CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: jac_diehard_fan

SERAM : Puaka Niyang Rapik

[Copy link]
 Author| Post time 17-9-2008 07:52 PM | Show all posts

Reply #20 pzan213's post

cite muzikla tu cite ape
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-9-2008 07:52 PM | Show all posts
agak2 brape dienye target rating?

10 juta penonton?
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2008 08:31 PM | Show all posts
Originally posted by jac_diehard_fan at 17-9-2008 07:52 PM
cite muzikla tu cite ape


teater muzikal la...hihiih
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2008 06:24 AM | Show all posts
Originally posted by pzan213 at 17-9-2008 05:40 PM
dier mmg....dulu bella meletop sibuk lak nak wat ezora...pastu bile citer muzikla meletup2....sibuk lak nak wat impak maksima muzikal......patu kekasihku seru meletup...sibuk lak nak wat citer an ...



kan??? mad ideham nih mmg jenis pengikut trend...

filem Jangan Pandang Belakang tu kengkununnya nak lawan PHSM kan??? tapi.....harammmm
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2008 07:07 AM | Show all posts
tv3 soh dia buat citer sebab korang jugak yg menaikkan rating. bukan ke begitu? ala..comunity yg sukakan kerja bermutu kecik sangat je...hatta warga cari pun maybe tak sampai 20% dari khalayak penonton seram di Malaysia...

Tengok je la komen2 kat web tv3.....berapa peratus komen2 yg hanya tahu cakap "seram...seram...seram...." adalah dalam 95% kan? 5% tu je lah komen2 yg seronok dibaca skit....

dari situ je kita dah dapat agak kalo AI banyak tonjol hantu2 terkejut, itulah yg penonton Melesia nak(superficial! sangat-sangat)....peduli hapa jalan cerita....kedai2 tomyam memalam pasti akan memilih utk memasang tv3 pada malam siarannya.....maka, kalau korang kutuk bagai nak rak pun...rating tetap harum....

Bukankah begitu?
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2008 09:49 AM | Show all posts
tajuk citer pon da nampak merapik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-9-2008 11:21 AM | Show all posts
Originally posted by GAIA at 18-9-2008 07:07 AM
tv3 soh dia buat citer sebab korang jugak yg menaikkan rating. bukan ke begitu? ala..comunity yg sukakan kerja bermutu kecik sangat je...hatta warga cari pun maybe tak sampai 20% dari khalayak pe ...


ye ke?...tp kalo cam saka tu cane lak?....jln citer xbest...plakon xsesuai...trus xminat tgk...hhuhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2008 12:54 AM | Show all posts
Originally posted by pzan213 at 18-9-2008 11:21 AM


ye ke?...tp kalo cam saka tu cane lak?....jln citer xbest...plakon xsesuai...trus xminat tgk...hhuhuhu

aku rasa Saka tak seram pun...oleh kerana penonton mencari Seram, maka Saka tak laku lah.....hantu pun tak terkejut mana kan....kalo citer AI, ko leh bayangkan camana dia suka buat bende2 terkejut ni...kalo tengok pada kerja filem dia la....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-9-2008 08:02 AM | Show all posts

Reply #28 GAIA's post

saka cam siri penyiasatan gitu..
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2008 10:02 AM | Show all posts
sinopsis cter AI ni tak kuar lg ke...???

klu dah sapa2 tolong paste kat sini.....





Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2008 10:20 AM | Show all posts
hmm..bagusla citer merapik ni ganti Kasihku seru..takde lepas ni malam jumaat aku dook tercongok depan tv tengok citer antu lagi
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2008 11:01 AM | Show all posts
Kalu cite ni tak best boleh la aku follow cite Goda kat 8tv..
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2008 12:04 PM | Show all posts
amad ideham hangittt busuk...aku loya tekak tgk citer dia....say no to niyang rapik!
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2008 08:39 AM | Show all posts
laaaa...ade ke kuar gazatte cite nie...

Niyang Rapik tue ape maksud dia...

