Ipo Publish time 1-2-2015 07:05 PM

Nicki_Meow replied at 1-2-2015 06:38 PM
Tak nampak?Okay aje ni ha....

Cari problem ke?


pc aku tak leh view..;P

Ipo Publish time 1-2-2015 07:06 PM

Nicki_Meow replied at 1-2-2015 06:38 PM
Tak nampak?Okay aje ni ha....

Cari problem ke?


problem kut..aku reply ko punya komen jenuh nak kuar..your post too fast..katanya...:lol:

Ipo Publish time 1-2-2015 07:07 PM

tengok?..dah dable triple plak dah...:dizzy:

cmf_conan Publish time 1-2-2015 07:34 PM

Nicki_Meow replied at 1-2-2015 06:38 PM
Tak nampak?Okay aje ni ha....

Cari problem ke?


Alu ngan ipo xnampak gambar ko.. ko xnampak gambor aku tapi ipo nampak.. kecelaruan pakah ini? :dizzy: :lol:

cmf_conan Publish time 1-2-2015 07:38 PM

Ipo replied at 1-2-2015 07:06 PM
problem kut..aku reply ko punya komen jenuh nak kuar..your post too fast..katanya...

Boleh kena saman neh... melebihi hadlaju yg dibenerkan.. :lol:

Ipo Publish time 1-2-2015 09:12 PM

cmf_conan replied at 1-2-2015 07:34 PM
Alu ngan ipo xnampak gambar ko.. ko xnampak gambor aku tapi ipo nampak.. kecelaruan pakah ini? :di ...

Alu???..apakah itu???:o:lol:

cmf_conan Publish time 1-2-2015 09:19 PM

Ipo replied at 1-2-2015 09:12 PM
Alu???..apakah itu???

Amboiii.. laju betui :lol:

Ipo Publish time 1-2-2015 10:10 PM

cmf_conan replied at 1-2-2015 09:19 PM
Amboiii.. laju betui

memang laju la kalau bab macam ni:lol:

cmf_conan Publish time 1-2-2015 10:18 PM

Ipo replied at 1-2-2015 10:10 PM
memang laju la kalau bab macam ni

balas dendam nampakkkkkk :lol:

Ipo Publish time 2-2-2015 12:23 AM

ALIF senyum. Sudah agak lama dia tidak bersua dengan Nayla, gadis yang masih bertakhta dalam hatinya walau pun Nayla memilih Amir. Dia faham jika gadis itu tidak pernah membalas cintanya selama ini kerana munculnya dia dalam hidup gadis itu agak lewat. Nayla terlebih dahulu kenal Amir dari dirinya yang hanya baru dua tahun pulang ke Malaysia.
"Nay apa khabar?" Lembut suara Alif menyapa.

Nayla tunduk. Air mata yang tumpah tadi cepat-cepat disapu. Bimbang Alif perasan perubahan wajahnya yang cuba disembunyikan dari tadi. Dia kemudian mengangkat muka. Alif masih tersenyum di situ. "Baik..Alif?"


"Macam nilah. Nay ke mana? Hilang tak dengar khabar berita. Amir cakap, Nay macam nak mengelak dari jumpa dia. Kenapa?" Alif pandang seraut wajah yang sudah sugul. Sebenarnya dari tadi dia perasan gadis itu menangis di tepi pokok renek itu.


Sekali lagi Nayla tunduk. Benar. Dia sering mengelak dari berjumpa Amir. Apa yang dia tahu, Amir sudah keluar dari hospital selepas pembedahan dua bulan yang lalu. Sejak itu, dia tidak pernah jenguk lelaki itu. Amir juga tidak pernah ingin bertanya khabar tentangnya apa lagi hendak bertemu. Semua itu ada sebabnya. Tiga bulan dulu, dia nampak Amir bersama seorang gadis lain dan kelihatan mesra. Bukan matanya salah melihat. Semua itu terpampang di depan matanya sendiri dan bila Amir terlantar sakit, dia jenguk lelaki itu tanpa diketahui Amir sendiri kerana setiap kali dia ingin mendekati lelaki itu, gadis itu turut sama berada di situ. Dia hanya mampu melihat dari jauh saja.

