CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: anakencana

Zaman Kegelapan Islam & Ketibaan Era Kebangkitan Islam

[Copy link]
 Author| Post time 6-11-2008 04:54 PM | Show all posts

UZBEKISTAN (5)

Sebab Penindasan: Sistem Pemerintahan yang Lari Dari Nilai-Nilai Islam



Tidak wujud keselamatan dan keamanan di tempat-tempat yang hilang nilai-nilai agamanya. Namun demikian, di kebanyakan negara-negara Islam, kerajaan yang mendakwa memiliki nilai-nilai Islamik lupa bahawa dengan menolak moral-moral al-Quran, ia membawa negara ke dalam kancah kekacauan. Inilah sebabnya mengapa sesetengah negara di Asia Tengah, yang setiap hari semakin jauh dari nilai-nilai Islam, gagal untuk mencapai kestabilan yang diidam-idamkan.

Dalam masyarakat yang mana ideologi kosong komunis dan materialis bermaharajalela, ia pasti akan menemui kegagalan, seperti yang telah kita lihat dalam contoh-contoh yang lepas. Ini kerana di dalam persekitaran yang tiada moral keagamaan, para pemerintah hanya mementingkan diri mereka sendiri, zalim, suka menindas, bencikan keamanan dan tidak suka menolong orang. Al-Quran telah menarik perhatian kita tentang bahaya yang datang dari mereka yang terpesong jauh itu:


Dan apabila dia berpaling (dari kamu), dia berjalan di muka bumi untuk melakukan kerosakan padanya, dan merosak tanam-tanaman dan haiwan ternakan, dan Allah bencikan kerosakan. (Ali-Imran, 2:205)



Bukhara

Seperti yang telah kita lihat, sikap mereka yang disebutkan di dalam ayat di atas akan terus wujud selagi ajaran-ajaran Allah tidak ditegakkan. Apabila sesebuah negara ditadbir oleh mereka yang takutkan Allah, maka akan wujudlah kerjasama, keadilan, dan sikap tolong-menolong. Tiada seorang pun yang akan dibenarkan untuk melakukan ketidakadilan. Kehendak semua orang akan dipenuhi, perkhidmatan-perkhidmatan dan juga penyelesaian-penyelasaian baru akan ditemui. Segala kemungkinan akan membawa kepada keamanan dan kesejahteraan kepada rakyat. Mereka yang hidup dengan berlandaskan ajaran Islam akan melakukan semua kebaikan tanpa mengharapakan balasan di dunia, tetapi adalah untuk mendapatkan keredaan Allah dan ganjaran di Hari Akhirat kelak.

[ Last edited by  anakencana at 6-11-2008 04:55 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-11-2008 06:30 PM | Show all posts

Discover Tashkent..SILK ROAD..



Tashkent, the capital of Uzbekistan, much of it was destroyed in the earthquake of 1966 it has been rebuilt as a modern model city, with spacious avenues and ever-present fountains to cool the air.



Bukhara former capital of the once powerful Emirate of Bukhara, with more than 140 architectural monuments, is a 搕own museum
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2008 10:25 AM | Show all posts

BOSNIA, KOSOVO DAN MACEDONIA (1)

Rakyat Balkan yang Sentiasa Dihimpit Peperangan



Sewaktu kita sedang menuju ke penghujung abad ke-20. dunia telah meyaksikan genocide paling dahsyat dan besar. Segalanya bermula pada 1992, dan sepanjang waktu itu beratus-ratus ribu manusia telah dihalau dari tanah sendiri, dibunuh, disumbat ke dalam kem-kem yang penuh sesak, dan didera dengan cara yang tidak berperikemanusiaan. Perkara yang paling jelas dan nyata tentang genocide ini, yang bermula di Bosnia dan kemudian ber璸indah ke Kosovo, ialah ia berlaku di hadapan seluruh penduduk dunia dan hanya ber璼ebelahan sahaja dengan negara-negara Eropah.

Penyembelihan di Bosnia yang bermula pada 1992 hanya berakhir pada musim bunga 1995. Sepanjang tempoh tersebut telah berlaku kekejaman dan keganasan yang sukar dicari contohnya di dalam sejarah kehidupan manusia. Jumlah umat Islam Bosnia yang dibunuh oleh orang-orang Serbia adalah melebihi 200,000 orang. 2 juta orang telah diusir dari rumah mereka, dan kira-kira 50,000 umat Islam wanita telah dicabul ke璸e璻a瓀a璶annya. Perkara yang sama kemudian turut berlaku di Kosovo.




Memusnahkan Segala Tinggalan Empayar Turki Uthmaniyyah

Untuk memahami kezaliman yang dikenakan terhadap umat Islam Bosnia yang tidak bersalah, terlebih dahu璴u kita mesti mema環ami sejarah kawasan yang bergolak tersebut. Sudah diketahui ramai bahawa se璽elah pembubaran Per璼eku璽uan Yugoslavia, terdapat beberapa negara yang berasa kurang senang terhadap kawasan-kawasan yang me璵iliki ramai umat Islam yang cuba mendapatkan kemerdekaan. Penubuhan negara-negara Islam merdeka di tengah-tengah Eropah, dan kemungkinan untuk mereka menubuhkan sebuah kesatuan, membawa maksud kepada penubuhan tamadun Islam yang berhampiran dengan negara-negara Barat. Sebab itulah umat Islam di rantau Balkan dikenakan genocide oleh Serbia, dengan dibantu oleh sokongan-sokongan sulit oleh kumpulan-kumpulan pelobi anti-Islam yang sungguh efektif di beberapa negara-negara Barat dan berada pula di bawah payung keselamatan kumpulan-kumpulan pelobi ini.



