Ipo Publish time 18-8-2015 01:57 PM

NOVEL: MAWAR

Edited by Ipo at 24-1-2016 08:36 PM



                                                      Mawar...
                                                                        Suatu masa dipuja....
Suatu masa dicinta....


HUJAN LEBAT semakin galak menyimbah bumi. Jalan di depan juga tidak begitu jelas dilihat walaupun 'wiper' sudah disetkan pada kelajuan maksimum. Dengan berkaca mata, Ikram melihat dengan mata terkebil-kebil jalan yang agak kabur bila disimbahi hujan lebat. Sesekali petir menyambar dan guruh berdentum, membuatkan cahaya menerjah muka bumi. Secepat itu juga dia dapat melihat terangnya jalan. Tiada ada-apa di hadapan. Hanya jalan kecil yang sempit. Cukup memuatkan sebuah kenderaan saja bila melalui jalan itu.

Ikram berhati-hati memandu. Berpandukan cahaya lampu kereta, dia meredah jalan kecil itu hanya dengan kelajuan 60km sejam. Tidak mungkin dia memecut kereta melalui jalan berliku seperti itu. Sudahlah di kiri kanan jalan penuh dengan ladang kelapa sawit. Gelap dan sunyi. Sebuah kereta pun dia belum jumpa lagi sejak dari permulaan dia mulakan perjalanan.

Ah, silapnya juga yang degil ingin pulang ke kampus pada waktu begini. Pak Andak sudah berpesanpadanya supaya bermalam saja di rumahnya. Mak Andak juga banyak kali berpesan agarbermalam saja di rumah mereka. Siang tadi Ikram terima pelawaan mereka untuk hadir majlis kesyukuran sempena kejayaan Akim dapat masuk ke universiti. Pada orang kampung, kejayaan itu adalah besar bagi mereka. Sedangkan bagi Ikram yang memang anak jati Kuala Lumpur ini, masuk universiti sudah bukan lagi dipanggil satu kejayaan. Kejayaan baginya adalah bila berjaya mencipta nama dan berjaya meningkatkan taaf hidup.

Kereta Satria Neo pemberian ayah untuk kemudahannya belajar di kampus, dipandu berhati-hati. Malam semakin pekat, hujan semakin lebat. Dia yang degil ingin pulang pada malam ini juga. Dia perlu bereskan tesis tahun akhir yang masih terbengkalai dek kerana sikapnya sendiri yang sibuk dengan aktiviti lain. Aktiviti yang langsung tidak ada dalam kamus pengajiannya. Dia pemburu paranormal!

"Gila.." Ikram sengih sendiri. Kedua tangan masih melekat di stereng sambil mata memerhati tajam ke arah depan jalan yang gelap. Hanya bertemankan cahaya lampu kereta saja dia meredah jalan berliku itu.

Lega bila tiada lagi jalan bengkang bengkok yang terpaksa diredah dalam keadaan licin dan gelap. Silap haribulan dia boleh terbabas ke longkang besar. Sudahlah kiri kanan hanya ladang kelapa sawit sahaja yang ada. Bila sudah sampai di jalan yang agak lurus, Ikram terus menekan pedal minyak dan kelajuan kereta sudah berubah. Jarum meter sudah mencanak naik ke angka 100km sejam.

Sunyi dengan keadaan begitu, Ikram mula pasang lagu di radio. Lagu nyanyian Evanesence ' Bring Me To Life' memecah keheningan malam itu. Hujan masih lebat mencurah ke bumi. Bila terasa sunyi, dia turut mengalunkan lagu itu dengan suara nyaring. Terasa perjalanannya terasa begitu lama. Kiri kanan masih ladang kelapa sawit.Hampir dua puluh minit memandu, dia mula tersenyum. Lega bila ternampak cahaya berbalam-balam dari arah kiri jalan. Dia pasti di depan sana sudah hampir dengan perkampungan penduduk. Kereta dipecut semakin laju. Hujan masih lebat menyimbah bumi.

Ikram kaget bila ternampak satu sosok tubuh tiba-tiba berdiri di bahu jalan. Dari cahaya kilat dan petir memanah bumi tadi, jelas dia melihat seseorang berbaju kurung mula berlari dalam kesejukan. Dia pucat. Keretanya dipecut semakin laju.

Kriiiiiiiiiiiiiiiiiiiikkkk!!! Boommmm!!!

Tak sempat Ikram mengelak. Dia tahu, dia sudah melanggar sesuatu. Dengan wajah pucat, Ikram masih kaku di tempat duduk pemandu. Kedua tangannya masih melekat kuat di stereng. Jantung berdegup kencang. Bagai adrenalin mengalir laju ke seluruh urat saraf. Tindakan refleks membawa impuls ke otak.

"Aku langgar apa tadi?" Terpacul kata-kata dari mulut Ikram.

