CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ip_lepat

Berita Semasa [Pelbagai] Luar Negara & Ucap Selamat (10 Post Sehari)

 Close [Copy link]
Post time 3-11-2023 01:30 PM | Show all posts
AS hantar dron ke Gaza cari tebusan ditahan Hamas
November 3, 2023 @ 11:49am


Sebuah dron kelihatan di ruang udara Israel berhampiran sempadan Semenanjung Gaza ketika perang Israel-Palestin semakin memuncak. - Foto AFP

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) bertindak menghantar dron pengawasan ke Gaza untuk mencari tebusan membabitkan rakyatnya yang ditahan pejuang Hamas sejak 7 Oktober lalu.

Dua pegawai kerajaan AS, yang mengesahkan perkara itu berkata, negara berkenaan menerbangkan dron risikan ke atas Gaza untuk membantu mengesan lokasi tebusan.

Menurutnya, AS sudah menjalankan penerbangan dron selama lebih seminggu lalu.

"Seramai 10 warga AS masih belum diketahui nasibnya adalah antara lebih 200 tahanan di Gaza, dan mereka dipercayai ditahan dalam terowong, yang menjadi rangkaian markas Hamas," katanya yang enggan namanya disiarkan.

Semalam, tentera Israel mengepung Kota Gaza yang juga bandar utama Semenanjung Gaza, dalam serangan mereka ke atas Hamas.

Sementara Hamas melakukan pertahanan dari terowong.

Bandar di utara Gaza menjadi tumpuan serangan bagi Israel, yang berikrar untuk memusnahkan struktur pentadbiran Hamas dan meminta orang awam mengosongkan kawasan terbabit.

Menurut Israel, pejuang Hamas melancarkan serangan mengejut ke Israel pada 7 Oktober, sehingga mengorbankan 1,400 orang, kebanyakannya orang awam.

Rejim Zionis kemudiannya melancarkan serangan balas membabitkan bom dan serangan darat ke atas kawasan Palestin yang mempunyai seramai 2.3 juta penduduk.

Menurut pihak berkuasa kesihatan Gaza, serangan sejak hampir tiga minggu lalu itu membunuh sekurang-kurangnya 9,061 orang setakat ini. - REUTERS

Kredit: Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2023 01:43 PM | Show all posts
Polis temui 'bilik penyeksaan' di pusat pelacuran
November 3, 2023 @ 1:37pm


Gambar hiasan.
MANILA: Polis Filipina berjaya membongkar sebuah bilik tersembunyi yang dijadikan ruang penyeksaan, di pusat pelacuran yang beroperasi menggunakan lesen firma perjudian.

Operasi membabitkan pasukan petugas diselaras Kementerian Keadilan menyerbu bangunan enam tingkat yang disewa oleh syarikat Smart Web Technology (Smart Web), di ibu kota wilayah Metro Manila awal hari ini.

Lebih 700 pekerja syarikat itu, kebanyakannya warga Filipina, Cina dan Vietnam, ditahan dalam operasi berkenaan.

Pengarah Eksekutif Suruhanjaya Anti-Pertubuhan Jenayah Filipina (PAOCC),

Gilbert Cruz, berkata, polis turut menemui gari, cota, kayu besbol, rotan, 'taser', kayu dan senapang mainan.

"Ia dipercayai digunakan untuk menyeksa pelanggan yang menimbulkan masalah dan sekurang-kurangnya dua pekerja seks asing di pusat pelacuran berselindung di sebalik nama Smart Web.

"Ruang penyeksaan itu digunakan terhadap mereka yang tidak membayar sewa bilik pelacuran, dan langganan pelacur selain mengganggu pelacur.

"Syarikat itu juga dikesan menjalankan penipuan 'love sam' dan mata wang kripto," katanya melalui taklimat media.

Pada masa sama, Cruz berkata, antara yang ditahan membabitkan sembilan pegawai eksekutif Smart Web, termasuk empat warga China dan seorang Filipina.

Katanya, mereka akan menjalani prosiding inkues atas tuduhan pemerdagangan manusia dan penyeksaan.

Rekod polis menunjukkan salah seorang warga China yang diselamatkan berkata dia diculik dan dijual dengan harga 500,000 peso (RM42,147).

Seorang lagi mangsa, juga warga China, berkata dia dipaksa bekerja antara 12 hingga 15 jam sehari selama lebih setahun.

Sementara itu, Timbalan Setiausaha Keadilan, Nicolas Felix Ty, berkata jenayah yang dikenal pasti berlaku di premis itu ialah pemerdagangan seks.

Beliau berkata, pihak berkuasa turut menemui sebuah 'akuarium' di premis Smart Web yang dijadikan tempat meletakkan pelacur, sebelum dipilih pelanggan untuk perkhidmatan seksual.

