CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New

INDIA: update - Penyerang mumbai dinafi hak pembelaan!!

[Copy link]
Post time 28-11-2008 12:26 PM | Show all posts
28 November, 2008   
Komando Terus Banteras Pengganas Di Taj Mahal Palace Hotel, India


Oleh P. Vijian

NEW DELHI, 28 Nov (Bernama) -- Tidak ada tanda-tanda menunjukkan krisis tebusan berakhir pagi Jumaat di mercu tanda Mumbai, Taj Mahal Palace Hotel, walaupun percubaan diteruskan oleh pasukan keselamatan India untuk membanteras sakibaki pengganas.

Menurut Kementerian Dalam Negeri, setakat ini sekurang-kurangnya 125 orang terkorban dan 327 cedera termasuk enam rakyat asing, apabila kumpulan pengganas melancarkan serangan yang penuh terancang di beberapa kawasan hub kewangan India pada malam Rabu.

Sehingga awal pagi Jumaat, sekurang-kurangnya tiga pengganas terbunuh di hotel berusia berabad itu sementara tiga orang yang menginap di hotel tersebut yang terkandas dapat diselamatkan.

"Kejadian tembakan berlaku sekejap-kejap antara militan dalam hotel dan askar di luar sejak pukul 4 petang (waktu tempatan). Keseluruhan bandar raya tersebut dikejutkan dengan pembunuhan itu, ini tragedi yang dahsyat untuk Mumbai," kata pemilik sebuah kedai komputer berusia dalam lingkungan pertengahan tahun memberitahu Bernama.

Menggelarkan dirinya sebagai Mujahideen Deccan, telah menghantar e-mel kepada pertubuhan media mendakwa melancarkan serangan itu, antara tragedi yang terburuk di India sejak 1993.

Pegawai kementerian itu mendakwa militan melancarkan serangan mereka dari laut, di mana sebuah kapal induk yang dipercayai membekalkan senjata dan suspek tiba melalui laluan laut pantai.

Pihak berkuasa kini memeriksa kapal tersebut di sepanjang pantai Mumbai.

Di Oberoi Hotel dan Nariman House, sebuah kompleks perumahan, anggota komando meneruskan operasi untuk melumpuhkan pengganas yang bersembunyi di dalam bangunan dan lebih 30 orang tebusan diselamatkan, menurut sebuah stesen televisyen tempatan.

Pegawai keselamatan dijangka melancarkan serangan terakhir di tiga kawasan selatan ibu negara itu lewat Jumaat untuk menamatkan krisis tebusan yang telah melumpuhkan Mumbai.

Setakat ini tidak ada rakyat Malaysia terperangkap pada kejadian itu.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2008 12:27 PM | Show all posts
my heart goes out to mangsa dan keluarga mangsa mumbai attack

i know benda yg sama pon happen kat iraq n afghanistan but most letupan serangan n keganasan tu, intention nak rid off westerners tp masalahnya 98% yg kena serangan berani mati dan bom tu org Islam sendiri!! sian kat innocent lives.

back to mumbai attack... tak bleh nak ckp apa.. sian kat mangsa esp women n children.

some  mumbai attack aftermath pics

[ Last edited by  eva at 30-11-2008 12:30 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2008 12:29 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2008 12:30 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2008 08:34 AM | Show all posts
'Penyerang warga Pakistan'


AJMAL Amir Kamal membawa senjata dirakam kamera CCTV di Stesen Kereta Api Chatrapathi Sivaji, Mumbai.


Lelaki bersenjata mengaku militan dilatih Lashkar-e-Taiba

MUMBAI: Satu-satunya lelaki bersenjata ditahan melancarkan serangan berdarah di pusat kewangan dan hiburan India ini dilaporkan mengaku kaitan operasi itu dengan kumpulan militan berpusat di Pakistan.

Ajmal Amir Kamal, yang raut wajah bersih dicukur dirakam kamera CCTV memakai kemeja-T Versace ketika serangan dilaporkan membuat pengakuan itu ketika disoal siasat polis kelmarin.


