Ipo Publish time 18-9-2015 03:56 PM

akudansesuatu replied at 17-9-2015 05:34 PM
oit...oit... bagi abis
certot pun takpe..nak tau kesudahannya

@akudansesuatu


terjumpa ni...
http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=840245&extra=page%3D4


boleh la baca...

Ipo Publish time 18-9-2015 03:57 PM

Mokcun replied at 18-9-2015 11:53 AM
hari ni tak dak sambungan ka?
hangpa sambung lagi tau

nanti ya Mokcun...
kehabisan idea..
jalan2 dulu baca citer orang lain:P

Mokcun Publish time 19-9-2015 04:55 PM

mana sambungannya dik ipo oi?idea tak mai lagi ka?:P

Ipo Publish time 20-9-2015 11:26 AM

"Kalau tak keberatan, apakah hamba boleh tahu bagaimana pakcik dan bonda mengenali Cempaka Sari?" Sekali lagi Mawar bertanya. Matanya masih melekat pada Mak Andak dan Pak Andak.

Pak Andak diam. Dia betulkan duduknya, terasa lenguh dan kebas kakinya bila bersila lama-lama. Ketayap di atas kepala dibuka dan diletakkan di atas tikar mengkuang. Satu lagi rokok daun dicapai dan seperti tadi, tembakau dimasukkan dan rokok dinyalakan. Satu hembusan perlahan dilepaskan, asap rokok sudah terbang dibawa angin kipas ke luar jendela.

Ikram hanya memerhati tingkah Pak Andak. Dia sudah faham sikap orang tua itu jika sesuatu perkara yang mengganggu fikirannya. Lama dia mengambil masa untuk bersuara semula. Matanya melirik pada Mawar. Nyata gadis itu seperti teruja ingin tahu siapakan Cempaka Sari. Jika benar Mawar ada iras Cempaka Sari, mungkinkah Mawar dan Cempaka Sari ada pertalian saudara?

Arisha dan Ezzie masing-masing diam membisu. Untuk mencelah perbualan itu, mereka juga tidak tahu menahu tentang Mawar, apalagi Cempaka Sari. Badrul yang duduk di sebelah Ikram juga seperti tidak sabar mendengar kisah dari Pak Andak.

Mak Andak hanya tunduk dari tadi. Jemari Mawar digenggam dari tadi. Diusap-usap penuh sayang. Ingin saja dia mengambil gadis itu sebagai anak angkatnya juga. Hilang juga rindunya pada Cempaka Sari nanti.

"Pakcik kenal dengan orang tua Cempaka Sari. Mereka orang kaya di kampung seberang. Kekayaan mereka dari keturunan datuk Cempaka Sari. Pakcik dipanggil untuk mengubat penyakit ayah Cempaka Sari. Sudah merata dia pergi berubat tetapi tidak sembuh. Hospital, klinik...tak terkira. Yalah..duit banyak. Malah, dia pernah pergi sampai ke luar negara untukberubat. Masih tidak sembuh. Doktor tidak dapat mengesan apa yang penyakitnya. Sampailah dia panggil pakcik untuk mengubatnya. Akhirnya, dengan izin Allah, ayah Cempaka Sari sembuh dari penyakit pelik tu. Sejak itu, mereka satu keluarga selalu datang ke rumah pakcik di sini dan Cempaka Sari pula sudah selesa bersama Mak Andak. Kami anggap dia macam anak kandung sendiri. Tambah lagi kami tak ada anak perempuan..." Pak Andak berhenti berkata. Asap rokok disedut sekali lagi sebelum ditenyeh di dalam tempurung kelapa.

"Apakah yang sudah berlaku pada Cempaka Sari? Rasanya sebentar tadi, pakcik ada beritahu hamba tentang Cempaka Sari. Maksud hamba, Cempaka Sari itu sudah meninggal.." Mawar semakin ingin tahu.

Pak Andak pandang wajah Mawar. Ya, benar kata isterinya, wajah itu ada iras Cempaka Sari. Mungkihkan Mawar adalah Cempaka Sari? Ah, tidak mungkin. Cempaka Sari sudah meninggal. Begitu juga dengan orang tua Cempaka Sari.

"Ya...Cempaka Sari sudah meninggal..orang tua Cempaka Sari juga sudah meninggal.." Mak Andak dengan linangan air mata mula bersuara setelah melihat Pak Andak hanya tunduk selepas mendengar lontaran soalan dari Mawar. Dia tahu suaminya juga sayangkan Cempaka Sari dan orang tua gadis itu. Budi mereka tidak terbalas.

"Sebab apa meninggal?" Ikram juga tidak sabar.

Pak Andak dan Mak Andak saling berpandangan. Satu keluhan dilepaskan oleh Pak Andak. Dia ambil ketayap dari atas tikar mengkuang dan dipakai. Lantas dia bangun dari duduknya dan masuk ke dalam bilik.

