Esmiria Publish time 29-1-2015 08:29 AM

Ipo replied at 29-1-2015 12:02 AM
Es ..akhir nanti baru tahu siapa pembunuh

ah…ah. :D

Nicki_Meow Publish time 29-1-2015 09:04 AM

Ipo replied at 29-1-2015 08:01 AM
Nampak tak berangan aku tu?...pinjam ayat Nicki
Penulis memang kena berangan...
Kalau tak ...

Oklah tu. Nama pun takdelah PPRT sangat dan takdelah 7 Kayangan sangat. Yang sedang-sedang adja.... :laugh3:



Ipo Publish time 29-1-2015 09:10 AM

Edited by Ipo at 29-1-2015 09:31 AM

TIBA di makmal, mereka bertiga dipelawa masuk ke bilik Hanna yang sudah pun menunggu di situ. Di dalam bilik analisa itu, Hanna masih sibuk dengan kerja makmal dan ujikaji. Melopong Conan dan Nicki melihat segala mak nenek peralatan makmal yang canggih. Alat untuk menguji bakteria dan virus. Satu persatu ditunjukkan oleh Hanna tentang alat itu. Laminar Flow, tempat untuk menjalankan ujikaji specimen yang diuji, Bohazard Safety Cabinet, alat untuk mengendalikan semua jenis bakteria termasuk yang merbahaya seperti Tuberculosis spp. Clostridium botulinum, Salmonella thypimurium.

"Macam nama perempuan pulak.." Nicki bisik ke telinga Conan.

Ipo hanya sengih. Dia merapati Hanna yang sedang memeriksa bentuk bakteria di bawah mikroskop elektron yang menampakkan ciri-ciri jelas bakteria. Dia turut melihat apa yang didapati oleh Hanna hasil kajianya.

"Hmm..jadi, bakteria ni ke yang Kurt guna?" Lantas Ipo bertanya setelah mengenalpasti bentuk dan karakter bakteria di skrin mikroskop itu.

Hanna mengangguk. "Ya..aku cuba tanya Kurt pasal ni tapi dia macam tak ingat langsung. Aku korek nota yang disimpan di rumah, Formula CB tu hanya separuh saja yang ada. Maksud aku...yang asal. Separuh lagi aku tak tahu kat mana Kurt simpan."

"Maksud kau...Ryan hanya ambil separuh la? Dan..modified? Macam tu?" Ipo sudah terkejut. Jika benar, bermakna sukar untuk menyelesaikan kes itu. Formula CB penuh yang asal itu perlu dicari untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.

Hanna mengangguk lagi.

"Ryan, dia masih kerja di makmal ABC tu?"

"Ya..dia dah dinaikkan pangkat jadi Ketua kat makmal tu. Sekarang ni dia ada team dia sendiri dan sedang rancak dengan projek kosmetik menggunakan formula CB Kurt. Projek minda Kurt pula sudah dipadam!" Hanna mengeluh.

Conan dan Nicki hanya mendengar dari tadi. Tidak tahu hendak mencelah perbualan antara Ipo dan Hanna.

"Ipo, aku harap kau pulihkan Kurt. Dia masih tak kenal anaknya, Danish. Kesian aku tengok Danish tu.." Hanna tunduk, sugul.

"Kau jangan bimbang. Aku akan lakukan mana yang termampu. Aku pasti, Kurt hilang ingatan, mungkin dia dikurung begitu lama atau Ryan sudah lakukan sesuatu pada Kurt. Tak mustahil jika Ryan menyuntik apa-apa ke tubuh Kurt. Satu lagi, kau kenal Nayla?" Ipo mula teringat kes Nayla, pembantu Kurt di makmal dulu .

Hanna diam. Dia tidak tahu apa yang harus dijawab pada Ipo. Memang dia kenal siapa Nayla, pembantu kanan Kurt dulu yang juga tahu tentang projek minda itu dan juga Formula CB. Namun dia tidak tahu, apa sebenarnya yang dicari Nayla. Dari apa yang diceritakan oleh Ipo dulu, nampaknya Nayla menjejaki pembunuh melalui nota kaki yang ditinggalkan. "Kenal macam tu je. Kenapa?"


"Dia cari nota kaki dari Nicki dan Conan. Dia juga ada sebut tentang nota kaki itu yang dirasakan petunjuk dari pembunuh. Dari tarikh nota kaki itu diterima, sampai sekarang masih belum ada apa-apa perkembangan lagi dan tiada pembunuhan dilakukan." Ujar Ipo, menjelaskan apa yang diberitahu oleh Conan dan Nicki tentang nota kaki itu.


"Ya..Nayla ugut aku tentang tu. Macam mana dia tahu nota kaki tu dari pembunuh? Dan kalau betul pembunuh tu yang tulis nota kaki tu, kenapa dia letak di rumah aku?" Nicki mula mencelah. Dia perlu dapatkan kepastian dari saintis muda itu.


"Hmm..aku rasa nota kaki tu adalah hint untuk kau mengikuti kes ni. Kau kena hati-hati Nicki."Hanna pandang wajah lelaki itu yang kelihatan keliru dan agak pucat.


"Maksud kau..kami ni dalam perhatian pembunuh tu?" Pucat muka Conan mendengar kata-kata Hanna. Dia menelan liur.


"Mungkin..tapi dalam masa yang sama, aku akan cari separuh lagi formula tu. Jika jumpa, mungkin aku boleh selesaikan masalah ni. Aku agak, Ryan sudah ubahsuai formula tu dan disuntik ke tubuh haiwan atau manusia menyebabkan minda diteroka dan dikawal dengan tindakan ganas. Mungkin benda tu yang membunuh dan merobek mangsa." Jelas Hanna setelah melihat Conan yang sudah panik.


"Wait..aku rasa Kurt pernah beritahu Sellie tentang formula tu." Hanna yang sedang menopang dagu tadi mula menegakkan badan. Dia seperti cuba mengingati sesuatu.


"Sellie?" Serentak Ipo, Conan dan Nicki bertanya.


