Ipo Publish time 14-9-2015 03:36 PM

cmf_conan replied at 13-9-2015 11:32 AM
Lagi lagi lagi lagi
ko ni...aku ketandusan idea..misteri lagi;P
aku rasa nak tukar je tajuk..mudah sikit aku nak karang...

Ipo Publish time 14-9-2015 03:38 PM

Edited by Ipo at 14-9-2015 07:12 PM

kakZue replied at 13-9-2015 03:37 PM
Kesian ipo..arisha x mau kt dia..best la ipo..smbung lg tau.
kesian kat ipo kan..Arisha tolak cintanya
ipo yg ni pun pernah alami macm tu dulu...
cinta bertepuk sebelah tangan kekdahnya...:$..:P
nevermind...i'vefound someone like him...:$

hLQl3WQQoQ0

Ipo Publish time 14-9-2015 04:52 PM

BAB 7


HAMPIR sejam lebih memandu, akhirnya mereka sampai juga di rumah Pak Andak yang terletak di sebuah perkampungan Felda. Ikram keluar dari perut kereta dan mula melangkah ke anjung rumah Pak Andak. Sunyi sepi. Tadi semasa perjalanan ke situ, di sepanjang jalan masuk, banyak rumah bertutup. Keadaan sekeliling juga lengang. Seolah tiada penduduk di kampung itu.

"Assalamualaikum!" Ikram mengintai dari arah pintu depan. Pintu itu juga berkunci. Dia cuba intai pula ke belakang rumah, mana tahu Mak Andak ada di situ. Selalunya Mak Andak suka memberi makan ayam dan itiknya di reban belakang rumah.

"Dia orang tak ada kat rumah kut. Tadi..masa kita lalu jalan batu ke sini..aku tengok banyak rumah bertutup. Betul ke ni kampung Pak Andak kau?" Badrul turut menjenguk, mencari kelibat Pak Andak.

"Ish kau ni! Betullah! Kan banyak rumah felda tu! Habis kau ingat ni kampung orang bunian?" Ikram meluku kepala Badrul.

Badrul sudah sengih kerang. Kepalanya digosok-gosok. Sakit juga terkena luku tadi. Dia jeling pada gadis-gadis manis yang masih berdiri di tepi kereta. Semuanya hanya tersenyum melihat gelagatnya dan Ikram.

"Ikram...mana Pak Andak kau? Ni dah nak tengahari ni dah ni. Karang, kalau lambat, kita terpaksa bermalam kat sini." Badrul mula melihat jarum jam tangannya. 11.30 pagi.

"Tunggu la kejap. Nanti aku tengok kat belakang rumah.." Ikram segera mengatur langkah ke belakang rumah. Tiada sesiapa di situ. Senyap saja. Yang kedengaran hanyalah bunyi ayam dan itik di dalam reban. Di belakang reban pula, hanya ladang kelapa sawit. Agak suram ketika ini walaupun hari cerah dan terang matahari memancar terik.

"Ada?"

Ikram berpaling. Badrul sudah berada di belakangnya. Dia menggeleng.

"Emm..payah jugak macam ni. Kau ada call Pak Andak tak nak datang sini?" Badrul sudah separuh membebel.

"Tak...selalunya dia ada je kat rumah." Ikram sudah menggaru-garu kepalanya. Rambut yang disikat rapi tadi sudah agak kusut. Diirai-irai dengan jari agar kemas semula.

"Habis tu macam mana ni? Nak tunggu ke..atau balik saja?" Badrul bercekak pinggang. Sepet matanya menahan pancaran matahari yang semakin terik. Ikram yang sedang berpeluk tubuh di depannya, masih diam.

"Kita tunggu la kejap..aku kena settlekan kes Mawar ni. Kesian aku tengok dia.." Kata Ikram, sempat dia melirik pada Mawar yang sedang menapak bersama Arisha dan Ezzie ke arahnya.

"Jumpa tak?" Arisha terus bertanya sebaik sahaja dekat dengan Ikram.