"Tak ada apa..sibuk sikit sejak akhir-akhir ni." Nayla berdalih. Senyumannya hambar.

"Dah alang kita kat sini, jomlah minum dulu. Sembang.." Alif pelawa Nayla untuk minum bersama.

Nayla masih teragak-agak. Bebola matanya mengalih pada Ipo dan Sellie yang masih berbual di satu sudut di dalam restoran itu. Di satu sudut lain pula, Arisha bersama Nicki, lelaki yang mempunyai nota kaki yang dikehendakinya dulu.

"Kenapa?" Alif menoleh. Langkahnya terhenti bila melihat Nayla masih diam di situ.

"Err...kita minum tempat lain sajalah.."Ujar Nayla yang masih merasa serba salah.

"Baiklah. Nay cakap je kat mana?" Alif kembali ke tempat Nayla yang masih tercegat di situ.

Nayla tuding ke arah satu lagi restoran yang terletak di seberang jalan. Alif mengangguk. Mereka berdua mula menapak ke arah restoran itu. Sesekali Nayla menoleh ke arah restoran tadi. Arisha masih berbual dengan Nicki. Perasaannya ketika ini bercampur baur. Sungguh dia terlalu rindukan adik kembarnya yang terpisah lama. Namun, dia terpaksa pendamkan dulu perasaan itu. Masa belum sesuai. Langkahnya diatur beriringan dengan Alif menuju ke seberang jalan.



TEH AIS diminum perlahan. Alif masih memandang Nayla yang hanya merenung gelas berisi jus tembikai. Langsung tidak diminum. Gadis itu seolah sedang berfikir sesuatu yang sarat.

"Takkan boleh masuk ke mulut jus tu kalau ditenung saja?" Alif mulakan berbicara.

Nayla mengangkat muka. Dia kemudian tunduk dan mula mimum jus tembikai. Rasa malu pada Alif yang perasan perubahan sikapnya tadi. Memang dia mengelamun panjang tadi. Sarat di benak memikirkan hal Arisha, Amir dan kes Kurt. Semuanya bagai bertimpa-timpa datang. Belum selesai dengan kes Kurt, muncul pula Arisha dan kini, Alif pula muncul setelah agak lama tidak bersua muka.

"Nay..awak ada masalah?" Alif sekali lagi bertanya. Dia tahu gadis itu seperti ada masalah besar.

"Tak ada..kenapa?" Nayla mengangkat muka. Dia perlu berlagak biasa, seolah tiada apa yang berlaku.

"Awak macam muram..awak tak suka ke minum dengan saya?" Alif pula yang merasa serba salah. Mungkin Nayla merasa tidak senang dengannya bila berdua begitu.

Nayla diam sejenak. Nafas ditarik dalam dan dihembus perlahan. "Alif..awak cintakan saya?"

Alif terdiam. Pertanyaan Nayla sudah terasa berdesup laju menyucuk jantung. Sungguh! Pertanyaan itulah yang ditunggu selama ini. Dia berdehem kecil. Cuba mencari kata-kata mukadimah yang sesuai. Menggelabah seketika...

"Ke..kenapa tiba-tiba tanya soalan macam ni?" Alif masih cuba berlagak biasa.

"Saya tahu..awak cintakan saya kan? Dari riak mata awak tu..saya tahu. Awak selalu curi pandang pada saya kalau saya keluar dengan Amir." Ujar Nayla bersahaja. Memang dia perasan semua itu. Ketika itu dia hanya cintakan Amir, bukan Alif.

Alif mengalih pandang ke arah lain seketika sebelum kembali menatap wajah bujur sireh milik Nayla. "Saya hanya bertepuk sebelah tangan..jadi, untuk apa saya canang semua tu. Lagipun, awak dengan Amir. Saya tak akan ambil hak Amir. Sejak dulu lagi saya selalu mengalah dengan dia. Dia satu-satunya adik saya yang saya ada. Bahagia dia..bahagia saya juga.."

