CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tatod

Zayn Rayyan Sah Dibunuh, Ada Kecederaan Di Leher, Badan

    [Copy link]
Post time 8-1-2024 09:31 AM | Show all posts
bakingsoda replied at 7-1-2024 05:43 AM
mask cemana tu, mask sangkut telinga ke mask camni

Scary lah muka dia ni, muka gila s&^$.. Sunyi agaknya dia ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2024 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
IzzahF replied at 8-1-2024 09:25 AM
Lama dgt dah ni macam sepi takde update. Takkan nk biar je pelaku mcm kes2 sejuk beku yg lama kan. ...

Mmg dh tak sama, nk pindah jual umah situ pun org pikir byk kali nk beli.
Wartawan ckp hanya 4 je cctv yg berfungsi sedangkan ada byk blok kat situ. Ciri2 keselamatan pun takda, pikir2 la yg masih nk teruskan duk situ.

Polis kata kes ni takkan NFA tp ermm tahla iols ada terbaca komen org mak dia kena bunuh seminggu sblm lockdown dulu. Dah masuk 4 tahun pembunuh mak dia pun tak dpt ditemui lg.Kes mak dia penah masuk berita juga.

Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2024 02:52 PM | Show all posts
Suchi replied at 8-1-2024 04:49 PM
Mmg dh tak sama, nk pindah jual umah situ pun org pikir byk kali nk beli.
Wartawan ckp hanya 4 je  ...

mangsa org damansara damai jugak ke chuols? byk pembunuh duk kat area nih?? 4 je cctv sdangkan kawasan tu besar gila kot. berhari2 ambik masa nak explore kawasan tu saja. aduh kena beringat la lepas2 ni. invest sikit itu security
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2024 04:06 PM | Show all posts
kes-kes begini klu tidak dapat diselesaikan, waris terdekat pasti sukar untuk tenteram dan redho mengetahui pembunuh masih bebas. semoga keadilan diakhirat diperolehi
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2024 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Mkcik lili tu pn dh dia. Psiko agaknya dia tu rupanya. Polis skrg ckp la xkan diam.tp klu dh lama2 nnt mesti sejuk suam beku trus gak... nt akn dtg byk lg kisah criminal lain..org pun akn mula melupakan kes ni. Xda ending mcm adik nurin. Motip dendam tu aku tolak awal2. Xdanya musuh pak zayn dgn atuk zayn ni. Nenek zayn pun cikgu tp mcm ckgu yg soft spoken. Motip nya mgkin cuma pedo xpun mmg kerjaya laki tu ialah pembunuh bersiri. Thats it
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2024 06:23 PM From the mobile phone | Show all posts


I harap akan ada tangkapnan di buat

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-1-2024 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Combi_ replied at 9-1-2024 06:23 PM
I harap akan ada tangkapnan di buat

Alhamdulillah
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2024 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Combi_ replied at 9-1-2024 06:23 PM
I harap akan ada tangkapnan di buat

Syukur !

Siasatan melepasi 90% ...penahanan suspek semakin hampir..siap sedia dah. Syabas KPN!

Masuk news tv9 tadi

Teruskan berdoa semua..InsyaAllah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2024 08:05 PM | Show all posts
Edited by JamilBinAbu at 9-1-2024 08:09 PM


KUALA LUMPUR: Selepas lebih sebulan pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, tumpuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini terarah kepada semua maklumat yang dikumpul sepanjang siasatan.

Ketika ini, siasatan polis sudah melepasi 90 peratus keseluruhan siasatan termasuk dalam elemen forensik, patologi, keterangan saksi dan siasatan di tempat kejadian.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata langkah ini dibuat susulan hasil siasatan forensik pada masa ini yang dikategorikan berkesudahan secara negatif.

"Tumpuan kita (PDRM) menerusi Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) adalah meneliti dan mengkaji semula maklumat risikan yang ada selain mengumpul maklumat-maklumat yang baru.

"Melalui maklumat risikan sedia ada dan hasil siasatan yang sudah dikumpul kita akan mengkaji sebelum melakukan tindakan selanjutnya.

"Kita juga berkemungkinan akan melakukan tangkapan ke atas suspek yang kita rasakan bertepatan dengan lebih 50 peratus kebarangkalian berdasarkan keterangan" katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman, di sini, hari ini.

Razarudin berkata, cabaran dihadapi dalam siasatan kes Zayn Rayyan adalah polis tidak mempunyai motif sebagai petunjuk utama yang penting dalam siasatan terhadap mana-mana kes jenayah.

"Sebagai contoh kalau siasatan kes pergaduhan kongsi gelap, kita akan tahu motif disebabkan perselisihan antara kumpulan. Kalau kes pembunuhan wanita, kita akan tahu motifnya mungkin berkaitan cemburu dan kita akan ketahui hala tuju siasatan yang dijalankan, namun dalam kes ini kita tidak tahu motif atau punca dia (Rayn Zayyan) dibunuh.

"Daripada motif ini jugalah baru kita tahu apa pubca dan hala tuju siasatan," katanya.

