CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Raja Lawak 3 [ Juara SEPAH ]

[Copy link]
Post time 5-1-2009 11:11 AM | Show all posts
ManBelon dan Syem paling ntah apa2....Performance syok sendiri, orang x gelak pun...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2009 12:26 PM | Show all posts
lagie satu aku meluat shamsul ghau ghau bajet bagus jerr yg best pun die tk suke gakkk :@
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2009 01:10 PM | Show all posts

Balas #41 gjoy_chester\ catat

qannn? gelak sindri sajok..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2009 02:25 PM | Show all posts
Zaibo: Raja Lawak 3 mampu naikkan martabat pelawak

Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ



Antara peserta yang berjaya mendapat tepukan gemuruh daripada penonton. Foto The Star Oleh: BRIAN MOH.

MELIHAT kepada keserlahan bakat setiap peserta Raja Lawak Astro musim ketiga, tidak mustahil jika mereka mampu menaikkan martabat para pelawak yang sedia ada dalam industri seni ini.

Kenyataan tersebut turut dipersetujui oleh pelakon dan pelawak profesional, Zaibo, yang secara tidak langsung turut bertindak sebagai pengkritik tetap program ini selama dua musim berturut-turut.

Jika semasa musim kedua lalu, Raja Lawak telah dinobatkan kepada juaranya, Ahmad Nabil Ahmad atau Nabil.

Selepas memasuki musim ketiga kini, program realiti ini juga semakin mendapat tempat di kalangan penonton yang sentiasa dahagakan hiburan.

“Saya yakin Nabil turut menjadi sumber inspirasi kepada para pelawak yang memasuki musim ketiga ini.

“Namun, saya telah sedaya upaya tidak mahu melihat klon Nabil yang membuat persembahan. Sebaliknya, para peserta boleh jadikan Nabil sebagai sumber inspirasi sahaja.


Rafizzan Yaacop (Yann), adalah antara dua peserta wanita yang berjaya ke gelanggang Raja Lawak musim ketiga.

“Dengan kejayaan para peserta yang membuat persembahan menghiburkan pada minggu pertama ini, ia menunjukkan petanda yang baik di mana program ini bukan sahaja mencetuskan glamor malah turut meletakkan ia ke satu standard yang lain.

“Saya harap program ini bakal mencapai kejayaan dalam masa 10 tahun lagi, di mana waktu itu penonton akan menghormati kerjaya pelawak,” luah Zaibo ketika Gelanggang Raja Lawak Astro musim ketiga bagi minggu pertama yang disiarkan secara langsung dari Studio 1, Astro, Bukit Jalil baru-baru ini.

Zaibo juga mengakui yang kerjaya pelawak zaman sekarang sudah tidak diangkat sebagai penghibur profesional seperti zaman kemashyuran seniman Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan rakan-rakan seperjuangannya.

“Saya tidak mahu lagi kerjaya sebagai pelawak ini dianggap sebagai tempelan atau ‘nasi tambah’ dalam mana-mana filem atau drama malah mahukan status kami dianggap setaraf seperti pelakon-pelakon lain.

“Ini kerana semua orang seni menyumbang kepada dunia seni. Oleh itu, jangan diadakan ‘kelas-kelas’ tertentu,” ucap Zaibo positif.

Merangkumkan secara keseluruhan tentang persembahan peserta pada minggu pertama ini, Zaibo berpendapat kebanyakan peserta juga sudah boleh sesuaikan diri mereka dengan para penonton.

“Mereka bukan sahaja selesa, tetapi juga mampu berlawak. Jika ada yang gugup tu, saya masih boleh maafkan sebab ini baru minggu pertama dan program ini masih baru untuk mereka.“Kebanyakannya juga menunjukkan persembahan menghiburkan yang saya tidak jangkakan.

"Peserta Raja Lawak musim ketiga punya kelas tersendiri," kata Zaibo.

“Apa yang penting dalam kandungan lawak bertemakan Bebas itu, ramai penonton yang terhibur malah bersorak semasa menonton setiap persembahan mereka,” tambah Zaibo lagi.

Tersingkir bermaruah


Tiga peserta yang mendapat markah terendah hampir-hampir disingkirkan pada minggu pertama lalu.
Tiga peserta yang mendapat markah terendah.

Mereka adalah Nuur Jihan Musa (Jihan), Ahmad Faizlam Alam (Mat) dan Rafizzan Yaacop (Yann).

Melihat kepada persembahan ketiga-tiganya, mereka bukannya tidak menunjukkan persembahan yang menarik dan menghiburkan.

Menurut Zaibo, jika mereka tersingkir pada minggu itu, sekurang-kurangnya mereka meninggalkan program ini dengan bermaruah.

Sebaliknya, Zaibo menjangkakan peserta yang sepatutnya tersingkir adalah Sutrarmin Tukichan atau Manbelon.