Hanna jeling dan senyum. Amboi! Laju saja tanya kalau bab perempuan. "Sellie tu pembantu aku la! Aku ingat nak suruh dia kerja di makmal ABC tu dan korek rahsia Ryan. Ha! Tu pun Sellie!!"


Tiga kepala berpaling ke arah kanan. Seorang gadis manis berkot putih makmal sedang melangkah ke arah mereka. Sellie mendekati Hanna dan ketiga jejaka itu yang masih tidak berkelip memandangnya.


"Hanna..ni ada surat untuk kau." Sepucuk surat dihulur kepada Hanna.


Surat itu dibuka dan dibaca. Berkerut dahi tatkala membaca setiap bait ayat di dalam surat yang tiada pengirim itu. Berkali-kali dia membaca.

"Surat apa?" Ipo turut jenguk surat yang berada di tangan Hanna.

Hanna tidak menjawab sebaliknya surat itu dihulur kepada Ipo. Ipo segera membaca apa yang ada dalam surat itu.

'Aku tahu apa yang berlaku pada Kurt.'

Ipo pandang Hanna dengan wajah berkerut. "Siapa hantar?"

Hanna jongket bahu. "Kita kena tanya Kurt apa yang sudah berlaku selama dia hilang tujuh tahun tu. Puas aku pujuk dia, tapi dia seolah tak kenal aku dan diam saja. Dia buat hal sendiri."

"Ok, tak apa. Nanti, aku jumpa Kurt sendiri. Sekarang ni, kita tumpu pada kes ni. Kau cari dulu formula yang separuh lagi tu." Ipo cuba tenangkan Hanna yang sudah sugul.

"Err...Sellie, ambilkan fail kat atas meja tu?" Hanna tuding ke arah meja kecil di tepi rak fail.

Sellie mengikut arahan Hanna dan kemudian memberikan fail itu kepada Hanna.

"Ipo, dalam fail ni, ada segala kerja Kurt dulu. Maaf..tulisan tangan saja. Dia conteng kat situ, kalau kau faham tulisan Kurt, mungkin kau akan jumpa formula sebenar Kurt." Terang Hanna tentang fail yang dihulur tadi.

"Ok.."

"Sellie akan beri kerjasama nanti. Conan dan Nicki, korang jangan bimbang pasal nota kaki tu. Aku akan cuba selesaikan kes ini. Lagipun , Detektif Hani turut beri kerjasama dalam hal ni." Hanna sudah mula mengukir senyum.

"Eh..kami tak adalah risau sangat pasal nota kaki tu.." Sengih Nicki, sambil memandang ke arah Conan yang turut sengih.

Ipo turut senyum. Dia tahu Conan dan Nicki risau sebenarnya. Yalah..tiba-tiba terjerumus dalam kes pembunuhan ini. Usai berbincang, mereka mula minta diri. Conan pelawa Ipo bermalam di rumahnya saja kerana mereka perlu berbincang lagi tentang hal itu.



MALAM ITU, di ruang tamu, mereka bertiga berbual kosong sambil menonton cerita di kaca tv setelah berbincang agak lama tentang hal nota kaki dan kes pembunuhan itu. Satu teko kopi o panas dihidangkan bersama biskut kering.

"Ipo..kau tak nak kenal ke cik Sellie tu?" Conan cuba usik Ipo lagi.

Ipo diam. Matanya masih melekat pada kaca tv.

"Yalah..cik Sellie tu..cun juga bro!" Sambung Nicki pula.

Ipo masih diam.

"Weh..kau ni kenapa? Khusyuk sangat tengok kartun tu?" Conan mengalih pandang pada kaca tv pula. Kartun Spongebob tapi muka Ipo sudah serius yang amat.
Melihat tiada respon dari Ipo, Conan ambil teko dan menapak ke ruang dapur, membancuh satu teko lagi kopio panas.


Ipo masih memikirkan kata-kata Hanna tadi dan juga surat yang diterima tanpa pengirim. Dia perlu cari siapa pengirim surat itu. Tentu orang itu tahu apa yang sudah terjadi pada Kurt.


Nicki pula asyik berfikir tentang Arisha dan Nayla. Dia perlu siasat kedua gadis itu.Arisha...terasa berdetak hatinya pertama kali melihat gadis itu di tasik dulu.

"Nicki!" Conan kembali ke ruang tamu dengan seteko kopi o panas dan sebungkus besar biskut kering.

Conan geleng. Ipo dan Nicki, keduanya seperti jauh merenung kaca tv. Dia boleh mengagak, bukan cerita kartun yang ada dalam kepala otak mereka ketika ini. Kalau bukan pasal perempuan, tentu pasal kes pembunuhan itu.

"Nicki!" Sekali lagi Conan panggil. Nicki masih seperti tadi. Sama juga dengan Ipo. Apa kena dia orang ni??

"Nik Mohammad!!!!!" Jerit Conan, memecah keheningan ruang tamu itu.

Pantas juga Ipo dan Nicki berpaling ke arah Conan yang sudah mengetap bibir.

"Weh..Nan, kau kena rasuk ke?" Nicki tepuk pipi Conan.

"Rasuk kepalahotak kau! Korang tu yang kena rasuk! Mata kat tv tapi berangan tak habis!" Conan tepis tangan Nicki yang masih melekat di pipinya.

"Err...hehhehe.." Nicki sengih. Dia duduk semula di sofa, menyambung menonton.

Kriikkkkkkkkk!!! Gruulkkkk!!! Duuummmm!!

Terdiam Ipo, Conan dan Nicki. Bunyi cakaran kuatdi dinding dan bunyi benda jatuh begitu jelas di telinga. Masing-masing saling berpandangan. Sekali lagi bunyi itu kedengaran.

"Nan..bunyi ni..aku pernah dengar dulu. Masa tu...aku..aku lari ke rumah sebab aku nampak tubuh manusia dirobek. Kau..kau rasa...benda tu...ada kat luar ke?" Tersekat-sekat Nicki bersuara sambil mata meliar melihat sekitar.

Ipo pandang Nicki yang sudah rapat ke arahnya. "Weh..kau ni penakut ke apa?"