Beliau berkata sehingga kini, JSJ Bukit Aman dan Polis Kontinjen Selangor masih menumpukan dan mengumpul segala maklumat dan petunjuk baru dalam mengenalpasti motif selain menjejaki pelaku pembunuhan Zayn Rayyan ini.

"Saya tidak menolak kemungkinan kita akan memanggil ibu bapa, orang terdekat, saksi-saksi lain yang berada dalam lingkungan berkaitan kes pembunuhan ini dalam membantu siasatan sekaligus menyelesaikan kes ini.

"Malah, pihak polis masih mengalu-alukan segala maklumat dan petunjuk baru daripada saksi-saksi kejadian ini sejak dia dilaporkan hilang pada 5 Disember lalu sehingga dia ditemui meninggal dunia pada malam 6 Disember lalu," katanya.

Zayn Rayyan ditemui mati di kawasan anak sungai berhampiran kediamannya di Apartment Idaman, Damansara Damai, Petaling Jaya, sekitar jam 10 malam.
Hasil siasatan forensik dan patalogi Hospital Sungai Buloh, pihak polis mengesahkan Zayn mati akibat kesan kecederaan pada leher dan badan kerana mempertahankan diri.

Setakat ini seramai 225 individu sudah dirakam percakapan selain 248 sampel DNA milik penduduk dan orang terdekat diambil bagi tujuan siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.








This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2024 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
siasatan forensik berkesudahan negatif? apa maksud tu?
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2024 09:02 PM | Show all posts
Edited by JamilBinAbu at 9-1-2024 09:03 PM

https://fb.watch/ps-qF5Gn9g/?mibextid=RtaFA8

Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2024 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
JamilBinAbu replied at 9-1-2024 09:02 PM
https://fb.watch/ps-qF5Gn9g/?mibextid=RtaFA8

Siapa lah agaknya yg buat tu…
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2024 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 7-1-2024 07:10 PM
Buaian kesukaan arwah kat sekolah kot.
Yg post ni pembantu pengurusan murid(PPM)
PPM ni la yg byk  ...

Sedih pula baca. Nampak betul2 dia ikhlas n sayang budak2 istimewa ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2024 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
berdebar2 rasanya nak tahu siapa pelaku
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2024 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
yatthrash replied at 9-1-2024 08:28 PM
siasatan forensik berkesudahan negatif? apa maksud tu?

mungkin kat badan zayn tak jumpa jejak penjenayah tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2024 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
IzzahF replied at 9-1-2024 02:52 PM
mangsa org damansara damai jugak ke chuols?  byk pembunuh duk kat area nih?? 4 je cctv sdang ...

Yg mak kena bunuh tu ke? Yg tu org kedah. Mak dia pengasuh dah tua dah. Duk sorang2.
Taktau sapa bunuh masa ditemui kena ikat tgn kat belakang tp umah dia mcm takda kesan2 pecah umah camtulah lebih kurang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2024 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Xde bukti ke klau negatif maksudnya tu?..motif pun x ada..hanya spekuan polis melalui risikan je ke suspeknya..50% je kebarangkalian...hmmm
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2024 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
ejans replied at 9-1-2024 09:34 PM
Sedih pula baca. Nampak betul2 dia ikhlas n sayang budak2 istimewa ni

PPM ni biasanya baik2 kalau tak dorang tak terima keje tu. Dorang la yg kena uruskan bebudak ni pi tandas, teman g kantin bagai.
PPM kt sek lama anak iols masa dia sek rendah mmg baik sgt, dia tolong hantakn ank iols blk dr sek tiap hari.
Kira iols  bg la upah kat dia, bkn anak iols je tp ada 2-3 org budak lain gak.
Masa iols dlm pantang dia hantar sampai naik lif dan depan pintu. Dahla dia bawak sekali budak2 yg naik keta ngn dia tu yela takkan nk tinggal kat bawah.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2024 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
bakingsoda replied at 9-1-2024 10:17 PM
mungkin kat badan zayn tak jumpa jejak penjenayah tu

Bukan ke ada dna pelaku tu pada badan zayn? Negatif sbb tak temui padanan ngn sapa2 yg dorang dah buat ujian patologi tu.

Aritukan dorang dh bitau result dna beramai2 dh siap tp negatif.
Pastu yg dorang minta bantuan interpol tu pun xtau apa yg diminta.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2024 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Combi_ replied at 9-1-2024 06:23 PM
I harap akan ada tangkapnan di buat

Iols tanak letak jangkaan tinggi sbb kelmarin katanya takda perkembangan tiba arini dh 90% plak.
Waima ada tangkapan pun lum tentu itu pelaku yg dicari,pengalaman kes nurin lalu huhu mcm2 tangkapan juga dibuat masa tu tp itulaa…

Tak putus harapan cuma takmahu terlalu berharap risau kecewa lagi namun masih tetap berdoa moga ada pembelaan yg adil buat arwah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 06:12 AM GMT+8 , Processed in 1.511584 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list