"Selain itu, terdapat bilik karaoke peribadi untuk perkhidmatan tambahan. Malah, terdapat pilihan perkhidmatan seksual yang berbeza," katanya kepada pemberita.

Nicolas berkata, sebuah laman sesawang pintar yang menggunakan nama Freego Computer Gaming OPC dan Xushen Technology, memperoleh lesen untuk beroperasi sebagai 'pengendali permainan luar pesisir Filipina' dikenali sebagai Pogo.

Pogo dikesan berkembang pesat ketika di bawah pentadbiran bekas Presiden, Rodrigo Duterte, yang membenarkan pemain judi di China melanggannya, berikutan ia diharamkan di negara berkenaan.

Namun, sejak beberapa tahun lalu, Filipina menyaksikan gelombang jenayah berkaitan Pogo, termasuk penculikan, pemerdagangan manusia, pelacuran, pengubahan wang haram dan 'love scam' serta kripto.

Ia turut dikaitkan dengan penipuan lain dan pemerdagangan manusia yang dijalankan di Kemboja serta Myanmar.

Julai lalu, polis berjaya menyelamatkan hampir 3,000 pekerja termasuk empat warga Singapura, dari premis yang dikendalikan oleh Xinchuang Network Technology, sebuah lagi pengendali Pogo berlesen.

Rentetan itu, wakil kerajaan iaitu dua Senator, meminta Presiden Ferdinand Marcos Jr, supaya mengharamkan Pogo.

Senator, Risa Hontiveros, berkata Pogo bukan sahaja menjadikan Filipina sebagai 'tiket' untuk kegiatan jenayah mereka, sebaliknya pengendali juga berhutang sehingga berbilion peso membabitkan cukai kerajaan yang tidak dibayar. - AGENSI

Kredit: Berita Harian
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2023 01:45 PM | Show all posts
Hospital Indonesia di Gaza jadi pusat pengumpulan mayat terbesar
November 3, 2023 @ 7:34am


Hospital Rumah Sakit Indonesia di Bandar Gaza adalah antara hospital yang mungkin terpaksa hentikan operasi akibat perang Israel-Palestin. - Foto AFP

GAZA: Hospital Indonesia di Gaza menjadi pusat pengumpulan mayat terbesar selepas lebih 9,000 mangsa terkorban di wilayah itu, 3,760 daripadanya kanak-kanak.

Jumlah penduduk Gaza yang cedera akibat dua serangan besar-besaran rejim Zionis Israel di kem pelarian Jabalia melebihi 50 kali kapasiti hospital itu, dan diburukkan lagi dengan keputusan bekalan ubat-ubatan dan minyak.

Hospital Indonesia, satu-satunya hospital yang masih beroperasi di utara Gaza, kini menjadi pusat pengumpulan mayat yang terbesar, lapor agensi berita Al-Jazeera.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Palestin, pihak pengurusan hospital itu terpaksa mengambil keputusan yang sukar iaitu menutup penjana kuasa utama susulan kekurangan bahan api yang kritikal.

Ia kini terpaksa bergantung kepada penjana kuasa kecil untuk memastikan Unit Rawatan Rapi (ICU) terus beroperasi.

Pemerhatian wartawan Al-Jazeera mendapati pengurusan hospital itu terpaksa mengumumkan pemberhentian operasi pada bila-bila masa sahaja, sekali gus menjadikan hospital berkenaan sebuah rumah mayat terbesar.

Akibat serangan di kem pelarian Jabalia, Kementerian Kesihatan melaporkan lebih 50 nyawa terkorban, dengan sejumlah besar membabitkan wanita dan kanak-kanak.

Berdasarkan data Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kawasan kem itu hanya berkeluasan 0.5 batu persegi, dan menempatkan sekitar 116,000 pelarian berdaftar.

Ketua Kemanusiaan PBB, Martin Griffith, mengecam serangan ke atas hospital itu selepas mengadakan lawatan dua hari ke Israel dan kawasan Palestin yang dijajah.

"Serangan ini adalah malapetaka terbaharu untuk menghapuskan penduduk Gaza, di mana konflik memasuki fasa yang lebih menakutkan, dan akan mewujudkan lebih banyak akibat yang teruk untuk kemanusiaan," katanya.

Griffiths berkata, dunia seolah-olah tidak boleh atau sengaja tidak mahu bertindak, dan menegaskan serangan mesti dihentikan serta-merta.

Makluman terkini Kementerian Kesihatan Gaza ketika sidang akhbar di hadapan Hospital Al Shiffa mengesahkan 256 orang awam terbunuh dalam serangan udara terbaharu Israel di Jabalia.

Hospital itu menerima 2,600 laporan orang hilang, termasuk 1,150 kanak-kanak hilang atau tertimbus di bawah runtuhan manakala 135 kakitangan perubatan terbunuh, dan 25 ambulans musnah.

Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan, digesa campur tangan untuk melindungi Hospital Persahabatan Turki kerana ia satu-satunya hospital yang masih beroperasi untuk pesakit kanser di Gaza, manakala 16 hospital dan 32 kemudahan penjagaan perubatan tidak lagi beroperasi di Gaza. - AGENSI

Kredit: Berita Harian
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2023 01:52 PM | Show all posts
Zionis usir semua pekerja Palestin di Israel ke Gaza


Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA
3 November 2023, 1:09 pm

BAITULMUQADDIS: Israel akan menganhantar pulang semua penduduk Gaza yang bekerja di wilayah haram itu ke Semenanjung Gaza.

Keputusan itu dibuat selepas hamipir empat minggu perang Palestin-Israel berlangsung.

Kabinet Keselamatan Israel memaklumkan, wilayah haram itu akan memutuskan semua hubungan dengan Gaza, termasuk tiada lagi pekerja dari Gaza dibenarkan memasuki Israel.

“Semua pekerja dari Gaza yang ada di Israel akan dihantar pulang ke tempat asal mereka,” menurut pihak berkuasa Israel.

Namun, mereka tidak menyatakan berapa jumlah pekerja Palestin yang berada di Israel.

Sebelum konflik bermula, Israel mengeluarkan permit kerja kepada kira-kira 18,500 penduduk Gaza, menurut Penyelaras Aktiviti Kerajaan dan Wilayah Israel (COGAT).

Kredit: Utusan Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2023 01:55 PM | Show all posts
Polis Korea Selatan beralih guna AI ramal jenayah, kesan dadah
November 3, 2023 @ 1:52pm


Gambar hiasan. - Foto REUTERS
SEOUL: Polis Korea Selatan semalam melancarkan pelan tindakan empat tahun, dengan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk meramal dan memerangi jenayah di negara itu.

Pihak berkuasa percaya teknologi terbabit dapat membantu mengisi kekurangan tenaga keselamatan di kawasan luar bandar, susulan lebih banyak anggota polis ditumpukan di Seoul dan kawasan metropolitan.

Mereka juga akan berusaha untuk memanfaatkan teknologi AI bagi meningkatkan kebolehan penyiasatan dan teknologi memerangi penipuan audio, kerana jenayah itu kebanyakannya dilakukan dengan mengeksploitasi telekomunikasi mudah alih.

Pelan itu termasuk program pembangunan algoritma yang menganalisis corak tingkah laku luar biasa dalam talian untuk meramalkan penjenayah dan jenayah seks.

Selain itu, penyelidikan juga sedang dijalankan untuk membangunkan teknologi yang menggunakan kamera keselamatan bagi mengesan tingkah laku tidak normal termasuk jika seseorang membawa senjata.

Dalam aspek menangani pengedaran dadah dengan lebih baik pula, polis akan membangunkan peta secara masa sebenar untuk menjejaki kes dadah bagi membantu mengesan laluan pengedaran dadah.

Rancangan lain termasuk mewujudkan metaverse agensi polis, membangunkan sistem untuk menjejaki aset maya yang dilarang secara automatik, dan mewujudkan institusi latihan siber di Pusat Kemajuan Keselamatan Awam.

Bagi meningkatkan aspek keselamatan pakaian seragam polis, pihak berkuasa itu juga akan dibekalkan dengan pakaian kalis peluru dan kemudahan robot.

Polis melihat kenaikan dalam jenayah ekonomi dan kewangan di Korea Selatan, dengan jumlah meningkat daripada 290,000 kes pada 2015 kepada 410,000 kes pada 2020.

Menurut polis, sebanyak 18 jenayah dengan motif luar biasa turut berlaku pada separuh pertama tahun ini.

Jumlah penjenayah narkotik juga semakin meningkat, dengan individu yang disiasat kerana dadah melonjak daripada 12,000 suspek pada 2018 kepada 18,000 suspek pada 2020.

Pelan itu akan dimuktamadkan pada penghujung tahun ini selepas mengadakan rundingan dengan kementerian berkaitan, sebelum dipanjangkan kepada Majlis Penasihat Presiden mengenai Sains dan Teknologi untuk mendapat kelulusan. - AGENSI

Kredit: Berita Harian
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2023 01:57 PM | Show all posts
‘Kami terpaksa minum air kotor hingga sakit perut, kepala’


Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA
3 November 2023, 10:01 am
GAZA: Keadaan di Semenanjung Gaza semakin hari semakin menyulitkan ekoran perang yang tercetus antara Israel dan Hamas.

Masyarakat di sana terpaksa melalui terlalu banyak cabaran untuk meneruskan hidup selepas hampir sebulan peperangan tercetus.

Rafif Abu Ziyada yang berusia sembilan tahun dan menetap di Khan Younis, selatan Gaza merupakan antara kanak-kanak malang yang menjadi mangsa keadaan.