"Makcik..apa, saya salah tanya ke?" Ikram merasa tidak sedap hati. Pak Andak kelihatannya seperti merajuk atau tersinggung mungkin dengan pertanyaannya tadi atau apakah soalan itusudah mengguris hati orang tua itu?

"Sebenarnya kami tak nak ungkit lagi perkara tu. Pak Andak kamu terkilan kerana tidak sempat tolong..." Kata-kata Mak Andak terhenti.

"Tolong? Pertolongan bagaimana maksud bonda?" Suara Mawar bernada agak tinggi kali ini. Matanya luas memandang Mak Andak yang sudah tunduk.

Ikram dan yang lain memandang Mawar tanpa sebarang kata. Riak Mawar seperti teruja ingin tahu.

"Esah...sudahlah." Pak Andak muncul di muka pintu bilik dan mengatur langkah ke ruang tamu semula membawa sekeping gambar. Gambar itu dihulurkan kepada Mawar.

Mawar menatap sekeping gambar yang memaparkan sepasang suami isteri dan seorang gadis cantik duduk di tengah-tengah. Wajah gadis itu diamati sebentar. Ya, ada iras wajahnya. Sebak mula terasa. Terasa matanya sudah panas dan bergenang. Dia harus menahan dari menitis ke pipi. Dia perlu kuat. Gambar itu kemudian dihulur pula kepada Ikram.

Arisha dan Ezzie terjenguk-jenguk melihat foto di tangan Ikram. Mereka berdua juga turut tercengang melihat rupa paras Cempaka Sari seiras Mawar walau tidak seiras seperti kembar.

"Jadi..ini Cempaka Sari?" Ikram tunjuk gadis di dalam gambar itu kepada Pak Andak.

Pak Andak mengangguk.

"Maaf kiranya hamba bertanya lagi. Apakah Cempaka Sari tidak ada saudara kandung yang lain?" Mawar melontar lagi pertanyaan.

"Setahu makcik..dia pernah ada seorang adik dulu tetapi sudah meninggal masakecil. Kenapa?"Mak Andak pula membalas.

"Oh...hamba hanya bertanya saja." Mawar melemparkan senyuman kelat. Kini dia sudah separuh pasti. Pencariannya selama ini akan terjawab tidak lama lagi. Ya, dia perlu bertahan. Bertahan sehingga semuanya selesai.

"Oh ya, dah alang-alang datang ni. Makan tengahari di sini ya. " Pelawa Pak Andak, dia cuba mengubah topik. Dia tidak mahu perkara itu dibicarakan berpanjangan. Isterinya mudah tersentuh. Yang berlalu biarlah berlalu.


Ipo Publish time 20-9-2015 11:51 AM

Mokcun replied at 19-9-2015 03:55 PM
mana sambungannya dik ipo oi?idea tak mai lagi ka?

dah sambung sikit mokcun..
ala...citer mengarut je mokcun;P
buang masa kekdahnya...:P

Ipo Publish time 20-9-2015 12:19 PM


DERUS masih mengintai di sebalik pokok manggis di sebelah kanan rumah Pak Andak. Dari tadi dia perasan ada seorang gadis mirip Cempaka Sari berada di rumah orang tua itu. Gadis itu bersama dua lelaki dan dua perempuan lain yang agak sebaya. Pertama kali terserempak tadi, jantungnya sudah berdegup kencang. Digenyeh-genyeh mata yang tidak masuk habuk itu berkali-kali. Apakah dia sudah salah pandang? Apakah itu benar-benar Cempaka Sari? Dari jauh dan di sebalik pokok itu, agak sukar baginya untuk mengecam wajah gadis itu tadi.

"Emm...takkanlah Cempaka Sari? Kan dia dah meninggal?" Derus mengerutkan dahi. Sungguh dia seperti bermimpi melihat gadis itu tadi yang disangkanya Cempaka Sari. Sementelah lagi gadis itu juga berkebaya seperti Cempaka Sari.

"Hei Derus! Kau buat apa kat sini?"Tegur Aziz yang sudah merapati Derus.

"Kau ni! Perlahan sikit suara tu." Derus meletakkan jari telunjuk di bibir Aziz.

"Kau buat apa kat sini? Kau mengendap siapa?" Kali ini Aziz mula berbisik, mata turut melihat ke arah rumah Pak Andak. Dari pintu rumah yang terbuka luas, kelihatan ada tetamu di rumah Pak Andak. Tetamu yang tidak pernah dilihat kecuali Ikram.

"Kau nampak tak perempuan yang pakai baju kebaya tu?" Derus tuding ke arah Mawar yang bersimpuh di sebelah Mak Andak.