Antara ingin keluar dari kereta atau meneruskan perjalanan sama banyak bertarung dalam hati. Ah, menyesal diatidak mengajak Badrul sekali tadi. Sekarang ini apa yang dah jadi?

Hampir sepuluh minit Ikram berfikir. Perlahan dia buka pintu kereta. Hatinya berat untuk meneruskan perjalanan dan hatinya belum kering untuk membiarkan saja benda yang dia langgar itu tadi, tambahdalam keadaan malam pekat dan hujan lebat begini.Dengan berhati-hati Ikram menapak ke arah depan kereta. Tubuhnya mula basah disimbahi hujan lebat. Dia kaku. Dari cahaya lampu kereta, ada sekujur tubuh sudah terbaring kaku di depan dengan darah mengalir dibawa arus air yang mengalir ke bahu jalan.

Ikram semakin pucat. Pucat sepucat-pucatnya. "Ya Allah.." Muka diraup. Aku sudah melanggar manusia!
Seorang gadis berbaju kurung yang sudah koyak rabak, terbaring tidak bergerak di depan kereta. Perlahan Ikram duduk bertenggung dan menguak rambut yang menutupi wajah gadis itu. Darah pekat mengalir dari bibir, telinga dan hidungnya. Dia cuba kejutkan gadis itu. Kaku. Dia periksa pula nadi di pergelangan tangannya.

"Alhamdulillah.."

Ikram lega. Matanya terpaku pada sekuntum bunga mawar putih di tepi tangan gadis itu yang sudah terkulai layu. Dia capai mawar putih dan digigit. Lantas dia mendukung tubuh gadis itu masuk ke dalam kereta. Dalam keadaan basah kuyup, Ikram memecut laju meninggalkan kawasan itu. Kali ini kelajuan sudah melebihi 100km sejam. Dia perlu sampai cepat di hospital terdekat. Nyawa gadis itu lebih penting. Gadis itu perlu diselamatkan.



TIBA di hospital terdekat, Ikram segera ke kaunter dan menyuruh petugas di situ merawat gadis itu yang sudah luka parah. Dalam keadaan basah kuyup dan kesejukan itu, Ikram menguruskan kemasukan gadis itu di hospital dan selepas itu dia ke balai polis untuk membuat laporan sebelum pulang ke asrama semula yang terletak di dalam kampus.

Ikram terpaksa pulang juga kerana esok dia perlu bereskan tesisnya dan hantar kepada pensyarah. Selepas itulah barulah dia akan menjenguk gadis itu semula di hospital. Itu sudah menjadi tanggungjawabnya kerana dia yang melanggarnya tidak sengaja.

Hampir satu jam Ikram menguruskan semua itu,akhirnya dia sampai juga di bilik asrama. Bilik yang dihuni dengan seorang lagi pelajar lain. Dia sempat jenguk teman sebilik. Sudah membungkam di atas katil mamat itu. Ikram hempas tubuh di atas tilam selepas membersihkan diri dan menyalin pakaian yang basah kuyup tadi. Sempat dia melihat jarum jam pada jam tangan di atas meja. Sudah hampir satu pagi. Ikram masih terkebil-kebil. Kejadian dia melanggar gadis itu yang tiba-tiba melintas itu cukup membuatkannya merasa takut. Entah kenapa, perkara pertama yang terlintas di benaknya ketika itu adalah dia menganggap gadis itu adalah jelmaan. Yalah, entah dari mana gadis datang dan tiba-tiba muncul di depan. Mahu tidak terkejut beruk!

"Ah..apa pun, esok aku jenguk dia lepas kuliah."

Ikram tarik selimut. Lampu dipadam. Dia tercegat bangun semula. Baru teringat pada sekuntum mawar putih di sisi gadis itu tadi yang diambil. Dia cepat-cepat menapak keluar dari bilik dan berjalan laju menuju ke tempat letak kereta semula.Dia mula mencari bunga mawar putih itu yang seingatnya diletakkan di atas dashboard kereta.

"Hmm..ada pun." Ikram senyum.

Ikram terus saja capai bunga itu dan kembali ke bilik. Bunga mawar putih itu diletakkan di atas meja belajar. Dia menyambung semula tidur.