"Mana ada!!" Nicki terus saja jauh dari Ipo dan terus ke arah Conan pula.

Ipo bangun dan mendekati dinding. Telinga dipasang, cuba mendengar bunyi cakaran tadi. Tiada apa-apa. Dia menapak pula ke muka pintu. Tombol pintu dipulas perlahan dan mula membuka pintu. Terpaku di situ sebaik melihat ada sesuatu di atas lantai depan pintu.

Conan dan Nicki mula bangun dan turut melihat. Pucat muka masing-masing. Terasa darah sudah berhenti mengalir. Apa yang terhidang di depan mata cukup membuatkan tekak terasa loya. Masa itu juga Nicki terus muntah!



Nicki_Meow Publish time 29-1-2015 09:17 AM

Cop. Nicki tak kenal Ipo kan? Bukan ke patut ada mukadimah perkenalan bagai ke? Atau diorang dah berkenalan tapi sengaja tidak dinyatakan? <<< Tak jawab pun takpe. Pasai kemungkinan besar TT malas nak mengarang pepanjang ;P

Formula CB? Caliph Buskers?Terasa nak telaah balik subjek Bio....;P

Nicki tu kerja apa?
Conan kerja apa? Motipppp si keturunan Tengku (juh) ni kerja shift bagai laksana rakyat marhain? :lol:


@Ipo
Soklan OT: Ko tengok eh cerita 'I' si Vikram tu berlakon? :lol:

Ipo Publish time 29-1-2015 09:25 AM

Nicki_Meow replied at 29-1-2015 09:17 AM
Cop. Nicki tak kenal Ipo kan? Bukan ke patut ada mukadimah perkenalan bagai ke? Atau diorang dah ber ...

yo lah tu...aku malas nak taip perkenalan Ipo dan Nicki tu..:lol:
tahu tak apa..malas nak panjangkan citor nih ha..

Jawab soklan kau..Nicki dan Conan kerja apa..aku tengah fikir ni...{:speco

Pasal Conan aka Tengku...ada kisahnya tu...hehehe...ye..ye je..citer pun belum ada dalam otak lagi..
mungkin anak raja yang dibuang negeri?? sebab tu pakai kapcai jek..{:1_555:}

citer "I" tu citer pasal apa?:o


Nicki_Meow Publish time 29-1-2015 09:38 AM

Ipo replied at 29-1-2015 09:25 AM
yo lah tu...aku malas nak taip perkenalan Ipo dan Nicki tu..
tahu tak apa..malas nak panjang ...

Cerita 'I' tu filem Tamil :lol:. Member aku (India) promote habis cerita ni, best giler katenye. Tak Tamil-Cliche. Even Cina dengan Melayu pun penuhkan panggung. Aku percaya cakap dia sebab carta MeleTOP cerita ni ranking nombor dua tu.

Disebabkan ko buat cerita ada bakteria mutant bagai, aku ingat ko menambah inspirasi dari cerita tu. :lol:



Conan tu mesti lari dari rumah. Apalah Conan. Kalau kau tak merempit dedulu, mesti makpak ko tak marah lalu halau dari rumah. Selamat dah ko mewarisi reta tujuh keturunan. Tetibaaaaa.... {:1_563:}

Ipo Publish time 29-1-2015 01:39 PM

Sekali lagi mereka diam. Nicki pula sudah meluru ke bilik air dan muntah sekali lagi di situ. Conan dan Ipo masih tercegat di situ. Bingung, takut, seram, segala rasa ada. Perlahan Ipo mencangkung dan mula meneliti apa sebenarnya benda yang ditinggalkan di depan pintu rumah mereka. Satu ranting dipatahkan dari pokok bunga kertas dan Ipo mula menguis.

"Nan..kau buka lampu kat depan ni.." Arah Ipo. Dia tidak nampak dengan jelas apa sebenarnya benda yang selonggok di depannya.

Conan melangkah ke ruang tamu dan memetik suis lampu di depan anjung rumah di depan pintu masuk.

Sebaik lampu bernyala, Ipo tercegat bangun dan bersandar di dinding. Pucat mukanya. Dia menelan liur berkali-kali. Conan yang masuk ke ruang tamu kembali semula ke muka pintu.

"Ya Allah!" Conan juga turut menyandar di dinding. Rasa kejung kakinya sebaik melihat apa yang tidak jelas tadi. Bau hanyir dan cebisan daging dengan darah merah pekat jelas di matanya. Selonggok di situ.

"Kau..kau sentuh tak?" Pantas Conan berpaling ke arah Ipo di sebelah.

Ipo geleng.

"Kau...kau rasa ni...manusia ke haiwan?" Tergagap-gagap Conan bertanya sambil mata tidak lepas dari melihat selonggok cebisan daging dengan jantung masih segar dipenuhi darah.

"Aku rasa manusia...kau tengok tu. Macam kulit manusia dan tu, macam jari.."Ipo tuding ke arah cebisan tadi.

"Ipo..apa kita nak buat? Kalau biarkan benda ni kat sini..sah-sah kita akan dituduh membunuh nanti!" Conan sudah panik.

Nicki yang sudah longlai akibat muntah teruk tadi mula melangkah lemah ke muka pintu semula. Kaku dia berdiri di muka pintu sebaik terpandang benda itu yang sudah terang dilihat. Dia cuba menahan rasa loya sekali lagi. Mulut ditekup kuat.

Ipo dan Conan mula menapak masuk ke dalam rumah. Pintu ditutup rapat. Peluh dingin merecik laju.

"Apa kita nak buat sekarang?" Nicki mula bertanya. Lega bila pintu sudah ditutup.

"Eh..apa tu?" Conan berpaling dan melangkah ke arah pintu semula. Ada sekeping kertas diselitkan di bawah pintu.

Kertas itu dibuka lipatanya. Ipo dan Nicki turut sama melihat apa yang ditulis di situ.

'P/S: Engkar'

"Engkar?" Serentak mereka berkata.