Terjenguk-jenguk Aziz melihat perempuan yang dimaksudkan oleh Derus tadi. "Nampak..kenapa?"

"Kau tengok betul-betul..rupa dia macam Cempaka Sari."

Aziz sekali lagi cuba mengamati wajah gadis yang dimaksudkan oleh Derus tadi. Terkebil-kebil matanya cuba fokus pada wajah itu. "Mana nampak? Kenapa kau kata macam Cempaka Sari?"

"Rupa dia sebiji. Weh..kau rasa dia tu menyamar tak? Atau..dia tu hantu ke?" Tanya Derus, mata sudah luas.

"Ish kau ni! Siang hari buta dengan matahari terpacak terik atas kepala ni, mana ada hantu!!" Kepala Derus diluku. Aziz mengalih kembali melihat ruang tamu rumah Pak Andak.

"Aku tak menipu la. Kau tengok betul-betul.Eh..blah. Ikram macam pandang kat sini." Derus terus tarik tangan Aziz meninggalkan kawasan halaman rumah Pak Andak.


IKRAM perasan ada seseorang sedang mengendap rumah Pak Andak di sebalik pokok manggis. Dalam cuaca panas terik matanya silau melihat ke arah luar. Namun dari sosok tubuh lelaki itu, dia dapat mengagak yang itu mungkin Derus. Dia kena sangat dengan Derus yang suka bertandang di rumah Pak Andak. Kini baru dia tahu kenapa Derus berbuat demikian. Mungkin Derus dulu ada hati pada Cempaka Sari.

Hampir tiga petang, Ikram mula minta diri untuk pulang. Pak Andak sempat bekalkan dengan setandan pisang berangan dan juga beberapa jenis sayur yang diambil dari kebunya di belakang rumah. Arisha dan Ezzie juga turut dibekalkan dengan kuih yang sempat dimasak oleh Mak Andak.

"Mawar...ini kuih bingka ubi kayu..kuih yang Cempaka Sari suka makan. Kalau ada masa, datanglah lagi ya." Tubuh Mawar dipeluk erat. Sebak mula terasa.

"InsyaAllah bonda.." Mawar mengukir senyum.

"Oh ya..kalau kamu semua nak belajar silat, minggu depan malam Jumaat, datanglah. Dulu Cempaka Sari pandai bersilat. Pak Andak yang ajar. " Mak Andak mencium pipi Mawar. Kemudian dia beralih pula pada Arisha dan Ezzie. Sebenarnya dia sangat berjumpa lagi dengan Mawar. Ingin saja dia meluahkan hasratnya untuk mengambil Mawar sebagai anak angkat.

"Silat? Wah! Best tu pakcik!!" Badrul teruja.

"Yalah pakcik. Kenapa dulu saya tak tahu?" Ikrammencelah, muka berkerut.

"Dah kamu jarang datang. Datang pun, bukan nak bermalam di rumah pakcik ni. " Pak Andak sengih.

"Betul tu. Nanti kirim salam pada mak ayah ya. Lama dia orang tu tak datang sini. " Tambah Mak Andak pula.

"Kalau nak belajar betul-betul..kamu semua kena tinggal seminggu la kat sini. Bermalam kat sini. Masa cuti nanti, datanglah. Kan kamu masih belajar." Balas Pak Andak sambil tersenyum. Lega bila melihat anak muda seperti Badrul dan Ikram ingin belajar ilmu silat yang sudah lama ditinggalkan oleh anak muda zaman sekarang yang lebih gemar kepada sukan moden.

"InsyaAllah pakcik. Bila kami dah habis periksa nanti, kami datang sini. " Ikram cuba mengambil hati Pak Andak. Silapnya juga dulu yang jarang menjenguk Pak Andak. Bila ada kenduri dan majlis saja, mukanya akan nampak di kampung itu.

Mereka berlima mula menuju ke kereta masing-masing dan mula bertolak ke Kuala Lumpur semula. Mereka perlu segera berangkat bimbang sampai ke malam nanti.


Ipo Publish time 20-9-2015 12:46 PM

BAB 8


IKRAM membelek nota yang dicatatnya tadi. Bermula esok, dia akan menghadapi peperiksaan semester akhir di tahun akhir pengajiannya. Selepas itu, dia akan bercuti panjang. Niatnya ingin ke rumah Pak Andak di Bahau. Sejak pulang dari rumah Pak Andak tempohari, banyak perkara berlegar di benaknya. Pertanyaan Mawar pada Pak Andak seperti ada sesuatu yang dicari gadis itu. Sepanjang perjalanan pulang dari rumah Pak Andak dulu sebulan yang lalu, Mawar seperti memendam sesuatu. Bunga mawar putih milik Mawar juga masih belum ditemui. Sehingga hari ini, dia masih tidak ada masa untuk bertanya hal itu pada Mila. Mila seperti ingin mengelak dari bertembung dengannya. Tak mengapa, habis saja peperiksaan nanti, dia akan jumpa juga Mila nanti. Gadis itu mungkin masih menyimpan bunga mawar putih milik Mawar.

