada peminat Linda jangan terkejut kerana Linda juga sebenarnya adalah Naib Pengerusi Puteri Umno di Ranau. Aktif dalam bidang politik bagi Linda adalah satu bakti kepada masyarakat yang mampu dilakukannya kepada tanah kelahirannya itu.

“Tapi jangan salah sangka bukan saya saja dari Ranau yang menjadi kebanggaan penduduk di sana malah kalau tidak silap seorang peserta dari Audition iaitu Shanel juga membawa harapan penduduk Ranau di Kuala Lumpur,” ujar Linda.

Kata Linda, memang sudah lama dia menyimpan angan-angan untuk mencuba nasib di Kuala Lumpur dan akhirnya impian itu sudah menjadi kenyataan.

“Sebelum ini saya pernah mewakili Sabah untuk ke Kuala Lumpur bagi pertandingan akhir Sinaran Pasport Kegemilangan 2001.

“Masa itu segala-galanya Linda lakukan sendiri. Pilih lagu, berlatih nyanyi dan berlakon sketsa sendiri. Apabila buat sesuatu tanpa ilmu yang mendalam memang sukar. Tetapi selepas berada dalam akademi dan belajar vokal, tarian dan lakonan saya yakin untuk menghadapi cabaran lebih luas.

“Berada dalam kelas yang lebih teratur adalah satu pengalaman yang sangat berharga kepada saya. Memang sebelum ini saya tidak pernah belajar semua itu,” cerita Linda yang tidak menolak jika benar Datuk Yusof Haslam ingin melamarnya berlakon.

“Jika benar Datuk rasa saya berbakat pastinya saya ingin mengucapkan terima kasih kepadanya. Tetapi ingin saya nyatakan di sini bahawa gelaran ‘pesona bintang’ yang diberikan Datuk kepada saya adalah satu gelaran yang terlalu tinggi dan tidak layak untuk saya.

“Lebih-lebih lagi apabila rakan-rakan di akademi pun panggil saya dengan gelaran yang sama. Saya malu sebenarnya,” kata Linda lagi.

Bercerita mengenai rakan-rakannya di akademi, Linda menyifatkan penyingkiran Zarina meninggalkan kesan mendalam pada dirinya. Jika sebelum ini Zarinalah tempat dia meluahkan segala masalah. Selepas ketiadaannya, Linda tidak menafikan dia berasa kehilangan.

“Lebih mengecewakan apabila saya sudah target Zarina akan jadi lima finalis untuk konsert akhir bersama-sama Zahid. Tapi selepas keputusan demi keputusan yang tidak disangka timbul saya jadi takut untuk memberikan siapakah finalis saya.

“Saya yakin Mas memang punya potensi untuk pergi lebih jauh. Malah Mas ada suara yang begitu unik. Bagi saya keunikan suara Mas dan karektornya yang tersendiri ini yang menjadi tarikan utama kepada pengundi.

“Mas memang pandai menyesuaikan diri dengan persekitaran. Malah Mas tidak pernah menceritakan masalahnya sebagai ibu tunggal kepada kami walaupun dia nampak seperti merindui seseorang,” tambah anak gadis yang cukup meminati Siti Nurhaliza dan Ning Baizura ini.

“Apabila saya menilai seseorang artis untuk menjadi idola, saya tidak melihat kecantikannya semata-mata. Apa yang saya pentingkan adalah vokal mereka. Malah jika saya tidak menjadi peserta AF2 pun saya tidak akan melihat faktor rupa dan kenegerian sebagai pendorong utama untuk saya mengundi.

“Saya benar-benar menasihatkan pengundi di luar sana supaya mengundi dengan bijak dan pilihlah pelajar yang anda rasakan layak untuk bergelar juara,” katanya yang tidak sabar untuk pulang ke Ranau untuk melawat bapanya yang kini berada di Pusat Perubatan Sabah (SMC), Kota Kinabalu untuk menjalani rawatan pembedahan jantung.

[ Last edited by white pearl on 3-8-2004 at 11:51 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2004 01:10 PM | Show all posts
hehe....
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2004 01:20 PM | Show all posts
Linda ttp Pesona Bintang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2024 03:34 AM GMT+8 , Processed in 0.467273 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list