CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Sehati Berdansa 2 [TAHNIAH! LISDA & FAUZI]

[Copy link]
Post time 26-10-2008 03:12 PM | Show all posts

Reply #19 fly_in_d_sky's post

ngat taun lepas jer ada yg sehat2 taun nih lagi ramai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2008 08:44 PM | Show all posts
aku suka tgk ani mayuni and zairi joget.. hehe.. enjoy je
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2008 08:45 PM | Show all posts
mazin tu kawin ek?? tegezut ai
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2008 09:00 PM | Show all posts
si acheed ngan bini dia
ya ampun

keluar lah cepat

Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2008 12:09 AM | Show all posts

Reply #24 Syd's post

mmg dah out aper

x larat tgk binik dia tuh
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2008 10:08 AM | Show all posts

Reply #25 fantasy_gurl's post

da kuar da....hehe.azab tgk diorg menari
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-10-2008 11:36 AM | Show all posts
ske tgk ani mayuni n hubby...low profile je..n x gediks sgt..
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2008 01:10 PM | Show all posts
Kali ini most of the wives gumuks. Peha dia org masyaallah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2008 08:48 PM | Show all posts
Originally posted by nanie at 27-10-2008 10:08 AM
da kuar da....hehe.azab tgk diorg menari




tau x per fan yg berdebar2 n seksa nak tunggu depa habes nari
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2008 08:50 PM | Show all posts

Reply #28 liv_tyler's post

Aduyai sis lek r nanti kalo awk dah kawen pon same jer

hormon la sis kalo x jaga lagi jd cam as feminin
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2008 09:59 AM | Show all posts
Sehati Berdansa: Ashed-Shima hanya mampu bertahan seminggu

Oleh WAHIDA ASRANI dan SITI AZIRA ABD AZIZ


PROGRAM realiti tarian yang melibatkan selebriti dan pasangan masing-masing, Sehati Berdansa musim kedua baru saja memulakan episod pertamanya Sabtu lalu, namun cukup malang buat pasangan Mohd Ashid Ahmad atau Ashed dan isteri Sharifah Noor Shima Syed Masnu atau Shima yang menjadi 'mangsa' penyingkiran yang pertama.

Vokalis kumpulan Def Gab C itu bersama isterinya hanya sempat berada di dalam program terbitan Astro ini dan mempelajari teknik-teknik menari selama seminggu. Namun,pasangan ini akur dengan keputusan undian juri dan penonton yang tidak menyebelahi mereka berbanding sembilan pasangan lain.

Program yang dihoskan oleh Linda Onn dan Fahrin Ahmad ini masih mengekalkan konsep pemarkahan yang sama seperti musim lalu di mana 50 peratus adalah daripada penilaian juri profesional manakala 50 peratus lagi adalah berdasarkan undian SMS penonton.


Ashed dan Shima menjadi pasangan pertama tersingkir

Juri tetap program ini adalah koreografer terkenal Linda Jasmine dan Hamzah Tahir manakala Sazlan Mat Adnan pula diundang selaku juri jemputan minggu ini.

Sepuluh pasangan ini akan dibimbing di bawah koreografer masing-masing di mana pada setiap minggu, mereka akan diberikan tema tarian yang perlu dipersembahkan pada konsert mingguan iaitu pada 'Malam Sehati Berdansa'.

Menariknya program ini juga, setiap pasangan tersebut turut mewakili badan-badan kebajikan tertentu yang mana pada setiap minggu, mereka akan menyumbang sebanyak RM1,000 selagi mereka masih kekal di dalam program ini.

Ashed dan Shima mewakili Persatuan Pencinta Alam Malaysia, Khai dan Rosma (Yayasan Kebajikan Haiwan Kebangsaan Malaysia), Sabrina Ali dan Shahrin (Persatuan Kesihatan Mental Malaysia), Ani Maiyuni dan Zairi (Majlis Kanser Nasional), Jamal Jamaludin dan Faridah (Pusat Kebangsaan Autism Malaysia), Shahril Arsat dan Noraini (Yayasan Jantung Malaysia), Sasha Saidin dan Salyo (Persatuan Diabetes Malaysia), Amyza Aznan dan Khairil (Yayasan Penyakit Alzheimer Malaysia), Lisdawati dan Fauzi Nawawi (Rumah Nur Salam) serta Mazin dan Anisa (Persekutuan Orang Pekak Malaysia).

Mengulas mengenai penyingkiran mereka, kata Ashed, dia akui agak kecewa kerana tersingkir pada minggu pertama program ini, apatah lagi kerana hanya mampu menyumbangsebanyak RM1,000 saja kepada badan kebajikan yang mereka wakili.


Khai dan Rosma menerima markah tertinggi daripada juri pada malam itu

Namun begitu, tambahnya, dia dan isteri tetap memasang hasrat untuk membantu Persatuan Pencinta Alam Malaysia walaupun kini telah tersingkir daripada program tersebut.

Ashed juga turut melahirkan perasaan gembiranya kerana berpeluang menyertai Sehati Berdansa musim ini meskipun dia dan isteri tidak pernah mempunyai asas menari sebelum ini.