Memikirkan bunga mawar putih itu, teringat pada Mawar sendiri. Gadis itu acapkali juga bertanyakan bunga itu. Kasihan juga bila melihat wajah sugul Mawar. Bukan dia tidak mahu menolong tetapi sekarang ini dia sibuk dengan persiapan peperiksaan akhir. Hal lain terpaksa dilupakan buat sementara waktu. Lega bila Arisha beritahu yang Mawar sudahpun bekerja di sebuah restoran sebagai tukang masak. Teringin juga merasa masakan Mawar. Arisha dan Ezzie pula hari-hari dapat merasa masakan Mawar dan hari-hari juga bercerita tentang keenakan masakan Mawar. Ceh! Sengaja nak bagi aku terliur!

Ikram sengih sendiri. Dapat dirasakan hatinya sudah terpaut pada wajah itu. Inikah rasanya sebuah cinta yang lahir dari hati? Sengih lagi kali ini Ikram.

"Ikram, kau dah hafal semua mak nenek virus dan bakteria?" Ipo menepuk bahu Ikram yang kelihatan seperti mengelamun. Dia sengih. Buku dan nota bukan main lagi di depan mata tapi fikiran melayang entah ke mana.

"Hah? Err...hafal apa?" Ikram yang tersengih tadi tidak sedar bila teman sebiliknya masuk.

"Tu la...muka hadap buku tapi sengih sampai ke telinga. Kau fikir apa?" Ipo letak beg sandangnya dan merebahkan tubuh di atas katil. Gitar dari tepi katil dicapai dan dipetik sekadar yang ada mengikut rentak lagu kesukaannya.

"Tak ada apalah.." Ikram sudah termalu sendiri. Dia cepat-cepat capai nota di sudut meja kiri dan mula menelaah. Subjek virology memang sukar baginya. Tambah lagi Prof Yadav yang selalu membuat soalan maut pada pelajarnya. Gila nak menjawab!

"Alah, macam aku tak tahu. Kau dah angau dengan Mila tu kan?" Teka Ipo, jemarinya masih memetik tali gitar.

"Mila?? Macam mana kau boleh buat kesimpulan tak masuk akal ni?" Ikram sudah ketawa sakan.

"Aku kenal Mila dan aku kenal kau. Mila ada tunjuk satu puisi cinta yang kau karang untuk dia. Tak sangka juga aku, kau niada jiwa cintan karat." Ipo senyum sinis. Kali ini dia mula menyanyi dengan petikan gitarnya.

"Puisi? Eh, kau cakap apa ni?" Ikram yang sedang membelek nota mula memandang Ipo yang mula menghayati lagu yang dinyanyikannya. Faham sangat sikap Ipo yang suka meredakan keadaan 'stress' dengan petikan gitar dan lagu entah apa-apa rentaknya. Kadang-kadang rock blues, kadang-kadang sentimental.

"Conan yang beritahu aku. Conan pula tahu dari Ina, kawan baik Mila."

Ikram segera bingkas dari duduknya dan menghampiri Ipo yang masih melalak mennyanyi. Gitar disambar dari tangan Ipo. "Aku tak pernah bagi apa-apa kat Mila. Apalagi puisi cintan karat yang kau cakap tu. Aku langsung tak ada hati kat dia. Kau faham tak?"

"Whoa..bro.. relaks. Yang kau naik angin ni kenapa? Aku beritahu hal yang sebenar. Kalau kau tak percaya, kau tanya sendiri Ina tu. Tak pun, tanya Mila!" Gitar disambar semula dari tangan Ikram. "Kau ni buat mood aku ke laut tau tak!"

Ikram mengetap bibir. Dia hanya melihat Ipo keluar dari bilik bersama gitar tadi. Ah! Lantaklah! Sekarang ini dia perlu berjumpa Mila. Entah apa fitnah lagi yang Mila cipta sekarang ini!

Ipo Publish time 20-9-2015 04:50 PM

Edited by Ipo at 20-9-2015 03:52 PM

MILA tersenyum sendiri. Puisi yang tercatat di atas sekeping kertas bersaiz separuh A4 itu dibaca untuk sekian kali. Sungguh dia tidak sangka, Ikram pandai juga menulis puisi. Nukilan yang cukup puitis. Apa yang lebih membuatnya merasa tidak percaya, puisi itu cukup romantik. Kadang-kadang terfikir di mindanya, adakah ianya benar-benar dari Ikram?