Belum pun sempat manusia melupakan tragedi dahsyat yang berlaku di Bosnia-Herzegovinia, gelombang kedua kekejaman orang-orang Serb mula mengambil tempat. Kali ini latar tempatnya adalah di Kosovo, Yugoslavia. Apabila kita melihat peristiwa-peristiwa yang berlaku menurut perspektif sejarah, nampaknya Serb mahu menuntut bela di atas luka kekalahan yang dialami kira-kira 600 tahun sebelum ini. Orang-orang Serb di Kosovo melihat umat Islam Albania sebagai "penerus Empayar Turki Uthmaniyyah." Oleh itu orang-orang Serb mula menjalankan polisi asimilasi, atau lebih tepat lagi, cuba memadamkan segala kesan Uthmaniyyah.

Kebencian Serb terhadap Uthmaniyyah bermula kira-kira 600 tahun yang lampau. Semasa Perang Kosovo Pertama, pada tahun 1389, Sultan Murat I telah ditikam oleh seorang berbangsa Serbia yang menyamar sebagai seorang utusan. Beliau kemudiannya mengalami cedera parah di bahagian barat laut Pristina dan akhirnya meng環embuskan nafasnya yang terakhir setelah melihat kejayaan Uthmaniyyah. Kejayaan kedua Turki Uthmaniyyah di Kosovo berlaku pada 1448, apabila Sultan Murat II berjaya mengalahkan pasukan tentera Salib yang dipimpin oleh orang-orang Serbia. Berikutan kejayaan Perang Kosovo Kedua ini, sejumlah besar umat Islam Turki menduduki rantau Balkan

[ Last edited by  anakencana at 7-11-2008 01:22 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2008 10:34 AM | Show all posts

BOSNIA, KOSOVO DAN MACEDONIA (2)

Ketakutan Terhadap "Albania yang Lebih Hebat" dan Kosovo



Peta baru rantau Balkan yang telah dipersetujui bersama menerusi Perjanjian Versailles pada akhir Perang Dunia I telah menimbulkan satu fakta yang sangat menarik: Orang-orang Albania yang merupakan majoriti rantau Balkan tidak disatukan di dalam sebuah negara yang sama, sebaliknya mereka dibiarkan duduk berselerak di beberapa buah negara. Mengapakah orang-orang Albania tidak dibiarkan duduk bersama apabila peta baru rantau tersebut dilukis?




Jawapan kepada soalan tersebut terletak pada faktor asas yang mencetuskan segala konflik yang masih berterusan sehingga ke hari ini. Prospek penubuhan negeri "Albania yang Lebih Hebat", yang terdiri dari umat Islam Albania, dianggap oleh beberapa buah kuasa antarabangsa sebagai sesuatu yang tidak meng璾ntungkan pihak mereka. Sebab mengapa masalah yang sudah berdekad-dekad lamanya ini masih tidak dapat diselesaikan adalah berpunca daripada plot idea yang serupa. Jika kemerdekaan Kosovo diisytiharkan, "Albania yang Lebih Hebat" akan ditubuhkan sekali lagi di selatan Balkan.

Orang-orang Albania merangkumi kira-kira 95 peratus dari keseluruhan populasi Albania. Tambahan pula, terdapat juga kira-kira 35% populasi Albania di sempadan Macedonia, dan kira-kira 50,000 orang Albania pula tinggal di Montenegro. Di dalam Yugoslavia pula, kawasan Kosovo turut memiliki populasi orang-orang Albania yang agak besar.

Apa yang akan terjadi jika negara-negara yang berjiran tersebut bersatu, dan dengan itu membentuk "Albania yang Lebih Hebat" di tengah-tengah Eropah? Inilah yang menjadi ketakutan kepada kuasa-kuasa Barat.

Adalah perlu untuk dijelaskan bahawa ketakutan ini timbul lebih disebabkan oleh faktor agama berbanding faktor etnik. Seperti juga Bosnia, negeri tersebut turut memiliki ramai umat Islam yang dilihat sebagai "tidak diperlukan."

Pencaturan yang masih diteruskan sehingga ke hari ini, telah memainkan peranan penting yang mempengaruhi proses pemetaan rantau Balkan selepas Perang Dunia I. Inilah sebabnya mengapa orang-orang Albania secara tidak rela hidup sebagai sebuah bangsa yang dipecah-pecahkan sejak dulu lagi.

[ Last edited by  anakencana at 10-11-2008 11:07 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2008 10:59 AM | Show all posts

BOSNIA, KOSOVO DAN MACEDONIA (3)



Selepas Perang Dunia II, orang-orang Albania telah diperintah di bawah telunjuk rejim Komunis. Orang-orang Albania di Kosovo dan Macedonia kekal di sempadan Tito Yugoslavia, dan orang-orang Albania sendiri akhirnya berada di bawah genggaman rejim Enver Hoxha yang lebih zalim.