Masing-masing buntu memikirkan apa sebenarnya yang sudah berlaku. Mereka diam seketika di sofa sambil memikirkan apa yang harus dilakukan, tambah lagi cebisan mayat di depan rumah mereka. Nota kaki kedua yang diterima juga seperti ada sesuatu yang ingin pembunuh sampaikan. Kali ini sekali dengan cebisan mayat!

Ipo bingkas bangun semula. Mundar mandir di ruang tamu itu. Conan dan Nicki hanya melihat antara satu sama lain. Memang mereka tidak tahu apa yang harus dilakukan. Bimbang juga kalau dituduh membunuh sedangkan mereka tidak tahu apa-apa tentang itu. Sedang mereka asyik memikirkan semua itu, tiba-tiba angin bertiup kencang. Pintu rumah yang tertutup tadi sudah terbuka luas. Angin masih kencang dan menerobos masuk ke dalam rumah pula.

Mereka bertiga masih diam kaku di situ sambil menahan asakan angin yang menggila. Dalam keadaan kelam kabut seperti itu, kelihatan satu susuk sudah terpacak di depan pintu dengan suara dengusan kuat.


cmf_conan Publish time 29-1-2015 01:44 PM

lembik ah ko nicki.. tengok conan.. rilek je.. walaupongggg :lol:

Zamzam2013 Publish time 29-1-2015 03:05 PM

cmf_conan replied at 29-1-2015 01:44 PM
lembik ah ko nicki.. tengok conan.. rilek je.. walaupongggg

menyeramkan sungguh @Ipo... sambung lagi

Ipo Publish time 29-1-2015 09:17 PM

Terpaku mereka bertiga di situ. Susuk tubuh itu yang berbulu dan berkuku tajam dengan wajah cengkung sedang menyeringai di situ. Ada titis darah menitis dari gigi taring yang tajam. Kedudukan makhluk itu seperti seekor monyet yang bersedia untuk melompat dan menerkam mangsa. Mata merah besar jelas bersinar bila disinari cahaya bulan yang kebetulan mengambang penuh ketika ini.

Ipo beri isyarat supaya diam dan tidak bergerak ke mana-mana. Ibarat patung mereka berdiri di situ dengan mata masih memerhati ke arah makhluk tadi yang tidak lepas dari memandang ke arah mereka. Conan mula terasa kejung bila berada dalam keadaan tidak bergerak, seolah dibungkus dengan kain seluruh badan. Nicki cuba mencari arah yang boleh dia selamatkan diri. Tenungan makhluk berbulu dan bertaring itu cukup membuat jantungnya ingin luruh ketika itu juga. Sudahlah dia belum lagi bernikah..

Ipo masih diam membatu. Matanya tepat memandang makhluk tadi. Diamati wajah cengkung makhluk itu. Ada sesuatu dalam fikirannya ketika ini. Ya..seperti ada sesuatu yang pernah dilihat pada makhluk berbulu itu. Angin yang kuat bertiup tadi mula reda. Makhluk itu masih tidak berganjak. Namun dia tidak lagi mendengus seperti tadi. Kali ini suara mahkluk itu seperti merintih hiba. Perlahan makhluk itu berundur dan lenyap dalam kepekatan malam menuju ke arah semak dan hilang.

"Fuh! Rasa nak pengsan aku!" Nicki menghembuskan nafas lega.

"Kau apasal? Macam tahan nafas je?" Conan tepuk bahu Nicki.

"Yalah! Kau ingat senang ke nak tahan nafas? Mahu pengsan bro!" Nicki mencebik.

"Siapa suruh kau tahan nafas? Aku kata, jangan bergerak dan jangan bercakap!" Ipo pula menyampuk.

Conan senyum sengih. Dia membuntuti Ipo yang sudah menapak ke pintu. Memang sah, ada titisan darah yang meleleh dari taring mahkluk tadi. Kesan tapak makhluk tadi juga jelas kelihatan. Ipo segera keluarkan sesuatu dari poket seluarnya dan dia menekap kesan tapak kaki di lantai depan muka pintu lalu dimasukkan kembali ke dalam poket seluar.

"Apa tu?" Conan bertanya. Apa yang dibuat oleh Ipo tadi memang pelik.

"Aku dah dapat bekas tapak kaki dan dengan darah dan cebisan bulu ni, aku akan hantar ke makmal Hanna. Dengan keputusan nanti, mungkin kita akan dapat tahu apa sebenarnya makhluk tu.." Ipo mula mengutip cebisan bulu dan juga lelehan air liur bersama darah di atas lantai.

"Err..macam mana dengan cebisan daging tu?" Nicki pula tuding ke arah selonggok cebisan daging yang masih ada di situ.

"Hmm..kita kena buang dari sini. Kalau tak..kita akan dituduh membunuh. Nicki, cepat ambik guni! Kau Conan, pakai glove dan tolong aku ambik cebisan daging ni." Arah Ipo. Mereka perlu segera buang semua itu.

Bertungkus lumus mereka bertiga membungkus ke dalam sekarung guni dan bertungkus lumus pula mencuci lantai pada malam itu juga. Waktu sudah menghampiri dua pagi. Nak tak nak, mereka terpaksa meredah kepekatan malam dengan kereta Kancil Nicki menuju ke arah Ulu Yam. Karung guni itu ditanam di bawah sebatang pokok yang agak besar dan ditanda pada batang pokok. Sempat Ipo mengambil cebisan daging dan beberapa bahagian lain untuk diserahkan kepada Hanna untuk dikenalpasti. Dia perlu lakukan secara rahsia kerana tidak mahu pihak polis menuduh mereka nanti. Sekurang-kurangnya buat masa ini, perkara itu perlu dirahsiakan dari pihak polis. Setelah habis ujian dan kajian dan mendapat semula formula itu, barulah akan didedahkan kepada pihak polis.