Zamzam2013 Publish time 18-8-2015 03:27 PM

Wow! Novel baru

Ipo Publish time 19-8-2015 12:24 AM

Edited by Ipo at 20-8-2015 02:52 PM

SEHARI suntuk Ikram di dewan kuliah. Kelas biologi yang diajar oleh Prof. Madya Rohani itu cukup membuatkan matanya terasa hampir tertutup. Hampir bermimpi kejadian malam tadi. Entah apa khabar agaknya gadis itu. Petang nanti, habis saja kelas jam empat petang, dia akan ke hospital semula. Dia pandang ke depan, Prof Madya Rohani begitu khusyuk mengajar, satu butir apa pun tidak masuk otaknya ketika ini. Habis sahaja kelas itu, Ikram terus capai beg sandang dan nota dari atas meja kecil. Bergegas dia keluar dari dewan kuliah menuju ke medan selera pula. Dari tadi otaknya tidak cukup oksigen. Menguap-nguap dalam kelas. Sampai dia tidak sedar, ada orang yang memerhatikannya sambil tersengih dalam keadaantersengguk-sengguk. Ah, peduli apa!

Sampai di medan selera, Ikram lantas menyerbu gerai kegemarannya, gerai laksa penang Makcik Korna. Satu mangkuk besar laksa penang dibeli. Alang-alang dah beli, baik dia beli yang besar terus supaya bertambah oksigen dalam otak kecilnya. Biar darah berselirat masuk melalui urat-urat yang berselirat sama seperti otak yang dia mimpi malam tadi. Bila ingatkan semula mimpi itu, dia jadi geli geleman bila tengok replika otak dalam kelas biologi tadi.

"Ikram!"

Ikram yang baru hendak mencari tempat duduk melilau mencari arah suara yang memanggil namanya. Fulamak! Ikram terus tersenyum menampakkan sebaris gigi yang baru di 'grooming' semalam.

"Badrul!!" Ikram turut melaung memanggil nama mamat tu.

Berlari anak Badrul ke arah Ikram sambil memegang tali beg sandangnya. Mungkin asyik melurut agaknya. Tiba di tempat Ikram berdiri, Badrul sudah termengah-mengah seolah baru sahaja selesai berlari pecut 100 meter. Padahal tak sampai pun 100 meter!

"Macam jauh sangat aku ni dari tempat kau?" Ikram sengih.

Badrul sengih. "Eh, kau tak beli untuk aku sekali ke?"

"Kau beli sendiri." Ikram mula cari tempat duduk.
Badrul pula sudah menapak ke sebuah gerai menjual nasi lemak sebelum dia kembali ke tempat Ikram dengan sepinggan nasi lemak berlaukkan ayam goreng berempah.

" Patutlah kau banyak lemak. Hari-hari tibai nasi lemak!" Ikram ketawa mengekek. Sempat juga dia mengelak bila terasa kepalanya hendak diluku oleh Badrul.

"Weh..aku dengar kolej kau berhantu?"

Ikram yang sedang berselera menyuap laksa ke mulut mula mendongak ke arah Badrul. "Mana kau dengar?"

"Alah..dah riuh satu universiti ni. Aku dengar, kolej janda tu ada hantu pontianak. Betul ke?" Tanya Badrul lagi. Ayam goreng digigit rakus.

Ikram diam sebentar. Cepat sungguh berita itu tersebar. Dia yang duduk di kolej itu sudah setahun pun, masih tidak tahu apa-apa. "Kau pasti ke itu pontianak?"

"Mungkin...sebab masa aku mula-mula masuk universiti ni, aku dengar dari senior, mereka cakap, universiti ni banyak kesurupan. Angker..." beria Badrul menerangkan kepada Ikram.

"Hmm...aku tak percaya. Selagi aku tak nampak dengan mata kepala aku sendiri, aku tak percaya." Ikram menggeleng. Dalam hatinya mula merasa ada kebenarannya kerana pernah juga kawan lain yang pernah nampak benda itu semua.

"Hai Ikram, Badrul.."

Serentak Ikram dan Badrul menoleh. Seorang gadis manis berbaju kurung sudah tersenyum di depan kami sambil memegang buku rujukan dan beg sandang. Sebelah tangan lagi sedang memegang sepinggan mi goreng.

"Boleh saya join makan?" Mila tersengih-sengih.

"Err...bo..boleh." Badrul pula menjawab.

"Tak ada tempat kosong lain ke?" Ikram tunduk semula dan kembali menyuap laksa ke mulut. 'Spoil' betul selera aku setiap kali pandang wajah minah tu. Gedik!

"Kau ni! Biarlah dia duduk!" Badrul luku kepala Ikram.

"Aduh..kot ya pun, tunggulah aku habis telan laksa ni dulu. Buatnya tercekik tadi?" Ikram teguk air sirap bagi menghilangkan rasa tersedak tadi.

"Maaf la..kalau Mila mengganggu. Sebenarnya Mila ada cerita nak beritahu.." Mila mula melabuhkan punggung di kerusi. Pinggan mi goreng diletakkan atas meja.

"Cerita apa? Gosip? Politik? Ekonomi? Atau..ada awek cun baru masuk kelas kita?"" Laju saja Badrul bertanya. Tersengih-sengih lagi.

