CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hart_attack

[Penerbit] ** ALAF21 (Bahagian 2) **

  [Copy link]
Post time 5-1-2013 01:36 AM | Show all posts


Tajuk: Cantik Sehijau Epal
Penulis: Intan Arnida
ISBN: 978-983-124-843-0
Harga: RM25.00
Halaman: 624
Terbitan: Alaf 21
Sinopsis:

Ujian Saringan Pilih Menantu’ dijalankan untuk mencari bakal isteri buat Firouz Iman Syah, pewaris tunggal harta pusaka Datuk Zakir. Empat orang gadis sudah bersetuju untuk menjalani ujian itu yang diadili oleh Puan Meisa.

Lidya Ariana – gadis miskin, bercita-cita mahu merealisasikan impiannya untuk mengahwini Firouz. Kerana itu, dia menyamar sebagai seorang gadis kaya agar setaraf dengan lelaki pujaannya itu.

Dewi Jelita – gadis ‘gedik’ juga sepupu Firouz yang pernah ditangkap berkhalwat cuba memikat lelaki itu agar diperisterikan untuk menutup malu. Dia bertindak agresif untuk menyingkirkan pesaing-pesaingnya dengan cara kotor hingga sanggup membunuh!

Rania Arina – hanya mengenali Firouz ‘gitu-gitu’sahaja. Namun, lelaki itu ada hati terhadapnya. Firouz menjeratnya untuk memasuki ujian saringan itu yang sememangnya tidak pernah diketahuinya.

Bidadari – punya sejarah duka dalam keluarga Puan Meisa. Sengaja memboloskan diri dalam ujian saringan itu untuk membongkar suatu rahsia peribadi ayah kepada Dewi Jelita.

Peristiwa demi peristiwa yang berlaku membuatkan Firouz pening kepala untuk mencari calon isteri yang sesuai. Namun, ada kejutan tidak disangka telah membungakan hatinya. Itulah sebenarnya yang dicari-cari selama ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2013 01:36 AM | Show all posts


Tajuk: Katarak
Penulis: Fitri Hussin
ISBN: 978-983-124-839-3
Harga: RM21.00
Halaman: 544
Terbitan: Alaf 21

Sinopsis: Suasana universiti yang aman damai tiba-tiba kucar-kacir. Segala-galanya jadi kecoh dan heboh. Seorang demi seorang rebah dengan skandal-skandal yang menggegarkan kampus. Sehinggalah salah seorang daripada mereka dibelasah sehingga koma.

Siri kejadian yang menimpa mereka itu amat meragukan. Ia bukan kebetulan tetapi dirancang dengan rapi. Zamri melakukan penyiasatan untuk mencari kebenaran biarpun berdepan halangan. Apa yang dia temui di setiap fasa penyiasatan itu amat mengejutkan. Muslihat apakah ini? Makin disiasat, masalah itu makin berselirat.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2013 11:45 AM | Show all posts
Wahhh...ada novel baru lynn dayana la
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2013 12:27 PM | Show all posts
Agak2 bila novel baru lynn dayana nk keluar tu hihihi...owh baru dapat info untuk bulan februari kekdahnya...xsabar ni heeee

Last edited by annameo128 on 5-1-2013 12:32 PM

Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2013 10:34 PM | Show all posts
lynn dayana
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2013 10:36 PM | Show all posts
sorry to kaka aleya aneesa, karya kali ni tak masuk dgn jiwa saya.
dah dua kali saya berhenti baca dan baca novel lain.
bila ada mood balik, baru saya sambung baca balik.

aiseh, untuk novel setia hujung nyawa, daku dah terjual.
skrg ni gigih beli balik sebab nak baca balik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-1-2013 09:17 PM | Show all posts
tak sabar tunggu Lynn Dayana....semua bukunya dah baca dan suka sangat terutamanya Juara Carta Cinta dan Cinta Perisa Dia
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2013 04:30 PM | Show all posts
chit_ana posted on 5-1-2013 01:36 AM
Tajuk: Cantik Sehijau Epal
Penulis: Intan Arnida
ISBN: 978-983-124-843-0

macam pernah baca kat blog je cerita ni .....
adakah penulis yg sama????

