cegitu Publish time 28-8-2015 11:40 AM

@Ipo awak kat mane? Kenape tak update lagi? {:1_545:}

Ipo Publish time 29-8-2015 10:36 AM

Edited by Ipo at 29-8-2015 02:43 PM

IKRAM merengus. Pagi buta sudah terserempak dengan Mila. Badrul pula tidak muncul-muncul. Entah-entah masih membuta lagi atas katil. Bosan berdiri di tepi tiang di medan selera itu, Ikram mencari tempat duduk. Hari ini perutnya tidak minta diisi. Mata menala ke arah jalan batu bata yang menghala ke medan selera. Tiada kelibat Badrul dari celah-celah pelajar lain yang lalu lalang di situ.

"Ikram..."

Ikram yang ralit melihat ke arah jalan tadi mula berpaling. Dia ni lagi? Nak apa pula kali ni? "Ada apa?"

"Maaf..ni awak tertinggal tin ni tadi kat bangku." Mila menghulurkan tin yang mengandungi bunga mawar putih itu kepada Ikram.

Ikram cepat-cepat buka beg sandangnya. Dia mencari-cari tin tadi. Tak ada. Bermakna memang dia tertinggal tin itu di bangku tadi. "Err...saya tinggal tin ni kat sana?"

Mila mengangguk. "Ya..tu la, awak tergesa-gesa tadi. Yalah...saya sedar yang saya ni tak sepadan dengan awak.."

Ikram sambut tin itu dan dimasukkan ke dalam beg. "Terima kasih...saya tak boleh hilang bunga ni."

Mendengarkan kata-kata Ikram itu, membuatkan Mila merasa meluat. Penting sangatkah bunga mawar itu padanya? Sehingga begitu beria menjaganya? "Bunga tu awak nak beri pada siapa sebenarnya? Boleh saya tahu? Kalau dah sangat penting macam tu, tentu seseorang yang istimewa kan?"

Ikram tidak menjawab. Dia melambai ke arah Badrul yang sudah mula menapak ke medan selera. Mila yang berdiri di depannya tidak dihiraukan.

"Tak apalah...saya pergi dulu." Mila berkata sayu. Dia tahu, tiada guna untuk dia terus mendesak Ikram yang nampaknya sudah pandai berahsia dengannya. Kalau dulu, lelaki itu tidak seperti ini. Mudah saja berbual mesra. Sejak kebelakangan ini, Ikram seperti dingin dan ingin menjauhkan diri darinya. Masa berbaki tiga bulan inilah yang dia ingin rapat dengan Ikram. Esok bila masing-masing sudah tamat belajar dan bekerja, tiada lagi masa seperti ini.

"Hai Mila..dah makan?" Tegur Badrul sebaik dia sampai di tempat Ikram dan Mila berada.

"Dah..saya pergi dulu." Mila minta diri, mata sempat melirik pada Ikram yang langsung tidak memandang ke arahnya. Tidak mengapa.

"Ikram, kau ni kenapa? Kesian aku tengpk Mila tu. Kau ni langsung tak layan dia." Badrul cuit lengan Ikram yang ralit melihat skrin telefon bimbit.

"Sudahlah..ni, lepas kelas nanti, aku nak ajak kau ke rumah Arisha. Aku nak pulangkan benda kepada Mawar." Ujar Ikram.

"Mawar? Siapa?" Badrul garu kepala. Dahi berkerut.

"Oh lupa..Mawar tu, aku beri nama tu pada budak perempuan yang kat hospital tu la. Dia dah keluar hospital dan dia sekarang ni tinggal di rumah Arisha untuk sementara waktu. Sementara tu, aku akan cari rumah lain untuk dia. Kau kan tahu, dia tu hilang ingatan. Cakap pun guna bahasa dahulukala. Aku risau juga kalau Arisha atau Ezzie tu tanya macam-macam nanti. Dahla aku dah kantoi cakap yang Mawar tu lulusan pemasaran dari Holland." Ikram menggeleng mengingatkan kebiulannya dulu. Entah macam mana boleh terlepas kata seperti itu.