Perang yang tercetus, kata Rafif, menyebabkan dia terpaksa minum air yang kotor sekali gus menyebabkan perutnya tidak selesa selain sakit kepala.

“Tiada gas untuk memasak, bekalan air juga tiada… makanan yang kami jamah tidak sempurna, kami semakin sakit,” luahnya kepada wartawan Reuters.

Persekitaran Rafif juga, katanya, semakin kotor kerana sampah kelihatan di merata-rata tempat dan pencemaran berlaku.

Kredit: Utusan Malaysia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-11-2023 03:38 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2023 11:21 AM | Show all posts
Wanita dikecam selepas tunjuk bunuh, masak daging buaya


TANGKAP layar daripada video tular menunjukkan wanita itu membersihkan buaya sebelum membunuh haiwan dan memasak dagingnya.

Beijing: Seorang wanita dari bandar Chongqing di tengah barat China mencuri perhatian netizen selepas menunjukkan cara membunuh buaya dan menyediakan hidangan daripada daging haiwan itu, lapor The Straits Times.

Tindakan wanita itu dikenali sebagai Chu Niang Xiao Hei memuat naik video itu di media sosial Douyin, mengundang kecaman.

Vlog yang diikuti lebih 3.5 juta pengikut itu mendapat reaksi negatif dan menimbulkan persoalan mengenai kekejaman terhadap haiwan.

Menerusi video itu, wanita berkenaan menunjukkan proses mencuci, memisahkan kulit dan tulang dari buaya dengan berat lebih 90 kilogram (kg) itu.





Daging buaya itu kemudiannya digunakan untuk menyediakan pelbagai hidangan. Selain itu, wanita terbabit memuji kecantikan kulit haiwan berkenaan.

Kebanyakan pengguna media sosial meluahkan rasa tidak bersetuju mereka terhadap video berkenaan.

Mereka menganggap pembunuhan buaya itu sebagai tindakan yang tidak berfaedah yang bertujuan untuk menarik perhatian pengikut di media sosial.

Dalam usaha untuk mempertahankan tindakannya, wanita itu mendakwa bahawa buaya dalam video itu dipelihara supaya kulit haiwan itu boleh digunakan untuk penghasilan produk.

Kenyataan itu sedikit pun tidak menenangkan orang ramai yang terus mengkritik tindakannya itu.

Ramai yang mempersoalkan sama ada pembunuhan kejam terhadap haiwan seperti itu patut dibenarkan, dan jika ia bertentangan dengan undang-undang.

Tidak terkecuali platform perkongsian video juga dikritik kerana membenarkan video itu disiarkan.

https://www.hmetro.com.my/global ... -masak-daging-buaya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2023 11:22 AM | Show all posts
50 maut, gempa bumi di Nepal


GAMBAR hiasan. FOTO AFP.

New Delhi: Kira-kira 50 orang terbunuh dan puluhan cedera selepas gempa bumi dengan magnitud 6.4 melanda Nepal pada Jumaat, dengan gegaran dirasai sejauh Delhi, di India.

Bangunan runtuh di banyak tempat di Nepal dan jumlah kematian dijangka meningkat, lapor media tempatan.

Menurut laporan awal, sekurang-kurangnya 28 orang meninggal di daerah Rukum.

Gempa bumi itu berlaku pada 11.47 malam waktu tempatan dan gegaran dirasai sehingga di India utara, termasuk di negeri Uttar Pradesh dan kawasan Delhi.



Pusat gempa berada di daerah Jajarkot di Nepal barat, 500 km dari ibu negara Kathmandu.

Gempa bumi magnitud 7.8 di Nepal pada April 2015 telah membunuh kira-kira 9,000 orang dan mencederakan 22,000 lagi.

https://www.hmetro.com.my/global ... gempa-bumi-di-nepal
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2023 11:23 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2023 11:24 AM | Show all posts
Aryna singkirkan Elena dalam saingan Akhir WTA


ARYNA berjaya mara ke separuh akhir aksi Final WTA. FOTO AFP

Cancun: Aryna Sabalenka mengatasi Elena Rybakina 6-2, 3-6, 6-3 untuk mara ke pusingan empat terakhir Final WTA dalam perlawanan peringkat kumpulan yang menjadi penentuan kekal beraksi atau tersingkir.

Di bawah cahaya matahari yang cerah tetapi angin yang kuat, pemain nombor satu dunia, Aryna melepaskan pukulan ace pada penentuan mata perlawanan untuk menghantar pulang pilihan keempat Elena pada kejohanan akhir tahun itu.

"Saya tidak terlalu memikirkan perlawanan ini," kata Aryna.

"Saya hanya suka bermain. Saya akan turun beraksi dan melakukan segala yang saya boleh dan jika saya menang, saya menang dan jika saya kalah, saya pulang bercuti," katanya sambil ketawa.



"Saya hanya cuba untuk bermain sebaik mungkin."

