CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rodzie

[MERGED] Anak susah/tak nak makan

[Copy link]
Post time 24-8-2005 02:47 PM | Show all posts
Siannye anak tommy....kalo perut dah masuk angin cepat2lah bawa gi jumpa doctor...takut kes lain la pulak nanti...takut kene gastrik nanti...Jambu ade tanya kat akak jambu mcm mana nak buat kat anak kita yg tak nak mkn ni...kebetulan dia gi jumpa doctor...so doctor tu kata cuba blend kan bubur tu dengan sayur cth carrot ke atau apa2la ikut citarase kita..sbb anak jambu ni kalo rase nasi jer dia keluarkan balik dr mulut dia...kita blend mcm mase umur dia 6 bulan tu..kata doc tu lagi mungkin dia malas nak kunyah...then anak jambu tu smlm dia makan bubur yg blend tu sampai habis...senang sikit hati jambu...selain tu jambu ikut juga petua forumers kat sini bg appetton with lysine, br 1 minggu cuba..harap2 bertambahlah selera dia...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2005 03:19 PM | Show all posts
sape rajin...beli la majalah pa & ma bulan dpn (sept)... ade la sikit nasihat camne nak jamu anak2 ni makan...
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2005 09:05 AM | Show all posts
aiyoo..mg peel dak dkt 2 taun nih tak suker makan ek?adus memcm buat tak jln.ilang akal dah nih..
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2006 12:16 PM | Show all posts

tolong..anak tak mahu makan!!

jigsaw risau la anak jugsaw ( setahun )semenjak dua menjak ni tak nak makan lah...ada la 2,3 suap lepas tu jenuh la nak bagi dia makan...jigsaw check kat nursery pon cikgu dia kata dia tak nak makan...jigsaw dah masak bubur mcm2 tarok tp dia tak nak makan pon...yg peliknya dia tak ada la meragam ke apa ke...aktif mcm biasa je cuma kita la yg risau tgk dia kurang makan...

ada sesapa boleh bantu jigsaw ...tq
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2006 05:54 PM | Show all posts
bagi dia susu pediasure..susu ni sesuai untuk anak yg cerewet makan...
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2006 10:25 AM | Show all posts
my best fren pun mengalami masalah mcm jigsaw gak....
anak dia 1 yr 1 mth....
tak mau makan pastu susu pun tak mau minum... 2 kali sehari jek....
tapi dia hentam ribena berbotol2 sehari....
dia kata tanya doktor, dr kata tak apa....
anak dia pun tak meragam gak....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-5-2006 10:43 AM | Show all posts
Originally posted by chammy_girlz at 24-5-2006 05:54 PM
bagi dia susu pediasure..susu ni sesuai untuk anak yg cerewet makan...


ye ke..ok nanti jigsaw try..thanks chammy
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2006 04:41 PM | Show all posts
Samalah kita,,anak zu skrg dah masuk sthn ni,,,dh tak mahu makan dah,,,tapi susu mmg kuat minum...walau buat bubur letak mcm-mcm,,bila suap mulut tutup rapat ataupun luahkan balik....kdg rasa malasnya nak masak bubur. Tapi kalau tengok kita makan benda yang mengarut2x tu, mulalah nak minta especially kek coklat:geram::geram: Sekarang pun dh pandai tunjuk kalau nak sesuatu,,one day tu, masa gi jenjalan,,dia nampak ada couple ni mkn fries punyalah duk tunjuk minta.....:geram::geram:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2006 04:54 PM | Show all posts
zu, anak moi pon camtuh ler punyaler payah nak bagi makan, bagi bubur asik tepis jerk, tapi bila moi takder dok ngan tok dia nak pulak mkn...pelikkk tolm ler...
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2006 11:26 AM | Show all posts
isk anak come yg baru 10 bln ni pun dah mula kurang makan...apsal ek..pelik tul sbb sblm ni lalu je dia makan..ke sbb dia boring ari2 makan yg sama? tp dia ni cerewet skit bab makan...nestum/nestle yg mcm2 perisa tu tak mau...tp minum mmg byk lah...
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2006 02:10 PM | Show all posts
sama la anak kita zu..dah bubuh mcm2 dalam bubur dia..xnak pon kalau kita buat...cereal tu dia nak la tu pon jenuh..tp kalau kita makan depan dia buat muka kesian lak nak mintak apa kita makan...pantang betul dia nampak jigsaw makan coklat...mesti laju je datang...huhuhu...tp yg jigsaw pelik la kan, kat nursery diorg bubuh carrot n kentang je dalam bubur dia...nak pulak dia makan...peliknyer...bak kata kawan jigsaw,maybe dia nak berkawan masa makan...hmmm macam2..