Media India memetik sumber perisikan sebagai berkata Kamal, 21, berkata semua penyerang warga Pakistan dan mengaku mereka dilatih Lashkar-e-Taiba, kumpulan militan yang menentang pemerintahan India di Kashmir.

Dia mengesahkan kumpulan penyerang terbabit berlabuh di Mumbai menggunakan bot pukat tunda yang sebelum itu dirampas di lautan dan anak kapalnya dibunuh.

Laskhar-e-Taiba terkenal dengan serangan di Parlimen India pada 2001 yang meletakkan New Delhi dan Islamabad di ambang peperangan ketika itu.

Perisikan Amerika Syarikat juga memerhatikan pelbagai petunjuk Lashkar-e-Taiba terbabit.

"Sesetengah perkara yang difahami setakat ini jelas menuding ke arah kaitan dengan Kashmir," kata seorang pegawai antikeganasan Amerika.

"Pada saat ini ramai menuding ke arah Lashkar-e-Taiba," kata pegawai yang enggan dikenali.

Lashkar-e-Taiba diharamkan di Pakistan, namun India berulang kali menuduh Islamabad gagal melumpuhkan organisasi itu dan kem latihannya.
India mendakwa memiliki bukti kumpulan penyerang terbabit ada kaitan dengan militan Pakistan.

Sementara itu, di ISLAMABAD, Pakistan mencabar India mengemukakan bukti pembabitan agensi Pakistan dalam serangan di Mumbai itu yang mengorbankan 174 nyawa, selepas menarik balik hasrat menghantar ketua agensi perisikannya membantu siasatan.

Sambil mengulangi jaminan kesediaan Islamabad membantu India mengenal pasti dalang di sebalik serangan itu, Menteri Luar Shah Mehmood Qureshi berkata, jika India mempunyai bukti, negara itu patut berkongsi maklumat dengan Islamabad. - AP/AFP
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2008 09:13 AM | Show all posts
i tengok tv news dr skynews:

update dr India govt..
org mumbai marah sbb india govt tak protect dorang:

1. more than a week ago a local fishermen's union sent a letter to mumbai police about info a trawler carrying suspicious good tp polis buat derk.

2. intelligent dah bagi warning kat city authority lepas intercepting a phone call tp takder action pon dr pihak terbabit.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-12-2008 02:05 AM | Show all posts

Reply #26 eva's post

ada news tak pasal  malaysian tak silap a doctor yg hilang kat mumbai ...smlm masih tak jumpa sbb  coz kat sana masih kelam kabut..
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2008 09:29 PM | Show all posts
Update dri newspaper arinih..

Hema Kasipillay  dah dijumpai dalam bilik kat hotel Taj Mahal tersebut..

So dlm confusion sebelum  nih ada yg kata ternmpk hema  kat hospital ngan british couple tersilap org..

the only Malaysian casualty in the terrorist attack at  the Taj Mahal hotel

Condolences...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2008 02:49 PM | Show all posts
Perisikan Pakistan terlibat serangan


NEW DELHI 5 Dis. - Akhbar-akhbar India hari ini melaporkan, kerajaan mempunyai bukti yang menunjukkan agensi perisikan Pakistan terlibat dengan serangan di Mumbai termasuk bukti yang diberikan oleh Biro Siasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI).

Akhbar Mail Today yang memetik seorang sumber perisikan melaporkan, agensi perisikan Pakistan iaitu Perisikan Antara Perkhidmatan (ISI) jelas mempunyai hubungan dengan insiden itu dan terdapat bukti yang mengaitkan agensi itu dengan pihak militan.

Siasatan ke atas Ajmal Amir Kasab, satu-satunya penyerang Mumbai yang berkas, berjaya memperoleh senarai nama mereka yang terlibat dan tempat di mana mereka menjalani latihan.

"Kami percaya sebahagian daripada senarai tersebut merupakan anggota atau pegawai tentera atau orang ISI sendiri,'' kata sumber berkenaan.