Aryna dari Belarus menyertai pemain Amerika Syarikat yang juga juara kumpulan Jessica Pegula ke separuh akhir acara antara lapan pemain terbaik dunia.

Elena dari Kazakhstan dan pilihan kelapan dari Greece, Maria Sakkari tersingkir daripada saingan peringkat kumpulan.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... m-saingan-akhir-wta
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2023 11:40 AM | Show all posts
Wolff sokong City, tidak akan sertai Ratcliffe beli United


WOLFF tidak akan bergabung dengan Ratcliffe untuk membeli United. FOTO Reuters

Sao Paulo: Bos Formula Satu (F1) Mercedes, Toto Wolff menyatakan sokongannya terhadap pengurus Manchester City, Pep Guardiola dan sukar untuknya menjadi pemilik bersama dengan Jim Ratcliffe dalam membeli Manchester United.

Pengerusi Ineos yang juga jutawan kelahiran Manchester, Ratcliffe bersedia untuk mengambil 25% kepentingan dalam pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

Ditanya sama ada beliau mungkin tergoda untuk menyertai warga Britain itu, Wolff dari Austria - juga pemilik bersama pasukan Mercedes - menjauhkan diri daripada sebarang pembabitan itu serta-merta.

Wolff berkata Ratcliffe adalah 'seorang yang bijak' sehingga beliau sendiri akan bersedia untuk berbual jika ada apa-apa yang boleh disumbangkan.


"Saya peminat EPL. Saya fikir ia adalah persekitaran yang paling sukar. Saya peminat Pep Guardiola, jadi saya rasa itu tidak serasi," kata Wolff.

Guardiola adalah tetamu Mercedes pada Grand Prix (GP) British tahun ini dan juga pada GP Abu Dhabi yang mengakhiri musim tahun lalu.

"Kami tidak mengenali antara satu sama lain tetapi apabila saya mendengar beliau bercakap, ia seperti ayat saya, pendekatan yang sama – dan dia berkata perkara yang sama mengenai saya," Wolff memberitahu podcast F1 'Beyond the Grid' tahun lalu.

"Pada asasnya, ia bergantung kepada pengurusan manusia, dan (beliau) seorang yang pastinya akan menjadi sebahagian daripada perjalanan saya ke hadapan kerana beliau berada pada gelombang yang sama."

Wolff turut bergambar bersama Guardiola di Yas Marina sambil memegang jersi Manchester City dengan tertera nama Toto di bahagian belakang.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... tcliffe-beli-united
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2023 06:03 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2023 09:46 PM | Show all posts
'SPR Indonesia' rancang cetak kertas undi 15 November
November 5, 2023 @ 7:54am


Pekerja menyusun peti undi berlipat, di gudang KPU di Yogyakarta pada 3 November 2023, menjelang pilihan raya umum 2024, yang dijadualkan 14 Februari 2024. - Foto AFP
JAKARTA: Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) merancang mula mencetak kertas undi Pilihan Raya Umum 2024 pada 15 November, dua hari selepas penentuan pasangan calon presiden dan naib presiden.

"Kita boleh mula mencetak kertas undi pada 15 November ini," kata Ketua KPU, Hasyim Asy'ari di sini semalam, memetik laporan ANTARA.

Beliau berkata pencetakan kertas undi akan menjadi langkah penting untuk memastikan ketersediaan logistik yang diperlukan bagi mengadakan pilihan raya yang dijadualkan 14 Februari tahun depan.

Katanya, KPU akan menjemput wakil suruhanjaya di peringkat wilayah, daerah dan perbandaran ke Jakarta untuk membincangkan reka bentuk kertas undi.

"Pada 5 hingga 7 November nanti, kami akan menjemput rakan-rakan dari KPU wilayah ke Jakarta setelah mendapat persetujuan daripada pemimpin parti politik berhubung reka bentuk kertas undi," katanya.

Beliau berkata pertemuan dengan pegawai KPU wilayah akan diadakan bagi mengesahkan kelulusan yang diperoleh daripada pemimpin parti politik peringkat wilayah berhubung reka bentuk kertas undi.

Selepas tamat tempoh kempen Pilihan Raya Umum 2024 pada 14 Februari 2024, KPU akan memproses persiapan logistik untuk pilihan raya akan datang, katanya.

"Tempoh berkempen akan bermula pada 28 November dan berakhir tiga hari sebelum pilihan raya pada 14 Februari. Oleh itu, kami akan menggunakan masa di antara hari untuk memproses persiapan logistik untuk pilihan raya," katanya.

Jumaat lalu, KPU menetapkan senarai tetap calon (DCT) Dewan Rakyat (DPR) yang terdiri daripada 9,917 individu yang dicalonkan oleh 18 parti politik di 84 kawasan pilihan raya.

"Setelah melakukan proses pengesahan, kami menetapkan 9,917 orang layak dimasukkan dalam DCT bagi DPR pada Pilihan Raya Umum 2024," katanya pada sidang media di pejabat suruhanjaya itu.