semalam jigsaw try bagi susu pediasure tu...xnak nye dia minum..siap tolak lagi tangan jigsaw..kat nursery pon sama..xnak..tp dia makan ok pulak...:hmm:
:pmuka:

[ Last edited by  jigsaw_puzzle at 26-5-2006 02:11 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2006 03:44 PM | Show all posts
anak adnil 1 yr 7 mths pun cam tu gak, memang tak nak makan .. paling paling 5 suap, buatlah makanan apa pun, susu lak tak ler kerap benar pun.  badan tu halus jer ... bawak gie doktor masa injection tu, tanyalah kenapa dia tak nak makan, doktor kata as long as dia membesar ikut umur dia, no real need to worry.  suggested minum pediasure (siap kasi sample lagi), dia rasa jer, terus tolak.  risau gak tapi takkan nak paksa lak... so now, bagi multivitamin dan cod liver oil as supplement.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2006 05:52 PM | Show all posts
anak saya dulu pun susah makan, buat bubur bukan dia yg makan tp org lain.. doktor suh perlbagaikan makanan.. still xmenjadi jugak.. last2 sya je apa kita makan kat dia.. bg dia makan masa kita sekeluarga makan sekali.. bila tgk kita makan, dia pun nak join jugak..

actually kalau dorg sihat.. dorg akan makan bila dorg lapar je.. kalu x nak tuh tandanya x lapar sgt la tuh.. and some sbb bz nak test new skill.. as long as berada dlm julat berat yg ok and minum susu, saya rasa x de apa nak dirisaukan sgt.. lama2 nanti dia akan suka makan jugak.. sbb itu lah pengalaman and step2 yg anak saya lalui..
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2006 09:47 AM | Show all posts
Pakar Kanak-kanak: Tiada selera mungkin simptom penyakit lain
Bersama Dr Nur Atiqah Ng Abdullah

Soalan: Apakah cara paling baik untuk menangani masalah anak yang kurang selera makan sehinggakan tubuh badan nampak agak kurus?

Azrene,
Melalui e-mel.

Jawapan: Masalah anak kurang selera makan sering dialami kebanyakan ibu bapa. Pertamanya, doktor harus tahu status kesihatan anak itu, sama ada anak itu mempunyai sebarang masalah kesihatan atau tidak. Adakah anak itu menunjukkan apa-apa simptom atau mengalami tanda penyakit tertentu.

Ia hanya boleh diperoleh melalui pengambilan rekod kesihatan yang teliti daripada ibu bapa atau penjaga. Jika seseorang anak itu mempunyai masalah kesihatan atau penyakit yang tidak disedari ibu bapa, simptom yang kelihatan mungkin hanya masalah 'tiada selera makan'.

Seterusnya, doktor perlu membuat penilaian parameter tumbesaran iaitu mendapatkan ukuran berat badan, ketinggian dan sebagainya. Pemeriksaan klinikal ke atas anak itu juga penting untuk memastikan dia tidak mempunyai abnormaliti fizikal.

Jika ada sebarang kemusykilan timbul daripada pemeriksaan klinikal itu, ujian darah dan kencing mungkin perlu dilakukan. Sesetengah penyakit di kalangan anak-anak dan remaja hanya dipamerkan sebagai masalah 'kurang selera makan' dan kekurangan berat badan.

Dari semua langkah itu, barulah doktor dapat membuat kesimpulan sama ada anak itu sihat atau sebaliknya. Jika ya, doktor boleh memberi nasihat sewajarnya, bergantung kepada umur anak, memandangkan masalah kurang selera adalah berbeza bergantung kepada umur anak. Kebiasaannya, ia boleh berlaku dari umur lewat tahun pertama (late infancy) sehingga ke umur remaja tetapi paling lazimnya pada umur satu tahun ke atas hingga ke umur prasekolah (toddler age) di kalangan anak-anak yang sihat.

Ada pelbagai sebab yang mungkin menimbulkan masalah ini, antaranya berpunca dari jenis pemakanan, suasana keluarga dan faktor lain. Dinasihatkan puan mendapatkan pemeriksaan doktor bagi menentukan punca masalah itu.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2006 11:03 AM | Show all posts
Ibu bapa punca anak kurang selera makan
Oleh Siti Norhabibi Hassan

Kanak-kanak mesti dilatih lebih awal supaya mereka biasa dengan pelbagai sayur, buah-buahan


KITA sering mendengar keluhan daripada ibu bapa yang mengatakan anak mereka kurang selera makan. Kebimbangan mereka memuncak apabila mendapati berat anak mereka terus menurun.

Sebagai ibu bapa kita perlu faham bahawa terdapat pelbagai faktor menyebabkan selera makan kanak-kanak berkurangan. Antaranya faktor makanan itu sendiri, rasanya, penyajian kurang baik, menu makanan tidak menarik dan tidak bervariasi.