"Pelik juga..selama ni Ikram tak pandang pun aku. Macam mana dia boleh karang puisi ni kat aku?" Riak Mila ketika ini sudah lain. Benar-benar pelik dengan semua itu. Setahunya Ikram langsung tidak mengendahkannnya. Ya, kadang-kadang dia merasa malu kerana terlalu berterus terang tentang perasaan tetapi semakin lama dipendam semakin bernanah. Dia harus luahkan semuanya, muntahkan semuanya. Biarpun dia sudah tahu apa jawapan Ikram. Memang cintanya ditolak mentah-mentah.

"Mila..kau buat apa tu?" Ina mendekati kawan karibnya yang asyik menatap sekeping kertas. "Laa...puisi Ikram ke?"

Mila tidak menjawab. Kali ini dia merasakan yang puisi itu mungkin bukan dari Ikram. Tulisan bertaip itu, sesiapa saja boleh karang. Lainlah kalau ianya ditulis tangan. Dia kenal sangat dengan tulisan Ikram.


Ipo Publish time 20-9-2015 06:45 PM

Edited by Ipo at 20-9-2015 05:46 PM

"Aku rasa....puisi ni bukan dari Ikram la Mila. Mungkin ada orang yang gatal tangan nak kenakan kau atau dia tu cuba nak naikkan darah Ikram tu. Setahu aku, Ikram tak pernah pun hantar apa-apa kat kau. Bunga apa lagi...tunggu musang berjanggut dulu la jawabnya." Ina mengekek ketawa.

"Entahlah Ina. Aku pun rasa macam tu. Selama ni dia tak pandang pun aku. Apa lagi nak balas cinta aku. Jauh panggang dari api. Aku je yang tolak rasa malu aku sebagai seorang perempuan. Aku berterus terang tentang perasaan aku pada dia tapi dia? Aku sanggup tebalkan muka aku. Jadi perigi yang cari timba tapi semuanya sia-sia." Luah Mila dengan perasaan bercampur baur.

"Mila..kau jangan cepat putus asa. Kau solat dan minta pada Allah. Mana tahu satu hari nanti, Allah bukakan pintu hati Ikram tu. Kita hanya merancang, Allah yang tentukan semuanya. Janji kita jangan putus asa dan janji kau jangan buat yang pelik dan tak masuk akal. Maksud aku...jatuhkan maruah seorang perempuan." Ina pula bersungguh menasihati Mila yang sudah mula putus asa.

"Entahlah Ina. Senang berkata-kata tapi hati yang menanggung ni sukar untuk lupakan semua tu. Memang aku tak jemu berdoa dan aku tak lupa pada batasan dan adab semua tu. Entahlah..mungkin aku belum sempurna di mata dia." Kertas puisi itu ditatap lagi. Kali ini perasaannya tidak seperti dulu. Tidak teruja.

"Sabarlah. Mungkin ada hikmahnya nanti. Aku dapat rasa yang Ikram tu tak adalah benci sangat dengan kau. Masa kita ada study group dulu, masa buat discussion, aku tengok dia ok je dengan kau. Kau tanya dia, dia jawab je. Bukan tak layan kau langsung. Cuma..mungkin dalam hal hati dan perasaan ni, dia slow sikit." Ina sengih.

"Entahlah. Bunga tu, ikut hati aku, aku nak buang je. Tiap kali aku tengok bunga tu, hati aku macam disiat-siat tahu tak. Aku jadi nak marah dan aku rasa nak jerit saja!" Mila mula teringat pada bunga mawar putih yang disimpannya sampai kini.

"Emm..sebut pasal bunga tu, kau masih simpan lagi ke?" Ina mula berubah rona wajahnya bila soal bunga diungkit. Mila sudah ceritaka semuanya padanya dulu. Kalaulah dia yang menjadi Mila, sudah lama bunga itu dicampak jauh-jauh!

"Ya..bunga tu nanti sebagai alasan untuk aku dekat dengan Ikram. Aku nak kepastian dari mulut dia sendiri. Siapa perempuan istimewa yang dia maksudkan dulu tu? Bunga tu..sebenarnya dia nak beri kat perempuan tu la." Balas Mila, bibir diketap kuat.

"Pelik aku,..cuba kau fikir, dia nak buat apa dengan bunga yang dah kering tu? Takkan nak bagi bunga macam tu? Daripada kau simpan bunga tu, baik kau buang saja. Aku rasa Ikram pun dah beli bunga lain." Cebik Ina pula, dia pula yang merasa pelik dengan kata-kata Mila.

"Kau tak tahu..bunga tu bukan bunga biasa. Aku tahu, Ikram akan cari juga nanti." Balas Mila pula.

"Bukan bunga biasa?? Maksud kau??" Ina sudah luas matanya. Kata-kata Mila lagi pelik padanya.

"Syy...kau ni, cakap tu pelan sikit. Kita kat library ni." Mila beri isyarat.