Sementara itu, seramai 668 calon di 38 kawasan pilihan raya telah dimasukkan dalam DCT bagi Majlis Perwakilan Wilayah (DPD), terdiri daripada 535 lelaki dan 133 wanita.

Asy'ari turut memaklumkan fasa pertama pengeluaran logistik untuk Pilihan Raya Umum 2024 melebihi 50 peratus.

Pengeluaran logistik untuk pilihan raya tahun depan telah dibahagikan kepada dua fasa. Fasa pertama termasuk pengeluaran peti undi, dakwat dan pelekat.

Sementara itu, lebih 50 peratus logistik pilihan raya sedang dalam perjalanan ke wilayah, dan kebanyakannya tiba di KPU peringkat wilayah dan daerah/bandar.

"Pengagihan (fasa pertama) ini termasuk peti undi, bilik mengundi, dakwat, dan pelekat dan (lebih) 50 peratus daripadanya telah sampai (wilayah) di seluruh Indonesia," katanya.

Fasa kedua pengeluaran logistik akan merangkumi kertas undi dan boran dengan KPU pusat masih menunggu kelulusan reka bentuk undi daripada setiap pemimpin wilayah parti politik di daerah/bandar.

Fasa kedua pengeluaran logistik akan bermula selepas calon presiden dan naib presiden diumumkan secara rasmi pada 13 November ini. - AGENSI

Kredit: Berita Harian
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2023 09:51 PM | Show all posts
Siasatan ubah wang haram tak beri kesan jualan barangan mewah di Singapura
November 5, 2023 @ 8:41am


Marina Bay, Singapura. - Foto AFP
SINGAPURA: Siasatan kes pengubahan wang haram yang berterusan tidak menjejaskan jualan barangan mewah di negara ini.

Bagaimanapun peruncit berkata beberapa pembeli mulai sedar mengenai isu pembelian yang mungkin menarik perhatian tidak diingini

Pengarah Chuan Watch, Nicholas Lim, berkata walaupun terdapat penurunan dalam permintaan untuk jam tangan mewah, ia berikutan sentimen ekonomi yang lebih lemah pada 2022.

"Sukar untuk mengaitkan ini (penurunan permintaan) dengan kes pengubahan wang haram. Ekonomi tidak berjalan dengan baik secara umum, jadi itu mungkin punca kepada sebarang kelembapan dalam pasaran," katanya yang dilaporkan The Straits Times.

Pertumbuhan global perlahan pada 2022 di tengah-tengah inflasi yang lebih tinggi dan krisis tenaga di Eropah. Di Singapura, ekonomi berkembang 3.8 peratus tahun lalu, berbanding 7.6 peratus pada 2021.

Pengasas jualan semula beg mewah LuxLexicon, Florence Long, berkata faktor makroekonomi menyumbang kepada kelembapan dalam jualan, tetapi tidak pada tahap yang signifikan.

"Pembeli tempatan nampaknya tidak terjejas sama sekali, tetapi sesetengah pembeli asing tidak mahu dilihat sebagai terlalu mencolok pada masa ini.

"Mereka masih membeli beg yang diingini tetapi mereka tidak menggunakannya di khalayak ramai. Saya dapat melihat mereka lebih banyak menahan diri untuk mengelakkan perhatian," katanya.


Walaupun peruncit enggan memberikan angka, pengurus di Watch Exchange, William Tan, yang menjual jam tangan mewah terpakai, berkata sebarang kesan daripada kemelut pengubahan wang haram ke atas jualan jam tangan mewah mungkin berlebihan.

"Mungkin terdapat penurunan 10 hingga 15 peratus dalam orang yang membeli jam tangan yang berharga lebih daripada $60,000 (RM209,842).

"Saya rasa beberapa pelanggan cuba 'low profile' selepas kes itu dilaporkan pada Ogos," katanya sambil menambah angka jualan jam tangan di bawah paras $50,000 (RM174,868) tidak berubah.

Siasatan pengubahan wang haram bernilai $2.8 bilion (RM9.79 bilion) memberi tumpuan kepada gaya hidup 10 warga asing yang terlibat dalam kes itu.

Sebahagian daripada mereka memajak banglo kelas bagus (GCB) di kawasan yang sewa kebiasaannya kira-kira $100,000 (RM349,737) sebulan.

Mereka juga didakwa memiliki jam tangan mewah, termasuk Patek Philippe bernilai $7 juta (RM24.48 juta) dan Richard Mille bernilai $2 juta (RM6.99 juta)

Sehingga kini, polis merampas 546 barang kemas, 164 jam tangan mewah, 294 beg mewah dan ribuan botol minuman keras dan wain sebagai sebahagian daripada siasatan. Beberapa beg tangan berharga sehingga $250,000 (RM874,343.71) setiap satu.