"Tak ada...kita tunggu jelah dulu. Dia orang tak ke mana ni. Aku rasa dia orang ni ada kenduri ni. Kat depan sana, ada dewan serbaguna. Mungkin penduduk kat sini pergi ke majlis kenduri tu. Kita tunggu lah dulu. Tu, ada pangkin bawah pokok langsat tu..kita berehat dulu kat situ." Ajak Ikram, dia mula mengatur langkah.

Arisha bersama yang lain turut membuntuti Ikram dan Badrul yang sudah duduk di pangkin yang dibuat daripada batang buluh itu. Agak besar pangkinnya. Boleh memuatkan mereka berlima. Angin sepoi dan suasana teduh dipayungi daun kelapa cukup memberikan keselesaan berada di pangkin itu.

Ikram sesekali melirik melihat Mawar yang asyik melihat ke arah ladang kelapa sawit di sebelah kiri pangkin. Redup mata gadis itu cukup membuat dirinya terpana seketika. Ketika di R & R Seremban tadi pun, dia sudah tidak keruan. Pertama kali dia melihat seorang gadis berkebaya begitu. Sudah jarang pada zaman sekarang ini gadis yang ingin berkebaya. Hanya bila ada waktu tertentu sahaja seperti hari raya, majlis tertentu, baharulah ternampak mereka yang berkebaya. Kalau tidak, perempuan zaman sekarang ini lebih selesa berseluar slack atau jeans dan blaus saja. Mudah bergerak katanya.

"Ehem!" Badrul berdehem kuat. Sengih melihat Ikram yang mencuri pandang pada Mawar. Masih tak cukup semasa di R & R tadi, di sini pun boleh disambungnya.

"Err...tu pun Pak Andak!" Ikram tuding ke arah jalan masuk ke rumah itu. Lega...kemunculan Pak Andak menyelamatkan keadaan. Kalau tidak, mahunya dia makan buah sindir dari Badrul. "Assalamualaikum Pak Andak!!"

Badrul sengih. Ikram sudah laju berjalan ke arah Pak Andak yang kelihatan segak. Mungkin benar kata Ikram, ada majlis kenduri barangkali di dewan serbaguna. Jelas di tangan Pak Andak ada satu bungkusan plastik merah. Mungkin lauk yang diberikan dari majlis itu. Dia turut mengekori Ikram dan bersalam dengan Pak Andak.

"Ni kawan saya, Badrul.." Ikram perkenalkan Badrul pula.

"Kenapa nak datang tak beritahu dulu? Dah lama tunggu? Tu siapa?"

Tu dia...berdas soalan dari Pak Andak. Mana satu hendak dijawab pun Ikram tidak tahu. "Kami tak rancang sebenarnya nak datang..kebetulan kami ni cuti, saya ajaklah dia orang ni ke sini."

"Oh...eh, jemputlah masuk rumah. Panas ni!" Pak Andak segera mengatur langkah ke muka pintu dan membuka pintu. Pintu dikuak luas dan mempelawa tetamunya masuk.

Ikram dan yang lain mula melabuhkan punggung di atas tikar mengkuang di ruang tamu yang agak luas. Ruang tamu yang hanya dihiasi dengan sebuah peti televisyen, almari kecil dan set kerusi rotan.

"Duduk dulu ya..nanti pakcik buatkan air..Mak Andak kamu masih kat dewan tu, dia kena tolong hidangkan lauk pauk kat sana. Berehatlah dulu.." Pak Andak mula ke dapur bersama sebungkus lauk yang diambil dari tempat kenduri itu tadi.

Sepuluh minit berlalu, Pak Andak kembali ke ruang tamu bersama minuman kopi o sejuk yang sudah siap dibancuh. "Jemputlah minum...ini je yang pakcik tahu bancuh.."

Badrul yang dari tadi kehausan, segera dicapai gelas kopi ais. Habis separuh ditegok. Lega. Ezzieyang berada di sebelah Mawar tersenyum melihat gelagat Badrul yang tidak segan silu. Nampak sangat kerakusannya.