"Ni Yang aku nak Merapik" eh....
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2008 11:04 AM | Show all posts
cuba kita tengok dulu camana...
pastu baru kita start bagi komen..
i think so far kekasihku seru citer seram paling bes... simple story tp penuh saspen.. pemilihan pelakon bleh tahan, cara pengambaran ala2 film.. baru bess nak tengok hingga my daling tengok salah satu episode Kekasihku seru, dia ingat tu film

tak best la klau pengarah ikut trend org, cuba la buat citer sendiri.. tak payah tengok trp tinggi sbb org tengok citer seram, buat citer seram.

klau buat something with good quality mesti orang nak tengok citer dia.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2008 11:46 PM | Show all posts

Balas #6 kawaineko\ catat

hantu lobang hidong vs hantu pasir
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2008 11:09 AM | Show all posts

Puaka Nyang Rapik [Khamis, 9pm TV3] - AKAN DATANG

Karya seram terbaru IdhamOleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my


MULAI 6 November ini, slot Seram yang disiarkan menerusi TV3 setiapKhamis pukul 9 malam akan menayangkan sebuah lagi drama bersiriberjudul Puaka Nyang Rapik bagi menggantikan siri Kekasihku Seru yangjuga dalam genre sama.


Difahamkan, slot Seram diteruskan selepas drama-drama bersiri yangpernah disiarkan menerusi slot itu mendapat sambutan luar biasadaripada kalangan peminat cerita hantu.


Justeru, kemunculan Puaka Nyang Rapik arahan Ahmad Idham bolehlahdianggap sebagai meneruskan kesinambungan populariti slot itu yangtentunya menagih jangkaan tinggi para penonton berdasarkan trek rekodsebelumnya.


Menurut pengarah filem seram Congkak dan Jangan Pandang Belakangini, beliau tidak berani menetapkan sasaran tertentu, apatah lagi untukmenyaingi populariti drama-drama yang telah disiarkan menerusi slottersebut.


“Bukan hak saya untuk meramalkan tentang sambutan drama arahan sayaitu. Saya juga bukan mahu bersaing walaupun saya pernah melaluipengalaman menerbitkan filem-filem seram yang mendapat sambutan sebelumini.


“Tetapi saya yakin genre seram mempunyai peminat tersendiri. Kitatunggu sahaja tayangannya nanti,” katanya selepas pelancaran PuakaNiyang Rapik di Tamarind Springs, Ampang, Selangor baru-baru ini.


Pada masa sama, Ahmad Idham turut tidak berasa tertekan apabilamengenangkan harapan tinggi yang diletakkan oleh TV3 yang tentunya mahumelihat slot terbitan mereka itu mendapat sambutan penonton.


Sebaliknya, beliau berserah kepada penerimaan peminat kisah seramterhadap segala pengisian dan jalan cerita yang telah dipersembahkannyamenerusi drama bersiri terbitan Excellent Pictures Sdn. Bhd. itu.


“Tekanan lebih kepada cabaran terhadap diri saya dalam usaha untukberkarya dengan sebaik mungkin. Saya sudah lakukan yang terbaik buatdiri saya. Pada masa sama, saya akur dengan garis panduan yangdiberikan oleh pihak TV3,” ujarnya.


Jelas Ahmad Idham, antara yang diberi garis panduan ialah unsurtahyul dan kurafat tidak boleh dipaparkan menerusi drama dalam slot itubiarpun ia hanyalah gambaran berupa asap kemenyan yang biasanyadigunakan oleh bomoh.


Bagaimanapun, katanya, sekatan seperti itu tidak menjadi halangankepadanya untuk memaparkan adegan-adegan seram yang mampu untukmenaikkan bulu roma para penonton bagi mengikuti drama bersiri tersebuthingga tamat.


“Bagi saya, cerita seram dekat dengan masyarakat tetapi dalam dramabersiri ini saya cuba selitkan sebanyak mungkin unsur-unsur keislaman.Contohnya, watak ustaz dan juga dialog yang diselitkan dengan ayat-ayatal-Quran,” katanya.


Pendekatan dan kecenderungan mengarahkan karya genre seram jugaseakan-akan sudah mula sebati dengan pengarah muda yang berpotensibesar ini kerana genre itulah yang paling mengangkat namanya setakatini.


Ahmad Idham yang pernah mengarahkan filem Jangan Pandang Belakangdengan kutipan tiket lebih RM7 juta ini juga tidak menolak untukmeneruskan kecenderungannya mengarah filem atau drama bergenre seram.


“Secara peribadi, saya juga meminati genre seram. Genre ini jugalebih dekat di hati penonton dan bersifat global berbanding genre lain.