Lim berkata beliau tidak menyedari sebarang perubahan ketara dalam tingkah laku pembelian pelanggannya.

"Jika wang anda bersih, saya tidak nampak mengapa anda perlu bimbang untuk membelanjakannya. Satu-satunya implikasi yang saya dapat lihat ialah jika seorang peniaga telah berurusan dengan mana-mana tertuduh," katanya. - AGENSI

Kredit: https://www.bharian.com.my/dunia ... n-barangan-mewah-di
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2023 09:56 PM | Show all posts
Di Thailand, miliki 5 pil methamphetamine akan jadi urus niaga
November 5, 2023 @ 10:49am


Foto hiasan - AGENSI

BANGKOK: Pihak kesihatan awam, pegawai antinarkotik dan polis mencapai kata sepakat bahawa memiliki lebih lima pil methamphetamine akan menjadi urus niaga dadah, ketika kerajaan Thailand meningkatkan usaha memerangi wabak penggunaan methamphetamine.

Dr Kittisak Aksornwong, yang bertindak bagi pihak timbalan setiausaha tetap kesihatan awam, berkata pegawai bagaimanapun, perlu mempertimbang tingkah laku suspek yang ditangkap dengan lebih lima pil berkenaan, sama ada mereka berniat untuk menjualnya.


Memetik laporan Thai PBS World, keputusan itu, yang dicapai pada satu mesyuarat minggu ini, akan dibawa kepada menteri kesihatan awam untuk dipertimbang, diikuti pendengaran awam dan kelulusan Kabinet, sebelum satu fatwa baharu diisytiharkan.

Pengarah bahagian perkhidmatan kesihatan mental, Dr Dusadee Juengsirakulwit, menjelaskan bukti saintifik menunjukkan pengambilan lebih lima tablet methamphetamine sehari akan memberi kesan kepada otak dan sistem saraf pengguna, yang membawa kepada halusinasi dan mungkin menimbulkan ancaman kepada pengguna serta orang lain.

Pesuruhjaya Biro Penindasan Narkotik, Leftenan Jeneral Polis Sirisak Tantinawachai, berkata walaupun memiliki tidak lebih lima pil methamphetamine akan dianggap sebagai memiliki dadah untuk kegunaan peribadi, namun jika didapati suspek terbabit dalam penjualannya, mereka mungkin menghadapi pertuduhan memiliki dadah untuk pengedaran.


Suspek yang ditahan dengan tidak lebih lima pil itu boleh memilih untuk menjalani pemulihan, namun jika enggan, akan didakwa atas kesalahan memiliki dadah, yang membawa hukuman penjara maksimum selama setahun.

Methamphetamine dan methamphetamine kristal kebanyakannya dihasilkan di wilayah di Myanmar yang dikawal kumpulan penjenayah seperti "Red Wa" dan diseludup merentasi sempadan Thailand-Myanmar yang boleh dibolosi dengan kawalan individu bersenjata.

Kumpulan pemerdagangan Thailand, kemudian akan menghantarnya kepada peniaga di seluruh negara.

Rampasan lebih sejuta pil methamphetamine pada satu masa oleh polis sudah menjadi perkara biasa. - AGENSI

Kredit: Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2023 10:01 PM | Show all posts
TPM Singapura Wong ketuai parti pemerintah sebelum PRU - Hsien Loong
November 5, 2023 @ 11:54am



Timbalan Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong. - Foto REUTERS
SINGAPURA: Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong hari ini berkata Timbalan Perdana Menteri, Lawrence Wong akan mengambil alih daripadanya sebagai ketua Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang memerintah sebelum pilihan raya umum akan datang menjelang November 2025.

Dengan PAP dijangka akan terus mendominasi pilihan raya, Wong berkemungkinan akan menjadi Perdana Menteri Singapura seterusnya.



Beliau akan menjadi perdana menteri keempat yang mengetuai hab kewangan Asia itu sejak kemerdekaan republik itu pada 1965.

Hsien Loong yang berkhidmat sebagai perdana menteri sejak 2004, adalah anak sulung bapa pengasas Singapura, Lee Kuan Yew.

Beliau juga adalah Setiausaha Agung PAP, yang telah memerintah negara pulau itu sejak 1965.

Beliau mengumumkan tahun lalu bahawa Wong, 50, yang juga Menteri Kewangan 50, akan menjadi penggantinya dan menaikkan sebagai timbalannya.

"Saya mempunyai keyakinan penuh terhadap Lawrence dan pasukannya dan tidak ada sebab untuk menangguhkan peralihan politik mereka. Oleh itu, saya berhasrat untuk menyerahkan kepada TPM Lawrence sebelum pilihan raya umum akan datang," kata Hsien Loong, 71, pada persidangan tahunan PAP.

