CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: nashrudean

Perlu tak staff Gverment beli insurans??

[Copy link]
Post time 5-12-2011 01:22 PM | Show all posts
Reply 215# mhafis


    thanx ya.. nasib baik sy trgerak nk tanye kt forum klu x sy setuju je... promote dari maybank tu akn tamat pd 23dec ni.. sb tu sy nk tanye2 dulu... ignore atau trime.. so dari pada cni sy faham..maknenye sy kene ignore dulu pa ni...   tahnx ya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2011 01:33 PM | Show all posts
Kalu beli PA via call pun susah gak.. Nanti esk2 nak claim camna.. Siapa nak uruskan...
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2011 07:34 PM | Show all posts
better jumpe agent..
face to face lagi senang, nk tanye ape2 pun boleh terus dpt jawapan
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2011 11:45 PM | Show all posts
  tgh dok pikir nak to face dgn ejen mana ni ... Integra je nurFarhana ...
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2011 01:22 AM | Show all posts
Masa sihat, kita akan bg 1000 alasan utk tidak memiliki kad perubatan,jika kita dah sakit syarikat insuran akan bg SEJUTA alasan utk tidak menerima permohonan kad perubatan.. Kalau bernasib baik, mungkin diterima tetapi bersyarat..

moral of the story : nak apply masa approve atau masa dah tak approve? Renung-renungkan dan selamat beramal
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2011 05:30 PM | Show all posts
Tumpang lalu........

Patutlah senyap d board sebelah.. rupa2 nya di sini....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-12-2011 09:55 PM | Show all posts
Apesal senyap ajer semua orang...
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2011 09:12 AM | Show all posts
senyap-senyap nie mungkin dalam tempoh bertenang (grace period) ..macam insurans jugak.. selepas polisi diluluskan.. adernya grace period - untuk medikal kad

0 hari : Perlindungan untuk kemalangan bermula serta merta

30 hari: Perlindungan untuk penyakit biasa bermula selain dari 36 penyakit kritikal dan senarai PENYAKIT SPESIFIK di dalam pengecualian. Bayar dahulu claim kemudian

60hari: Perlindungan untuk 36 Penyakit Kritikal bermula

90 hari: Penggunaan Medikal kad bermula untuk selain dari senarai PENYAKIT SPESIFIK di dalam pengecualian

120 hari: Penggunaa Medikal Kad bermula untuk sebarang jenis penyakit tertakluk kepada pengecualian

PENYAKIT SPESIFIK

1. batu karang di dalam sistem kencing dan hempedu
2. Hipertensi atau penyakit kardiovaskular (kecuali serangan jantung)
3. Diabetes melitus
4. Semua ketumbuhan, sista, polip atau barah
5. Pembedahan sinus, septum hidung atau tonsil
6. Hernia, buasir atau fistula
7. Endometriosis atau disfungsi pendarahan uterin

sekian, wassalam.

Harap infor nie cukup berguna untuk semua yg ingin mengambil atau sudah membeli insurans.. Cheers
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2011 10:04 PM | Show all posts
paling penting apply medical card sebelum sakit
kalau dah sakit payah sikit atau mungkin x diterima langsung..
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2011 01:27 AM | Show all posts
paling penting apply medical card sebelum sakit
kalau dah sakit payah sikit atau mungkin x  ...
nur.FAR.hana Post at 14-12-2011 22:04




setuju............  ibarat kata org bijak pandai sediakan payung sebelum hujan
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2011 10:42 AM | Show all posts
sharing utk anda

Sebulan simpan dalam bank RM 600. Cukup setahun ada RM 7, 200. Tiba-tiba sesuatu terjadi, jatuh sakit dan kena buat operation segera (minta di jauhkan). Boleh pergi hospital government, tapi ade sistem menunggu dan perlu menunggu. Sebab terlalu sakit dan perlukan rawatan cepat, pergi ke hospital swasta tapi kos rawatan adalah RM 15, 000.

Jadi, kena kuarkan duit dalam bank dan bayar kos rawatan. Kenapa tidak RM400 simpan dalam bank, RM200 simpan dalam Prudential BSN Takaful. Mungkin boleh dapat medical card bernilai RM 625, 000 untuk bayar bil rawatan hospital. Saving dalam bank yang RM 400 tu tak perlu di usik.