"Assalamualaikum.."

Mila dan Ina serentak mendongak ke arah pemilik suara yang memberi salam tadi. Muka Mila sudah agak pucat ketika ini. Dia pandang Ina di sebelahnya. Mereka saling berpandangan.

"Boleh saya pinjam kawan awak ni sekejap?" Ikram melirik matanya ke arah Ina.

"Bo..boleh.." Ina senyum sengih. Terasa perbualannya dengan Mila tadi seperti dicuri dengar oleh Ikram.

"Kita berbual kat luar sajalah.." Usul Ikram pada Mila.

Mila segera mengemas buku rujukan dan capai beg sandangnya. Bersama Ikram, dia beriringan keluar dari perpustakaan itu. Ada sebuah bangku di bawah sebatang pokok tanjung di depan kompleks perdana siswa tidak jauh dari perpustakaan.

"Err..ada apa awak nak jumpa saya? Macam mana awak tahu yang saya ada di library?" Mila mula bertanya. Posisinya agak jauh dari Ikram di atas bangku batu panjang itu.

"Sebelum tu..lately, awak macam nak mengelak dari bertembung dengan saya. Kenapa?" Sengaja Ikram melontar soalan seperti itu. Dia tahu, Mila mengambil bunga milik Mawar. Sejak dulu lagi dia ingin bertanyakan hal itu tetapi dia masih tiada masa untuk itu. Terserempak di mana-mana pun, Mila cpeat-cepat mengelak dari bertemu dengannya.

"Err..tak ada apa-apa. Untuk apa saya bertemu dan menyapa awak, kalau awak sendiri tidak sukakan saya? Nampak sangat yang saya ni nanti terhegeh-hegeh." Mila mula mendapat kekuatan berkata-kata.

"Oh really? Bukan ke selama ini pun awak terhegeh-hegeh dengan saya? " Ikram senyum sinis.

Mila sudah berpeluh. Kata-kataIkram cukup membuat hatinya kembali bernanah. Cukup menusuk bagai belati tajam. Begitu sinis ungkapan Ikram. "Ikram..maafkan saya. Saya yang tak pandai jaga maruah diri. Saya yang jatuhkan maruah saya sendiri tapi saya puas hati. Sekurang-kurangnya saya dah luahkan apa yang saya pendam selama ini."

Ikram pandang Mila yang sudah tunduk. Hari ini Mila cukup sopan dan manis dengan baju kurung berona merah jambu dengan tudung lilit stail sekarang ini yang kebanyakan perempuan pakai. Diamati wajah yang menunduk itu. Cantik dan ayu. Tiada kurangnya gadis itu berbanding Mawar atau gadis lain. Entah kenapa hatinya belum terbuka untuk terima cinta Mila.

"Maafkan saya kalau kata-kata saya tadi agak kasar dan sinis. Saya tahu perasaan awak kerana saya juga sudah mula merasainya." Jawab Ikram, wajah Mawar mula terbayang di ruang mata.

Mila cepat saja mendongak memandang Ikram. Apakah Ikram sudah mula mencintainya? Tidak berkelip dia melihat wajah lelaki yang bertakhta di hatinya itu.

"Saya datang jumpa awak ni atas sebab dua perkara. Pertama, pasal puisi tu. FYI, bukan saya yang tulis dan saya tak tahu menahu pasal tu. So, awak sudah maklum tentang perasaan saya. Kedua, pasal bunga tu. Saya tahu, awak yang simpan bunga asal tu kan?" Wajah Mila ditatap lama. Ada riak resah di wajah mulus itu.

Mila tunduk semula. Kini dia sudah pasti yang Ikram langsung tidak sukakannya. Malah ditanya pula hal bunga pelik itu. " Maaf Ikram, bukan saya yang ambil. Hari tu, saya pulangkan tin tu pada awak dan saya tak buka pun tin tu. Sekarang saya dah tahu, bunga tu memang penting kan?"

"Look Mila..saya tak nak bergaduh dengan awak pasal bunga tu. Just give me that flower. Kalau saya boleh gantikan dengan bunga lain, dah lama saya buat tapi bukan bunga tu." Pujuk Ikram.

"Apa yang menarik sangat pasal bunga tu sampai awak merayu saya macam ni?" Kali ini Mila sudah mula merasa ada kekuatan untuk bertanya lanjut mengenai bunga misteri itu. Walaupun dia sudah tahu tentang keadaan bunga itu, sengaja dia bertanya pada Ikram.

"Kalau awak masih simpan bunga tu, bermakna soalan awak tu tak perlu saya jawab. Am I right?" Ikram pulangkan semula soalan yang sama.

Mila terdiam.

"Please Mila...saya merayu. Pulangkan bunga tu." Rayu Ikram bersungguh. Dia juga sebenarnya masih tertanya-tanya misteri bunga mawar putih itu.

