CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rdzaccess

Aaanntuu~Close encounter

 Close [Copy link]
 Author| Post time 26-7-2007 01:45 PM | Show all posts
Originally posted by rdzaccess at 26-7-2007 02:33
Mak aku adalah seorang yang warak jugak lah.
Pernah diceritakan oleh Mak Cik Nik ( adik mak aku bahawa satu hari tu  ada orang nak mintak tolong kalau2 sesapa yang boleh bela binatang belaan dia ...


Yang ni diceritakan oleh Mak Cik Nik aku pada aku.
Masa tu Mak cik aku kecil benor dan mak aku masih lagi sunti.
Maka diceritakan oleh orang yang empunyer cerita pada satu hari orang tua (perempuan) sakit uzur.
Maka ramai lah orang kampung yang datang menziarahi nya.

Tapi masa ni berlaku di Melaka, kampung datuk sebelah mak aku.
Termasuklah datuk aku sekeluarga, maka mereka pun bermalam lah di situ adanya.
Shahadan pada satu ketika mak aku keletihan dan mulalah memasang kepala kat atas tangga serambi.
Terus mak aku lentuk.

Tiba2 dalam pukul 4 ptg gitu orang kampung bertempiaran lari.
Ada yang menyorok dan ada yang sprint sampai tak cukup tanah.
Di sebabkan mereka melihat seekor harimau berbelang( harimau belang) datang menuju ke rumah orang tua tu ( yang akhirnya aku dapat tahu bahawa dia adalah moyang aku).

Dengan selambanya harimau ni naik kat atas tangga. Kebetulan pula mak aku yang dah terlelap tu' rupanya ada membawa planta ( margerine ) untuk memasak. Mungkin kerana menunggu lain2 rempah yang tak sampai , so , mak aku pun kira nak releks lah kejap. ( sebab orang dulu2 mana ada kenderaan yang boleh menyaingi orang berlari).

Dari celah2 apa2 pun  yang orang kampung boleh intai , mereka nampak si harimau ni menjilat margerin tersebut yang berada di hadapan mak aku ( dekat ngan kepala mak aku).

[ Last edited by  rdzaccess at 26-7-2007 02:15 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2007 01:48 PM | Show all posts

Reply #172 siape_aku's post

eh..cantiknya bunga tu.....ini 1st time rasanya aku tgk...camni rupernya bunga bakawali yer.....
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2007 01:52 PM | Show all posts
eh...ko masuk siang lak  rdzacess yer?....shift siang lak ker keje?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2007 01:53 PM | Show all posts
Selepas menjilat -jilat ( nasib baik lidah harimau ni tak luka kena tin margarine) harimau ni pun naik ke atas rumah dan mendapatkan moyang aku yang terlantar sakit.

Dari celah2 tingkap yang terbuka maka nampaklah harimau itu mendekati dan duduk di tepi moyang aku seraya menggesel-geselkan pipinya ke muka moyang aku.
Kemudian kelihatannya harimau itu menjilat muka moyang aku. Setelah beberapa  ketika , maka moyang aku pun semacam   tersedar.....                                                                                                                                                                                                                                                                                                  


Ternampak orang kampung yang moyang aku mengusap-ngusap kepala harimau tersebut sambil berbual-bual dengannya.
Setelah itu harimau tadi menuju ke pintu hadapan dan terus terjun melangkaui mak aku dan terus menuju ke hutan kecil yang tidak berada jauh dari rumah moyang aku dan terus hilang.

Orang kampung tidaklah berasa gerun sangat kerana mereka pun dah tahu kepunyaan siapa harimau ini.
Cuma agak terkejut sebab datangnya secara tiba2.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2007 01:58 PM | Show all posts

Reply #184 rdzaccess's post

huisshh....moyang ko bela rimau ker?? atau itu rimau jadian? kecut siot....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2007 02:01 PM | Show all posts
Dari cerita mak Cik Nek aku lagi, harimau ini lah menjadi kenderaan moyang aku ketika dia hendak ke pekan atau ke mana saja. Jika berkehendakkan khidmat binatang ini ia cuma berseru semacam satu nyanyian dan datanglah ia. Seruan inilah yang kita panggil mentera.
Adapun setelah beberapa hari maka sihatlah moyang aku.

Hatta kalakian maka mak aku pun dipanggil oleh moyang aku. Setelah bercerita panjang lebar dan memujuk-mujuk. Maka mak aku mengambil ketetapan untuk tidak menerima lamaran moyang aku. Walaupun syarat dan terma yang ada pada mak aku adalah amat layak sekali.