P/S: Kalau anda rasa income anda penting, saya advice buatlah satu pelan yg boleh protect income anda dan diri anda =)
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2011 06:53 PM | Show all posts
Setakat mana dah skg ni ?
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2011 11:48 PM | Show all posts
Post Last Edit by nur.FAR.hana at 21-12-2011 23:55

Sharing Datang Lagi

Kerajaan sedang mempertimbangkan Skim Insurans Kesihatan Sosial khas untuk pesara swasta. nampaknya ramai pesara swasta sekarang menghadapi masalah setelah bersara. Dulu anak emas company, beranak kat Prince Court pun company bayar.. Bila dah bersara, keistimewaan dah ditarik balik.. Nak apply insurans baru, umur dah WAJIB kena buat medical checkup.. Confirm jarang yang terlepas.. Kalau lepas pun belum tentu mampu bayar.. RM150 sebulan waktu muda boleh lagi bayar, tapi kalau dah caruman pun RM850 sebulan waktu dah berumur, macam mana ye?

p/s : Lihat sekeliling kita dan jangan cuba menafikan realiti yang dah berlaku depan mata ataupun yang sedang berlaku depan mata
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2011 10:57 AM | Show all posts
Sharing Datang Lagi

Kerajaan sedang mempertimbangkan Skim Insurans Kesihatan Sosial k ...
nur.FAR.hana Post at 21-12-2011 23:48



    Saya setuju....
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2011 10:37 AM | Show all posts
Just nak sharing di pagi Jumaat yang indah.     Dipetik dari Utusan Online: 23.12.2011

Jangka hayat lelaki 71.9, wanita 77 tahun



PUTRAJAYA 22 Dis. - Purata jangka hayat untuk lelaki dan perempuan di Malaysia masing-masing meningkat daripada 70 tahun dan 74.7 tahun pada 2000 kepada 71.9 tahun dan 77 tahun pada 2010.

Ketua Perangkawan, Dr. Abdul Rahman Hasan berkata, wanita keturunan Cina mempunyai jangkaan hayat tertua iaitu 79.8 tahun, diikuti perempuan India (76.2 tahun), perempuan bumiputera (75.3 tahun), lelaki Cina (74.4 tahun), lelaki bumiputera (70.5 tahun) dan lelaki India (68 tahun).

''Indikator demografi menunjukkan bahawa 475,816 bayi dilahirkan pada 2010 berbanding 129,327 yang mati pada tahun sama, ini bermakna pertambahan semula jadi penduduk Malaysia adalah seramai 346,489 orang," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis pengumuman Laporan Taburan Penduduk Mengikut Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Mukim 2010 dan Produk Statistik 2011/2012 yang disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop di sini hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Rahman berkata, kadar kesuburan atau kelahiran anak oleh pasangan di Malaysia telah merosot daripada purata tiga orang anak pada 2000 kepada 2.2 orang anak pada tahun 2010.

''Kadar kesuburan bumiputera adalah 2.6 anak, Cina (1.5 anak) dan India (1.7 anak).

''Antara faktor yang menyumbang kepada trend ini adalah peningkatan jumlah wanita yang bekerja, wanita tersebut juga boleh membuat keputusan untuk menentukan saiz keluarga mereka dengan menggunakan teknologi (mencegah kehamilan) yang ada," katanya.

Tambahnya, sebanyak 95 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia tinggal dalam kawasan PBT berbanding 89 peratus pada tahun 2000.

''Daripadanya, 67.5 peratus penduduk terdiri daripada kumpulan umur bekerja iaitu 15 hingga 64 tahun berbanding 63.1 peratus pada tahun 2000.

''Bagi kumpulan umur melebihi 64 tahun, saiz penduduk ialah lima peratus dan umur kosong hingga 14 tahun sebanyak 27.5 peratus," katanya.

Mengulas isu berkaitan, Nor Mohamed berkata, Malaysia belum lagi mencapai tahap negara tua kerana hanya kira-kira lima peratus daripada rakyat berumur 65 tahun ke atas berbanding standard antarabangsa untuk negara tua iaitu tujuh peratus.
''Populasi Malaysia masih muda dan peratusan yang tergolong dalam kumpulan produktif adalah tinggi," katanya.

Enjoiceeeeeeeeeeeeeee!!!!!!!!! Yeay cuti hari Isnin...........
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2011 06:29 PM | Show all posts
Just nak sharing di pagi Jumaat yang indah.     Dipetik dari Utusan Online: 23.12.2011
...
mbk Post at 23-12-2011 10:37


Bersediakah kita? Mengikut kajian, duit EPF paling lama boleh bertahan selama 3 tahun sahaja..
Jom buat preparation awal2..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2011 12:47 PM | Show all posts
Reply 236# nur.FAR.hana


    Takutnyer kiter dengar... Apa lagi... Merancanglah dari sekarang.......
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2012 12:15 PM | Show all posts

Artikel untuk dikongsi bersama.. Tak kisah lah ko kerja gomeng atau swasta.... yang penting medikal kad untuk semua dan ia amat penting.. tak perlu lah saya membebel pepanjang, jom sesamer kiter bacaaa.. Enjoiiiceeeeeeeee


Staff Kerajaan Tak Perlu Medical Card?


Pada mulanya saya agak terkejut apabila diberitahu rakan saya, seorang pegawai tinggi angkatan tentera bergelar datuk juga terpaksa beratur mengikut giliran di institut jantung negara bagi mendapatkan rawatan “bypass”. Bukankah beliau pernah menjadi seorang hero negara? Namun kenapa masih tidak diberikan layanan yang lebih istimewa.

