CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 44791|Reply: 190

Gambar Sharifah Aleya dan Suami Bersama Anak Kembar Mereka

[Copy link]
Post time 5-9-2009 10:52 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by amir_izwan at 5-9-2009 10:59


Begitu lama MT nantikan kemunculan gambar-gambar bayi kembar Sharifah Aleya yang diberi nama Aza Ameena Muhd Ashraf dan Asha Ameena Muhd Ashraf ini, akhirnya kedua-dua bayi tersebut telah diperkenalkan kepada media di Kelab Seri Damansara semalam.

Sharifah Aleya atau lebih mesra dipanggil Leya yang juga pelakon dan pengacara HotFM ini telah selamat bersalin pada 27 Jun yang lalu pada pukul 11:46 pagi. Ketika itu bayi kembar tersebut dilahirkan pra matang maka itu antara sebab Leya merasakan tidak sesuai jika bayinya itu diperkenalkan lebih awal dahulu.




MT mendapat tahu Leya tidak dapat bersalin secara normal kerana terdapat beberapa komplikasi pada kandungan yang menyebabkan terpaksa digunakan kaedah ceasarean atau bersalin melalui pembedahan. Doktor yang merawatnya ketika itu telah menasihatkan beliau untuk dilakukan pembedahan secepat mungkin kerana bimbang akan berlaku komplikasi kepada bayi. Bayi pertamanya, Aza yang seberat 1.71 kilogram (kg) itu dilahirkan pada pukul 11.46 pagi, manakala yang kedua (Asha) pula seminit selepas itu dengan seberat 1.98 kg.

Ketika ditanya mengenai makna nama-nama yang diberikan kepada bayinya itu, Leya menjelaskan bahawa nama Asha diambil dari perkataan Sanskrit yang membawa maksud “Harapan” manakala nama Aza pula diambil dari nama arwah neneknya sendiri iaitu Sharifah Aza Aminah.

MT mengucapkan tahniah kepada Sharifah Aleya dan suami, Muhammad Ashraf Aasimudin di atas kehadiran permata hati mereka berdua ini. Semoga kalian berdua sentiasa dicucuri rahmat dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah lagi selepas ini.



P/s : Tak sabar MT nak tengok gambar bayi perempuan Eja, bila agaknya akan diumumkan kepada media ye?

Kredit : MyTalento.Com
Kredit Foto : SIA HONG KIAU
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2009 10:54 AM | Show all posts
tang mana gambaqnya..awat aku x nampak
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2009 10:54 AM | Show all posts
Aaaaaaa... Kiutnye!!!!! Dah semangat pun badan :pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2009 10:55 AM | Show all posts
comey nyer baby..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2009 10:55 AM | Show all posts
tang mana gambaqnya..awat aku x nampak
hyexa Post at 5/9/2009 10:54 AM


Ada kt atas tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2009 10:55 AM | Show all posts
cute
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-9-2009 10:57 AM | Show all posts
comel baby....
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2009 10:59 AM | Show all posts
curlastt sangat nama anak amek dari bahasa sanskrit....:pompom::pompom:
orang lain amek dari bahasa arab...

chomelz sangat anak2nya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2009 11:00 AM | Show all posts
sanskrit? haish..macam-macam..awat tammo boh 'hope' je..ala2 faith and hope tuh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2009 11:04 AM | Show all posts
sanskrit? haish..macam-macam..awat tammo boh 'hope' je..ala2 faith and hope tuh
cik_kambing Post at 5/9/2009 11:00 AM


Itu perkataan standard sgt
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2009 11:04 AM | Show all posts
comel
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2009 11:08 AM | Show all posts
apsal takde saripah ek name anak die..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2009 11:09 AM | Show all posts
apsal takde saripah ek name anak die..
opie5662 Post at 5/9/2009 11:08 AM


Rasanya letak saripah kt depan  nama tu kalu nama bapak anak tu syed. betul ke apa yg aku phm tu?
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2009 11:15 AM | Show all posts
Montelnyer pipi baby....
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2009 11:18 AM | Show all posts
  suke bace coretan mama leya dlm utusan ari ahad tu...
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2009 11:26 AM | Show all posts
semangat tol babies tu......tembam2
suami leya da botakkan pala?
dulu rambut dia pjg kan w/p da kawen
mayb dia bernazar la tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2009 11:33 AM | Show all posts
tahniah... comel baby-baby nih...
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2009 11:35 AM | Show all posts
ala... takde pic yg fokus muka baby ke....
tak puas tgk la..
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2009 11:42 AM | Show all posts
geramnya tgk baby dia
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2009 11:50 AM | Show all posts
waaa... besar jugak baby
selalu baby2 kembar ni kecik kurus jer
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 10:33 AM GMT+8 , Processed in 1.249467 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list