Berikutan kejatuhan komunisme kira-kira 40 tahun yang lampau, kuasa "Albania yang Lebih Hebat" dipandang sebagai sebuah kuasa yang berbahaya disebabkan oleh sifat Islamiknya. Kuasa komunis terdahulu dan fasis terbaru, Slobodan Milosevic menjadi orang pertama yang memulakan polisi ganas yang anti-Islam.




Sebaik sahaja Milosevec mula memegang tampuk pemerintahan, beliau telah menamatkan autonomi yang telah pun dijanjikan kepada Kosovo sewaktu zaman Tito. Beliau mula menggunakan pendekatan fasis untuk menyalakan api nasionalisme orang-orang Serbia. Pendidikan tinggi di Kosovo dihalang dari diajar dalam bahasa Albania. Akhbar-akhbar yang diterbitkan dalam bahasa tersebut akan ditamatkan operasinya dan rakyat ditindas.

Ini semua bertujuan supaya orang-orang Albania meninggalkan kawasan tersebut, dan akhirnya kira-kira 400,000 telah mengambil tindakan tersebut. Pada masa yang sama, wujud usaha untuk mengubah demografi kawasan dengan memasukkan orang-orang Serb. Mereka mahu men"Serbia"kan kawasan tersebut dengan menghalau umat Islam Albania yang membentuk populasi kira-kira 90 peratus banyaknya. Mereka malah turut mengoyakkan surat ikatan harta dan mencantumkan dokumen-dokumen untuk memadamkan identiti budaya umat Islam.

Pada 1989, autonomi Kosovo telah dibatalkan sama sekali. Setiap hari, Milosevic mengenakan sekatan-sekatan baru di kawasan tersebut. Orang-orang Albania terus menunjukkan penentangan yang bersifat kedamaian terhadap segala penindasan yang dikenakan ke atas mereka, dan di bawah pimpinan Ibrahim Rugova, mereka telah memulakan kempen yang berdasarkan perlembagaan untuk memenangi semula hak-hak mereka.

Orang-orang Albania yang telah hidup lama di bawah sistem penindasan yang tidak memiliki sebarang hak dan telah menjadi sasaran projek asimilasi, akhirnya telah berjaya menarik perhatian rakyat dunia setelah mereka menjadi mangsa proses pembersihan etnik. Serb telah meletakkan pasukan polis dan askarnya di kawasan itu. Pasukan-pasukan ini telah menyerang penduduk yang tidak bersenjata dengan menggunakan senjata-senjata berat. Kempen pembersihan etnik bermula pada 27-28 Februari 1998. Keagresifan Serb telah dihentikan oleh operasi NATO pada 24 Mac 1999. Namun demikian operasi menyelamat yang agak lewat dilakukan ini telah cukup untuk memberitahu kita bahawa penderitaan yang cukup besar telah dialami oleh orang-orang Albania Kosovo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2008 03:11 PM | Show all posts

The Sadness of War, Bosnia Hercegovina..


11 Aug 1992, Manjaca, Bosnia and Herzegovina --- Prisoners of war, some injured and some apparently starving sit in an infirmary area at Manjaca, a Serbian military camp in Bosnia and Herzegovina during the Yugoslavian Civil War. Conflict among the Croats, Serbs, and Muslims in Bosnia began when Bosnia declared independence in early 1992, several months after other regions of Yugoslavia entered into war.


Bosnia - War damage...


Abandon village, Bosnia


Muslim cemetery - Bosnia


Tunnel Museum - Bosnia (The Tunnel is 800 metres long, but most is now collapsed)
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 7-11-2008 03:29 PM | Show all posts

Kumanovo, Macedonia


F.Y.R.O.M. is NOT Macedonia.
A part of Macedonia (geographically) belongs to F.Y.R.O.M. (Vardar).
The most of it belongs to GREECE and a small part of it in BULGARIA (Pirin).
MACEDONIA IS NOT A DIVIDED COUNTRY.
It's a geographical region.



1912 Balkan War Memorial (Battle of Kumanovo)


Alexander the Great's Battle... was king of Macedonia (300s B.C.) and one of the greatest generals in history. He conquered much of what was then the civilized world. Alexander brought Greek ideas and the Greek way of doing things to all the countries he conquered. This great general and king made possible the broadly developed culture of the Hellenistic Age.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2008 11:05 AM | Show all posts

KASHMIR (1)

Umat Islam Kashmir Sedang Menunggu Bantuan



Seperti kebanyakan umat Islam lain yang terdapat di benua Asia, rakyat di Kashmir telah menghabiskan separuh kedua abad ke-20 dalam kancah peperangan dan konflik. Sebab utama mengapa keamanan dan ke璼tabilan tidak wujud di Kashmir selama lebih kurang 50 tahun adalah disebabkan oleh penindasan yang dilakukan oleh pentadbiran kerajaan India yang mendudukinya.