Itu bukan satu cerita sahaja  yang saya dapat. Masih banyak lagi yang merungut apabila terpaksa bersesak dengan orang ramai bagi mendapatkan rawatan perubatan dari hospital-hospital kerajaan yang bermutu tinggi. Walaupun mereka pegawai kerajaan, namun mereka tidak terkecuali dari situasi kesesakan giliran rawatan.

Ia satu realiti. Walaupun mereka pegawai kerajaan yang mempunyai pendapatan besar, ramai memilih untuk terus bersesak dengan rakyat bawahan yang tiada pendapatan semewah mereka. Saya tidak ingin menyinggung perasaan mana-mana pihak, namun sedih apabila melihat ramai keluarga kenalan saya yang tidak mempunyai wang yang banyak terpaksa bersesak dengan pegawai-pegawai kerajaan dalam mendapatkan rawatan perubatan. Bukankah mereka yang menjawat jawatan awam patut diberikan kelonggaran dan rawatan yang lebih istimewa seperti di hospital-hospital swasta?


Apabila sakit menjengah, manusia sanggup berhabisan untuk merawat dan mendapat kembali kesihatannya. Pada saat tersebut, wang tidak akan menghalang keperluan mereka pada rawatan. Ada yang bergolok gadai harta warisan, ada juga yang terpaksa menjual segala aset pencarian, bahkan ada juga yang meminjam dan mengemis simpati orang ramai. Itu semua bukannya kesalahan. Orang yang sakit pada saat tersebut mungkin tidak akan menghadapi kesukaran ini. Mereka barangkali sedang berehat di atas katil menanti rawatan. Namun ‘sakit’ sebenar dihidapi oleh insan-insan yang mereka kasihi. Kesukaran yang saya sebutkan di atas ditanggung oleh isteri, suami, anak-anak, ibu bapa mereka.


Keadaan bertambah parah jika mereka yang sakit terus pergi meninggalkan dunia ini. Sudahlah bergolok gadai harta sehingga habis, insan-insan yang mereka tinggalkan ini akan menghadapi saat yang lebih sukar dari kematian. Mari kita bayangkan. Bagaimanakah keadaan anak -anak kita di saat semua harta telah habis dibelanjakan untuk perubatan kita? Bagaimana pula isteri kita berusaha membantng tulang mencari rezeki sesuap nasi setelah semua pendapatan yang pernah kita hulurkan dulu kini hilang buat selama-lamanya? Bagaimana pula keadaan ibu bapa kita yang semakin berusia terpaksa melupakan impian dipelihara anaknya sewaktu usia tua? Dan pelbagai lagi…


Alangkah baiknya jika sewaktu kita sakit nanti, :

  • duit simpanan tidak diusik untuk rawatan perubatan
  • mendapat rawatan perubatan istimewa dari hospital yang istimewa. Kos pula ditanggung pihak ketiga tanpa perlu menyusahkan keluarga
  • jika rawatan gagal, dan kita mati. Insan yang kita tinggalkan tidak perlu bersusah hati mencari rezeki dalam tempoh 5 tahun mendatang

Segala-galanya boleh dicapai dengan tindakan kecil hari ini. Jika sebelumnya kita selalu menyimpan wang di bank, ayuh mulakan simpanan tambahan di takaful pula. Dengan amaun simpanan yang sama, kita sebenarnya memberikan nafas kelegaan kepada ahli keluarga kita kelak.


dipetik dari: http://naimrahim.com/blog/2011/10/31/staff-kerajaan-tak-perlu-medical-card/

Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2012 02:43 PM | Show all posts
48% of parents in Malaysia had no life insurance. http://bit.ly/vkZX8P


ini % utk semua rakyat malaysia ... bukan % org Melayu
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2012 02:37 PM | Show all posts
Dah lama tak hup-date aktiviti di sini..

Ari tu assist client (seorg kakitgn kerajaan-pegawai polis) admit Prince Court Petronas Hospital yg dkt KLCC tuu..sbb anak nya demam panas di khuatiri sawan

Punya la senang nak dpt parking, tak mcm kat HKL
Masa nak admit mudah jer, just tunjuk kad & trus admit..tak perlu deposit bagai


View dr wad pun cantikkk..nampak tmn KLCC
Bilik berharga rm150 di berikan utk satu famili




After few week discharge, dpt plak elaun hospital almost rm900 tuu



Byr premium insuran baru rm110 per month.

Sesuatu kepuasan bila dpt bantu org yg sakit utk rawatan yg lebih selesa..dpt meringankan beban kewangan mereka..
Apa lah sgt, perkhidmatan begini kalau nak bandingkan dgn upah komisen yg sedikit!

Tahniah utk ibu bapa yg bijak merancang utk keluarga mereka
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 07:43 PM GMT+8 , Processed in 0.091366 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list