"Weh, kau ni pun satu! Nama je budak U tapi otak senget! Yang kau cakap budak tu lulusan luar negara tu kenapa? Kan dia tu cakap pun macam orang filem zaman P.Ramlee tu. Logiklah sikit bro!" Badrul luku kepala Ikram.

"Ya..aku tahu. Aku silap. Sekarang ni, aku dah ajar Mawar tu bahasa Inggeris sikit-sikit. Tak tahulah kalau Arisha atau Ezzie tu nanti speaking 'London' pulak dengan Mawar." Ikram mengaku kesilapannya.

"Habis tu, kau tak nak cari ke siapa keluarga dia? Err..cuba kau iklankan kat suratkhabar atau suruh je pihak polis hebahkan." usul Badrul pula. Dia juga pelik dengan gadis itu yang telah hilang ingatan dan langsung tiada sesiapa yang datang melawat semasa di hospital dulu. Sekarang ini pun, tiada siapa juga yang bertanya.

"Entahlah..aku rasa Mawar tu dalam kesusahan. Aku dapat rasa yang dia tu dah dibuat sesuatu oleh seseorang sampai dia jadi macam tu. Hilang ingatan satu hal. Cakap pula guna bahasa lama-lama tu. Aku rasa ada something wrong somewhere.." Ikram berkata serius.

"Emm...kau rasa dia lari dari seseorang ke? Ada orang nak bunuh dia ke? Atau dia mangsa keadaan?" Badrul cuba meneka.

"Entah..buat masa ni, aku tak boleh nak cakap apa-apa pasal dia. Sekarang ni, aku nak tumpukan dulu study aku ni. Siapkan tesis dan bulan depan kita dah start exam.Lepas tu, baru aku fikir nak settlekan masalah ni. Kalau dalam masa tiga bulan ni ada orang tanya dia, baguslah. Tapi aku kena selidik dulu siapa orang tu. Manalah tahukan, kalau ada yang menyamar dan nak buat benda tak baik kat Mawar. Aku kena berhati-hati juga. Tak boleh percaya bulat-bulat."

Badrul mengangguk-angguk.

"Jom, dah nak pukul sembilan ni. Lecturer tu garang." Ikram bangun dan capai beg sandangnya.

Badrul dan Ikram bersama menuju ke dewan kuliah. Habis kelas nanti, Ikram akan ke rumah Arisha menghantar tin yang mengandungi bunga mawar putih itu.



HABIS saja kelas, Ikram dan Badrul memandu kereta ke rumah Arisha. Bunga mawar putih itu perlu dipulangkan kepada gadis itu. Lagi pula, tidak sepatutnya dia menyimpan bunga milik gadis misteri itu. Mungkin bunga itu penting bagi Mawar. Riak wajahnya serius bila bertanyakan hal bunga itu sebaik dia sedar dari pengsannya dulu.

"Ikram..aku rasa pelik la. Dari cerita kau tu, bunga tu tak kering atau layu. Selalunya bunga ni cepat je kering ataupun layu. Entah-entah bunga tu bukan bunga biasa tak?" Teka Badrul sambil memandu. Dia membuang pandang sekilas pada Ikram yang duduk di sebelahnya.

"Entah..bunga tu ada tompok darah. Mungkin itu darah perempuan tu sendiri masa aku terlanggar dia dulu. Memang ada darah mengalir keluar ikut mulut, hidung dan telinga. Jadi, ta mustahil darah tu terkena kelopak bunga mawar tu tapi aku pelik..Ipo nampak bunga tu berdarah. Dah tu, dia kata darah tu menitik dari atas meja terus ke lantai. Bau pun hanyir. Aku tak bau apa pun dan aku tak nampak pun apa yang Ipo nampak." Jelas Ikram pula.

Badrul senyap seketika. Dia masih menumpukan pada pemanduan.