Kashmir merupakan kawasan dunia yang sangat penting dari segi ekonomi, kerana mengandungi emas, batu zamrud dan batu delima. Memandangkan kawasan yang diduduki India ini terletak di kawasan gunung-ganang, maka ia menjadi petempatan strategik untuk mengawal keadaan persekitaran. Inilah sebab璶ya mengapa Kashmir, yang memiliki ke璸entingan strategik dan kekayaan hasil bumi璶ya, telah menarik banyak bangsa sepanjang sejarahnya. Walau bagaimanapun, sebab paling utama mengapa negara-negara di kawasan tersebut amat berminat terhadap Kashmir adalah kerana identiti Muslimnya.




India, yang terkenal dengan sikap prejudis璶ya menentang Islam, ataupun Rusia dan China tidak akan membenarkan Kashmir untuk mencapai objektifnya menjadi sebuah negara Islam merdeka, atau pun bersatu dengan kerajaan Islam Pakistan. Hakikat bahawa rakyat Kashmir yang merupakan umat Islam menjadi sebab asas kepada terjadinya sekatan ekonomi, tindakan kekejaman, penahanan dan penderaan yang tidak ber璲ustifikasi yang dikenakan ke atas mereka. Dengan cara ini, kuasa-kuasa ter璼ebut dapat menghalang umat Islam dari memegang kuasa, dari segi ekonomi dan juga politik. Dengan cara yang sama juga, me璻eka turut melakukan seka璽an dan tekanan anta璻a璪angsa untuk menghalang kerajaan Islam Pakistan dari menyokong rakyat Kashmir.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-11-2008 11:11 AM | Show all posts

KASHMIR (2)

Pergerakan yang Terancang dan Strategik di Kashmir



Sub-benua India kekal di bawah pengaruh British sehingga akhir Perang Dunia II. Apabila British berundur, umat Islam India berhasrat untuk memiliki negara mereka sendiri dan dengan itu menubuhkan Pakistan. Terdapat perpindahan populasi di antara India dan Pakistan. Ramai umat Islam yang tinggal di India berpindah ke Pakistan. Walau bagaimanapun Jammu/Kashmir yang majoriti populasinya terdiri daripada umat Islam, terus kekal di bawah kawalan India. Hal ini terjadi akibat muslihat India dan juga sokongan daripada pihak British. Kashmir terus hidup di bawah penindasan India sehingga kini.




Umat Islam Kashmir berharap untuk menentang peraturan India yang menekan itu dan seterusnya mendapatkan kemerdekaan. India telah menjalankan proses pembunuhan beramai-ramai terbesar sebanyak tiga kali, iaitu pada 1947, 1965 dan 1971. Beratus-ratus ribu umat Islam Kashmir dibunuh. Lebih 4,000 orang wanita didera dan diperkosa. Sekolah-sekolah yang menyediakan pendidikan keagamaan telah ditutup untuk mengelakkan daripada berlakunya kesedaran Islam.

Pergerakan pembunuhan dan asimilasi menjadi semakin kejam selepas tahun 1990. Rakyat ditahan tanpa sebab dan diseksa sehingga mati. Rumah-rumah dirampas, rakyat yang tidak bersenjata dianiaya, dan syarikat akhbar serta sekolah-sekolah ditutup. Kerajaan India masih tidak berasa puas dengan melakukan kekejaman bersenjata sahaja. Maka, empangan yang diperlukan untuk tujuan pertanian turut dirampas untuk menekan lagi umat Islam. Mereka mengisinya sehingga penuh dan tiba-tiba membukanya kembali apabila hujan monsun tiba. Kesannya, kawasan tanah rendah di Kashmir dan Pakistan mengalami banjir. Malah, beribu-ribu manusia kehilangan nyawa dan kawasan yang terlibat pula mengalami kerosakan yang sangat teruk.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2008 11:33 AM | Show all posts

KASHMIR (3)



Pada bulan Oktober 1993, satu siri serangan besar-besaran telah dilakukan ke atas Masjid Hazratbal di Srinagar yang merupakan ibu kota Kashmir. Pihak berkuasa India telah mengepung masjid tersebut selama lebih kurang sebulan kerana mendakwa ia menjadi sarang latihan militari umat Islam. Lebih dari 100 orang telah dibunuh ketika itu. 300 orang yang tidak bersalah pula telah ditahan. Bekalan elektrik dan air ke bandar tersebut telah dipotong.




Sebagai tambahan kepada penganiayaan yang dilakukan oleh kerajaan India di Kashmir, masalah pelarian yang serius turut berlaku. Di bawah ini, anda dapat membaca luahan Sefer Turan, seorang wartawan televisyen Turki, Kanal 7, berkenaan nasib para pelarian yang terdapat di dalam kem yang sedang dibincangkan ini. Ia sudah cukup untuk memberikan kesedaran kepada kita tentang apa yang berlaku:

"...Kem pelarian Ambor telah ditubuhkan pada 1990 untuk penduduk Kashmir yang melarikan diri dari Jammu Kashmir. Taraf hidup adalah sangat rendah dari kebiasaan. Para pelarian ditempatkan di dalam rumah-rumah sempit yang berlumpur. Di dalam sebuah rumah satu bilik yang kami masuk, terdapat sebuah katil. Apabila saya bertanya berapa ramai orang yang tinggal di situ, saya diberitahu, "Sembilan."