Selain Zaibo, dua pengkritik tetap yang lain adalah Fauziah Nawi dan Shamsul Ghau Ghau.

Dalam pada itu, Fauziah Nawi berkata rata-rata peserta menjalankan tugas dengan baik. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pihak penerbitan kerana tidak menyingkirkan tiga peserta memperoleh markah terendah pada minggu itu.

“Nasib para peserta kini bergantung kepada orang suka atau tidak,” kata Fauziah.

Sementara Shamsul Ghau Ghau pula berpendapat secara keseseluruhannya ada yang betul-betul bagus.

“Namun, ada juga yang masih takut-takut lagi. Misalnya, jika yang peserta pertama menunjukkan persembahan yang bagus, kedua juga bagus tetapi tiba giliran yang ketiga kurang yakin pula.

“Jadi, tiga peserta yang berada pada kedudukan terendah perlu berhati-hati pada masa akan datang,” komen Shamsul.

Raja Lawak 3 turut disertai oleh Adam Abdul Karim Zamri (Adam), Aman Shah Asri (Am), Mohammad Amirullah Azmi (Amir), kumpulan Chot yang dianggotai oleh Hazmeer Hassan (Amer) dan Muhd Shaiful Bakri (Epul), LNJ yang dianggotai oleh Afzan Saffuan Ahmad dan Wan Sharizon Rahim, Sepah dianggotai Shamira Muhamad, Mohd Nadzri Zainal Abidin dan Mohd Noor Murad, Syem atau Shamsir Mohd Shahar dan Talam atau Ahmad Faidz Ahmad Yusoff.

Program yang dihoskan oleh Zizan dan Johan ini dinilai 100 peratus melalui undian penonton.

Saksikan siaran langsung Gelanggang Raja Lawak Astro musim ketiga pada setiap Jumaat, pukul 9 malam di Astro Prima (saluran 105).
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2009 06:48 PM | Show all posts
manbelon mmg xlawak la
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2009 02:44 PM | Show all posts
manbelon wajib keluar...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-1-2009 09:39 AM | Show all posts
takut manbelon jd mcm pak tam je....lemau nak kuar
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2009 12:34 PM | Show all posts
amir mmg besh,sempoi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2009 11:09 PM | Show all posts
jangan biarkan henpon anda diselubungi.....miskol..

adoyaii!!

[ Last edited by  eskremVanila at 8-1-2009 11:11 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2009 11:45 PM | Show all posts

Reply #49 eskremVanila's post

klaka kan
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2009 08:12 AM | Show all posts

Reply #50 sore_itam's post

lawak okeh...pecah gastrik gelak...ngn muke toye slambe derkk dia tu..

mmg byk bes kali ni..tp ramai gak klon nabil...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2009 12:35 PM | Show all posts
Raja Lawak 3: Shamsul Ghau Ghau mengkritik atas dasar pengalaman

Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ

PENGKRITIK tetap Raja Lawak Astro musim ketiga, Shamsul Ghau Ghau sering memberikan kritikan membina dalam setiap persembahan peserta program realiti itu, namun komennya adakalanya bercanggah dengan pendapat dua pengkritik tetap lain, Zaibo dan Fauziah Nawi.

Sukar untuk menelah apa yang berada di dalam fikirannya ketika memberikan komen dan setiap patah bicaranya juga dirasakan masih boleh diterima akal dan tidak 100 peratus membuta-tuli menghentam kedua-dua belas peserta pada minggu pertama lalu.

Tiada niat untuk menuding jari ke arah Fauziah Nawi atau Zaibo sekalipun, Shamsul menyifatkan setiap komen para pengkritik yang bercanggah itu sebagai pandangan peribadi mengikut persepsi dan skop masing-masing.
Barisan peserta Raja Lawak Astro musim ketiga.

Jika dilihat secara langsung di Studio 1, Astro, Bukit Jalil atau di Astro Prima (saluran 105) pada Jumaat lalu, gamat keadaan ketika Shamsul dan Fauziah Nawi seakan-akan bertikam lidah secara baik ketika memberikan kritikan persembahan peserta.

Antara kata-kata gurauan dalam sinis yang ditujukan kepada Shamsul oleh Fauziah Nawi adalah: “Hang tak faham, hang pi mana? Orang lain faham, awat hang tak faham pulak?”

Apabila ditanya kepada tuan empunya diri, pemilik nama sebenar Shamsul Azahar Aliddin, 41, ini berkata, dia mengkritik atas dasar pengalaman ketika membuat persembahan di pentas.

Yang pasti, Shamsul akui apa yang membezakan komennya dengan kedua-dua pengkritik itu kerana mereka mempunyai latar belakang sebagai pelakon teater dan sitkom sementara dia pula bermula sebagai stand-up comedian program realiti di TV3, Sinaran Pasport Kegemilangan.