"Kau rasa bunga tu...bukan bunga biasa ke?" Tanya Ikram semula, mengulang kembali apa yang ditanya oleh Badrul tadi.

"Maybe...kalau tak, bunga tu mesti dah layu atau kering. Ni tidak. Segar lagi. Elok.." Badrul menjawab, membayangkan semula bunga mawar putih yang diceritakan oleh Ikram tadi sebelum menaiki kereta.

"Kalau macam tu..kau rasa bunga tu dah disihir ke? Atau dijampi ke apa ke?" Soal Ikram lagi. Memang dia tidak tahu dan cetek ilmu sebegitu. Selama ini dia hanya menjadi pendengar setia kisah-kisah misteri dan hantu tetapi kali ini dia sendiri mengalami perkara aneh seperti itu.

Kereta Badrul membelok ke kiri ke deretan lot kedai. Dia singgah sebentar untuk membeli sejambak bunga. Ikram hanya senyum. Dia tahu, Badrul menaruh hati pada Ezzie sejak dulu lagi. Nampaknya Badrul tidak bertepuk sebelah tangan. Tidak seperti Ipo, Arisha langsung tidak melayan.
Ikram keluar dari kereta dan menunggu di tepi kereta. Dia tidak biasa menunggu dalam kereta walaupun enjin dihidupkan dan penghawa dingin dipasang. Sebatang rokok dikeluarkan dan dinyalakan. Berkepul asap dihembus. Rokok itu dihisap lagi sampai separuh sebelum ditenyeh ke atas jalan tar.

"Bad ni beli bunga ke tanam bunga?" Bebel Ikram, jarum jam sudah lima belas minit berlalu dari angka empat petang.

Bosan menunggu di tepi kereta, Ikram menapak ke tempat teduh sedikit, di bawah sebatang pokok bunga tanjung yang rendang dahannya. Dapatlah dia berteduh di situ dari cahaya matahari yang masih galak memancar ke bumi walaupun hari sudah petang. Sambil menyandar di batang pokok itu, dia melihat-lihat skrin telefon. Melayari internet tentang kisah orang bunian dan dia cuba mencari persamaan dengan gadis misteri itu.

"Haih...tak logik la pulak. Mawar tu..macam manusia macam aku jugak. Cuma cara dia cakap je lain.." Tergaru-garu kepala Ikram membaca kisah misteri dalam laman sesawang yang dilayarinya itu. Buntu memikirkan bagaimana untuknya menyelesaikan hal Mawar.

Minggu depan dia akan pulang ke rumah orang tuanya di Bandar Baru Bangi. Cuti hujung minggu itu mungkin dia akan mengajak Mawar dan Badrul sekali ke tempat itu semula. Tempat di mana Mawar lari dari ladang kelapa sawit itu dulu. Mungkin dengan cara itu, gadis itu boleh mengingati semula apa yang berlaku. Kalau susah sangat, dia akan bertanya pada Pak Andak. Orang tua itu tahu selok belok misteri dan mistik. Mungkin dia boleh membantu.

"Kamu Ikram kan?"

Ikram yang ralit menatap skrin telefon mula mendongak. Seorang pakcik tua berbaju Melayu warna hitam dan di atas kepalanya seperti semutar atau serban. Di pinggang lelaki itu diikat pula dengan kain pelikat seperti kain sampin. Ada sebilah keris kecil diselit pada kain sampin itu. Berkerut muka Ikram memandang orang tua itu yang berpenampilan agak pelik padanya.

"Pakcik bercakap dengan saya?" Ikram pandang lelaki tua itu sambil tangannya diletakkkan di dada sendiri.

"Ya kamu. Nama kamu Ikram bukan?"

Ikram menelan liur. Diamati wajah lelaki tua itu sekali lagi. Manalah dia kenal di mana-mana atau mungkin itu Pak Andak. Mata dikelipkan berkali-kali. Bukan Pak Andak dan dia langsung tidak mengenali lelaki itu. Itulah pertama kali dia melihatnya. Perlahan Ikram mengangguk, menjawab pertanyaan orang tua itu.