Kem tersebut mengandungi 214 buah keluarga ataupun 1,110 orang individu. Sudah cukup dengan hanya memasuki sebuah pondok berlumpur untuk melihat betapa rendahnya taraf hidup mereka. Pondok tersebut secara umumnya mengandungi dua buah bilik. Terdapat beberapa periuk dan kuali yang tidak boleh digunakan. Juga terdapat satu atau dua katil yang sebenarnya tidak kelihatan seperti katil. Seorang ibu duduk di satu penjuru sambil memangku bayinya. Sumber api bumi digunakan untuk memasak, yang mana beberapa dahan yang dicari oleh mereka dibakar. Tiada apa-apa yang boleh dimakan sama sekali di situ! Saya berasa segan untuk membuka tudung kuali untuk melihat apa yang ada di dalamnya. Di dalam setiap khemah, tiada apa-apa yang dapat dimakan dan tiada ruang untuk tidur. Sehelai kain kecil yang agak lusuh terdapat di tengah lantai salah satu dari khemah-khemah yang ada di situ. Mungkin ia digunakan sebagai bantal. Apabila saya bertanya berapa ramaikah penghuni khemah tersebut, saya diberitahu 11 orang. Di luar, sebuah periuk sedang mendidih..."

[ Last edited by  anakencana at 10-11-2008 11:51 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2008 12:05 PM | Show all posts
to anakencana,

teruskn usha..hihik..dalam diam2..aku slalu ikot perkembangan tread ni...hihik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2008 12:17 PM | Show all posts

KASHMIR (4)

Contoh yang diberikan di atas hanyalah satu daripada drama-drama pelarian yang berlaku di seluruh dunia. Kehidupan jutaan pelarian di Palestin, penderitaan hampir sejuta pelarian umat Islam sewaktu Perang Kosovo, dan beratus-ribu lagi pelarian Chechen adalah lebih memilukan....




Di dalam semua situasi tersebut, ada hikmah yang mesti difahami bagi mereka yang memiliki berkesedaran. Terdapat hikmah bagi setiap peristiwa yang berlaku di dunia ini, yang mana ia merupakan satu ujian kepada umat manusia. Pengajaran yang mesti difahami oleh mereka yang beriman tentang pengalaman tersebut ialah kepentingan untuk memberikan penjelasan tentang kewujudan Allah dan menyebarkan ajaran al-Quran ke seluruh dunia. Apa yang perlu dilakukan oleh mereka ialah memenuhi tanggungjawab untuk memerangi segala fahaman yang cenderung untuk menafikan kewujudan Allah Yang Maha Esa, dan mencegah kemungkaran serta mengajak manusia untuk melakukan kebaikan. Dengan cara ini, manusia yang berkesedaran dan benar-benar takutkan Allah akan muncul, dan segala kezaliman akan dihapuskan. Mereka yang menindas orang lain akan bertanggungjawab ke atas perkara yang dilakukannya itu, baik di dunia mahupun di akhirat. Allah telah menjelaskan kebenaran ini di dalam ayat-ayat yang berikut:

Sesungguhnya orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya pasti akan mendapat kehinaan sebagaimana orang-orang sebelum mereka telah mendapat kehinaan. Sesungguhnya Kami telah menurunkan bukti-bukti yang jelas. Dan bagi orang-orang kafir ada seksa yang hina. Pada hari Allah membangkitkan mereka semua, lalu Dia memberitahu mereka segala apa yang telah dikerjakan. Allah mengumpulkan (mencatatkan) amal perbuatan itu, padahal mereka telah melupakannya. Dan Allah Maha Menyaksikan segala sesuatu. (Al-Mujaadilah, 58: 5-6)

[ Last edited by  anakencana at 10-11-2008 12:28 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2008 12:44 PM | Show all posts

KASHMIR (5)

Kekejaman yang Diabaikan oleh Dunia



Asas perjuangan ini adalah pertandingan idea-idea yang mesti dilancarkan untuk menghapuskan segala macam kekejaman, konflik, dan falsafah ateis yang menyediakan asas kepada kekacauan yang berlaku. Di dalam perjuangan ini, asas kepada segala keamanan, keharmonian dan kasih-sayang, iaitu kesedaran manusia, akan digerakkan untuk mengelakkan manusia yang tidak bersalah dari terus menderita. Allah telah memberikan khabar gembira sebagai balasan kepada perjuangan tersebut:

Sebenarnya Kami melontarkan yang hak kepada yang batil lalu yang hak itu menghancurkannya, maka dengan serta-merta yang batil itu lenyap. Dan kecelakaanlah bagimu disebabkan kamu mensifati (Allah dengan sifat-sifat yang tidak layak bagi-Nya). (Al-Anbiyaa', 21: 18)




India berupaya melaksanakan polisi durjana yang menindas penduduk Kashmir selama lebih 50 tahun disebabkan oleh sokongan secara nyata dan juga tersembunyi yang diterima dari beberapa golongan di Barat. Umat Islam Kashmir berada di bawah rejim penindas Hindu disebabkan oleh keputusan-keputusan PBB, yang mana ke璪a璶ya璳an璶ya tidak dilaksanakan. Populasi Kashmir dikuasai oleh umat Islam. Perjuangan mereka untuk mendapatkan kemerdekaan dan sokongan yang diberikan oleh Pakistan telah dilemahkan oleh polisi-polisi berat sebelah oleh beberapa golongan dari Barat.