“Saya mengkritik atas dasar pengalaman di atas pentas kerana saya bermula sebagai stand-up comedian dan waktu itu tiada siapa yang memberi komen kepada saya.
Shamsul mengkritik atas dasar pengalamannya sebagai stand up comedian.

“Secara jujurnya, saya mengkritik mereka dengan meletakkan diri saya di tempat mereka.

“Saya akui yang saya juga sama seperti peserta lain ketika mula-mula masuk pertandingan dulu. Jadi, oleh kerana mereka merupakan 12 peserta terbaik daripada lebih 1,000 orang yang melalui ujibakat dulu, sebolehnya saya mahu mereka melakukan yang terbaik juga,” ujar Shamsul positif.

Minggu kedua ini, 12 peserta diberikan tema ‘Azam Baru’ di mana Adam Abdul Karim Zamri (Adam), Aman Shah Asri (Am), Mohammad Amirullah Azmi (Amir), kumpulan Chot yang dianggotai oleh Hazmeer Hassan (Amer) dan Muhd Shaiful Bakri (Epul), LNJ yang dianggotai oleh Afzan Saffuan Ahmad dan Wan Sharizon Rahim, Sepah dianggotai Shamira Muhamad, Mohd Nadzri Zainal Abidin dan Mohd Noor Murad, Syem atau Shamsir Mohd Shahar dan Talam atau Ahmad Faidz Ahmad Yusoff akan bersaing sesama mereka sebelum melihat siapa yang tersingkir.

Walaupun masih awal untuk menentukan siapakah yang mampu bertahan, Shamsul mengagakkan setiap daripada mereka mempunyai kemampuan untuk bertahan mengikut momentum tersendiri.

“Secara keseluruhan, saya melihat 12 peserta ini adalah yang terbaik dan kami tidak silap memilih mereka. Apa pun, inilah yang dikatakan pertandingan program realiti di mana kita tidak tahu siapa yang bakal terkeluar dahulu kerana semuanya bergantung kepada undian Sistem Pesanan Ringkas (SMS),” kata Shamsul.

Ketika di akhir program itu pada minggu lalu, Shamsul sempat memberikan pendapat keseluruhannya mengenai mutu persembahan peserta.

"Ada juga yang masih takut-takut lagi. Misalnya, jika peserta pertama menunjukkan persembahan yang bagus, kedua juga bagus tetapi tiba giliran yang ketiga kurang yakin pula.

“Jadi, tiga peserta yang berada pada kedudukan terendah perlu berhati-hati pada masa akan datang," ulasnya mengenai kedudukan Jihan, Yann dan Mat yang berada di tempat tercorot.

Selain bergelar stand up comedian, Shamsul juga merupakan hos program Apa-Apa Aje dan Apa Ke Halnya? di TV3 dan TV9 serta bergelar pelakon dan penyanyi.

Program yang dihoskan oleh Zizan dan Johan ini dinilai 100 peratus melalui undian penonton.

Untuk mengetahui siapakah yang bakal tersingkir pada minggu ini, saksikan Raja Lawak 3, minggu kedua, malam ini, pukul 9 malam di Astro Prima (saluran 105).

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2009 10:52 PM | Show all posts
mlm ni amir paling lawak... bravoooo
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2009 10:59 PM | Show all posts
steady amir..
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2009 11:03 PM | Show all posts
wah suka kat amir malam nihhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2009 11:09 PM | Show all posts
rugi ler si Syem tu terkeluar, baru jer nak naik markah dia
minggu lepas masa tak best, undi tinggi pula
siapa ler undi Man Belon tu
pelik juga, tgk dekat butang R si Adam tu paling rendah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2009 11:14 PM | Show all posts
aaah...aku last week x suke syem, kali ni gelak guling2 ngan dia...skali out daaa
amir mmg x bleh blah la mamat ni...

ptt out manbelon & adam
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2009 11:15 PM | Show all posts
Originally posted by kazaraf at 9-1-2009 10:52 PM
mlm ni amir paling lawak... bravoooo

Mgu lalu amer pun best jga!
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2009 11:21 PM | Show all posts
manbelon ni xpnh rndh undi dier...pelik la
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2009 11:24 PM | Show all posts
ituler..saper ntah undi man belon..x lawak langsung! eeii x layak betuller
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 5255 Replies : 21
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 177044 Replies : 4058
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 21869 Replies : 121
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 7092 Replies : 81
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 39764 Replies : 244
‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak Boleh’ – Disindir Netizen Di TikTok, Syamimia Respon ‘Wah Cantik Bahasa’
dio5774‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak
Views : 14548 Replies : 98
Datuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan ditahan polis
YgBenarDatuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan di
Views : 3602 Replies : 14
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 73033 Replies : 2947
Betul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada Salahlaku Seksual?
awex^returnsBetul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada S
Views : 45439 Replies : 309
TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN METHOD?
adila39TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN ME
Views : 2467 Replies : 14

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 10:23 AM GMT+8 , Processed in 0.615482 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list