SELESAI segalanya, mereka menaiki kereta semula pulang ke rumah. Esok, Ipo akan bertemu Hanna semula dengan bahan bukti yang dibawa untuk diuji. Esok juga dia perlu berjumpa Detektif Hani mengenai kes itu. Silapnya juga sudah tunjukkan nota kaki pada Detektif Hani.

cmf_conan Publish time 29-1-2015 10:08 PM

Tenungan makhluk berbulu dan bertaring itu cukup membuat jantungnya ingin luruh ketika itu juga. Sudahlah dia belum lagi bernikah..

tetiba je :lol: memang miang betui hosmet 2 org tu tauuu..

bawak kancil je nicki?? cehhhh.. aku bayangkan kot bawak evo ke.. preve ke.. ;P
betui la mamat kpop.. kancil pop :lol:

Zamzam2013 Publish time 29-1-2015 10:35 PM

Makin menyeramkanlah @Ipo... Scary betul...

Ipo Publish time 30-1-2015 08:36 AM

Edited by Ipo at 19-2-2015 10:14 PM

BAB 5


HANI meneliti maklumat yang diperolehi dulu. Kes pembunuhan bersiri berlaku lagi setelah sebulan lebih dari kes pertama dulu. Kes pembunuhan Joe dan Rizal juga masih menemui jalan buntu. Semalam, dia baru saja bertemu dengan Ipo yang datang membawa maklumat mengenai kes pembunuhan sadis yang disyaki dilakukan oleh binatang buas. Cebisan mayat dijumpai di bawah sebatang pokok di Ulu Yam. Pembunuhan kali ini pihak polis tidak dapat mengenal pasti identiti mayat yang sudah hancur dirobek. Kali ini tiada mawar hitam diletakkan di situ.

Fail kes Joe dan Rizal pula dibuka. Mereka berdua juga menjadi mangsa dengan tikaman bertubi-tubi di muka dan perut dan juga di bahagian kemaluan. Nampak seperti kes dendam jika melihat cara dan modus operandi penjenayah menyerang mangsa. Sudah pasti sekuntum bunga mawar hitam diletakkan di sisi mayat. Menatap gambar dan nama mangsa, Hani menghembuskan nafas berat. Kejadian sepuluh tahun dulu seolah masih segar di ruang ingatannya. Ya, empat lelaki termasuk Joe dan Rizal sudah membuat onar dalam hidupnya. Apa yang berlaku seolah tertayang semula di ruang mata. Tanpa sedar air mata yang bergenang menitis perlahan ke pipi.

Fail dibelek lagi namun benaknya masih menerawang memutar kembali kisah hidupnya. Sudah hampir dua bulan dia menjalankan tugas sebagai detektif kanan di unit jenayah berat.Banyak kes pembunuhan dapat diselesaikan dengan baik. Dia mula merasa lega bila kes dapat diselesaikan dengan cepat. Sekurang-kurangnya dia dapat meringankan beban Tuan Muaz yang sudah hampir bersara. Sejak dulu Tuan Muaz terlibat secara langsung dalam kes jenayah berat. Dalam setiap kes, dia lebih senang berpakaian biasa dan bertindak bersama beberapa orang lagi detektif yang menjadi orang kepercayaannya. Orang bawahannya pula tidak pernah merungut atau membantah arahannya walaupun arahan itu datangnya seorang wanita sepertinya.

Hani belek fail kes pembunuhan bersiri yang masih belum dapat diselesaikan. Dia meneliti setiap kes yang mempunyai modus operandi yang sama. Dicapai pula fail di rak yang mempunyai gambar suspek yang disyaki terlibat dengan kes rompak, rogol dan bunuh. Helaian demi helaian fail dibuka. Memang kes itu yang dinantikan olehnya selama ini.Dari dulu, peluang seperti itulah yang ditunggu-tunggu. Sebaik memegang jawatan detektif kanan, Hani mula mencari wajah-wajah yang selalu menghantui dirinya selama ini. Wajah-wajah yang terlepas dari hukuman. Wajah-wajah yang tersenyum sinis kepadanya suatu waktu dulu. Dan kini wajah-wajah itulah yang ingin dihukum satu demi satu.
Sedikit kecewa bila melihat setiap gambar suspek tiada satu pun yang menyerupai wajah-wajah yang dibenci itu. Pencariannya mesti diteruskan walaupun sukar.Perasaan yang dipendam di lubuk hati kian membuak.Bibirnya diketap dengan kuat menahan amarah yang terpendam sekian lama. Tujuannya hanya satu. Manusia seperti itu perlu dihapuskan dari muka bumi ini.
“Puan! Ada tetamu ingin berjumpa puan!”
Hani tersentak dari lamunan. Fail di tangannya diletak semula di rak. Dia pandang Salina, kerani pembantu yang tersenyum kepadanya dan segera mengangguk membenarkan tetamu masuk.
“Assalamualaikum!”
Hani tergamam.Seorang lelaki segak berkemeja putih dan bertali lehertersenyum manis kepadanya. Dia tergamam melihat lelaki itu mula menapak perlahan ke arah mejanya.
“Wa..wa’alaikumussalam..”
“Hani apa khabar?”
Hani hanya memandang lelaki itu yang mula berbicara. Sudah lama mereka tidak bersua. Seingatnya sejak hampir sepuluh tahun dulu.
“Ba..baik..”
Mereka saling berpandangan seketika. Senyap. Sesekali Hani tunduk bila terasa dia ditenung tajam begitu.
“Masih kenal aku?”
Hani mula mendongak. Selama ini wajah itu yang melekat di benaknya. Wajah itu juga yang selalu merobek hati dan perasaannya dan wajah itu jugalah yang dibenci saat kejadian itu. Kini wajah itu muncul semula di depan matanya setelah sepuluh tahun berlalu. Wajah itu juga tidak banyak berubah. Masih seperti dulu.
“Muz..kenapa baru sekarang kau muncul?” Hani renung mata Muzaffar. Soalan yang ditanya sedikit pun tidak dijawab sebaliknya soalan itu dijawab dengan soalan.
“Maafkan aku Hani…aku tak berniat tinggalkan kau. Aku terpaksa mengikut keluarga aku berpindah…” Muzaffar mula tunduk. Wajah manis milik gadis yang pernah tinggal sekampung dengannya dulu ditatap lama. Penyesalan masih terasa hingga kini bila mengingati kejadian yang tidak pernah di duga.
“Bukan itu maksud aku! Kenapa kau tinggalkan aku waktu aku…” Hani tidak dapat meneruskan kata-kata. Kerongkongnya sudah terasa tersumbat. Air mata yang ditahan sejak sekian lama, mula bergenang. Tunggu masa saja untuk jatuh ke pipi.
“Maafkan aku..waktu tu aku tak berani bertindak. Aku tahu aku penakut. Maafkan aku..tapi percayalah aku tetap sayangkan kau walaupun aku tahu kau..”
“Cukup! Aku tak mahu dengar semua itu! Tolong pergi dari sini!” Hani mula meraup muka. Air mata sudah tumpah ke pipi.
Muzaffar semakin rasa bersalah. Bersalah kerana terlalu mengikut kata hati. Bersalah kerana tega meninggalkan gadis manis yang sama sekolah dengannya dulu diperlakukan begitu di depan matanya tanpa berbuat apa-apa. Pemergiannya kerana mengikut keluarga berpindah juga dirasakan satu penyesalan yang tak sudah. Dan yang lebih dia merasa bersalah kerana dia juga telah mengkhianati gadis itu di saat gadis itu butuhkan pertolongan.
“Hani, izinkan aku menebus semua kesalahan aku..selama ini aku sayangkan kau.” Muzaffar masih tidak berputus asa.
“Muz..baliklah.Tak ada apa lagi yang perlu kita bicara. Aku lebih senang macam ni.” Hani masih tunduk.
“Baiklah..aku akan pergi tapi aku tak akan berputus asa. Aku akan tunggu kau sampai bila-bila.”Muzaffar mula bangun dan menghulurkan sejambak bunga Daisi putih kepada Hani. Bunga diletakkan di atas meja bila tidak bersambut. Muzaffar mula melangkah keluar dari bilik Hani.
Hani pula hanya memandang sayu pemergian Muzaffar, lelaki pertama yang bertakhta dalam hatinya.Perasaan sayang, kasih dan cinta yang disimpan untuk lelaki itu sudah lama dibuang. Semua rasa itu sudah hilang sejak hari kejadian itu. Kini fikirannya mula terganggu. Kedatangan Muzaffar telah mengundang semula memori hitam dalam hidupnya hampir sepuluhtahun dulu.