"Jaga dia elok-elok. Jangan biarkan dia terlepas ke tangan orang jahat."

"Err..dia? Siapa pakcik?" Ikram bingung.

"Ikram, jom!" Badrul berlari ke arah Ikram yang menunggunya di tepi pokok.

Ikram menoleh pada Badrul. Dia kemudian kembali melihat orang tua yang berbual dengannya tadi. Lelaki tua itu sudah tiada. Melilau Ikram mencari kelibat lelaki tua itu tadi. Pelik, sekelip mata lelaki tua itu hilang! Takmasuk akal! Tidak sampai sesaat dia menoleh pada Badrul tadi. Takkanlah orang tua itu sudah ghaib?

Badrul tiba dengan sejambak bunga di tangan. Bibir tersenyum mekar, sama mekarnya dengan bunga itu. "Weh, kau kenapa ni? Macam orang bingung je?"

Ikram diam. Mata masih melingas. Dia mencari kelibat orang tua itu sekali lagi. Kalau orang tua itu berjalan kaki, mesti dia masih berada di sekitar itu lagi.Jauh mana sangatlah orang tua itu boleh berjalan dalam masa tidak sampai lima minit. Paling jauh pun, dekat deretan kedai di depan atau di tepi jalan raya dari kawasan tempat letak kereta.

"Kau cari siapa?" Badrul turut melihat sekitar. Reaksi Ikram seperti mencari seseorang.

"Tak..tak ada siapa. Dah beli?" Ikram mula mengubah topik. Diasengih melihat Badrul. Wajah Badrul berseri. Orang yang dilanda cinta begini agaknya rupa mereka.

Mereka berdua menaiki kereta semula menuju ke rumah Arisha. Namun sepanjang perjalanan itu Ikram tidak henti berfikir tentang lelaki tua yang tiba-tiba muncul dan tiba-tiba juga hilang dari pandangan.




Ipo Publish time 29-8-2015 11:09 AM

Edited by Ipo at 29-8-2015 02:12 PM

nampaknya citer ni bakal berkubur...
perasaan malas ku sudah datang...
misteri datang lagi...:lol:




akudansesuatu Publish time 30-8-2015 08:51 AM

oit...aku duk follow ni...
bagi habis na...

Esmiria Publish time 30-8-2015 11:05 AM

Ipo replied at 29-8-2015 11:09 AM
nampaknya citer ni bakal berkubur...
perasaan malas ku sudah datang...
misteri datang lagi... ...

mengada ipo! :P

cmf_conan Publish time 30-8-2015 04:51 PM

https://englishblogmmg.edublogs.org/files/2014/07/cat-not-speaking-1ftb83i.jpg

kakZue Publish time 31-8-2015 04:37 PM

Ipo..sambung lg tau..jgn main2 la yunk..:$:$

zameyla Publish time 1-9-2015 10:47 AM

Ipo replied at 29-8-2015 11:09 AM
nampaknya citer ni bakal berkubur...
perasaan malas ku sudah datang...
misteri datang lagi... ...

jgn nak mengada boleh?? :curse:
Orang tengah syok2 follow nie...........













:lol:

Ipo Publish time 1-9-2015 10:50 AM

nape benang ni naik???..uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..:'(
ipo nak kasi tenggelam di lautan dalam nun..........pasifik ka, hindi ka, atlantik ka..

cmf_conan Publish time 1-9-2015 11:23 AM

Ipo replied at 1-9-2015 10:50 AM
nape benang ni naik???..uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..
ipo nak kasi tenggelam di lautan dalam nun...... ...

ikut hati aku nak stick aje kat atas nun, bior die tak turun2 ;P

Ipo Publish time 2-9-2015 08:48 AM

BAB 5


MAWAR letak tin yang dihulur oleh Ikram tadi. Mulanya dia tidak begitu faham apa yang dimaksudkan oleh lelaki itu ketika menghulurkan tin biskut itu. Bila ditanya apa yang dihulur itu, Ikram seperti teragak-agak menjawab. Sempat matanya melirik pada Arisha dan Ezzie yang ketika itu berada di sebelah.