"Banyak benda yang kita akan terlibat walaupun tidak diberi banyak ruang. Setakat ini, kami hanya sempat belajar tarian selama tiga hari. Walaupun sudah tersingkir, kami tetap akan belajar menari selepas ini," tutur Ashed yang ditemui selepas diumumkan tersingkir malam tadi.

Dalam pada itu, koreografer mereka, Suriati Osman berharap pada juri akan memberikan komen-komen yang lebih membina kelak

"Mereka perlu memberi komen yang membuatkan tahap peserta akan lebih meningkat. Tetapi saya lihat komen yang mereka berikan itu tidak langsung membantu," kata Suriati yang dikenali dengan nama Tia.

Dengan penyingkiran tersebut, sembilan lagi pasangan masih berpeluang untuk merebut gelaran juara Sehati Berdansa musim kedua setelah musim lalu menyaksikan pasangan selebriti Vanidah Imran dan Rashidi Ishak telah dinobatkan sebagai juara sulungnya.

Khai - Rosma menyerlah di minggu pertama


Lisdawati dan Fauzi Nawawi turut memberikan persembahan yang cukup bertenaga

Sabtu lalu dengan bertemakan malam disko, sepuluh pasangan Sehati Berdansa musim keduatelah mempamerkan persembahan sulung mereka. Sudah pastinya, tidak semua pasangan mampu menampilkan tarian hebat apatah lagi ada juga pasangan yang tidak pernah langsungmempunyai sebarang pengalaman menari.

Namun begitu, mereka tetap menunjukkan usaha yang tinggi terhadap tarian 'disko' yang menjadi tema minggu tersebut. Bintang Akademi Fantasia (AF) musim pertama, Khai dan Rosma menerima markah tertinggi daripada pihak juri dengan aksi lincah mereka menarikan lagu Si Gadis Ayu.

Pengalaman mengutip sedikit ilmu tarian daripada tenaga pengajar AF, Linda Jasmineketika menyertai program realiti itu kira-kira enam tahun lalu ternyata membuahkan hasil apabila pasangan yang baru saja berkahwin pertengahan tahun ini mempamerkanpersembahan yang cukup menarik.

Begitu juga pasangan pelakon Lisdawati dan suami, Fauzi Nawawi yang turut memberikan persembahan yang bertenaga pada malam itu.

Menerusi lagu Kasih yang pernah dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman, pasangan ini mempamerkan gerak tari bak penari profesional, terutamanya Fauzi yang berjaya memukau pihak juri.

Pasangan-pasangan lain yang turut menampilkan persembahan yang tidak menghampakan ialah Sabrina Ali dan suami, Shahrin, Ani Maiyuni dan Zairi, Sasha dan Salyo serta Mazin dan Anisa.

Empat pasangan lain iaitu Amyza dan Khairil, Jamal dan Ida, Ashed dan Shima serta pemain bola sepak Shahril dan Noraini bagaimanapun menerima markah juri yang agak rendah.

Rata-rata juri merasakan persembahan pasangan-pasangan ini ada yang terlah mudah gerah tarinya serta kurang bertenaga.

Ternyata penilaian juri itu turut memberi impak kepada Ashed dan Shima apabila mereka juga gagal meraih undian yang secukupnya daripada penonton dan sekaligus membuatkan mereka menjadi pasangan pertama yang tersingkir.

Apapun, ini baru permulaan buat peserta-peserta Sehati Berdansa musim ini.

Sembilan pasangan yang berjaya mara ke minggu seterusnya masih mempunyai peluang untuk memperbaiki kelemahan masing-masing dan melakukan yang terbaik pada persembahan mereka yang seterusnya Sabtu depan!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2008 06:25 AM | Show all posts

Reply #31 Syd's post

mmg si Ashed-Shima tuh patut kuar pun, keras gak nmpk...

si lis tuh tak sangka pndi nari
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2008 10:14 AM | Show all posts
lisda very fleksibel badan dia ekk
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2008 11:34 AM | Show all posts
sabrina n ani pon okey nari
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2008 01:02 PM | Show all posts
apesal shasha pakai baju camtu?..buruk nampak...bontot besau giler...hohohoh
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2008 05:47 PM | Show all posts

Balas #35 pzan213\ catat

nampak spender
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2008 05:59 PM | Show all posts
pastu nmpk V nyer...hehehhe
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2008 07:36 PM | Show all posts

Reply #35 pzan213's post

hahhahhaa
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2008 03:07 PM | Show all posts
Originally posted by pzan213 at 29-10-2008 01:02 PM
apesal shasha pakai baju camtu?..buruk nampak...bontot besau giler...hohohoh


Tapi memang dari zaman dia belum kahwin lagi dah besar macam tu kan.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2008 05:51 PM | Show all posts
camel toe sasha... fuhhh.. aku rasa dia notice tapi cam tak leh wat per.. selalu dia cover ngan tangan dia... huhuhuhu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 04:49 AM GMT+8 , Processed in 0.305436 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list