PULANG dari pejabat, Hani terus ke bilik. Badannya dihempas kuat ke atas katil. Dia kembali ke fitrah seorang wanita yang lemah. Naluri wanita masih kukuh di hati. Air mata bercucuran membasahi bantal. Sungguh tidak disangka, Muzaffar muncul semula saat dirinya sudah buang semua memori itu. Kehadiran Muzaffar telah merenggut semula kebahagiaan miliknya.
“Hani! Mari makan nak!”
Hani menoleh ke arah pintu bila mendengar suara ibunya memanggil dari luar. Dia cepat-cepat mengesat air mata cuba menenteramkan dirinya.
“Ah! Buat apa aku nak bersedih lagi! Aku sudah lali dengan semua itu. Aku kan pegawai polis disegani!” Hani mula mendapat kekuatan.
Dia melangkah perlahan dan mula membuka pintu. “Ya mak..”
“Mari makan. Mak dah sediakan makan malam tu. Mak masak sambal udang petai kegemaran Hani.” Puan Zawiah senyum melihat Hani yang masih dalam pakaian seragam.
“Baiklah mak.Hani mandi dulu.” Hani cium dahi ibunya.
Puan Zawiah mula beredar dari situ. Hani pula mula membersihkan diri dan menunaikan solat maghrib.


NASI dalam pinggan dikuis perlahan. Fikirannya masih pada Muzaffar yang tiba-tiba muncul di pejabatnya petang tadi. Sepuluhtahun mereka berpisah. Sebaik tamat SPM, Muzaffar sering bertandang ke rumahnya. Persahabatan yang terjalin antara mereka telah menimbulkan rasa kasih dan sayang lebih dari seorang kawan. Dari sahabat, perhubungan mereka mula bertukar menjadi kekasih.Muzaffar hanya tua setahun darinya. Tika itu,Muzaffar masih menuntutdi tingkatan enam.
“Hani..kenapa kuis je nasi tu? Makanlah..penat mak masak..” Puan Zawiah pandang Hani yang hanya menjamah sedikit saja nasi.
“Hani tak ada selera la mak.”
“Kenapa ni…ada masalah ke? Bagi tahu mak.” Puan Zawiah memujuk anak gadisnya yang kelihatan sugul.
“Tak ada apa la mak..mungkin Hani penat hari ni. Banyak kes kena selesaikan. Kejap lagi Hani akan bertugas. Ada serbuan malam ni.” Hani mula teringat tugas malamnya yang tidak rasmi. Sudah lebih sebulan dia menyiasat dan malam nanti, dia sudah bersedia untuk mulakan langkah pertama.
“Hani..tadi keluarga Muz datang. Mereka datang bersama hajat. Mak tak nak paksa Hani tapi Hani fikirlah. Hani pun sudah nak masuk tiga puluh dua puluh tujuh tahun. Tak baik membujang lama-lama bagi seorang perempuan. Terima sajalah Muz tu.” Puan Zawiah merenung Hani yang masih tunduk dan menguis nasi.
Hani mula mendongak. Wajah ibu tua yang sudah lebih separuh abad itu direnung dalam. Patutlah Muzaffar tiba-tiba muncul di pejabatnya hari ini. Dia tahu ibu mana yang tidak inginkan anaknya hidup bahagia bersama suami. Bukan dia tidak mahu menikah.Bukan dia tidak mahu bersuami dan bukan dia tidak mahu memiliki anak-anak yang comel tetapi kejadian sepuluh tahun dulu yang mengubah segala-galanya. Hatta ibunya sendiri tidak tahu semua itu. Biarlah ia menjadi rahsia dirinya sehingga akhir hayat. Dia faham hati seorang ibu yang ingin melihat kebahagiaan anak sendiri. Wajah ibunya yang begitu mengharapkan dirinya mengakhiri zaman bujang dengan sebuah perkahwinan dirasakan terlalu sukar untuk dipenuhi.
“Mak..nantilah Hani fikir dulu.” Hani capai bekas basuh tangan sebelum melangkah pergi.
Puan Zawiah hanya memandang Hani dengan pandangan tidak mengerti. Itulah jawapan yang diberi olehHani setiap kali soal kahwin dilontarkan.
"Ha..dah balik anak mak yang ni?" Puan Zawiah pandang pula pada Linda yang sudah menapak ke ruang dapur dengan beg sandang di bahu kiri. Entah mana dia pergi, maghrib baru sampai rumah.
Linda tidak menjawab pertanyaan ibunya, Beg sandang diletakkan di kerusi dan dia segera menceduk nasi. Nasi dikunyah lahap. Dia perasan ibu menjeling tajam ke arahnya tadi. Ah, dia bukan pergi merewang tidak tentu hala. Dia pergi berbincang hal kuliah dengan kawan sekampus saja.
Puan Zawiah geleng. Anak gadisnya yang seorang ini memang jauh beza perangainya dengan Hani. Suka memberontak dan suka hati pula pulang ke rumah bila dah keluar merayap. Harap-harap tak ada apa yang buruk berlaku pada Linda. Hani yang sudah ke bilik pula entah apa yang tidak kena. Takkan hal keluarga Muzafar datang merisik? Kan dulu Hani dan Muzafar tu suka sama suka? Dia geleng lagi.