Mak aku mengambil keputusan untuk pulang ke Permatang Pasir pada petang harinya selepas dia di temubual.
Ada nya....

[ Last edited by  rdzaccess at 26-7-2007 02:03 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-7-2007 02:03 PM | Show all posts

Reply #186 rdzaccess's post

bila baca citer ni, aku rasa cam citer waris jari hantu ja...naper yer...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2007 02:04 PM | Show all posts
Originally posted by feirina at 26-7-2007 13:58
huisshh....moyang ko bela rimau ker?? atau itu rimau jadian? kecut siot....


Harimau belaan ngan harimau jadian lain woi...

Kalau hari harimau pun lain jugak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2007 02:09 PM | Show all posts

Reply #188 rdzaccess's post

harimau belaan = harimau yg di bela aka dijaga oleh moyang ko
harimau jadian = ilmu saka (yang ni betul ker?)
hari-hari mau = yang ni aku faham..tak yah habaq

leh habaq tak yg mana satu...berkaitan ngan moyang ko
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2007 02:12 PM | Show all posts
Aku posting siang sebab malam ni aku nak gi Seremban.
Ada orang komplen dapur dia tak kemas bila menjelang waktu awal pagi.
Katanya berterabur barang dapur dan makanan yang dia simpan berselerak.
Pas tu bekas makanan dia bertelangkup tak keruan.
Aku dah interview ( guna talipun) dah.
Dia kata kejadian itu berlaku setiap malam dan dia tak boleh tahan , hari2 kena kemas dan cuci waktu pagi...
Ini rumah india penganut agama hindu. Dia ada 2 ekor anjing yang amat garang, kalau tak kenal orang.
Tapi aneh nya anjing dia jadi bisu pulak sejak menjak ni. Macam kena potong ekor...
Aku dah sahkan kat dia bahawa ni kerja entiti...
Kalau korang boleh beri cadangan macam maner nak diperlakukan atau jenis entiti yang buat lagak macam ni sila postkan ngan segera.
Aku nak pergi lepas solat Maghrib nanti....
Tolong yer identify entity ni...
Di dahulukan ngan ucapan Wassalam...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2007 02:17 PM | Show all posts
Originally posted by feirina at 26-7-2007 14:09
harimau belaan = harimau yg di bela aka dijaga oleh moyang ko
harimau jadian = ilmu saka (yang ni betul ker?)
hari-hari mau = yang ni aku faham..tak yah habaq

leh habaq tak yg mana satu.. ...


Yang nombor satu harimau belaan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2007 02:19 PM | Show all posts
Aku kena log out dulu nak prepare barang. Nanti dia ikut aku balik pulak.
Jiran rumah aku banyak anak kecik.
Tak semena2 kan klinik penuh ( banyak pegawai kerajaan )

Wassalam.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2007 02:22 PM | Show all posts

Reply #170 Zaihasky's post

apa yg nak ditakutkan.......sambil baca sambil tgk TV.....
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2007 02:32 PM | Show all posts
aku pun terkejut gak tgk rdz masuk siang.......

orang dulu2 memang suka  bela harimau untuk keselamatan diri dia orang.....aku punya moyang (ntah berapa kali moyang.. )dulu pun ada gak bela harimau kat kg dia kat Kuala Pilah...

kat Seremban kat mana rdz??......sbb aku pun duduk kat Seremban gak.....
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2007 02:46 PM | Show all posts
menarik pulak citer si rdza ni...aku suka....aku suka...aku suka
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2007 02:58 PM | Show all posts

Reply #195 marlisa_syazana's post

tahu tak per....sejak uncle K jarang mengepost kat teman wanita jin tu....aku melekat kat sini plak...best oo...dgr pengalaman org ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2007 02:59 PM | Show all posts

Reply #191 rdzaccess's post

oo..harimau belaan yer....org dulu-dulu ni mmg suka membela yer....
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2007 03:24 PM | Show all posts
hmmm... ni cite sambong esok la plak eh?.. bes cite ni.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2007 03:48 PM | Show all posts
aku baru terai2 nak check in...tuan umah dah check out plak....

jgn lupa citer ko kat seremban tu yer....tak sabo nak baca....
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2007 11:40 PM | Show all posts
besh nye pengalaman rdz nih..
macam2 ada..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2024 11:01 PM GMT+8 , Processed in 0.064147 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list