Nayla tunduk. Kata-kata Alif tadi sudah terasa tiada maknanya lagi. Bahagia Amir bukandengan dirinya.

"Oh ya..ni kad saya. Kalau awak perlukan pertolongan, just give me a call." Sekeping kad dihulur kepada Nayla.

Nayla menyambut kad yang dihulur. Kad itu ditatap seketika sebelum dia menyimpannya di dalam poket seluar jeans. Jus tembikai diminum sampai habis. Dia perasan lelaki itu merenung tajam ke arahnya.

"Saya ada hal sikit. Terima kasih kerana belanja saya minum." Nayla bingkas bangun.

"Dah nak balik ke?" Alif cuba menahan.

"Ya..saya ada kerja nak buat. Nenek marah nanti kalau lambat balik." Balas Nayla tanpa memandang ke arah Alif.

Alif berkejar ke arah Nayla yang laju melangkah ke tempat letak kereta semula.Tiba di kereta, Alif sempat berkirim salam pada nenek Nayla. Dia kenal dengan Sharifah Qasidah al Yahya, seorang wanita yang tegas dan pentingkan keturunan. Pelik juga bila pangkal namaNayla tiada 'Sharifah'. Kereta Nayla sudah mula meninggalkan kawasan itu. Lama Alif memerhati kereta Nayla sehingga hilang dari pandangannya.


"Weh! Kau buat apa kat sini?"


Alif berpaling. Terasa bahunya ditepuk kuat dari belakang. Nicki bersama seorang gadis sudah terpacak di situ. Dia menelan liur. Bukan Nicki yang membuatnya terkejut tetapi gadis di sebelah Nicki itu yang menarik perhatiannya. Nayla??


"Kau tak masuk pejabat. Kau ponteng eh?" Nicki sengih.


Alif diam lagi. Matanya masih melekat pada gadis di sebelah Nicki. Dia genyeh mata berkali-kali. Memang matanya belum rabun lagi.


"Weh! Yang kau tenung makwe aku tu kenapa?" Nicki tepuk lagi bahu Alif. Sempat Nicki kenyit mata pada Arisha yang sudah tertunduk malu.


Alif tersedar. Dia menoleh ke arah Nicki kemudian gadis di sebelah Nicki pula. "Kau...kau tanya apa tadi?"


"Kau kenapa ni? Macam nampak hantu je? Ni, kenapa kau tak masuk ofis?" Tanya Nicki lagi.


Alif cuba mengukir senyum. Dia tahu, tentu Nicki akan beritahu Lady Boss nanti. "Err..perut aku memulas tiba-tiba. Kau makan tengahari kat sini ke?"


Nicki angguk. "Jadi, kau mc la hari ni?"


Alif mengangguk. Namun matanya tidak lekang dari memandang gadis di sebelah Nicki. "Maaf..awak ni..."


"Saya Arisha.." Arisha melemparkan senyuman. Dia sudah lali dengan pandangan seperti itu. Tentu lelaki itu akan bertanya nanti adakah namanya Nayla, jadi lebih baik dia perkenalkan diri dulu.


Alif angguk-angguk tapi dia masih tidak percaya. Gadis itu tidak ubah seperti Nayla. Rambut dan paras rupa sebiji seperti Nayla.

"Ok Lif. Aku pergi dulu. Karang cari pulak si Lady boss tu. Jangan lupa pergi klinik." Nicki mula minta diri.

Alif hanya mengangguk. Nicki sudah menaiki kereta bersama gadis itu. Tidak berkelip dia melihat ke arah gadis yang mirip Nayla. Bingung seketika dibuatnya. Jika gadis itu adalah Nayla, kenapa gadis itu perkenalkan diri sebagai Arisha? Dan baru tadi dia bersama Nayla yang memakai blaus dan seluar jeans sedangkan gadis itu mengenakan baju kurung. Bingung!