Ipo Publish time 30-1-2015 08:54 AM

Edited by Ipo at 30-1-2015 08:56 AM

HANI lihat jarum jam tangan. Sudah hampir satu pagi. Dia betulkan topi yang mula senget. Sudah lebih setengah jam dia di situ. Di simpang tiga itulah selalunya wajah itu selalu kelihatan. Sudah bertahun dia mengikuti kehidupan wajah itu. Malam ini dia akan pastikan betul-betul. Kedua tangannya diseluk ke dalam poket jaket hitam bila terasa dingin malam mula menyimbah tubuhnya.
Sebuah kereta hitam mewah mula melintasi jalan itu. Hani segera mencatat plat nombor kereta dan terus mengikuti kereta itu dalam jarak selamat. Motosikal hitam Ducati miliknya ditunggang perlahan mengekori kereta BMW hitam yang mula membelok ke arah sebuah kondominium mewah. Dia berhenti di bawah pokok di luar pagar utama.Dari situ dia hanya memerhati kereta itu membelok pula ke blok paling depan sekali.Dia mendongak melihat blok setinggi 12 tingkat itu. Perlahan Hani turun dari motosikal dan menapak perlahan ke pondok pengawal.
“Err..tumpang tanya encik. Kereta BMW tadi tu tinggal kat sini ke?” Hani mula bertanya seorang lelaki berbangsa India yang berpakaian seragam pengawal warna coklat pudar.
Pengawal itu angguk sambil merenung tajam ke arah Hani.
“Cik apa mahu?Ini tempat privasi. Mahu masuk kalu..register nama sini juga.” Pengawal itu mengarahkan Hani menulis nama di buku log untuk pelawat.
Hani hanya senyum sambil berlalu pergi. Sempat dia jeling nama penghuni yang terpampang di buku log satu lagi yang terbuka di depan meja pengawal. Buku yang dicatat nama penghuni yang keluar masuk setiap hari.
“Benjamin Halim…”Hani senyum. Topi keledar dipakai semula dan mula memecut laju keluar dari situ.

AYLANINS terdiam di situ. Memang dia tidak salah melihat. Lama dia memerhati motorsikal Hani yang sudah dipecut laju meninggalkan kawasan kondominium mewah itu. Tugasnya malam itu terasa sedikit terganggu. Bunyi telefon berdering kuat. Panggilan dijawab. Keretanya dipecut menuju ke satu destinasi. Hal Hani tadi masih menjadi tanda tanya. Mungkin benar apa yang Muzafar beritahunya dulu. Hani seperti ada sesuatu yang disorokkan. Sejak tugas itu diamanahkan oleh Muzafar, sejak itulah juga Hani diekori. Memang benar, Hani seperti sedang menyiasat secara rahsia. Persoalannya, kenapa? Dia perlu siasat siapa yang sedang diperhatikan Hani. Kes Joe dan Rizal yang diberitahu Muzafar dulu, mungkin ada kaitan dengan Hani.



Esmiria Publish time 30-1-2015 05:25 PM

Ipo replied at 29-1-2015 05:39 AM
Sekali lagi mereka diam. Nicki pula sudah meluru ke bilik air dan muntah sekali lagi di situ. Conan...

Aku suka tajuk novel ni.mengingatkan aku

ps-i love you

Esmiria Publish time 30-1-2015 05:29 PM

Ipo replied at 29-1-2015 01:17 PM
Terpaku mereka bertiga di situ. Susuk tubuh itu yang berbulu dan berkuku tajam dengan wajah cengkung ...

kenapa aku rasa ada saikopat dari tiga org ni......

Nicki_Meow Publish time 30-1-2015 06:07 PM

cmf_conan replied at 29-1-2015 10:08 PM
tetiba jememang miang betui hosmet 2 org tu tauuu..

bawak kancil je nicki?? cehhhh.. ak ...

Kancil je ler. Low profile katenyer. kete bawak pergi opis gituh. Jimat minyak.:lol:






















Ducati dengan Evo 10 simpan kat rumah mak. :$

{:1_563:}

Ipo Publish time 30-1-2015 09:22 PM

Edited by Ipo at 30-1-2015 09:39 PM

PAGI lagi Aylanins sudah ke pejabat. Dia perlu kemaskini semua maklumat yang diterima sebelum berjumpa dengan Muzafar tengahari nanti. Kereta dipandu meredah kesesakan jalanraya. Sudah hampir setengah jam laluannya tidak bergerak. Terjenguk-jenguk dia ke arah hadapan apa yang sebenarnya berlaku.