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2013 08:36 PM | Show all posts
sapp73 posted on 7-1-2013 09:17 PM
tak sabar tunggu Lynn Dayana....semua bukunya dah baca dan suka sangat terutamanya Juara Ca ...

haaaaa..nnt ksk review tau kalo dh baca....sy follow gak novel2 dia nieeee....


Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2013 08:39 PM | Show all posts
cikmouse posted on 9-1-2013 08:36 PM
haaaaa..nnt ksk review tau kalo dh baca....sy follow gak novel2 dia nieeee....

insya allah...tapi kat melaka ni buku baru memang lambat sampai...semua buku nukilan lynn ni dah baca...suka dengan stail penulisan beliau ada unsur komedi

Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2013 08:54 PM | Show all posts
sapp73 posted on 9-1-2013 08:39 PM
insya allah...tapi kat melaka ni buku baru memang lambat sampai...semua buku nukilan lynn ni dah ...

alamakkk..iyer kerrr...??...cmtu kalooo...aku lerrrr yg kena bc dlu kot...
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2013 10:06 AM | Show all posts
chit_ana posted on 5-1-2013 01:36 AM
Tajuk: Cantik Sehijau Epal
Penulis: Intan Arnida
ISBN: 978-983-124-843-0

baru baca sinop penuh karya ni.
dah giliran buat karya bertemakan pertandingan realiti pula (mencari jodoh).
selepas novel cinta perisa dia dan mr right selebriti.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2013 03:54 PM | Show all posts
Semalam berjaya mengkhatam novel SAYANG AWAK SAYANG - Murni Aqila

jalan ceritanya menarik walaupun masih mengekalkan tema kawin paksa
dialog-dialog dalam novel ni sgt lah kelakar sampai berair mata gelak..
mmg lawak sesangat..
cuma last2 nak ending tu rasa mcm nak ketuk2 je hero&heroin ni sbb menafikan perasaan masing2 dan tak berterus-terang..
tp nasib baek hepi ending.. hihihi

Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2013 03:59 PM | Show all posts
tiewa posted on 14-1-2013 03:54 PM
Semalam berjaya mengkhatam novel SAYANG AWAK SAYANG - Murni Aqila

jalan ceritanya menari ...

lawak eh..dah berkurun beli buku ni tapi masih belum baca lagi...tunggu giliran

Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2013 04:01 PM | Show all posts
sapp73 posted on 14-1-2013 03:59 PM
lawak eh..dah berkurun beli buku ni tapi masih belum baca lagi...tunggu giliran

mmg byk loyar buruknye... tak abis2 gelak..
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2013 04:03 PM | Show all posts
tiewa posted on 14-1-2013 04:01 PM
mmg byk loyar buruknye... tak abis2 gelak..

suka buku yang ada unsur komedi ni...pas ni nak terus bacalah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2013 04:06 PM | Show all posts
sapp73 posted on 14-1-2013 04:03 PM
suka buku yang ada unsur komedi ni...pas ni nak terus bacalah...

sy pun..
hari tu teragak2 jgk nak beli novel nie..
maklumlah tebal kemain..
tp ntah kenapa terbeli jgk..
ok lah takde la nyesal beli..
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2013 10:20 AM | Show all posts
saya mohon alaf21 edit karya betul2 sebelum terbit. ada buku2 anda salah eja dan typo. seringkali. jarang jumpa perkara seumpama dalam novel bahasa inggeris dari luar negara.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2013 11:08 AM | Show all posts
mijot posted on 7-12-2012 11:29 PM
dah hebis juga baca asam pedas untuk dia.
boleh tahan juga bagi penulis baru.
memang terasa geram  ...

ksall belum habis baca... sampai kat ainin mengandung... mmg geram yg amat pada ziyad...

sama ngan mijot... ksall tak suka gak time suka start ngan tengok time berkemban... nape perlu camtu... boleh je kalau dia suka sebab pandai masak tu... then cara ziyad kongkong ainin pun geram jugak... dia yg suruh sembunyi.. pengecut yg amat.. tapi dok cemburu buta pulak...

Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2013 10:36 PM | Show all posts
dah beli novel baru lynn dayana, cinta untuk disewa
tapi hold dulu sbb tgh baca novel lain dulu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 09:47 PM GMT+8 , Processed in 0.063754 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list