Alif menapak ke keretanya. Dia perlu mengekori gadis itu. Tergesa-gesa Alif masuk ke dalam kereta dan kereta dipecut laju mengekori kereta Nicki. Ipo bersama Sellie yang juga sudah habis berbincang sempat melihat Nicki bersama seorang gadis sedang berbual dengan seorang lelaki.


"Eh apa ni?" Kaki Ipo sudah tersepak sesuatu. Dia membongkok mengambil satu nota kecil yang berada dekat dengan kakinya. Nota itu dibelek sepintas lalu.


"Nota siapa?" Sellie pula bertanya melihatkan reaksi Ipo yang sudah berkerut keningnya.


"Hmm..macam nota pendek. Ok, Sellie. Jumpa lagi." Ipo melambai ke arah Sellie yang sudah mula menapak ke kereta.


Ipo pula terus saja memandu menuju ke makmal Hanna. Berita yang terpapar di suratkhabar pagi tadi, seorang lagi mangsa pembunuhan kejam berlaku. Dia perlu cepat mencari formula yang hilang itu.Pembunuh itu perlu dihalang. Apa yang pasti, mungkin ada nota kaki yang ditinggalkan nanti. Detektif Hani juga sudah tentu tahu tentang hal itu. Dari laporan yang dipaparkan oleh berita di akhbar, jelas cebisan mayat dan bukti yang diambil di tempat kejadian masih belum menudingkepada sesiapa. Laporan dari makmal forensik hanya mengesahkan identiti mangsa saja.

Ipo Publish time 2-2-2015 01:01 AM

Edited by Ipo at 2-2-2015 09:52 AM

TIBA di makmal Hanna, Ipo terus saja berjumpa Hanna dan bertanyakan hal kajian ke atas cebisan mayat dan juga bahan bukti lain. Dia puas hati bila Hanna sudah boleh mengesan enzim yang ada dalam cebisan daging itu dan bulu yang diberikan dulu. Nampaknya enzim dari bulu itu adalah sama dengan enzim yang diekstrak dari bakteria yang digunakan oleh Kurt dulu. Dalam cebisan daging mangsa juga mengandungi enzim dari air liur yang bercampur dengan darah. Cuma sekarang ini, Hanna perlu jalankan ujian ketulenan saja lagi.

"Aku dah start harvest bakteria tu. Mungkin dua tiga hari lagi, kita boleh kenal pasti enzim yang digunakan Kurt dulu. Jika padan dengan formula CB tu, bermakna Ryan sudah manipulasikan formula tu ke atas manusia atau haiwan. Semalam, Kurt meracau-racau. Aku bimbang, Kurt akan jadi semakin gila nanti." Hanna melepaskan keluhan.

"Sabarlah..kau tumpukan pada projek ni dulu. Oh ya..kau tahu tak, ada mawar hitam di tempat mayat ditemui?" Ipo teringat kes itu, kes yang dikendalikan oleh Detektif Hani.

"Mawar hitam?" Hanna terkejut.

"Ya..kes tu juga pembunuhan bersiri. Pembunuh letak mawar hitam selepas mangsa dibunuh. Sebelum ini, mayat hanya ditikam bertubi-tubi dan pembunuh tinggalkan mawar hitam. Mayat yang dirobek itu juga nampaknya ada sekuntum mawar hitam. Kau rasa ia pembunuh yang sama?" Ipo cuba mendapatkan pandangan Hanna dalam kes itu.

"Mungkin juga..atau mungkin pembunuh yang berlainan. Saja dia nak kelirukan pihak polis." Jawab Hanna dengan tekaannya sendiri.

"Hmm..ok, aku pergi dulu. Kalau ada perkembangan terbaru, don't forget to inform me." Ipo mula minta diri.



PULANG ke rumah, Ipo berehat sebentar di atas katil. Teringat pula nota kecil yang dia jumpa tadi. Dia pasti itu nota kepunyaan lelaki yang bercakap dengan Nicki tadi. Nampak tergesa-gesa lelaki itu menaiki kereta dan keluar dari situ. Ipo bingkas bangun dan melabuhkan punggung di kerusi. Nota kecil dicapai dari dalam beg sandangnya.