Ketika beberapa kumpulan di Eropah cuba untuk mengabaikan persoalan di Kashmir semungkin yang boleh, beberapa media Amerika telah melaporkan isu tersebut kepada seluruh komuniti dunia secara subjektif. Kajian yang lebih mendalam menunjukkan bahawa beberapa berita harian Amerika jarang menyentuh tentang isu penganiyaan di Kashmir. Di dalam laporan yang mereka buat sekali-sekala, situasi yang berlaku itu hanya digambarkan sebagai "penindasan yang dilakukan ke atas golongan penderhaka dalaman di beberapa bahagian di India." Sebagai contoh pada 22 Januari 1990, akhbar New York Times telah menyuarakan pandangan yang menuduh Pakistan memberi sokongan kepada puak pemisah Islam di Kashmir yang telah merosakkan kestabilan negara itu dan ini seterusnya menimbulkan kemarahan Pakistan. Adalah mudah untuk kita melihat komen-komen yang subjektif seperti ini di dalam media-media Barat.

Tekanan India di kawasan tersebut dan proses asimilasi yang dilakukan telah menjadi semakin getir sejak tahun-tahun ke璪elakangan ini. Telah wujud "puak fanatik Hindu" yang mana kerajaan India mendakwa tidak mampu untuk mengawalnya. Padahal semua orang tahu bahawa konflik di antara mereka hanyalah palsu dan tidak benar sama-sekali. Pergerakan ini bertujuan untuk menghapuskan kesemua umat Islam Kashmir, seperti mana yang dilakukan dalam peristiwa pembunuhan beramai-ramai di Masjid Babur Shah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2008 01:16 PM | Show all posts

Reply #31 tucci's post

dalam diam2..aku slalu ikot perkembangan tread ni...hihik


dearie tucci,

terima kasih atas komentar & kata2 semangatnyer... gitu lar sharing is caring kann

..kita mungkin tak pergi jauh ke situ (meninjau sejarah dunia lain), sebab utamanya.. kekadang kebosanan sejarah malaysia/nusantara terjadi akibat penyembunyian fakta atau penafian peranan sesiapa dalam sejarah kita... dan katanyer berpunca dari salah pengolahan, bukan silap fakta, bukan kekangan kerajaan sajor.. dunno lar

..bila kita tengok sejarah negara/tamadun lain seolah2 ianya kita berada dalam kancah sejarah itu sendiri sambil menyelami suasana sejarah itu. Hikayat sejarah melayu pun lagi bosan卍gn ayat klasik lama yang tak faham & terlampau mistik sebab kebudayaan hindu agak kuat pada masa lampau... katanyer sejarah kita telah banyak diacuankan oleh penjajah厖 mudah2an jangan makin lenyap dalam lipatan sejarah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2008 01:39 PM | Show all posts

KASHMIR (6)



Bagaimanakah kita dapat menilai situasi yang sedang berlaku ini? Mengapa masih terdapat segelintir golongan yang membiarkan Kashmir terus berada di bawah penindasan India dan juga turut memberikan sokongan kepada puak pengganas dari negara tersebut? Jawapannya ialah kerana banyaknya aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh kumpulan-kumpulan pelobi yang anti-Islam. Mereka kadang-kala dapat mempengaruhi dengan hebat sekali corak pengurusan Barat, yang seterusnya mempengaruhi pendirian golongan-golongan prodemokrasi Barat dan juga prokemanusiaan.

Sebagai kesimpulan, umat Islam Kashmir bukan sahaja perlu mempertahankan diri mereka dari India, ataupun kumpulan-kumpulan radikal Hindu, tetapi turut perlu melancarkan peperangan ideologi kepada kumpulan-kumpulan pelobi yang memberikan sokongan di sebalik apa yang sedang berlaku kini.

Kumpulan-kumpulan pelobi anti-Islam nampaknya menjadi dalang utama kepada peningkatan tahap propaganda yang sedang berlaku. Kekejaman yang dihadapi oleh umat Islam Kashmir adalah amat dahsyat. Sepanjang catatan sejarah, propaganda-propaganda yang disebarkan telah menyebabkan rakyat Kashmir digambarkan jauh dari keadaan mereka yang sebenar. Kekejaman dan penderaan yang dikenakan ke atas mereka yang tidak bersalah telah ditutup. Dengan itu, dunia tidak mengetahui apa yang sebenarnya berlaku. Cara manusia bertindak seolah-olah laporan-laporan daripada pertubuhan-pertubuhan hak asasi manusia tidak pernah wujud sama sekali. Rakyat Kashmir yang menentang penindasan India dan berjuang untuk mendapatkan keamanan di tanah air mereka sendiri, telah digambarkan kepada dunia sebagai "puak pelampau."
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2008 01:45 PM | Show all posts

KASHMIR (7)

Padahal hasrat utama rakyat Kashmir, yang telah dikongkong oleh India lebih dari separuh kurun, hanyalah untuk hidup dengan bertunjangkan agama yang mereka anuti, tidak ditindas hanya kerana mereka beragama Islam, dan memiliki tanah tempat tinggal bagi membolehkan mereka membesarkan anak-anak di dalam keadaan yang aman dan selamat.