Ajmal didakwa telah mendedahkan bahawa dia dan rakan-rakannya menjalani latihan di Pakistan selama 18 bulan.

Kumpulan penyerang itu juga dikatakan anggota Lashkar-e-Taiba, kumpulan militan yang didakwa mendalangi serangan Mumbai itu dan berpangkalan di Pakistan.

Sekurang-kurangnya 172 orang terbunuh dalam serangan itu dan sembilan daripada 10 penyerang berkenaan turut terbunuh.

Ajmal merupakan satu-satunya penyerang yang masih hidup.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2008 04:39 PM | Show all posts
2 suspek serangan di Mumbai ditahan

CALCUTTA: Polis India hari ini mengesahkan pihaknya sudah menahan dua lelaki semalam bagi membantu siasatan kejadian serangan di Mumbai, minggu lalu.

Pihak berkuasa percaya lelaki itu dipercayai membantu membekalkan kad telefon bimbit kepada penyerang.

Pegawai kanan polis Javed Shahim berkata, dua lelaki itu membekalkan kad SIM kepada kumpulan 10 penyerang berkenaan.

Beliau berkata, salah seorang suspek adalah warga India di Kashmir, manakala seorang lagi dari Barat Bengal.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2008 02:36 PM | Show all posts
12 suspek Mumbai ditahan


aktivis berhaluan kanan India, Hindu Shiv Sena melaungkan slogan anti-Pakistan sewaktu membakar patung pemimpin Lashkar-e-Taiba membantah serangan di Mumbai di Amritsar, India, semalam.

ISLAMABAD 8 Dis. - Tentera Pakistan menahan sekurang- kurangnya 12 suspek yang dipercayai terlibat dalam serangan di Mumbai, India dalam operasi di daerah Muzaffarabad, Kashmir semalam.

Turut ditahan ialah Zaki-ur-Rehman iaitu lelaki yang dipercayai menjadi perancang utama serangan tersebut.

Kesemua suspek ditahan selepas pihak tentera berjaya menawan sebuah kem dipercayai digunakan oleh kumpulan militan Laskhar-e-Taiba, yang didakwa oleh New Delhi bertanggungjawab melancarkan serangan ke atas Mumbai.

Tindakan itu dikatakan adalah yang pertama dilakukan oleh Islamabad sebagai respons ke atas serangan di Mumbai itu yang didakwa oleh India dilakukan oleh kumpulan militan Pakistan.

Pegawai perisikan Pakistan memberitahu, enam suspek iaitu anggota kumpulan Jamaat-ud-Dawa telah ditahan berhubung serangan ke atas Mumbai, tetapi tidak mendedahkan identiti mereka.

"Mereka ditahan dalam satu operasi yang dijalankan pihak berkuasa ke atas kumpulan Jamaat-ud-Dawa.
"Operasi itu untuk mengumpul maklumat mengenai aktiviti kumpulan LeT (Lashkar-e-Taiba) berikutan dakwaan oleh India bahawa ia telah menggunakan negara ini sebagai tempat latihan," katanya.

Sementara itu, sumber daripada kumpulan tersebut memberitahu, sekurang-kurangnya 12 anggota mereka telah ditahan selepas satu pertempuran antara pihak tentera dan penghuni di kem berkenaan.

Kata sumber itu, kem tersebut telah digunakan sehingga 2004 bagi merekrut ahli mereka untuk melancarkan serangan ke atas pemerintahan India di Kashmir.
Bagaimanapun, kem tersebut baru-baru ini dikatakan telah digunakan oleh pertubuhan induk Laskhar-e-Taiba iaitu Jamaat-ud-Dawa untuk aktiviti pendidikan dan kerja-kerja amal.