"Haih..ada saja yang berlaku. Kalau nak cepat, ada saja yang buatkan jadi lambat." Aylanins jenguk lagi melalui cermin tingkap keretanya yang diturunkan sedikit. Dia intai dari di celah-celah kereta yang beratur panjang. Nun jauh di depan ada sebuah motorsikal melintang di tengah-tengah jalan. Entah rosak entah kemalangan.

Lega kereta sudah mula bergerak walaupun hanya 20km/j. Tiba di satu simpang, keretanya dibelokkan ke kiri untuk mengambil jalan singkat. Sebaik keretanya membelok, dia melihat seseorang sedang melambai ke arahnya.

"Aik! Buat apa dia kat situ?" Aylanins berhentikan keretanya di bahu jalan. Dia menapak keluar dari perut kereta. Laju kakinya melangkah ke tempat Conan.

"Laa..motor awak ke yang tersadai kat situ? Tu la, saya dah cakap, beli je motor baru! Ni dah menyusahkan orang lain, sesak teruk jalan tahu tak!"Membebel Aylanins di situ sambil memandang ke arah motorsikal milik Conan yang tersadai d tengah jalan. Mukanya berkerut bila diamati motorsikal Conan banyak yang kemek.

"Dah habis cakap?" Conan mengetap bibir. Luka dan darah meleleh di lengan dan kakinya langsung tidak dipandang gadis itu.

"Erk...awak..awak..kemalangan ke?" Aylanins mula memandang luka di lengan dan kaki Conan. Memang matanya tadi asyik ke arah jalan saja.

"Saya dah alih motor tu kat tepi jalan. Yang awak membebel macam Mak Jemah ni kenapa?" Soal Conan. Sesekali mukanya berkerut menahan sakit.

"Nan..maafkan Ayla. Mari Ayla hantar ke klinik." Aylanins mula perlahankan suara. Cuba memujuk Conan.Lengan Conan yang sudah luka dan berdarah, cuba dipegang lembut. Banyak juga kesan koyak di bahagian siku baju.

Conan biarkan saja buah hatinya berbuat begitu. Mereka berdua mula masuk ke dalam kereta menuju ke klinik berdekatan. Sepanjang perjalanan itu, Aylanins tidak henti meminta maaf. Kasihan pula melihat Conan menahan sakit macam tu. Sesekali dia pandang Conan di sebelah yang masih membelek-belek lukanya.

"Nan..maafkan Ayla ok?" Aylanins masih tidak puas hati. Conan seperti tidak hiraukannya. Sepanjang perjalanan itu, hanya dia yang bercakap sedangkan Conan hanya diam membisu.


SETENGAH jam memandu, mereka tiba di sebuah klinik. Aylanins bengang melihat Conan yang menepis tangannya yang cuba membantunya masuk ke dalam klinik. Usai mendaftar, Conan mula masuk ke dalam bilik rawatan. Aylanins yang ingin turut sama masuk ke situ dihalang oleh Conan.

"Awak..janganlah macam ni.."

Conan tutup pintu.

Aylaninsmelangkah malas dan duduk di kerusi di depan kaunter bayaran. Matanya tidak lekang dari memandang ke arah bilik rawatan. Risau dengan keadaan Conan. Hampir sejam menunggu, akhirnya Conan keluar dari bilik rawatan itu dengan berbalut lengan dan lutut. Cepat-cepat Aylanins mendapatkan Conan semula.

"Mari saya bantu.."Aylanins sekali lagi cuba pegang lengan Conan.

Kali ini Conan tidak menepis. Dia biarkan saja gadis itu memapahnya ke kereta semula setelah membuat bayaran. Dalam diam dia cuba mencari riak wajah Aylanins yang sudah sugul."Awak dah sarapan?"

Aylanins menoleh seketika ke arah Conan dan dia mula menggeleng.

"Kalau macam tu..kita singgah di Kopitiam. Kita sarapan kat situ." Conan pelawa Aylanins untuk bersarapan bersama. Risau juga melihat riak gadis itu yang sudah sugul. Buatnya dia merajuk sakan, macam mana??

Kereta Aylanins mula membelok ke kanan ke arah deretan kedai dan di hujungnya terletak kedai kopitiam. Mereka berdua mula menapak ke kedai itu beriringan. Pagi begitu, banyak meja kosong. Mereka berdua mula melabuhkan punggung.

"Awak nak makan apa? Kat sini, ubi rebus pun ada." Conan cuba mengambil hati Aylanins yang masih sugul. Haih..susah juga nak pujuk orang merajuk ni.

"Apa sajalah. Awak..awak marahkan saya ke tadi?" Wajah yang menunduk tadi mula diangkat perlahan. Dia pandang Conan yang sedang leka membelek menu. Langsung tidak mengangkat muka.

"Hmm...ada pulut pagi ni. Tak pun..kita makan roti bakar dan telur separuh masak jelah.." Conan masih menatap menu. Dia perasan, Aylanins seperti memandangnya dari tadi. Sengaja dia tidak mengangkat muka.

"Awak..pandanglah saya.." Aylanins sedikit meninggikan suara.


Perlahan Conan mengangkat muka. Wajah Aylanins sudah semakin geram. Dia cuba menahan ketawa melihat gelagat gadis itu yang langsung tidak kontrol ayu. Seingatnya, sejak pertama kali berjumpa, Aylanins tidak seperti gadis lain yang bersolek tebal, bergaya seolah macam Diva. Aylanins hanya gadis biasa yang tidak pernah mengenakan solekan tetapi ayu tetap terserlah.

"Awak nak apa?" Conan masih seperti tadi. Sengaja tidak senyum.

"Awak marahkan saya ke?" Ulang Aylanins lagi.

"Macam nilah..memang saya geram dengan awak tadi. Awak tak pernah nak ambil berat hal saya. Tadi, kemalangan tu pun, awak lebih membebel pasal motor saya yang halang laluan jalan. Kalau saya tercampak ke dalam longkang pun, awak tak kisah kan?" Conan cuba mencari reaksi gadis itu.

Aylanins tunduk. