CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: leeza_terbilang

Leaving Philipines?

[Copy link]
Post time 12-5-2008 05:29 PM | Show all posts
Selatan Filipina: Di mana peranan OIC
CADANGAN Malaysia untuk menarik balik tentera pengaman dari selatan Filipina satu tindakan tepat. Tentera Malaysia tidak seharusnya ditempatkan di kawasan bergolak itu untuk selama-lamanya.

Mungkin tindakan Malaysia ini dianggap sesetengah pihak sebagai tekanan supaya Manila lebih serius dalam rundingan damai dengan pejuang-pejuang islam khususnya Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).

Namun tidak ada gunanya Malaysia menempatkan pasukan pengaman selama lebih empat tahun kalau kedua-dua belah pihak tidak mencapai persefahaman dalam rundingan damai.

Pergolakan di selatan Filipina telah memakan masa yang cukup lama. Malah boleh dianggap sebagai satu konflik yang terpanjang di dunia.

Ketika Manila yang diperintah oleh kerajaan Islam jatuh ke tangan Sepanyol tahun 1542, Pulau Mindanao terus diperintah oleh beberapa orang raja Islam khususnya di Maguindanao dan Sulu. Selama 300 tahun Sepanyol gagal menakluki selatan Filipina.

Sejarah selatan Filipina mula berubah ekoran pengambilalihan Filipina oleh Amerika Syarikat (AS) tahun 1898.

Namun begitu selatan Filipina tetap merupakan identiti yang berasingan sehinggalah ditubuhkan Philippines Commonwealth tahun 1935.

Mengikut orang-orang Islam, selatan Filipina bersetuju menganggotai Philippines Commonwealth berdasarkan kepada janji yang mereka akan diberi kerajaan sendiri apabila Filipina mencapai kemerdekaan penuh dalam masa 10 tahun selepas penubuhan Philippines Commonwealth.

Bagaimanapun selatan Filipina diisytiharkan sebahagian daripada "Republic of the Philippines" tahun 1946. Ia menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan penduduk beragama Islam.

Tahun 1972 Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) pimpinan Nur Misuari melancarkan pemberontakan di Sulu. Kerajaan di bawah pimpinan Presiden Ferdinand Marcos berjaya mematahkan pemberontakan tersebut melalui dasar membakar bumi.

Ribuan penduduk Islam terbunuh, cedera dan menyerah diri. Nur Misuari melarikan diri ke Pakistan dan akhirnya menetap di Libya.

Tahun 1976 satu perjanjian damai ditandatangani di Tripoli yang dikenali sebagai Tripoli Agreement. Perjanjian tersebut ditandatangani oleh Imelda Marcos bagi pihak kerajaan Filipina dan Nur Misuari.

Mengikut perjanjian ini satu negara autonomi Islam Filipina akan ditubuhkan merangkumi 13 wilayah di selatan Filipina. Bagaimanapun, perjanjian ini tidak sampai ke mana-mana oleh kerana kerajaan Filipina gagal menghormatinya.

MILF pimpinan Murad ditubuhkan dalam tahun 70-an setelah pemberontakan MNLF gagal. MILF berideologikan Islam wujud ekoran perpecahan MNLF. Banyak pihak mendakwa bahawa MILF ditubuhkan atas inisiatif Marcos bagi memecahbelahkan MNLF.

Meskipun ARMM (Autonomous Region of Muslim Mindanao) ditubuhkan awal 90-an, namun ia hanya meliputi lima wilayah dan berpusat di Cotabato. Sejak awal lagi ARMM menghadapi berbagai masalah termasuk kewangan. Tanpa kuasa ARMM tak ubah seperti sebuah kerajaan boneka.

Tahun 1996 satu lagi perjanjian damai ditandatangani oleh MNLF dengan kerajaan Filipina. Namun MILF meneruskan perjuangan bersenjata hingga tahun 2001 apabila kumpulan itu mengisytiharkan gencatan senjata dan bersetuju mengadakan persidangan damai dengan kerajaan.

Bagaimanapun, gencatan senjata sering dicabuli kerana provokasi daripada berbagai elemen baik dari kumpulan Islam dan kerajaan.

Konflik di selatan Filipina bukan melibatkan isu kemiskinan atau ekonomi sebaliknya ialah hasrat rakyat yang mahukan sebuah negara berdaulat dan merdeka.

Namun tidak ada sebuah kerajaan yang sanggup kehilangan wilayahnya. Kecuali ia mendapat sokongan antarabangsa seperti Kosovo dan Timor Leste.

Di Filipina untuk membolehkan selatan Filipina mendapat kemerdekaan ia mesti diluluskan oleh Kongres. Dengan sebahagian besar ahlinya terdiri daripada wakil-wakil Kristian tidak mungkin perkara ini boleh terjadi. Bak kata beberapa orang kawan rakyat Filipina tidak ada ahli kongres yang sanggup "membunuh diri".

Tambahan pula penduduk selatan Filipina bukan lagi bermajoriti orang Islam. Penduduk Islam hanya tinggal kira-kira 10 peratus daripada keseluruhan penduduk.

Paling menyulitkan takrif perjuangan kemerdekaan semakin kabur ekoran daripada peperangan terhadap pengganas antarabangsa. Kini kerajaan Filipina boleh mengambil sebarang tindakan dan dianggap halal di atas nama peperangan terhadap keganasan.

Penyelesaian konflik di selatan Filipina perlu dilaksanakan oleh negara itu sendiri. Negara-negara jiran seperti Malaysia hanya boleh membantu dan bantuan ini juga ada hadnya. Namun Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) yang ditubuhkan bagi menjaga kepentingan umat Islam sepatutnya memainkan peranan yang lebih menonjol.

-Utusan Msia-
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2008 02:46 AM | Show all posts
Filipina merupakan satu-satunya negara ASEAN yang majoriti rakyatnya beragama kristian. Lantas tidak mustahi golongan minoriti kepulauan selatan yang dihuni penduduk Islam ditindas bukannya era baru malah sejak zaman penaklukan Sepanyol dan Amerika. Bukannya pembangunan yang diharap malah ditekan dari politik, ekonomi dan kepercayaan. Mindanao juga adalah tempat lahirnya pejuang Islam yang berjuang mempertahankan tanahairnya daripada dirampas kuasa neoimperialis Israel/Amerika.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2010 11:09 PM | Show all posts
Isu Mindanao ni mula bermasalah apabila Amerika Syarikat mula memberi geran tanah kpd org-org Luzon dan memindahkan mereka ke pulau tersebut. Kemudian kerajaan depa ni teruskan polisi yg sama.

Walau bagaimanapun, IMT dah kembali dengarnya. Cuma kecil sikit dari sebelum ini.
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 07:48 PM GMT+8 , Processed in 0.059744 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list