"Emm...ada apa dalam ni?" Tin itu dibelek-belek. Mencari tempat untuk membuka. Siang tadi, bukan main Ikram kena perli dengan Arisha dan Ezzie. Datang jauh-jauh, bawa biskut kering.

"Biskut kering..makanan atau apa ya?" Mawar menggaru kepala. Tin itu dipusing-pusing lagi, dia cuba membukanya tetapi sia-sia. Bekas besi itu ternyata begitu asing baginya. Entah apa yang ada di dalamnya. "Di mana hendak dibuka? Apa sebenarnya di dalam ini?"

"Mawar..boleh saya masuk?"

Mawar yang terkebil-kebil mengadap tin itu mula menoleh. Arisha sudah menapak masuk ke dalam biliknya lalu melabuhkan punggung di sebelah.

"Emm..pelik saya. Ikram tu tak ada benda lain ke nak kasi? Biskut kering macam ni dia hadiahkan pada awak?" Arisha mula sengih. Ketawanya cuba ditahan.

"Entahlah...hamba pun tidak mengerti.." Lancar sahaja Mawar menjawab.

Arisha terdiam. Mawar dipandang lama. Baru sebentar tadi dia mendengar perkataan hamba dari mulut sejemput gadis itu. Rasanya dia tidak salah dengar. Telinganya belum pekak lagi.

"So, what is in there?" Sengaja Arisha bertutur dalam bahasa Inggeris. Mata Mawar ditatap tepat.

Mawar menelan liur. Dia terasa sudah berpeluh. Entah apa yang ditanya oleh gadis berambut paras bahu itu. Ikram hanya sempat mengajarnya perkataan yes, no, I, you, what is your name, fine. Mana satu yang dia patut guna untuk menjawab pertanyaan Arisha tadi?

"Err...bagaimana harus dibuka tin ini ya?" Mawar cuba mengubah topik. Dia tahu, kalau dia menjawab soalan Arisha tadi, mungkin jawapannya menyimpang dari soalan. Tidak pasal-pasal dia menjadi bahan ketawa nanti.

Arisha senyum. Dia capai satu kunci dari atas meja solek dan dicungkil penutup tin itu. "Dah buka.."

Mawar turut senyum. Dia lihat apa yang ada di dalamnya. Ingin juga tahu apa yang dimaksudkan oleh Arisha tetang biskut kering. Dia menyeluk ke dalam tin dan perasaannya berdebar sebaik jemarinya menyentuh sesuatu di dalamnya. Terasa lembut dan berduri. Perlahan ditarik keluar.

"Bunga??" Arisha pandang apa yang berada di tangan Mawar.

Mawar pula terdiam kelu. Bunga mawar putih itu diamati. Sudah layu dan kelopak pula sudah bertukar warna..hampir lunyai. Terus saja bunga itu dibelek-belek. Dari setiap kelopak sehinggalah kepada batang, duri dan daun. Semuanya sudah hampir layu.

"Kenapa Mawar?" Arisha pula merasa pelik dengan riak wajah gadis itu yang ternyata sudah pucat. kalau ditoreh, agaknya langsung tidak berdarah. Ada reaksi tidak senang dan mungkin panik.

"Bunga..bunga mawar ini.." Mawar mula sebak bercampur geram.

"Ya, kenapa dengan bunga tu? Ikram pun satu hal..ada ke nak kasibunga, simpan dalam tin biskut? dah buang tabiat ke apa mamat tu?" Bunga di tangan Mawar diambil dan diperhatikan seketika. Ya, bunga itu sudah layu. Mana tidak layu, sudah terperap dalam tin biskut! Meledak ketawa Arisha ketika ini.

