CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kulit

Bulu kucing merbahaya?? Pendapat anda.

[Copy link]
Post time 9-1-2010 10:57 AM | Show all posts
Just nak bagi info psl bulu kucing nie, dpt info ni pun dari mak kat kg selepas mnghadiri kelas fardu ain kat masjid.

Klu kita bersembahyang, pastikan tiada bulu kucing yg melekat kat sejadah tu...klu x nanti sembahyang kita dikira batal. Bulu kucing yg jatuh dri badannya dikira najis, tpi jika still melekat kat badannya tidak mengapa.

-wallahualam-
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2010 04:26 PM | Show all posts
setuju ngan boocik, so far moi membesar ngan kucing zaman dulu2, Alhamdulillah moi xde asma, n daya tahan tubuh tuh kuat. My hubby lak dibesarkan xde pets, kucing, mmg terjaga, tapi masa kecik asma ga ...
moimed Post at 8-1-2010 16:49


Kadang-kadang asthma ni bukan sebab kerana bulu kucing..kawasan persekitaran rumah tu penting jugak...debu2 atau habuk2 kat umah tu kena rajin bersihkan... Aku pun ada bela kucing kat umah..tak de sape2 pun kena asthma..yang penting kena jaga pemakanan kucing tu dan rajin bawak ke Vet kalau nampak bulu gugur atau penyakit2 lain tu...
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2010 08:01 AM | Show all posts
Post Last Edit by boocik04 at 11-1-2010 09:14
Just nak bagi info psl bulu kucing nie, dpt info ni pun dari mak kat kg selepas mnghadiri kelas fardu ain kat masjid.

Klu kita bersembahyang, pastikan tiada bulu kucing yg melekat kat sejadah tu... ...
shasafiera Post at 9/1/2010 10:57



Nabi junjungan kita sangat menyayangi kucing.. malahan baginda telah memanggil seorang sahabat baginda yang juga perawi hadis yang sangat terkenal, Abdul Rahman dengan gelaran Abu Hurairah, yang bermaksud bapa kucing, yang mana Abu Hurairah r.a langsung tidak berkecil hati dan menerimanya dengan gembira. Gelaran ini diberi kerana Abu Hurairah sangat gemarkan kucing, yang menurut satu kisah beliau akan membawa kucing beliau berjalan-jalan di siang hari dan meletakkannya di atas pokok di waktu malam. Perlulah kita fahami Abu Hurairah sangat taat beribadah, sekiranya bulu kucing itu najis, sudah tentu beliau akan menjauhi dr memegang kucing kerana ditakuti ibadah / wuduknya tidak sah / terbatal.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2010 08:15 AM | Show all posts
21# shasafiera


sha... untuk rujukan bersama.

(Nota - Dipetik dari ruang Ask_Ustaz di rantauan.com)
Assalamualaikum

Saya memelihara seekor kucing di rumah, Cookie. Dia dari keturunan Ragdoll - bermakna bulu kulitnyanya panjang dan dia cepat mesra dengan manusia yang dia percaya. Kucing ini sangat manja dan tidur sebilik (kadangkala sekatil) dengan kami.

Apabila saya bersolat,Cookie kadangkala akan datang melintang sejadah. Jika saya ingat, saya akan stroke dia dan tell him nicely ' we are praying Cookie, come lets pray to Allah" dan dia akan duduk di tepi sejadah diam-diam, masya'allah.

Tetapi, bila kami dah sudah - dia suka baring atas sejadah. Dia juga suka duduk di atas telekung saya yang saya telah lipat di atas katil.

Saya pernah diberitahu bahwa ada ulama yang buat kesimpulan solat tidak sah jika ada bulu kucing (yang sudah tercabut) di pakaian, badan atau sejadah kita. Betulkah ini Ustaz?

Cookie berleluasa di setiap korner rumah. Jika bulu bertempiaran di rumah, adakah ini bermakna seluruh rumah kami bernajis?

-------------------------------
Jawaban

Salam

Memang ada ulama (mazhab Shafi'ii dan Hanbali) yang berkata bulu kucing itu najis kerana berpegang pada pendapat bahawa apa yang terpisah dari binatang yang boleh dimakan tetapi tidak disembelih atau binatang yang tidak boleh dimakan adalah najis.

Namun, saya condong pada pendapat yang sebaliknya (Hanafi dan Maliki) kerana

1. ada hadits nabi s.a.w yang menceritakan mengenai seorang sahabat yang bertanya mengenai hukum kucing. Nabi lalu jelaskan bahawa ia tidak najis kerana ia adalah binatang yang sering berkeliaran di rumah dan sekitaran kita. Kalau ia najis, akan pasti menyusahkan. Sedangkan Islam adalah agama yang memudahkan.

Lihat hadits -- diriwayatkan dari Abu Qatadah, di mana Rasulullah saw bersabda, "Kucing itu tidak najis, ia termasuk haiwan yang berkeliling dalam lingkunganmu.” (HR yang berlima. Kata Imam Tirmiddzi:’hadith ini hasan lagi sahih. Juga dinyatakan sahih oleh Imam Bukhari)

2. Sahabat nabi s.a. w bernama Abu Hurairah dinamakan sedemikian kerana ia memang suka dengan kucing dan dia ada kucing peliharaan yang dibawa ke mana-mana. Kalau bulu kucing yang tercabut  itu najis, dia pasti tidak melakukan sedemikian kerana hakikatnya amat sukar untuk menjaga diri dari bulu kucing yang tertanggal.

Wallahu A`alam
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2010 08:36 AM | Show all posts
Post Last Edit by boocik04 at 11-1-2010 08:39

lagi satu untuk dikongsi:

diambil dari koleksi soal jawab agama (wordpress) http://soaljawab.wordpress.com/2009/02/08/bulu-haiwan-najiskah/

soalan:
sekali lagi saya ingin bertanyakan soalan, iaitu mengenai bulu. adakah bulu kucing bulu unta serta bulu binatang2 lain dikira sebagai najis? dan adakah perlu kepada kita untuk memperbaharui wuduk apabila tersentuh bulu yg telah terpisah daripada badan kucing tersebut?? adakah ia dikira sebagai bangkai?
sekian terimakasih. kalau boleh ustaz sertakan dengan dalil skali..

jawapan:
Waalaikumussalam
Masalah bulu binatang ini ada dibincangkan oleh para ulama. Kalau bulu haiwan bangkai(sama ada haiwan yang tidak disembelih atau haiwan yang tidak boleh dimakan selain anjing dan babi), ada perselisihan pendapat ulama berkenaannya.

Berbalik soalan anda, ada dua kategori, bulu kucing dan bulu anjing. Jika bulu unta, ia adalah suci sebagaimana ijmak yang dinukilkan oleh al-Nawawi.
Kata al-Nawawi (al-Majmuk 1/241) :
“Apabila dicabut bulu atau suf (bulu untuk biri2) atau wabar (bulu utk lembu) dari haiwan yang boleh dimakan, maka ia suci berdasarkan nas al-Qur’an dan ijmak Ummah”.

Manakala masalah bulu kucing, ini ada khilaf di sisi ulama.
Di sisi mazhab Syafie ia adalah najis. Ini juga adalah pendapat Ata’’.
Di sisi Malik, Ahmad, Ishaq dan al-Muzani, mereka membezakan antara tulang, tanduk, gigi, kuku dan antara bulu (sama ada bulu spt burung, kambing dll). Mereka mengatakan tulang atau tanduk najis, manakala bulu adalah suci.

Ada pendapat dari Malik, Abu Hanifah dan Ahmad semuanya adalah suci yakni bulu dan tulang.
(Sila rujuk al-Majmuk li al-Nawawi 1/236)

Pendapat yang lebih dicenderungi kebanyakan ulama ia adalah suci. Ibn Qudamah berpendapat jika haiwan itu najis maka bulunya najis, sebaliknya jika suci maka bulunya juga suci.
Berkata Ibn Qudamah : “Dan setiap haiwan, maka bulunya seperti baki bahagiannya yang lain, apa yang suci maka bulunya turut suci, dan apa yang najis maka bulunya juga begitu (najis). Tiada beza antara ketika hidup atau mati”. (al-Mughni 1/97).