Hsien Loong memuji Wong dan pasukannya atas pengendalian krisis COVID-19 dan berkata mereka semakin menetapkan agenda nasional.


Wong menjadi tumpuan politik sebagai ketua bersama pasukan petugas COVID-19 kerajaan pada kemuncak pandemik itu.

Beliau mendapat pujian kerana pengendaliannya terhadap virus itu. Di bawah kepemimpinannya, Singapura mengenakan sekatan ketat, sekatan sempadan dan pengesanan kenalan, yang memastikan kematian dan jangkitan pada tahap minimum, terutamanya pada awal pandemik.

Bagaimanapun selepas mencapai antara kadar vaksinasi tertinggi di dunia, ramai yang mempersoalkan kadar perlahan dalam melonggarkan sekatan. - REUTERS

Kredit: Berita Harian
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2023 10:06 PM | Show all posts
Penyampai radio dibunuh di Filipina
November 5, 2023 @ 2:34pm


Foto hiasan

MANILA: Seorang penyampai radio maut ditembak di dalam studionya di Filipina, hari ini, kata polis, insiden terbaharu dalam senarai panjang wartawan yang terbunuh di negara itu.

Juan Jumalon, 57, berada di stesen radio yang berpangkalan di rumahnya di pulau selatan Mindanao apabila seorang lelaki bersenjata menembak beliau di kepala, kata ketua polis di perbandaran Calamba di wilayah Misamis Occidental, Kapten Deore Ragonio.


Kenyataan polis memaklumkan, suspek masuk ke studio dengan berpura-pura ingin membuat pengumuman di radio.

Suspek melarikan diri dan Jumalon disahkan meninggal dunia di hospital.

Kesatuan Wartawan Kebangsaan berkata, Jumalon ialah wartawan keempat terbunuh sejak Presiden Ferdinand Marcos memegang jawatan pada Jun 2022.

Negara kepulauan itu adalah antara tempat paling berbahaya di dunia untuk wartawan dan pembunuh mereka sering tidak dihukum.

Penyampai radio di luar ibu negara sering menjadi sasaran.

Jumalon menggunakan nama "DJ Johnny Walker" di stesen 94.7 Gold FM Calamba, yang menggunakan bahasa Cebu.

Ragonio berkata, polis sedang menyiasat motif pembunuhan itu dan tidak mengetahui sebarang ancaman nyawa terhadap Jumalon sebelum ini.

"Beliau menyentuh banyak peristiwa semasa dan tidak diketahui sama ada pernah mengkritik sesiapa dalam siarannya," kata Ragonio kepada AFP.

Siaran itu juga boleh diikuti laman Facebook stesen berkenaan, yang mempunyai 2,400 pengikut. - AFP

Kredit: Berita Harian
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2023 10:06 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2023 10:10 PM | Show all posts
Filipina kutuk pembunuhan wartawan, mengarahkan siasatan
November 5, 2023 @ 5:28pm


Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr bercakap semasa kenyataan akhbar bersama Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese di Istana Presiden Malacanang di Manila, Filipina, 8 September 2023. - Foto REUTERS

MANILA: Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan seorang wartawan Filipina dan mengarahkan polis menjalankan siasatan bagi membawa pelaku ke muka pengadilan.

Wartawan, Juan Jumalon, juga dikenali sebagai "DJ Johnny Walker", ditembak oleh penyerang yang tidak dikenali ketika membuat siaran dari rumahnya di sebuah bandar di selatan Filipina awal pagi ini, menurut Kesatuan Kebangsaan Wartawan Filipina (NUJP) dalam satu kenyataan, memetik laporan awal.



"Serangan ke atas wartawan tidak akan diterima dalam demokrasi kita, dan mereka yang mengancam kebebasan akhbar akan menghadapi akibat penuh daripada tindakan mereka," kata Marcos dalam catatan di platform X.

Badan pemantau media NUJP juga mengutuk pembunuhan yang dikatakan berlaku dalam siaran langsung rancangan kendalian Jumalon di rumahnya di Calamba, Misamis Occidental yang juga menjadi lokasi stesen radionya.

Pembunuhan Jumalon menjadikan empat wartawan terbunuh sejak Marcos memegang jawatan pada Jun 2022, dan kepada 199 sejak demokrasi dipulihkan di Filipina pada 1986.

Angka itu termasuk 32 terbunuh dalam satu insiden pada 2009.

Filipina dikenali sebagai persekitaran media paling liberal di Asia, tetapi ia kekal sebagai antara tempat paling berbahaya di dunia untuk wartawan, terutamanya di wilayahnya.

Ia disenaraikan sebagai negara kelapan paling teruk dalam pendakwaan terhadap pembunuh wartawan, menurut Indeks Impunity Global 2023 yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Melindungi Wartawan yang dikeluarkan minggu ini. - REUTERS

Kredit: Berita Harian
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 12:31 AM GMT+8 , Processed in 0.452930 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list