Hakikat bahawa umat Islam Kashmir tidak dapat menikmati hak-hak asas mereka dan telah pula didera buat sekian lama telah cukup untuk memberitahu kepada kita semua tentang betapa segera dan pentingnya tindakan menyebarkan moral al-Quran ke serata dunia untuk menentang ateisme dan juga untuk manusia yang berkesedaran mengetahui apakah yang sebenarnya berlaku kini.

Jelaslah kini, manusia yang betul-betul sedar tidak boleh menutup mata dan telinga mereka sewenang-wenangnya. Pem璪eritahuan kepada masyarakat awam tentang ketidakadilan yang sedang berlaku dan menerangkan bahawa sebuah kehidupan yang aman dan adil hanya dapat dicapai dengan mengikuti ajaran al-Quran menjadi tugas penting kepada setiap muslimin ketika ini. Adalah menjadi tugas umat Islam juga untuk memberitahu setiap orang-orang yang beriman tentang berita baik pertolongan dari Allah dan juga nasib malang yang akan menimpa jika mereka tidak berhenti dari terus melakukannya. Ayat-ayat di bawah ini dengan jelas menggambarkan perbezaan ganjaran yang akan diterima oleh mereka yang beriman dan mereka yang zalim:

Sesungguhnya Kami menolong rasul-rasul Kami dan orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia dan pada hari berdirinya saksi-saksi (Hari Kiamat), (iaitu) pada hari yang sudah tidak berguna bagi orang-orang yang zalim untuk meminta maaf, dan bagi merekalah laknat dan mereka akan mendapat tempat tinggal yang buruk. (Al-Mu'min, 40: 51-52)


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-11-2008 03:05 PM | Show all posts

IRAQ (1)

Fasisme Timur Tengah, Saddam Hussein



Kepelbagaian ras agama dan kumpulan etnik telah membentuk populasi Iraq seramai 25 juta orang. 95 peratus beragama Islam, dan mereka mengalami penindasan, penderaan dan ketakutan selama bertahun-tahun. Faktor terpenting yang mem璪awa kepada pembunuhan dan kemiskinan umat Islam adalah Saddam Hussein yang merupakan seorang diktator "fasis."

Saddam Hussein mula berkuasa pada tahun 1979, dan semenjak itu beliau enggan membenarkan sebarang kumpulan agama menceburkan diri dalam arena politik dan sosiol Iraq. Saddam Hussein menjadi arkitek peristiwa pembunuhan beramai-ramai 5,000 umat Islam Kurdish dengan menggunakan senjata kimia di Halabja, mendera rakyatnya sendiri, memulakan perang Iran-Iraq, dan cuba untuk menawan Kuwait pada tahun 1990. Walaupun beliau kadang-kala bercakap hal-hal agama untuk memenangi hati umat Islam, namun ia hanyalah sebuah sandiwara.




Jika kita mengkaji secara ringkas sejarah Saddam Hussein, kita dapat memahami asas-asas rejim yang dibinanya.

Peristiwa yang membuatkan Saddam berkuasa di Iraq bermula dengan sebuah rampasan kuasa. Pada bulan Februari 1963, sekumpulan pegawai askar dan aktivis jalanan yang menggelarkan diri mereka sebagai Parti Baath (Parti Pemulihan) telah menyingkirkan Jeneral Abdul Karim Kassem yang berkuasa ketika itu.

Di antara militan-militan tersebut, seorang ahli daripada enam orang yang ber璽ang璯ung璲awab membunuh Kassem, mendapat perhatian: Sad璬am Hussein al-Takriti, dengan kata lain beliau ialah Saddam Hussein dari Takrit. Walaupun Saddam bukanlah seorang askar, namun beliau sering dilihat berpakaian uniform dan serta-merta selepas ber璴akunya rampasan kuasa, beliau telah dimasukkan ke dalam rejim Baath dan ditugaskan untuk melakukan keganasan dan pembunuhan. Tindakan pertamanya adalah mencipta kaedah baru penderaan yang lebih efektif semasa menyoal-siasat mereka yang menentang sewaktu rampasan kuasa. Pemerintahan Baath yang bermula dengan rampasan kuasa istana berakhir pada bulan November tahun yang sama. Pusat penderaan Saddam kemudian menjadi lebih ringan, penuh dengan peralatan-peralatan menyakitkan yang direkanya sendiri.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2008 03:11 PM | Show all posts

IRAQ (2)

Wajah Sebenar Saddam Hussein



Pentadbiran Baath yang berusia kurang 10 bulan juga berakhir dengan sebuah rampasan kuasa. Walau bagaimanapun, parti itu kemudiannya melancarkan lagi rampasan kuasa pada 17 Julai 1968, dan kali ini adalah yang terakhir. Naib pemimpin rampasan kuasa kedua ini tidak lain adalah pakar pendera Saddam Hussein sendiri. Dengan melantik saudara-mara terdekatnya menjawat jawatan-jawatan penting dan menyingkirkan musuh-musuh politiknya, beliau kemudiannya berjaya menguasai kekuatan politik yang diidam-idamkan olehnya. Pendera yang tidak berperikemanusiaan itu kemudiannya menjadi diktator Iraq.