Hujah pendapat yang mengatakan bulu adalah suci (al-Nahl : 80) :
MAKSUDNYA : “dan (ia juga menjadikan bagi kamu) dari berjenis-jenis bulu binatang-binatang ternak itu, berbagai barang perkakas Rumah dan perhiasan, (untuk kamu menggunakannya) hingga ke suatu masa.”.

Bahkan menurut Ibn Taimiah, semua bulu adalah suci.
Kata beliau dalam Majmuk al-Fatawa (5/51) : “Dan pendapat yang rajih ialah suci semua bulu : anjing dan babi dan selain keduanya. Berbeza pula air liur. Maka berdasarkan ini, jika bulu anjing lembap dan terkena baju seseorang, maka tidak ada apa-apa ke atasnya. Sebagaimana pendapat jumhur fuqaha’ Abi Hanifah, Malik dan Ahmad dalam salah satu riwayat nya. Hal ini kerana al-asl (asal) dalam benda-benda ialah suci, maka tidak harus menajiskan sesuatu atau mengharamkannya kecuali dengan dalil sepertimana firman Allah Taala (al-An’am 119) :
“padahal Allah telah menerangkan satu persatu kepada kamu apa Yang diharamkanNya atas kamu, kecuali apa Yang kamu terpaksa memakannya?.”

Oleh itu, bulu kucing atau unta, ia adalah suci dan jika terkena badan manusia ia tidak dianggap najis. Wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2010 09:04 AM | Show all posts
Post Last Edit by boocik04 at 11-1-2010 09:19

dipetik dari: website jabatan kemajuan islam malaysia

http://baheis.islam.gov.my/web/m ... 1076ae?OpenDocument

Ruangan Soal Jawab Kemusykilan Agama



. Nama : . Hayati bt Suut.
E-Mel :  layla.ajis@hotmail.com.
Kategori :  AKIDAH

--------------------------------------------------------------------------------



SUB KATEGORI


--------------------------------------------------------------------------------

Tarikh Hantar Soalan :  11/11/2009 10:59 AM
Soalan :  adakah bulu kucing itu najis dan boleh membatalkan solat? .
Jawapan :  Sah solat apabila terdapat bulu kucing di badan atau di sejadah, kerana bulu kucing bukanlah najis...
Status :  Selesai - Paparan Web.
. Nombor Rujukan :  PANEL SJAI 121109
Tarikh Selesai :  12/11/2009 02:46 PM
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-1-2010 10:39 AM | Show all posts
Waaaaa....terperinci btul, tima kasih kak B for this info.
Sha dah copy+paste+print dan antar kat mak sha kat kg.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2010 10:56 AM | Show all posts
Waaaaa....terperinci btul, tima kasih kak B for this info.
Sha dah copy+paste+print dan antar kat mak sha kat kg.
shasafiera Post at 11/1/2010 10:39



no problem
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2010 10:05 AM | Show all posts
Post Last Edit by boocik04 at 11-1-2010 09:19

dipetik dari: website jabatan kemajuan islam malaysia

http://baheis.islam.gov.my/web/m ... 8e7b/77a178859cefc0 ...
boocik04 Post at 11-1-2010 09:04

very gud boocik!
bab syahadaah ni penting sbb selalu terjadi tertikaman lidah antara org2 yg menyayangi kucing & tak suka kucing...
bila serumah/bersama dgn org bermcm2 pendapat & dalil.. kena ada bahan rujukan utk clearkan pemasalah berikut...
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2010 10:08 AM | Show all posts
Post Last Edit by boocik04 at 12-1-2010 10:17