"Emm...mesti ada hajat ni, datang jauh-jauh macam ni.." Pak Andak pandang Ikram yang baru sahaja selesai meneguk kopi ais.

"Nampaknya begitulah pakcik. Kami sebenarnya ada hal penting nak tanya..itupun kalau pakcik tak keberatan nak jawab." Ikram mulakan bicara. Berada di dalam rumah papan itu terasa lebih panas dari di luar. Angin dari kipas yang berpusing, tidak dapat menghilangkan rasa bahang. Hanya kopi ais itu yang menyejukkan sedikit. Terasa peluh menitik di pipi.

"Kamu belum tanya..macam mana pakcik nak beri jawapan?" Pak Andak sengih kerang. Dia capai rokok daun lalu dibuka dan dimasukkan tembakau sebelum digulung semula.

Ikram turut sengih. Adoih..kena sebijik. Memang setiap kali dia berbual dengan Pak Andak, ada saja lawak yang nak mengenakannya. Dia sudah masak dengan kata-kata Pak Andak yang cukup menyindir bila berbicara. Orang kata sindirin tajam dari seorang yang terlebih dahulu makan garam.

"Macam ni..ada tak kat kawasan ni..maksud saya..sekitar kawasan felda ni..orang yang hilang?" Teragak-agak Ikram bertanya.

"Hilang? Siapa yang hilang?" Pak Andak yang dari tadi hanya tunduk sambil menggulung kemas rokok daun mula mendongak.

"Err..." Ikram pandang Badrul dan kemudian Arisha, Ezzie dan akhir sekali Mawar. Dia melihat gadis itu hanya tunduk dari tadi. Langsung tidak diangkat mukanya. Dia kembali memandang Pak Andak yang kini sudah mula menyedut asap rokok.


"Manalah tahu..kut ada yang hilang...dan tak jumpa-jumpa lagi.." Ikram sudah resah. Dia tidak tahu hendak mula dari mana dan bagaimana hendak bertanyakan tentang hal Mawar. Badrul dijeling sekilas.


"Begini pakcik..Ikram ni dah terlanggar orang. Orang tu pulak dah hilang ingatan. Ni..Mawar nilah yang dimaksudkan oleh Ikram tadi tu." Badrul pula menyambung kata. Geram pula melihat Ikram yang sudah seperti pengantin perempuan lagaknya.


"Langgar?" Pak Andak berhenti menghisap rokok. Dia pandang Ikram yang sudah kelihatan resah sebelum dia mengalih ke arah gadis yang dimaksudkan oleh Badrul tadi. Berkerut keningnya melihat rupa paras gadis itu. Lama wajah mulus itu ditatap. Seperti seseorang yang dia pernah kenal. Apakah gadis ini orang yang sama?

Mokcun Publish time 14-9-2015 05:14 PM

Mokcun rasa la..
Pak Andak tu kenai dengan Mawar tu...
duk peghati kat mawar tu...
mawar pulak..duk tunduk ja..

cmf_conan Publish time 14-9-2015 06:02 PM

Mokcun replied at 14-9-2015 05:14 PM
Mokcun rasa la..
Pak Andak tu kenai dengan Mawar tu...
duk peghati kat mawar tu...


anak bini bunian pak andak kot kan mokcun.. tetiba.. :lol:

pak andak tu chad 30 thn kemudian ;P
mak andak tu si seha.. ke leha?
ikram tu anaknye si kudin.. boleh @Ipo ? ;P




tashusyah Publish time 15-9-2015 03:13 PM

cmf_conan replied at 14-9-2015 06:02 PM
anak bini bunian pak andak kot kan mokcun.. tetiba..

pak andak tu chad 30 thn kemudian...

hehehe..mawar tuh anak adam&hawa..:lol:

Ipo Publish time 15-9-2015 08:20 PM

Mokcun replied at 14-9-2015 04:14 PM
Mokcun rasa la..
Pak Andak tu kenai dengan Mawar tu...
duk peghati kat mawar tu...