"Maaf Ikram.Saya tak dapat tolong awak. Kalau awak tidak ceritakan apa yang sebenarnya berlaku, saya tak dapat tolong awak dalam hal ni." Mila bangun dan kemaskan beg sandangnya.

"Mila..please. Bunga tu penting. Saya pasti, awak sendiri sudah tahu macam mana keadaan bunga tu kan?" Ikram yang duduk tadi turut tercegat bangun. Baginya, dia perlu dapatkan bunga itu walau dengan apa cara sekali pun.

"Kenapa awak rasa saya yang simpan bunga tu? Kenapa awak asyik menaruh syak yang bukan-bukan pada saya? Kenapa? Buruk sangat ke saya ni? Teruk sangat ke saya ni?" Mila mengetap bibir. Bergetar bibirnya saat pertanyaan itu dilontarkan.

"Bukan macam tu..saya tak tuduh awak apa-apa. Cuma orang yang terakhir yang pegang tin tu adalah awak. So, saya rasa...bunga tu.." Ikram juga sudah serba salah. Mila sudah hampir menangis di depannya.

"Saya yang ambil dan simpan? Begitu?" Celah Mila dengan nada jengkel.

Ikram mengangguk. " Ya..."

Mila tidak hiraukan Ikram. Dia terus saja melangkah pergi meninggalkan Ikram seorang diri di situ. Sudah jelas sekarang ini, bunga itu adalah sangat penting bagi Ikram dan sudah tentu ianya untuk yang istimewa. Air mata yang bergenang tadi, tumpah juga ke pipi. Semakin laju langkahnya diatur menuju ke kereta. Kali ini dia sudah dapat jawapannya. Ternyata bunga itu bukan bunga biasa. Telahannya benar. Dia perlu tahu apa yang ada pada bunga itu sebenarnya.


Ipo Publish time 20-9-2015 06:56 PM

"Mila! Mila!!"

Mila tidak hiraukan laungan Ikram. Baginya sudah tidak penting lagi untuk dia terus mengharapkan lelaki itu. Letih dan penat. Langkahnya semakin laju ke kawasan tempat letak kereta.

"Mila! Tunggu aku!!"

Langkah Mila terhenti. Ina sedang berlari anak ke arahnya. Dia buka pintu kereta dan letak beg sandang di tempat duduk belakang. Pintu kereta depan pula dibuka.

"Mila! Tunggu la! Kata nak pergi makan sama-sama!" Ina yang termengah-mengah semakin laju larinya. Terus saja dia buka pintu kereta di sebelah penumpang.

Kereta Mila meluncur laju meninggalkan kawasan kampus menuju ke sebuah restoran di pusat bandar Kuala Lumpur. Hatinya panas!

Ipo Publish time 20-9-2015 07:04 PM

hari ni terlebih hormon rajin:lol:

Ipo Publish time 20-9-2015 08:21 PM

TIBA di restoran, Mila dan Ina mula mencari tempat meja kosong.Restoran yang menyajikan lauk kampung itu memang sudah lama menjadi kegemarannya. Hari ini ramai pula yang datang menikmati juadah di situ. Selalunya, tidaklah seramai itu. Terjenguk-jenguk dia mencari meja kosong. Semuanya penuh!

"Emm...penuhla pulak. Nak tunggu ke?" Ina turut melilau mencari meja kosong.

"Tunggu jelah. Tu, ada yang dah nak siap makan tu." Mila tuding ke arah satu mejadi satu sudut. Restoran yang berhawa dingin itu selalu menjadi tumpuan pelanggan tetapi kali ini jumlahnya semakin bertambah. Agaknya sudah meluas promosi restoran itu.

"Sempat ke kita nak makan ni? Pukul tujuh kan restoran ni tutup?" Ina pandang jarum jam. Sudah 6 petang.

"Sempat..tengok ramai lagi yang tengah makan tu." Mila jenguk lagi sekitar restoran. Memang masih ramai lagi yang sedang menikmati hidangan.

"Ya, cik. Berapa orang?" Seorang pelayan datang menegur.

"Dua orang." Jawab Mila ringkas.

Mila dan Ina mengikut gadis pelayan itu ke meja kosong. Mereka dihulurkan menu. Setelah mengambil pesanan, gadis pelayan itu mula beredar dari situ.Sepuluhminit menunggu, makanan yang dipesan sampai ke meja.

"Wau! Macam sedap je. Ni macam menu baru.." Ina sudah tidak sabar merasa makanan di atas meja. Lauk ikan senangin masak lemak kuning, sambal hitam dan juga daging salai goreng berlada.