29# leotazz818


tu la, kak leo... kadang2 tension jugak bila orang yang tak suka kucing guna macam2 alasan nak buang kucing.
sampaikan bulu kucing pun boleh dikatakan najis batalkan sembahyang... hu hu hu...
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2010 12:33 PM | Show all posts
Pelik kan...benda halal diharamkan...pandai2 jek wat hukum sendri. :@
Klu gi ceramah agama kat masjid, balik umah kena pikir balik btul atau x yg dia ckpkan oleh tok iman atau ustz.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2010 10:53 AM | Show all posts
tak kisah org nak ckp apa even MIL sdri pon, janji kita pandai jaga kebersihan umah kita sdri, kucing kita sihat n bersih, thats all... lantak la org nak ckp apa, kalo tak suka jgn dtg lagi, voleyyyy....hehehehe geram sehhh
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2010 06:56 PM | Show all posts
so far aku kat umah..takde masalah apa2 melainkan ngan pakaian itam jeh la..penuh bulu jeh kekdahnyer..yg lelain so far Alhamdulillah...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2010 06:01 PM | Show all posts
tapi pernah baca kucing boleh menyebabkan susah mengandung. Betul ke?
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2010 06:22 PM | Show all posts
rajin2 la sikat bulu kucing korang at least 1 hari 2 kali kalau nk kurang kan keguguran bulu kucing tuh... sekali dh masuk hidung.. haaaAAAThhCchoooo!!!
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2010 11:59 AM | Show all posts
tapi pernah baca kucing boleh menyebabkan susah mengandung. Betul ke?
mas999 Post at 18/1/2010 18:01



ni bukannya bulu kucing tapi tanah yang ada parasit yang menyebabkan toxoplasmosis.
bila kucing yang selalu keluar rumah terkena tanah yang ada parasit ni, najis dia akan ada toxoplasmosis tu.
itu sebab kalau kita nak bersihkan litterbox kucing kena cuci bersih2 supaya tak terkena parasit ini...
sama juga dengan berkebun. kalau dah pegang2 tanah tu, silalah cuci tangan sebersih2nya....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2011 11:43 PM | Show all posts
bulu kucing hanya merbahaya pabila mengandungi anak2 plus kutu2 plus larva2 kutu je, bende2 halus ni yang buat asthma datang,

kalau kucing uols bersih, takde masalah hatta dgn org yang ade asthma sekalipun........................... so bersih2 kan lah kucing anda, jadilah pemilik yang berhemah...

peace no war
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2011 12:52 PM | Show all posts
lagi satu untuk dikongsi:

diambil dari koleksi soal jawab agama (wordpress)

soalan:
sekali l ...
boocik04 Post at 11-1-2010 08:36



    kupasan yang bernas, tq oocik
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2011 09:40 AM | Show all posts
huhu....rina masa memula bela bubuye mmg risau bab bulu ni..pas tanya pakcik google, ada byk pendapat bab bulu ni.so barulah yakin bila nk solat..sebab shiro klo rina solat..dia suka tunggu sebelah rina....dr dia kecik sampai skang...dia akan dok tepi sejadah..bila kita dh sudah solat..dia akan landing depan rina...smbil kepala menyedeng kt lutut or kaki rina...itulah shiro..
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2011 10:14 AM | Show all posts
Post Last Edit by boocik04 at 15-8-2011 10:16
huhu....rina masa memula bela bubuye mmg risau bab bulu ni..pas tanya pakcik google, ada byk pendapa ...
anizarina Post at 15/8/2011 09:40


kalau bulu kucing najis, macam mana pula abu hurairah boleh tunaikan solat dengan anak kucing di dalam poket jubahnya? betul tak? sebenarnya, semasa kita solat, perlulah menjaga kebersihan dan kebanyakan orang melihat apabila kita membela kucing di dalam rumah, rumah kita jadi tak bersih (ini sebenarnya untuk orang2 yang pemalas jaga kebersihan jer...). kalau kucing kita memang indoor dan kita jaganya dengan bersih, kawasan rumah kita jaga dengan bersih, maka tiada masalah untuk menunaikan solat...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 09:14 AM GMT+8 , Processed in 0.590488 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list