"Hmm..apa ada dalam ni.." Nota kecil itu dibelek perlahan.

Dari satu mukasurat ke satu mukasurat, hanya catatan harian biasa seorang lelaki yang cintanya dipendam dalam diam. Ipo sengih. Dia menyambung membaca.

"Siapa kenarihitam??" Ipo garu kepala.

Nota itu dibaca dengan teliti. Nama kenarihitam disebut banyak kali dalam nota kecil itu. Dari catatan nota itu, jelas penulis itu cuba pertahankan seseorang dan orang itu diberi gelaran kenarihitam. Dari catatan itu juga, ada ditulis syarat yang sudah dilaksanakan tetapi hanya ditulis dengan kod saja, 'KH01 dan KH02'

"Hmm...aku kena tanya Nicki.Aku pasti, nota ni kepunyaan mamat tadi tu." Ipo pandang jam, sudah masuk waktu asar.

Lepas solat nanti, dia akan ke rumah Nicki. Bukan hanya hal mamat tadi, nota kaki mungkin ditinggalkan di rumah Nicki. Seolah pembunuh itu ingin beritahu sesuatu kepada Nicki atau Conan dengan nota kaki itu. Sehingga kini masih buntu dengan klu yang tercatat dalam nota kaki yang masih menjadi misteri.


Ipo Publish time 2-2-2015 01:05 AM

ok...tak dak update lepas ni...
lambat...sikit....:lol:
terima kasih kepada yang membaca citer huru hara ni:lol:
dah hilang fobia aku...


yipun_78 Publish time 2-2-2015 07:16 AM

terima kasih sebab menulis cerita ni, menarik

NaylaArisha Publish time 2-2-2015 09:17 AM

Ipo replied at 2-2-2015 01:01 AM
TIBA di makmal Hanna, Ipo terus saja berjumpa Hanna dan bertanyakan hal kajian ke atas cebisan mayat ...

Cumcum apakah ;P

Ipo Publish time 2-2-2015 09:49 AM

yipun_78 replied at 2-2-2015 07:16 AM
terima kasih sebab menulis cerita ni, menarik

terima kasih baca ya yipun..{:mlflower1:}

segan plak kat super momod ni:$

Ipo Publish time 2-2-2015 09:50 AM

NaylaArisha replied at 2-2-2015 09:17 AM
cum apakah

HAHAHAH...{:1_563:}

biasalah Nay...tak sah kalau tak dak MLM ni..


Sat..edit kejap..

cmf_conan Publish time 2-2-2015 10:53 AM

Eh.. nota kaki memang tu memang betul2 nota yg disampaikan kat tapak kaki penerima kah?? Ku pikirin nota kecil2.. ceehhhhhhhhh... :mad:

hebat betul posmen die yek.. letak kat kaki ipo smp ipo pon xsedor. Halimunan kaaa.. :funk:

Ipo Publish time 2-2-2015 01:40 PM

cmf_conan replied at 2-2-2015 10:53 AM
Eh.. nota kaki memang tu memang betul2 nota yg disampaikan kat tapak kaki penerima kah?? Ku pikirin...

nota kecil la..
nota kaki tu memang sekeping kertas jek:P

NaylaArisha Publish time 2-2-2015 02:06 PM

Ipo replied at 2-2-2015 09:50 AM
HAHAHAH...

biasalah Nay...tak sah kalau tak dak MLM ni..


hahaha... bab tu nay memang laju ;P

Ipo Publish time 2-2-2015 06:28 PM

NaylaArisha replied at 2-2-2015 02:06 PM
hahaha... bab tu nay memang laju

Macam tahu je Nay..
Pages: 1 2 3 4 5 6 7 8 [9] 10 11 12 13 14 15 16 17 18
View full version: P/S: NOTA KAKI (TAMAT)


ADVERTISEMENT