Keganasan di Mumbai meragut sekurang-kurangnya 171 nyawa termasuk sembilan anggota militan.
- Agensi
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2008 10:35 PM | Show all posts
Pakistan tidak akan serah suspek Mumbai
09/12/2008


MULTAN, Pakistan 9 Dis. – Pakistan hari ini menegaskan, ia tidak akan menyerahkan mana-mana suspek yang ditahan berhubung serangan di Mumbai kepada India.

Sebaliknya Menteri Luar Pakistan, Shah Mehmood Qureshi menegaskan, kesemua suspek itu akan dibicarakan mengikut undang-undang negara ini.

“Mereka ditahan bagi membantu siasatan kami. Sungguhpun siasatan kelak membuktikan ada suspek yang terlibat, dia (suspek) tidak akan diserahkan kepada India.

“Sebaliknya, kami akan membicarakan mereka yang ditahan mengikut undang-undang Pakistan,” katanya. - AFP




kalu serah pun.. tak lama ler  suspect tu bernapas kat india sana!!!  
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2008 04:23 PM | Show all posts
Bas terbakar di India, 63 maut
10/12/2008

AGRA, India 10 Dis. – Sekurang-kurangnya 63 orang terkorban apabila sebuah bas yang mereka naiki terbakar, kata pegawai semalam.

Kebakaran dikatakan bermula di bahagian tayar bas itu yang kemudiannya marak ke bahagian tangki minyak.

Kejadian tersebut berlaku semasa bas malang itu dilaporkan berada 75 kilometer dari bandar yang terkenal kerana Taj Mahal ini.

“Lebih 100 orang penumpang menaiki bas terbabit. Setakat ini, sekurang-kurangnya 63 orang disahkan terkorban,” kata seorang pegawai, Amit Gupta kepada AFP.

Kesemua mangsa dilaporkan dalam perjalanan pulang selepas menghadiri satu majlis keagamaan.

India merekodkan kadar kemalangan jalan raya tertinggi di dunia. – AFP





lepas satu ... satu tragedi kat india  ni ekkkkk   cissssss  
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2008 08:56 PM | Show all posts
Kat india macam ambik mudah ngan nyawa org lain..tpi selalu yg jadi mangsa..org awam yg hidup susah..selalu target org yg kasta rendah..

India akan jadi  salah satu penggerak ekonomi dunia tapi klu selalu bergolak ..mungkin akan menggangu lkelancaran ekonomi tpi pada masa yg sama life goes on..business as usual...
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2008 09:37 PM | Show all posts
Penyerang dinafi hak pembelaan

Iman ditahan selepas serangan


MUMBAI: India mungkin berdepan pelanggaran undang-undang antarabangsa jika satu-satunya penyerang Mumbai yang terselamat dinafikan hak mendapat pembelaan, kata kumpulan hak asasi di tengah gesaan kuat orang awam supaya membalas dendam.

Mohammed Ajmal Amir Iman kini berada dalam tahanan polis dan disoal siasat mengenai serangan bulan lalu yang mengorbankan 172 orang termasuk sembilan penyerang bersenjata manakala hampir 300 orang cedera selain mencetuskan kemarahan di seluruh dunia.


Namun dengan emosi masih memuncak selepas serangan 60 jam di ibu kota ini, Persatuan Peguam Mahkamah Majistret Metropolitan Mumbai membuat keputusan untuk tidak mewakili warga Pakistan berusia 21 tahun itu.

Mereka yang mengatakan akan mewakilinya mendapat kecaman umum sebagai tidak patriotik dan aktivis sebuah parti politik nasionalis Hindu menyelongkar rumah seorang penyokongnya.

Kumpulan hak asasi berkata jika tiada peguam muncul Iman - yang berdepan hukuman mati jika sabit kesalahan - akan dinafikan perbicaraan adil, meletakkan demokrasi negara terbesar dunia itu melanggar undang-undang tempatan dan antarabangsa.

"Semua orang 'berhak diwakili' ketika disoal dan dalam perbicaraan, kata Meenakshi Ganguly dari Human Rights Watch. - AFP
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 07:31 PM GMT+8 , Processed in 0.058522 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list