Mila senyum. Dia sudah biasa makan lauk begitu di restoran itu. Restoran kegemarannya sejak dulu. Malah kedua ibu bapanya juga turut memuji keenakan makanan yang dihidangkan di sini. Petang itu, Mila dan Ina begitu berselera menjamah hidangan makan malam mereka. Malam nanti tidak perlu berlapar lagi. Esok sudah bermula peperiksaan akhir. Hari ini sajalah peluang yang ada untuk merasa puas-puas makanan itu. Dua minggu menghadap kertas peperiksaan, tiada masa untuk mereka berjimba seperti ini.

"Emm..ya Allah. Sedapnya Mila. Aku rasa nak datang lagi la kat sini. Bawa mak ayah aku nanti time konvokesyen." Ina mengelap mulutnya dengan tisu. Bersandar kekenyangan.

"Memanglah sedap..sebab free kan?" Mila sengih. Dia habiskan jus tomato dalam gelas yang sudah tinggal suku.

Ina ketawa mengekek. Pelanggan mula beransur pulang. Jam pula menunjukkan hampir ke angka tujuh petang. "Hmm...sayang restoran ni tutup awal. Kalau dia buka sampai malam kan bagus!"

"Restoran ni sejak dulu buka dari pukul tujuh pagi sampai tujuh malam je. Ok la tu.." Ujar Mila, licin lauk yang dipesan tadi habis dimakan.

"Eh..tu bukan Arisha ke?" Ina tuding ke arah seorang perempuan berseluar jeans dan blaus hitam sedang menapak ke arah restoran.

Mila panjangkan leher melihat kelibat Arisha dari tempat letak kereta. "Ya la..dia tak tahu ke restoran ni dah nak tutup?"

Ina dan Mila hanya memerhati saja Arisha yang sudah menapak ke dalam restoran. Nampaknya Arisha tidak perasan kehadiran mereka di situ. Arisha dilihat menunggu di satu sudut meja.

"Eh..pelik pula minah tu. Dia tunggu siapa?" Mila perhatikan lagi. Sesekali matanya melilau sekitar restoran. Mana tahu jika ada yang dia kenal berlegar di sekitar situ.

"Mi..Mila..Mila.." Ina mencuit lengan Mila, suaranya sudah terketar-ketar.

"Kau ni kenapa? Muka pucat semacam je aku tengok. Macam tengok hantu!" Mila pandang Ina yang sudah luas matanya memandang ke satu arah. Dia mengalih mata ke arah itu.

"Tu! Tengok tu!" Ina tuding ke arah meja Arisha.

Mila tidak menjawab. Matanya melekat pada satu sosok tubuh di sebelah Arisha. Membuntang melihat wajah gadis itu. Dia menelan liur berkali-kali. Terasa pucat dan lemah seluruh anggota tubuh. Pipinya ditepuk berkali-kali jika dia bermimpi. Patutlah muka Ina juga pucat tadi.

Ipo Publish time 20-9-2015 08:22 PM

ok sampai di sini...
selamat membaca...:)..

Ipo Publish time 20-9-2015 08:36 PM

hari ni siap masak kek marbel...


Mokcun Publish time 20-9-2015 10:30 PM

suka hang pa tulis banyak2..:)
awat hang pa ni selalu berhenti kat scene yg penuh misteri?
sapa yg depa nampak?
mokcun teka...Mawar ka?
kan dia jadi tukang masak kat restoran...:loveliness:

akudansesuatu Publish time 21-9-2015 08:57 AM

hok aloh... hang berjaya buat aku tertanya-tanya ..

cegitu Publish time 21-9-2015 09:58 AM

I love you @Ipo....{:1_512:}{:1_512:}

Ipo Publish time 21-9-2015 10:55 AM

Edited by Ipo at 21-9-2015 09:57 AM

terima kasih la baca citer merapu aku ni semua{:1_149:}

@ladyFinger12



MIRIAM
Apa kata kita ke sinagog dan berdoa di sana?
Mudah-mudahan kita dapat temui daddy…



sinagog tu apa? tempat ke?


maaf..tanya kat benang sendiri...:$

dah tak komen benang lain dah kekdahnya:$

jawab kat benang cik lady ya..nanti ipo baca:P

Ipo Publish time 21-9-2015 10:58 AM

Mokcun replied at 20-9-2015 09:30 PM
suka hang pa tulis banyak2..
awat hang pa ni selalu berhenti kat scene yg penuh misteri?
sapa y ...

alahai mokcun....nanti ipo sambung

ladyFinger12 Publish time 21-9-2015 10:58 AM

amboii... nak pancing iols masuk sini ye? :P :lol:

iols jawab je kat sini... rumah ibadat kaum Yahudi

church tau dak? :P
Pages: 1 2 3 4 5 6 7 8 9 [10] 11 12 13 14 15 16 17 18 19
View full version: NOVEL: MAWAR


ADVERTISEMENT