oh mokcun...terima kasih baca citer ni
misteri belum terungkai lagi..;P

Ipo Publish time 15-9-2015 08:21 PM

cmf_conan replied at 14-9-2015 05:02 PM
anak bini bunian pak andak kot kan mokcun.. tetiba..

pak andak tu chad 30 thn kemudian...

ok gak idea ko tu...
tapi aku rasa tak nak dah buat citer fantasi ni..
tpi boleh je kaitkan chad, kudin dan leha dalam citer ni:lol:

Ipo Publish time 15-9-2015 08:22 PM

tashusyah replied at 15-9-2015 02:13 PM
hehehe..mawar tuh anak adam&hawa..

anak depa namanya Zulkarnain...lelaki:lol:..tak caya...check balik citer Dan Sebenarnya..:P



Ipo Publish time 15-9-2015 08:22 PM

Esmiria replied at 8-9-2015 10:39 AM
KEEP IT UP
DONT GIVE UP
YOU CAN DO IT


citer ni tak ada penamat Es...:P

Ipo Publish time 15-9-2015 08:23 PM

prettyuglybabe replied at 8-9-2015 11:06 AM
bila nak sambung???

nak sambung la ni...
kunyah popcorn dulu..;P

Ipo Publish time 15-9-2015 08:23 PM

zameyla replied at 8-9-2015 12:23 PM
mn tuan umah nie??? melilau kt umah orang ja...

tuan rumah ada...tak ke mana..
dah lenguh jalan2..;P

Ipo Publish time 15-9-2015 08:24 PM

Ezzie replied at 8-9-2015 02:58 PM
tuan rumah....ooo tuan tanah....merayap je dia ni....

tuan rumah dah puas merayap ni..
dah balik rumah pun:P

Ipo Publish time 15-9-2015 08:52 PM

MAWAR terasa lelaki berketayap itu sedang merenungnya. Serba tidakkena rasanya. Apakah kerana dia memakai baju kebaya, lain dari perempuan lain? Arisha dan Ezzie hanya memakai seluar jeans dan blaus saja. Ish...sudah kenapa orang tua ini merenung aku??

"Err..pakcik..pakcik.." Ikram pula menegur Pak Andak yang dari tadi tidak lepas matanya dari memandang Mawar. Ah..aku pulak yang cemburu. Ikram berdehem berkali-kali. "Pakcik..kenal ke Mawar ni?"


"Hah? Kamu tanya apa tadi?" Pak Andak berpaling malas ke arah Ikram.


Ikram menelan liur. Pak Andak sudah nampak kebingungan. Hai la...takkan dah tua bangka pun masih nak menggatal. Tu dia..otak jahatnya sudah berprasangka pada Pak Andak. "Saya tanya...pakcik kenal ke Mawar ni?"


Pak Andak kembali mengalih mata ke arah Mawar pula. Gadis itu ditatap sekali lagi. Dari raut wajah gadis itu, tidak ubah seperti wajah seseorang yang pernah dikenalinya. Diamati lagi seraut wajah lembut milik Mawar.


Ikram dan Badrul saling berpandangan. Arisha dan Ezzie pula hanya melihat tingkah Pak Andak yang dirasakan sudah terlebih. Naik meluat pula. Arisha cuit lengan Ezzie sambil memuncungkan mulut ke arah Pak Andak.


"Kamu Mawar?" Akhirnya melantun soalan dari mulut Pak Andak setelah diamati wajah itu dari tadi.


"Err..ya..ya..hamba Mawar.." Mawar menjawab tanpa mengangkat muka. Hujung rambutnya yang dilepaskan di depan bahu kiri dipintal-pintal. Rasa berdebar. Tidak biasa sebenarnya bila ditenung sebegitu. Kalau tadi, dia perasan Ikram berbuat begitu.


Pak Andak yang dari tadi agak membongkok sedikit tubuhnya segera menegakkan badannya. Rokok daun di tangannya hampir terjatuh ke atas tikar mengkuang. Cepat-cepat dia tenyeh di dalam tempurung kelapa. Matanya dikalih pada Ikram semula.