“Kalaulah ditakdirkan Puaka Nyang Rapik mendapat sambutan ramai,saya akan cuba mengangkatnya ke layar perak pula selepas ini nanti,”jelasnya.


Sementara itu, Ashraf Muslim yang melakonkan watak Ustaz Amiruldalam Puaka Nyang Rapik tidak menafikan drama bersiri itu menampilkanbanyak kelainannya berbanding genre-genre seram yang lain.


Katanya, menerusi watak lakonannya itu, dia terpaksa memperlihatkanbahawa cerita seram bukan setakat menonjolkan hantu semata-mata,sebaliknya banyak unsur pengajaran yang boleh dikongsi oleh penonton.


“Dalam drama ini saya melakonkan watak seorang ustaz yang tegasbiarpun lemah-lembut. Watak ini banyak gunakan ayat al-Quran dalamdialognya. Ia digunakan untuk melawan kuasa syaitan.


        “Saya terpaksa gunakan banyak rujukan ayat-ayat al-Quran untuk melakonkan watak tersebut.


“Untuk itu, saya juga membeli buku-buku yang menceritakan tentanghantu, jin dan syaitan bagi memudahkan lagi penghayatan saya terhadapwatak itu. Saya juga banyak pergi ke surau untuk melihat karekter ustazsecara lebih dekat,” ceritanya sambil ketawa.


Selain Ashraf, Liyana Jasmay yang turut melakonkan watak utamadalam Puaka Niyang Rapik tidak menafikan unsur keseraman yangditonjolkan mampu untuk mengecutkan perut para penontonnya kelak.


“Semasa penggambaran itu saya berasa takut juga kerana saya memangseorang yang pengecut apatah lagi ia banyak dilakukan pada waktu malam.Tetapi apabila mengenangkan ramai orang di lokasi, maka rasa takut itukurang sedikit.


“Cuma apabila melihat semula adegan-adegan yang saya lakonkanmenerusi skrin, maka barulah saya dapat merasakan keseramannya. Apatahlagi, saya pun memang sukakan cerita seram terutamanya yang ada elemengaya penceritaan semula seperti di awal cerita drama ini.


        “Tidak dinafikan saya bukan sahaja seronok tetapi para penonton juga akan terhibur dengan drama ini,” katanya.


Pada masa sama, Liyana turut berkongsi cerita gembira kerana selainmenyanyi, dia juga akan terjun ke dunia nyanyian apabila album singlepertamanya yang diterbitkan oleh Ajai akan terbit tidak lama lagi.


Buat masa ini pelakon filem Castello ini sedang mengadakan latihanintensif sebelum album single yang mengandungi tiga buah laguberkonsepkan pop dan rock remaja itu akan diterbitkan pada tahun depandengan kos pembiayaannya sendiri.


        “Buat masa ini saya dan Ajai sedang membuat persiapan rapi sebelum album single itu dirakamkan.


“Saya juga sedang mencari penyanyi lelaki yang sesuai untuk berduetdengan saya. Antara lagu yang akan saya rakamkan berjudul Aku JatuhCinta ciptaan Ajai.


“Sebenarnya, idea untuk merakamkan album ini datangnya daripada ibusaya. Menerusi bidang nyanyian mungkin para peminat boleh nampakkarekter saya yang sebelum berbanding bidang lakonan yang hanyamenerusi skrin,” ujarnya lagi.


Selain Ashraf Muslim dan Liyana Jasmay, Puaka Niyang Rapik turutdilakonkan oleh Abu Bakar Juah yang melakonkan watak Tok Dalik,Khatijah Tan (Bok Miah) dan Fauzi Nawawi (Ahmad Fathil).


Puaka Niyang Rapik mengisahkan misteri di sebuah perkampungan yangdiberi nama Niyang Rapik. Penduduk kampung itu percaya akan kehadirankuasa ghaib yang mengerikan setiap kali tibanya Tahun Baru Islam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2008 11:12 AM | Show all posts
yang da ade yang
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 11:47 AM | Show all posts
best..best..tak sabar nak tengok cita hantu ahmad idham nie
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 11:00 PM | Show all posts
cam best jer gambar2 dier kat metro mggu lepas..seram je...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 09:13 PM GMT+8 , Processed in 0.132854 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list