Di sebalik kekejaman dan kebuasannya itu, salah satu faktor yang menjadikan beliau terus berkuasa ialah sokongan yang diterimanya dari luar. Saddam telah membentuk sekutu-sekutu untuk menjadikannya terus berkuasa. Mossad, iaitu sebuah kumpulan gelap paling pintar di dunia milik Israel mendahului sekutu-sekutu yang dibentuk oleh Saddam. Mossad menganggap Saddam sebagai buah catur penting strategi Israel di Timur Tengah, dan kadang-kala menggunakan Saddam untuk menghalang perkara-perkara yang mungkin membahayakan kepentingan Israel.




Dalam bukunya yang kedua, ditulis selepas Perang Teluk, Victor Ostrovsky yang merupakan bekas ejen Mossad menulis perkara yang menarik tentang Saddam dari kaca mata Israel. Israel berharap agar diktator Iraq itu terus berkuasa kerana beliau betul-betul kurang rasional dalam polisi antarabangsa dan mungkin melakukan kebodohan yang boleh dipergunakan oleh Israel.

Ini menjelaskan kepada kita maklumat penting tentang wajah sebenar Saddam Hussein. Saddam tidak pernah mewujudkan polisi yang membawa kebaikan kepada umat Islam dan tidak juga pernah mempertahankan kepentingan rakyatnya. Kesemua tindakan yang dilakukan olehnya sehingga hari ini, yang diarahkan oleh beberapa buah kumpulan yang anti-agama, bermatlamat untuk menghancurkan Islam dan rakyat Iraq. Sebenarnya sepanjang Saddam berkuasa, nyawa penduduk Iraq dipenuhi dengan peperangan dan konflik. Hakikat bahawa semua itu dilancarkan terhadap negara-negara Islam membuktikan kepada kita bahawa terdapat kumpulan-kumpulan yang tidak mahu Islam wujud di muka bumi ini.

Setelah berjaya mengukuhkan kekuasaan, Saddam sering mewujudkan peperangan dan konflik. Pada tahun 1980, Saddam dengan sengaja menceroboh Iran tanpa sebab, dengan itu mencetuskan peperangan selama 8 tahun yang menyaksikan kematian ratusan ribu rakyat Iraq dan Iran. Dua tahun selepas peperangan tersebut berakhir, Saddam kemudian menyerang Kuwait tanpa sebab dan seterusnya membawa Perang Teluk pada 1991. Namun, kezaliman Saddam tidak terhad kepada negara-negara jiran, malah kepada rakyatnya juga. Sepanjang beliau berkuasa, mereka yang dilihat sebagai penentang dari kalangan rejim, kepelbagaian parti politik dan kumpulan etnik telah dikenakan pelbagai jenis azab. Pada tahun 1990, Newsweek telah membawa kisah tentang karekter fasis Saddam....

[ Last edited by  anakencana at 10-11-2008 03:12 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2008 03:14 PM | Show all posts

Balas #34 anakencana\ catat

Couldn't agree more.
Btw, another good thread of yours.

Mod, she deserves some credits.

Berbalik pd thread, zaman kegelapan. Kalau kita kaji betul2 sejarah, sejarah bukanlah semata2 utk kita kagumi atau kenangi. Sepatutunya lebih dari itu.... iktibar.
Utk kita jadikan panduan dan iktibar di masa depan.

Kalau dulu, sejak lahirnya Islam, di zaman pemerintahan2 sahabat hinggalah ke tabiin, Islam begitu cemerlang, gemilang dan terbilang. Tapi sayang akhirnya Islam itu terbuang.

Kenapa? Inilah pentingnya sejarah. Utk kita diagnos di mana punca kesilapan demi  membangkitkan semula era itu agar Islam kembali cemerlang, gemilang dan terbilang.

Tak usah pergi jauh. Negara kita sendiri. Kenapa Ump No more, kini seolah2 terbuang? Kenapa? Kenapa?


ahakzzz!!!! emosi gituk!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2008 04:38 PM | Show all posts

Reply #39 HOTlips's post

Kalau kita kaji betul2 sejarah, sejarah bukanlah semata2 utk kita kagumi atau kenangi. Sepatutunya lebih dari itu.... iktibar.
Utk kita jadikan panduan dan iktibar di masa depan


Thank you my dear for your generous comment... appreciate that taw... (pasal credit tu.. rasanyer dah cukup enuff.. konsep bukak thread nie cuma ingin berkongsi ilmu cerr... heehee)

Kita sewajarnya menerima sejarah seadanya... apatah lagik jika disertakan dengan riwayat yang sahih...kena ambik pengajaran daripadanya...pengkajian yang ilmiah bukan emosi semata2.. tapi tu lar yg paling susah kot..

...tapi katanyer insyallah.. kalo kita istiqamah buat kerja2 berkaitan agama islam nie, Allah akan sentiasa membantu kita.. otomatik terbukak ngan banyaknyer lorong2 ilmu pengetahuan tu sendiri.. then tambahnyer lagik...membongkar sejarah dunia islam dan paparkan sejarah sebenar adalah satu jihad umat islam masa kini... :tea:

[ Last edited by  anakencana at 10-11-2008 04:57 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 07:25 PM GMT+8 , Processed in 0.074195 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list