"Mana kamu jumpa dia ni?" Tanya Pak Andak pada Ikram. Anak mata tepat pada wajah Ikram. Agak menggelebah anak muda itu di depannya. Silanya dibetulkan.


"Kan tadi Badrul dah beritahu pakcik..saya terlanggar dia masa saya balik dari rumah pakcik malam tu. Entah dari mana dia muncul, tiba-tiba melintas. Hujan lebat, gelap..mana saya nak nampak." Ikram terus sahaja bercerita. Tenungan tajam anak mata Pak Andak cukup membuatnya merasa kecut. Dia faham benar dengan tingkah Pak Andak kalau orang tua itu tidak puas hati dengan sesuatu perkara.


"Betul??"


Ikram mengangguk-angguk.


Pak Andak pandang pula Mawar. Gadis itu masih tunduk dari tadi. Wajah gelisah dan resah jelas terpamer. "Tuan hamba dari mana? Asal?"

Mawar mendongak. Kali ini dia beranikan diri menatap wajah orang tua itu. Ada riak serius. Bertaut kening hitamnya. "Hamba tidak ingat...seingat hamba..hamba lari dari seseorang yang mengejar hamba. Lagaknya penjahat itu mahu mengapa-apakan hamba."

"Tuan hamba lari dari siapa? Apa tuan hamba kenal?" Tegas nada Pak Andak kali ini.

Mawar menggeleng. Dia tunduk semula. Dalam hatinya mula berteka teki. Siapakah gerangan orang tua ini? Kenapa nada bahasanya seolah sama rentak dengan pertuturannya tadi?

"Pakcik..Mawar tak ingat apa-apa selain dari tu. Saya pelik...kenapa dia cakap macam orang zaman sultan Melaka? Zaman dulu-dulu? " Ikram sudah bingung. Memang sejak dia bertemu dengan Mawar lagi, dia bingung dan tidak ada klu untuk itu.

"Emm...susah...susah..." Pak Andak menggeleng. Satu lagi rokok daun dicapai dari poket baju melayu dan dimasukkan tembakau sebelum digulung semula.

"Apa yang susah pakcik?" Badrul pula mencelah. Dia pandang Pak Andak dan kemudian pada Ikram yang juga turut kelihatan bingung.

Ipo Publish time 15-9-2015 09:58 PM

"Ha'a..apa yang susahnya?" Ikram sudah tidak sabar mendengar jawapan dari mulut Pak Andak sendiri. Sekilas dia mengalih pandang pada Mawar yang masih tunduk di sebelah Ezzie. "Betul ke dia dari zaman dahulukala?"
"Ish! Kamu ni!" Terus saja dahi Ikram diluku Pak Andak.

Ikram pula tak sempat mengelak. Digosok-gosok dahinya. "Habis tu? Tadi pun pakcik cakap hamba, tuan hamba dengan Mawar.."

"Layan kamu ni, pakcik yang jadi biul nanti. Macam nilah...pakcik tak boleh beritahu apa-apa sekarang ni. Benda ni bukan mudah. Apa yang pakcik boleh cakap, kamu kena jaga dia baik-baik sementara pakcik siasat." Pak Andak mula menghisap rokok yang sudah dinyalakan. Disedut asap dalam-dalam dan dihembus, berkepul asap rokok dibawa angin kipas.

Arisha dan Ezzie saling berpandangan. Agak jengkil dengan gelagat orang tua itu yang pada mereka seperti misteri. Mawar di sebelah Ezzie kembali mendongak. Dia tahu lelaki tua itu seperti tahu sesuatu tentangnya.

"Pakcik..apakah pakcik kenal hamba?" Tanya Mawar, ingin kepastian dari orang tua itu.

Pak Andak tidak menjawab, benaknya cuba mengingati seraut wajah milik Mawar itu yang pernah dilihatnya dulu. Wajah itu cuba diputarkan kembali. Ya...iras seseorang. Malah wajah Mawar sama dengan wajah gadis yang dikenalinya dulu. Apakah keduanya orang yang sama? Ah..tak mungkin. Gadis itu sudah lama meninggal dunia. Kedua orang tua gadis itu juga turut terkorban sama. Takkan pelanduk dua serupa?