"Kenapa tuan hamba ketawa?" Mawar pandang Arisha yang sudah tergelak di sebelah.

"Ikram..kalau ya pun dia suka kat awak, kenapa dia tak kasi bunga ni macam Badrul tu kasi pada Ezzie? Apa kes dia masukkan bunga ni dalam tin biskut?Padanlah kena hambur dengan saya tadi..ingatkan dia hadiahkan biskut kering kat awak.." Arisha tidak dapat menahan ketawanya dari terus meledak.

Mawar terpinga-pinga. Baginya itu tidak kelakar. Apa yang berperang dalam hatinya sekarang ini adalah tentang bunga mawar putih itu. Bunga yang ada dalam tin itu bukan bunga mawar putih yang ada padanya dulu. Bukan! Bunga itu perlu dicari segera! Kalau tidak...

"Arisha...bagaimana hamba mahu menghubungi Ikram ya?" Mawar sudah tidak keruan.

"Wait...who are you actually? " Berkerut kening Arisha mendengar perkataan yang keluar dari mulut Mawar. Kadang-kadang gadis itu bercakap sepertinya dan kadang-kadang seperti zaman dahulukala.

Sekali lagi Mawar diam. Sungguh dia tidak tahu apa yang hendak dijawab. Bahasa yang digunakan oleh Arisha tidak difahaminya. Mungkin itu bahasa Inggeris yang diajar oleh Ikram.

"Eh...korang buat apa kat sini?" Ezzie menyapa di muka pintu bilik Mawar.

"Wah...ke main lagi muka kau? Berseri-seri macam raja sehari?"Perli Arisha. Sejak mendapat hadiah sejambak bunga dari Badrul, tidak lekang senyuman di bibir gadis itu. Agaknya tidur karang pun tersenyum sengih la tu.

"Mestilah!" Ezzie menapak menghampiri Arisha dan Mawar. Namun matanya tertancap pada Mawar yang sudah kelihatan pucat dan resah.

"Mawar..kau kenapa ni? Macam gelisah je? Apa dalam tin tu? Dari tadi lagi aku curious...katak ke?" Gurau Ezzie. Manalah tahu Ikram ingin bergurau manja dengan Mawar.

"Ish! Kau ni! Bukan katak tapi bunga! Ni lihat ni! Dah lunyai bunga ni!" Sekuntum bunga di tangannya ditunjukkan pada Ezzie.

Ezzie menyambut bunga mawar putih itu dari tangan Arisha. Bunga itu dibelek-belek. Sudah layu dan menunggu masa untuk kering." Kenapa Ikram bagi bunga macam ni? Ish..nak bergurau pun, agak-agak la. KalauBadrul buat macam ni kat aku, aku hempuk dengan lesung!"

Arisha kemudian bisik sesuatu ke telinga Ezzie.

Mawar yang masih resah gelisah itu mula merasa tidak sedap hati dengan gelagat dua gadis itu. Baru dia perasan yang dia sudah terlepas cakap. Ikram sudah berpesan padanya agar tidak menggunakan perkataan hamba dan tuan hamba.

"Mawar...kau ni..dari mana sebenarnya? Mana keluarga kau? Betul ke kau lulusan dari Holland?" Bertubi soalan dari Ezzie.

"Err...hamba tidak tahu..seingat hamba, hamba dikejardan hamba hanya ingat hamba berlarimenyelamatkan diri..." Mawar terpaksa berterus terang.

Arisha dan Ezzie saling berpandangan. Sudah jelas sekarang yang gadis itu bertutur dalam bahasa melayu lama dan dari cerita tadi, gadis itu seperti dalam kesusahan.

"Kenapa mereka kejar awak? Awak ni...siapa sebenarnya? Nama awak memang Mawar ke?" Kali ini Arisha pula bertubi melontar soalan.