Selain itu, masalah anak tidak mahu makan terutama pada usia antara 1 hingga 3 tahun juga dipengaruhi sikap ibu bapa yang memaksa anak mereka makan dalam jumlah tertentu.

Perlu disedari, paksaan boleh menyebabkan anak marah dan memberontak ketika diberi makan. Dalam menghadapi keadaan begini, kesabaran amat diperlukan dan ibu bapa wajar memberi kasih sayang seperti memujuk dengan lemah lembut.

Kurang selera makan dalam jangka masa yang lama pada kanak-kanak boleh membahayakan kesihatannya seperti kekurangan gizi (zat) dan melambatkan pertumbuhan serta perkembangan minda mereka.

Memilih makanan yang sihat dan mengurangkan risiko kepada kesihatan kanak-kanak, bukanlah perkara yang mudah, lebih-lebih lagi terdapat pelbagai makanan ringan atau makanan segera di luar. Sebagai ibu bapa, menjadi tanggungjawab untuk mengawal pola makanan dan jenis makanan anak mereka.

Mengikut kajian, pola pemakanan dan jenis makanan yang dimakan oleh kanak-kanak sekarang lebih banyak memberi kesan buruk kepada pertumbuhan mereka. Ibu bapa perlu memilih makanan yang benar-benar diperlukan bagi perkembangan kesihatan anak mereka.

Pakar Pemakanan di Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Suhaila Mohamed, berkata kanak-kanak membesar dengan cepat tetapi saiz perut mereka tetap kecil iaitu sebesar genggaman tangan.

揗ereka memerlukan makanan yang sedikit tetapi berkhasiat dan mengandungi pelbagai vitamin serta zat galian,
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2006 10:35 PM | Show all posts
try bagi supplement... appeton with lysine (ada in syrup form and tablet form rasanya) mmg untuk tambah selera for kids
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2006 08:45 AM | Show all posts
Dari pengalaman akak dengan anak-anak.  Selalunya akan ada satu stage diorang ni payah sangat nak makan.  Dalam lingkungan umur 1.5-2.5 tahun gitu.  Budak-budak kalau sihat selalunya diorang cuma makan bila lapar.  Kalau tak lapar tak perlulah dipaksa diorang makan...memang sakit jiwa dibuatnya.   

Cuma at this stage pastikan dia cukup susu.  Kalau susu pun tak nak minum maka ada something wrong tapi kalau milk intake dia ok, rasanya tak perlulah risau sangat sebab susu normally provide all the necessary nutrition untuk babies.

Sesetengah kanak-kanak dia suka kita pelbagaikan menu tapi ada jugak yang suka sejenis makanan saja.  Jadi identify dia tergolong dalam kategori mana.  Kalau dia suka sejenis makanan saja so kita kena identify pulak apa yang dia suka, jadi itu je lah yang kita bagi dia makan asalkan makanan tu menyihatkan.

Monitor weight dan height growth dia, jadi kita boleh tahu sama ada dia bermasalah atau tidak.  Kalau semua ok alhamdulillah tapi kalau tiba-tiba ada sudden drop dalam weight dia, dah tak ikut pattern yang sepatutnya maka perlulah risau.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2006 06:10 PM | Show all posts

Anak tak mau makan nasi

Problem betul kalau nak suap anak saya nasi..Siap bergaduh nak dapat semulut dua...Mcm2 saya ikhtihar..pelbagaikan lauk...ayam,ikan, daging, telur...Pujuk ngan alat mainan..camtu aje lah..

Cuma makan paling kuat lima ke enam mulut..lepas tu simpan dalam mulut tak mau kunyah..Kalau dah jemu luah balik makanan tu..Geram betul.:geram:

Dah lah pagi2 kita bgn masak kat die sebelum pi keja..Die buat mau tak mau...tension tul..

Tapi kalau saya blender nasi dan lauk..mau pulak die makan...Pendek kata, malas kunyah nasi.. Tapi makanan lain mcm keropok, roti, biskut...ok je..Keropok lekor boleh pulak makan..

Utk pegetahuan kengkawan sekelian, umur anak saya baru masuk 2 thn..

Macam mana agaknye nak bagi anak kita minat makan nasi. Silalah bagi petua atau ceritakan pengalaman anda...:tq:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

spidernfly This user has been deleted
Post time 20-6-2006 06:24 PM | Show all posts
i pun tak tau coz my sons pun i blend je makanan. i pun masa kecik dulu my mum blended my food sampai i masuk standard 1.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2006 01:54 AM | Show all posts
Kalau anak tak minat nasi...cube introduce Pasta, makaroni & sewaktu dengannya yg berkabohidrat...Since die nak roti & biskut ok laa tu..

Kalau die nak yg blend gak...blend aje ler...hehehehehe....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 03:04 PM GMT+8 , Processed in 0.293003 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list