CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22007|Reply: 176

Dia dan Satu Impian

 Close [Copy link]
Post time 25-3-2010 09:43 AM | Show all posts |Read mode
PROLOG
***********************************************************************

Dia berdiri di hadapan bangunan lama berbentuk seperti rumah klasik di Queensborough Terrace, di bawah rintik-rintik salji yang mula turun sedikit demi sedikit, menyentuh tudung krim dipadankan dengan sweater biru tebal yang dipakainya kini. Kedinginan mengigit tubuh dengan suhu mencecah -3 darjah celcius, itu yang didengarinya pagi tadi sebelum dia keluar, tetapi kesejukan itu seolah-olah tidak memberi kesan pada dirinya kini. Orang ramai yang lalu lalang dengan kerenah masing-masing juga tidak menarik perhatiannya. Matanya, fikirannya, dirinya tertumpu pada seorang insan di hadapannya kini. Insan yang juga terpana melihat dirinya, tanpa sebarang kata.

Dia hanya berbasikal dari Bayswater seawal jam 9.00 pagi, untuk menenangkan fikiran dan perasaannya. Melalui setiap lorong kecil dan sunyi, menikmati keindahan bangunan lama dan ketenangan pagi minggu. Dan tanpa disangka, ketika tiba di Queensborough Terrace ini, dia bertemu dengan hamba Allah ini. Hamba Allah yang membawa seribu satu kebahagiaan pada dirinya. Insan yang membuatkannya kenal erti kasih sayang dan cinta. Insan yang menjadikan dirinya berani membina satu impian yang dirasakan mustahil untuk menjadi kenyataan.

Kerana insan inilah, dia sanggup terbang dari Malaysia ke bumi London. Hanya kerana ingin bertemu dengannya.

Seminit. Lima minit. Lapan minit.

Dia masih tegak berdiri, dengan basikal juga tegak di sisi.

Hamba Allah di hadapannya juga masih tegak berdiri, merenung ke arahnya dengan rasa tidak percaya.

Di bawah rintik salji yang mula lebat, air matanya menitik, jatuh ke pipi. Bibirnya bergetar, ingin mengucapkan sesuatu tetapi tidak terluah.

Hamba Allah itu juga masih merenung ke arahnya sebelum perlahan-lahan menghampiri, dan berhenti selang dua langkah darinya. Dan kini dia dapat melihat dengan jelas wajahnya. Matanya, hidungnya, pipinya.......Oh....

Perasaan gembira dan sedih bergolak dalam diri, bercampur baur. Dia menekup mulut, terasa kedinginan mula menjalari seluruh wajahnya kini.

Ya Allah, seandainya aku halal baginya, pasti sudah ku peluk dia, jerit hatinya seakan tidak keruan. Sabar! Sabar! Sabar! Dia berusaha menahan dirinya sendiri. Kakinya mengeletar, bukan kerana dingin, tetapi kerana menahan perasaan yang begitu mencengkam dirinya kini.

Dia mengumpul sisa kekuatan dalam diri, cuba bertenang sebelum mengesat air matanya perlahan dan mula bersuara,

"Assalamualaikum, Zafran,"

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2010 09:48 AM | Show all posts
pergghhh best giler intro... lagi2 huhuh u
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2010 09:51 AM | Show all posts
Lorhhh mano mano lgi,. tk leh sobaaa dh ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2010 10:05 AM | Show all posts
Intro dah menarik....tlg letak panjang sikit untuk episod pengenalan...
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2010 10:06 AM | Show all posts
Lepas tu rajin2 update ye...supaya pembaca tidak lupe jalan cerita....
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2010 10:18 AM | Show all posts
menarik.. sorang lg yg berbakat bsr dlm bidang penulisan novel/cerpen... sambung plzzzz!!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-3-2010 10:30 AM | Show all posts
bestnya....sambung lagi...

nice
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2010 10:39 AM | Show all posts
Post Last Edit by Jaza2008 at 25-3-2010 10:41

good intro.... jgn lama sgt menyepi tuk n3 seterusnya sbb nnti ramai readers kejar2 smpai tak terlayan TT....hehehehe


bagi sokongan nnti ada yg kata kita tak bagi sokongan moral tuk newbee....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2010 10:41 AM | Show all posts
betul2... terus update.. supaya diorang tak gegar tiang umah TT ni.. cam umah detox... hhheh
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2010 10:49 AM | Show all posts
lagi lagi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2010 10:50 AM | Show all posts
Post Last Edit by sakura_ungu at 29-3-2010 09:09

Bahagian 1

******************************************************************

"Bulan Oktober!" Encik Iskandar bersuara lantang, sambil menulis perkataan April sebesar font 60 di white board sebelum berpaling, menghadap 10 orang stafnya yang duduk di meja bulat, memerhatinya. "Plan for October guys! Your idea please!"

Haikal, segak berkot hitam dan bertali leher hijau gelap mengangkat tangan. "Month of happiness!" ucapnya selamba, dan ketawa memenuhi suasana. Encik Iskandar mengeleng kepala, tersenyum simpul.  "Any other else?" dia memandang sekitar. Mereka yang lain berpandangan sesama sendiri, dan ada yang tunduk, berpura-pura mencakar sesuatu dalam buku. Graduan peringkat tinggi-tinggi, tetapi kurang idea, desis hatinya bosan. Setiapkali mesyuarat bulanan, hanya Haikal sahaja yang banyak melontar idea. Yang lain banyak menyampuk dan tukang sorak sahaja. Unit kecil tetapi kalau bab-bab merapu, pekerjanyalah yang paling kreatif.

Pandangannya tertumpu pada seorang gadis bertudung merah jambu dan bercermin mata yang duduk di hujung sekali. Gadis yang baru sebulan mencurah jasa baktinya di unit mereka. Gadis yang pada mulanya agak pendiam, tetapi mula bertukar menjadi kecoh sebaik mesra dengan pekerja yang lain.

"Wardah!"

Gadis bertudung merah jambu itu tersentak. Memandangnya dengan wajah terkejut. Encik Iskandar tersenyum, agak terusik hati melihat gadis itu tergamam. "Ada idea menarik ke?"

Wardah terkulat-kulat sejenak. Semua mata staf terarah kepadanya. Dia mengigit bibir, kehilangan kata-kata. "Err..."

"Saya bagi tempoh sehari untuk semua memikirkan tema kita pada bulan ini. Bulan lepas, gorgeous pink car dah jadik topik utama, dan saya percaya tema yang lebih menarik dari itu akan ada pada bulan ini, "Encik Iskandar tidak menunggu lama kata-kata darinya. Lelaki bertubuh sedikit berisi itu bingkas, mencapai bukunya di atas meja. "Haikal and Wardah, ini tugas awak untuk bulan ini. Meeting dismiss!"

Wardah tergamam. Satu lagi tanggungjawab besar. Oh tidak, dia menarik nafas, merasakan seluruh badannya menjadi dingin sedingin ais di kutub selatan. Rakan-rakannya yang lain mula bingkas sambil berbual sesama sendiri. Dia kekal tegak di kerusi, seakan terpaku di situ. Lemah rasanya untuk bangun dan melangkah ke meja.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2010 11:15 AM | Show all posts
Kenapa harus aku yang nak kena pilih tema bulan ni? desis hatinya bosan. Tekanan mula dirasanya memanjat saluran darahnya memenuhi otaknya kini.

"Good luck ek!" bahunya ditepuk dari belakang. Dia menoleh. Asyakirin, eksekutif bahagian pengiklanan merangkap jiran meja sebelah tersengih ke arahnya sebelum berlalu keluar ke mejanya. Dia mendengus. Ayat sokongan dari gadis berambut lurus mencecah bahu itu dirasanya memperli dan mencucuk dirinya.

"Bekerjasama lagi," Haikal di hujung meja bersuara, tersenyum penuh makna. Baru dia sedari, hanya dia dan Haikal sahaja berada di dalam bilik mesyuarat itu kini. Dia tersengih malas, lalu bingkas keluar. Haikal juga bingkas, segera mengekorinya. "Idea saya tadi tak menarik ke?" ucapnya cuba bermesra. Wardah menjeling. "Ok je Haikal. Saya tak kisah pun,"

"Kenapa tak bersemangat ni?"
"Bukan tak bersemangat..."
"Habis tu? Stress?"
"Tengah memikirkan benda lain,"
"Jangan campurkan dengan hal kerja,"

Wardah berhenti melangkah, menoleh memandang Haikal. Dia baru sebulan  bekerja di sini, tetapi Haikal sudah dikenali hampir 7 tahun lamanya. Siapa tak kenal jejaka pujaan ramai di kampusnya dahulu? "Saya tahulah,"ujarnya agak malas sebelum berpaling semula, menghampiri mejanya. Asyakirin di meja sebelah menjeling mereka berdua sambil tersenyum simpul. Fahmi di meja hadapan pula buat tak nampak. Sengal budak dua ekor nih, gumamnya dalam hati.

"Nanti pukul dua, kita discuss. Awak fikirlah apa idea yang patut,"Haikal bersuara sebelum berlalu ke mejanya yang berhadapan dengan bilik Encik Iskandar. Orang kuat unit penerbitan, itu gelaran untuknya. Wardah hanya sekadar mengangguk perlahan sebelum menghadap komputernya.

