CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: misery

MAK PILIH KASIH...

[Copy link]
Post time 20-2-2007 05:09 AM | Show all posts
tp kn aku rs xptt kte ckp mak cmtu.. mybe mmg fasa idup cmni kots...

dlu pn mak aku cmni...smpi aku tensen nangis tp skrg xlg..


aku suggest kn si misery neh ckp face to face ngan mak ko....tp privacy le...

at least let her know ur prob....aku ckp kt mak aku cmni "sket2 .....(name abg aku) 3x" wakakakakkaka!!!!


so mak aku tau la aku tensen... skrg dh ok....dr dlu smpi skrg i love my mum
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2007 07:42 AM | Show all posts
ako rasa kn....klu mak korang ni pilih kasih.....
mesti start dr atuk nenek korang.....
mesti diaorg jugak pilih kasih....
so no wonder la mak korang pun dpt gak....
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2007 11:00 AM | Show all posts

Reply #22 ako_chan's post

Pedulikan diorang aku pun anak no 2 juga ada abang ada adik
so bila aku naik form three 3 aku kluar dari rumah aku duduk luar sewa rumah sendiri malam aku cai kerja .sampai skang aku hidup berdikari
tak payah susahkan diri dan tak susahkan orang tapi skang aku kenang jugakla diorang stil mak bapak aku tiap 2 bulan aku tetap tunaikan tanggugjawab aku sebagai anak tak seratus sebulan aku tetap akan bagi duit dan tanya khabar mak bapak aku.yg penting aku tau macam mana nak jaga diri sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2007 04:58 PM | Show all posts

Reply #1 misery's post

Misery...

Apa kata ko join aku buat Multi Level Marketing... Disamping ko tak akan kecik hati, ko jugak akan dapat duit...

Paling penting, kumpulan kami tidak mengamalkan sikap pilih kasih dan semua ahli kumpulan akan dibimbing hingga berjaya...

pm aku untuk keterangan lanjut
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2007 10:31 PM | Show all posts
Buat si pembuka threat...

Begini ye dik, anggap je lah akak ni bagi nasihat yang tulus ikhlas dan tak menyebelahi sesiapa pun ye. Kalau rasanya baik, jadikanlah ikutan. Kalau rasa tak best, setidaknya pertimbangkanlah dengan sewajarnya.

Adik pun dah masuk U. Umur remaja camni, selalu nak ambil hati dan akan timbul sifat memberontak. Disaat ini, adalah satu getir untuk kita menghalakan satu perasaan stress dalam diri. Stress kalau tidak ditangani, boleh mengakibatkan perkara buruk berlaku. Yang penting, kita harus faham dan tahu bagaimana untuk menangani stress.

Berbalik pada masalah adik, ibu yang dirasakan pilih kasih. Mari kita renung kembali, kata pepatah melayu, kasih ibu membawa ke syurga. Kisah baru ni, seorang ibu menjerut mati kedua anaknya dgn wayar iron sampai mati. Adik tahu akibat stress memaksa dia berbuat demikian sedangkan dia amat amat..... amat cintakan kedua anaknya. Ibu mana tak sayangkan anak? Hatta ibu yang melahirkan anak luar nikah pun sayangkan anak, cuma keadaan dia tidak mengizinkan untuk membela anak tersebut.

Dari cerita adik, mungkin berat sebelah kot... tak tahu lagi persepsi ibu dan abang adik. Jadi rumusannya, ibu adik sayangkan adik. Mungkin cara dia melayan tu mungkin dia sendiri bingung atau stress sendiri hingga tak tahu untuk menunjukkan kasih sanyangnya pada adik.

Adakah adik SELALU berlembut dengan ibu? Mengambil hati ibu? Contohnya, memasak..menyapu rumah tanpa di suruh? Meringankan beban rumahtangga dengan rela? Selalu dan ikhlas?
Kalau pernah buat tapi ibu tetap cerca... sebenarnya dia gembira, cuma mungkin dia bingung bagaimana nak salurkan kegembiraan tu pada adik.

Okay, kita sambung kat post bawah... panjang ngat takut penat baca.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2007 10:44 PM | Show all posts
Setiap org ada masalahnya. Cuba adik, memberanikan diri, datang berjumpa ibu, ketika itu, keadaan haruslah tenang, adik sendiri juga tenang. Kemudian, dengan lembut, tanyalah ibu mempunyai masalah dengan sesiapa atau dengan adik sendiri. HORMAT ibu tu amatlah penting..tak mengapa kalau dia terus herdik kita..walau kita buat baik tapi ibu masih mencaci...jangan dibenci. Ibu tidak layak dibenci. Kerana syurga anak perempuan yang belum bernikah, terletak di bawah kaki ibu. Ingat, bawah kaki ibu. Jadi, jangan kita sendiri bezakan kasih sayang ibu dengan adik yang lain. Kasih sayang ni luas...tak semestinya paternnya sama untuk disalurkan kepada setiap anak. Setiap anak pula istimewa, tapi cara pengawalan dan memberi tunjuk ajar perlu berbeza mengikut kecenderungan anak itu sendiri.

Berkenaan solah, maaf ye dik,.. Solah tu kita kena jaga. JANGAN, jangan sesekali kita tinggalkan. Aurat wajib tutup. Tiang agama ni di jaga, insyallah panduan hidup kita terjaga.

Ibu juga seorang manusia...berhati lembut sebenarnya. Kalau adik kelihatan rajin solah, perkataan yang keluar dari mulut juga manis (walau di test dengan cacian). Ikhlas dalam membantu kerja rumah... tidak angkuh atau menunjukkan muka masam.....rajin berdua di dapur...insyallah, ibu akan berubah memerhatikan adik lebih sket.

Yang penting, kita harus mengambil hati ibu. Walau bagaimana susahpun, kita haarus memikirkan cara untuk membeli perhatian ibu walau dengan harga yang tinggi dengan syarat menurut lunas Islam.

Ibu ni, melahirkan anak bukan mudah...jadi, bukan mudah juga dia membenci anak. Cuma dia kekok untuk meluahkan kasih sayangnya since dia teranggap adik ni mcm boy.

Kalau perihal buat rambut straigh tu... biarkan ajelah.. mungkin adik patut bodek sama apa yang ibu cakap. Mungkin nak ambil hati ibu, adik iyakan semua yang dia kata... tapi jangan mcm perli plak, biar nampak ikhlas.

Yang penting lagi, diri adik sendiri, jangan bezakan kasih sayang ini sebab percayalah.......lubuk hati seorang ibu, tetap sayangkan setiap anaknya...dan kasih sayangnya makin melimpah tatkala melihat adik sedang lena tidur. Mungkin hatinya menangis di waktu mlm mengenangkan adik, seorang anak yang dia sayang namun dia tahu, adik pasti tidak mengetahuinya.

Jadi, nasihat akak, rapatkanlah diri pada ibu, solah jangan ditinggalkan. Setia pada ibu walau apa jua kata dan reaksinya. Semoga berjaya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 12:15 PM GMT+8 , Processed in 0.372839 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list