"Pakcik.." Mawar bertanya lagi. Pak Andak seperti panjang mengelamun. Rakus menyedut asap rokok dan dihembus.

Pak Andak sekali lagi menenyeh sisa rokok ke dalam tempurung kelapa. Tiada guna dia bertanyakan hal kedua orang tua Mawar memandangkan gadis itu juga sudah tidak ingat apa-apa kecuali kejadian dikejar penjahat.

"Emm..wajah tuan hamba seakan sama dengan seorang gadis yang pakcik kenal." Pak Andak terpaksa juga menjawab.

Ikram dan yang lain sekali lagi saling berpandangan.

"Maksud pakcik?" Lantas saja Ikram melontar pertanyaan. Sungguh dia sekarang ini penasaran.

"Assalamualaikum! Eh, ada tamu rupanya!"

Semua yang ada di ruang tamu berpaling ke muka pintu rumah yang terbuka luas. Mak Andak sudah tersenyum manis sambil menapak ke arah Pak Andak. Sempat dia bersalam dengan Arisha, Ezzie dan tangannya terhenti saat terpandang wajah Mawar.


Ipo Publish time 15-9-2015 10:08 PM

"Cempaka Sari??"

Mawar terpinga-pinga. Cempaka Sari??? Dia pandang wajah perempuan tua yang bertudung litup itu sejenak. Berkerut dahi dan kening. Sungguh dia tidak kenal. Langsung tiada satu wajah pun yang dikenalinya ketika ini. "Maaf..siapakah gerangannya Cempaka Sari,bonda?"

Sekali lagi mereka yang lain saling berpandangan. Kalau tadi masing-masing bingung dengan kata-kata Pak Andak, kali ini mereka lebih bingung dengan dua perkataan yang terpacul dari mulut Mak Andak. Malah Mawar turut memanggil Mak Andak dengan gelaran bonda.

"Maaf...awak ni, dia bukan Cempaka Sari." Pak Andak tarik tangan isterinya dan disuruh duduk di sebelah.

"Tapi..." Bingung Mak Andak melihat wajah gadis itu yang seiras wajah Cempaka Sari.

Ipo Publish time 15-9-2015 10:09 PM

hehehe..itu saja ceritanya....:P...

Mokcun Publish time 15-9-2015 10:32 PM

eh...dah habis ka?:o...
Siapa Cempaka Sari?




Ipo Publish time 16-9-2015 04:50 PM

Edited by Ipo at 16-9-2015 04:06 PM

Mokcun replied at 15-9-2015 09:32 PM
eh...dah habis ka?...
Siapa Cempaka Sari?
belum lagi Mokcun...
ipo kebizian sikit..
start October onwards...
sampai la April tahun depan..
sept ni la nak update citer ni pun..
tu pun kalau sempat..


terima kasih ya Mokcun sudi baca citer pelik misteri ni...nah bunga ros hitam:):lol:



Ipo Publish time 16-9-2015 04:55 PM

Mawar berkerut melihat tingkah Mak Andak. Tangan yang dihulur untuk bersalam tadi hanya sempat disambut sekejap saja. Pandangan mata Mak Andak tadi seperti ada sesuatu yang pelik padanya.

"Boleh hambatahu siapakah Cempaka Sari?"

"Ya..betul tu, siapa Cempaka Sari makcik?" Ikram yang dari tadi terpinga-pinga turut bertanya.

"Dia anak angkat kami.." Balas Pak Andak. Mak Andak masih tidak berkelip melihat Mawar. Benar, pertama kali melihat Mawar tadi pun dia seperti terpana. Wajah Mawar tidak ubah seperti Cempaka Sari.
Pages: 1 2 3 4 5 6 7 [8] 9 10 11 12 13 14 15 16 17
View full version: NOVEL: MAWAR


ADVERTISEMENT