"Bukan tu la. Ni pasal budak perempuan yang mati bunuh diri...rohnya tak tenteram. Dengarnya dia ganggu siswa dan siswi kampus ni." Balas Mila.

Kali ini Ikram pun berhenti makan laksa. Wajah Mila dipandang tak berkelip. "Cerita rekaan ke...atau betul?"

"Betul..dan disahkan oleh pelajar senior di kolej janda tu. Saya pun tak nak percaya tapi lepas kejadian malam tu.." Kata-kata Mila terhenti. Wajahnya sudah berubah rona. Agak pucat.

"Kejadian apa?" Serentak Ikram dan Badrul bertanya dan kami saling berpandangan.



EncikKrab Publish time 19-8-2015 08:20 AM

lagi lagi dan lagi

Nicki_Meow Publish time 19-8-2015 09:15 AM

Eh... citer ni dengan citer Nota Kaki tu sama ke? :o

sellie003 Publish time 19-8-2015 09:20 AM

Aiseh ipo...tukar nama lak dia...

zameyla Publish time 19-8-2015 01:44 PM

sambung lagi......{:1_152:}{:1_152:}

Ipo Publish time 19-8-2015 02:00 PM

EncikKrab replied at 19-8-2015 07:20 AM
lagi lagi dan lagi

nanti sambung..hari ni busy sikit;P

Ipo Publish time 19-8-2015 02:00 PM

Nicki_Meow replied at 19-8-2015 08:15 AM
Eh... citer ni dengan citer Nota Kaki tu sama ke?

sama mcm mana tu Nicki?

dari jalan citer..tak sama


Ipo Publish time 19-8-2015 02:01 PM

sellie003 replied at 19-8-2015 08:20 AM
Aiseh ipo...tukar nama lak dia...

hehehhe...tukar utk watak utama je
tapi akan ada juga watak forumer dalam ni..;P

Ipo Publish time 19-8-2015 02:02 PM

zameyla replied at 19-8-2015 12:44 PM
sambung lagi......

hari ni sibuk sikit...
nanti sambung..:P

cmf_conan Publish time 19-8-2015 02:48 PM

rajin benor die kutip bunga ros putih tu {:noseo

Ipo Publish time 19-8-2015 05:27 PM

cmf_conan replied at 19-8-2015 01:48 PM
rajin benor die kutip bunga ros putih tu

ros tu penting dalam citer ni{:noseo

Zamzam2013 Publish time 19-8-2015 06:02 PM

cerita baru ya @Ipo

sellie003 Publish time 20-8-2015 09:01 AM

Ipo replied at 19-8-2015 02:01 PM
hehehhe...tukar utk watak utama je
tapi akan ada juga watak forumer dalam ni..

Nk jdi watak gadis misteri yg pengsan tu boleh?:$;P

Nicki_Meow Publish time 20-8-2015 09:05 AM

Ipo replied at 19-8-2015 02:00 PM
sama mcm mana tu Nicki?

dari jalan citer..tak sama

Konpius...

Yang ko pernah tepek tu apa dulu tu... Mawar Hitam ek?



Ipo Publish time 20-8-2015 09:52 AM

Zamzam2013 replied at 19-8-2015 05:02 PM
cerita baru ya @Ipo

ya zam...tapi tak janji nak update macam dulu..
ipo dah mula sibuk...
tak jap lagi..sebelum masuk opis..ipo sambung sikit

thanks ya..sudi mengikuti citer pelik dan rare ni:lol:

Ipo Publish time 20-8-2015 09:53 AM

sellie003 replied at 20-8-2015 08:01 AM
Nk jdi watak gadis misteri yg pengsan tu boleh?

hehehhe...boleh je...
akan ada watak2 forumer nanti..;P

Ipo Publish time 20-8-2015 09:56 AM

Nicki_Meow replied at 20-8-2015 08:05 AM
Konpius...

Yang ko pernah tepek tu apa dulu tu... Mawar Hitam ek?

hahahha....mesti korang fikir
aku ni asyik buka citer MAWAR je kan?;P
ya, dulu MAWAR HITAM
lepas tu tak jadi..aku meroyan jap sebb ada blog tepek citer aku tanpa kebenaran
lepas tu...kuarlah citer NOTA KAKI
ni pulak..MAWAR BERDARAH
tapi jgn bimbang...citer ni tak sama..
saja nak buang masa aku kat sini kekdahnya..:lol:
sebab dah bengang.. (ko tahu apa yg aku bengang...:lol:..)

Nicki_Meow Publish time 20-8-2015 09:59 AM

Ipo replied at 20-8-2015 09:56 AM
hahahha....mesti korang fikir
aku ni asyik buka citer MAWAR je kan?
ya, dulu MAWAR HITAM


Ko bengang pasal mamak ijau ek? :lol:
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: NOVEL: MAWAR


ADVERTISEMENT