"Untunglah kau, bulan ni kerja ngan Tom Cruise,"Asyakirin bersuara selamba. Wardah mencebik. Tom Cruise la sangat, ejek hatinya. "Tak ada apa yang menarik pun. Setakat nak fikirkan tema, rasanya Haikal seorang dah cukup untuk idea-idea penting,"

"Encik Is bosan kalau asyik dia je yang angkat tangan," sampuk Zul yang tetiba muncul di hadapan meja Asyakirin. "Kalau nak aku fikirkan, boleh tapi bukan sekarang,"Wardah bersuara lemah, sambil jari jemarinya mengerakkan mouse, membuka email. Zul dan Asya mula membincangkan sesuatu, tetapi dia tidak menghiraukannya. Fikirannya lebih banyak tertumpu pada seseorang. Seseorang yang begitu membelenggu dirinya bermula pagi tadi dan terbawa-bawa sehingga kini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2010 11:33 AM | Show all posts
"Wafiyyah!" tercetus nama itu dari bibirnya tatkala matanya terpandang email baru masuk. Pantas jari jemarinya menekan mouse.


Salam dari Lapworth Court,

Aku sampai pagi tadi, pukul 9 lebih. Alhamdulillah, selamat tiba tetapi harus aku akui, perjalanan 13 jam ini memang agak memenatkan biarpun hanya duduk tegak je dalam flight. Kak Husna ambik kat airport pagi tadi, dan petang nanti pun dia akan hantar aku ke Imperial untuk pendaftaran.

Baru jejak kaki tak sampai pun dua jam kat sini, aku tetiba jadi rindu pada bumi Malaysia. Berdiri di tingkap dan melihat daun yang bertaburan membuatkan aku terkenangkan kampung. Padahal jauh beza kampung dengan London ni. Hahaha...

Kak Husna kata, sekarang ni musim luruh. Tapi aku dah rasa sejuk semacam bila keluar dari airport tadi. Sejuk sampaikan aku mengigil jadinya. Mungkin sebab dah nak awal November, musim dingin semakin hampir. Tadi breakfast kat Malaysian Hall. Senior adakan majlis suai kenal untuk student baru. Jumpa ramai budak malaysia, dan ada jugak batch aku yang dijangka mendaftar sekali petang nanti. Budak KYUEM la ramai pastinya. Satu cabaran jugak nih. Lepas suai kenal selama tiga jam, kak Husna dan suami bawa aku singgah ke Edgware Road. Berjalan sekejap ke situ sebab Kak Husna nak beli barang sebelum singgah terus balik ke rumah.  Seronok rasanya dapat menjejakkan kaki ke sini. Tak sangka, akhirnya aku berada di London juga. Hoho....

Wardah, alangkah baiknya kalau kita berdua sama-sama berada di sini. Nanti aku sambung balik ok. Nak bersiap untuk pendaftaran petang ni.

Salam rindu,

Wafiyyah
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2010 11:48 AM | Show all posts
Seronok rasanya dapat menjejakkan kaki ke sini. Tak sangka, akhirnya aku berada di London juga. Hoho..

Ha ha ha memang seronok cam mimpi je kan...klu kita dpt menjejaki tempat2 yg kita idamkan... lepas tu cubit pipi sendiri mimpi ke tidak;)
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2010 01:05 PM | Show all posts
best......

cik sakura
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2010 01:50 PM | Show all posts
wah cite baru...menarik...pasti malatop ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2010 01:56 PM | Show all posts
wah cite baru... best laaa... yeay..yeay bertambah lagi sorang penulis berbakat dalam nih...  tapi ari2 kena letak n3 yer... kite orang ni mana boleh tunggu lama2 tak sabor...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2010 02:06 PM | Show all posts
wah cite baru... best laaa... yeay..yeay bertambah lagi sorang penulis berbakat dalam nih...  tapi ari2 kena letak n3 yer... kite orang ni mana boleh tunggu lama2 tak sabor ...
asyriqa Post at 25-3-2010 13:56


jadilah seorg yg penyabor......

next..next..next..
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2010 02:16 PM | Show all posts
good intro..
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2010 02:25 PM | Show all posts
jadilah seorg yg penyabor......

next..next..next..
Jaza2008 Post at 25-3-2010 14:06



tu la pasal.. dahlah baca free...  nasib baik ada yg baik ati nak nulis sini kita ni semedang jek minta2....tamak haloba tak abis2..hehehe...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 07:34 PM GMT+8 , Processed in 0.075325 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list