Mawar tunduk. Dia juga bingung. Apa yang dia ingat, dia dikejar dua lelaki bersenjata. Bunyi tembakan jelas masih terngiang-ngiang di telinga ketika dia berada di dalam ladang itu. Tembakan itu hampir mengenai bahunya. Dalam keadaan hujan lebat dan gelap itu, dia meredah saja ke mana kakinya melangkah. Tiba-tiba ternampak satu cahaya dan ada sesautu yang melanggarnya.

"Apa yang hamba ingat, hamba dikejar dan dilanggar. Lain dari itu hamba tidak ingat. Nama Mawar itu adalah Ikram yang berikan pada hamba.Maaf...hamba tidak tahu hamba berada di mana sebenarnya. Tolong beritahu hamba, dunia apakah sekarang ini?" Mawar semakin berani bersuara. Dia juga perlu tahu siapa dirinya yang sebenar dan di mana dia berada. Semuanya terasa asing baginya.

Sekali lagi Arisha dan Ezzie saling berpandangan. Sah..Mawar sudah hilang ingatan! Tak mungkin gadis itu datang dari dunia zaman kesultanan Melaka! Ini bukan dunia fantasi, ini dunia realiti!!

lailies Publish time 2-9-2015 09:53 AM

alamak.....bunga sudah bertukar tangan.....

reeny Publish time 2-9-2015 02:55 PM

Ipo replied at 20-8-2015 11:55 AM
weh..aku memang suka nama Adam ni..
tapi kali ni tak dak nama Adam....
mula tu nak letak ta ...

wahh!!!... ipo ada novel baru....{:thumbo

reeny Publish time 2-9-2015 03:38 PM

Edited by reeny at 2-9-2015 03:41 PM

3 minit.." Ikram lihat jarum jam.

"Saya dah fikir masak-masak. Saya nak berterus terang yang saya..."

"Times up!" Ikram melangkah laju ke tempat letak kereta meninggalkan Mila yang terkebil-kebil di situ.


kesian mila...huhuhu

cengkihgirl Publish time 3-9-2015 09:38 AM

mana sambungan ni hakak??

cegitu Publish time 3-9-2015 12:08 PM

Awat sikit sangat Ipo?:huffy

lailies Publish time 3-9-2015 12:29 PM

Ipo..sambung laa lagik......jgn nak tenggelam kanbenang hang yeeee....

Ezzie Publish time 4-9-2015 05:15 PM

Jangan la tak sambung....cite makin best ni....

kambeng_masam Publish time 5-9-2015 08:21 AM

Edited by kambeng_masam at 5-9-2015 03:22 AM

Ipo replied at 2-9-2015 03:48 AM
BAB 5



aik? dah mula malas menaip? :lol:

beng speku yea.

Mawar dikejar dek lanun pada tahun 1440masihi, lalu terjatuh ke dalam gaung ajaib. Lalu tetiba muncul kat tgh2 jalan pada zaman kini. :lol:
Bunga mawar hikmat itu dirembat oleh mawar dari simpanan lanun sebab dia nak gunakan bunga tu untuk sembuhkan penyakit adiknya yg semakin tenat. Tapi alih2 dia tercampak ke dimensi dunia sekarang. Dapatkah Mawar menyembuhkan penyakit adiknya? Bagaimanakah dia akan pulang kembali ke dunia zaman asalnya? Kemanakah menghilangnya bunga mawar hikmat itu? Adakah pertemuan Ikram Ghulam dan Mawarku Berduri hanyalah suatu kebetulan atau ianya adalah sejarah lama yang berulang sejak sekian zaman? Nantikan jawapannya dari penulis IPO! :laugh3: okay tak plot tu?

Esmiria Publish time 5-9-2015 08:26 AM

Korang
ni desak sgt ipo.satu bab nk tulih jenuh taw. ipo.when u ready, u update
Pages: 1 2 3 4 5 [6] 7 8 9 10 11 12 13 14 15
View full version: NOVEL: MAWAR


ADVERTISEMENT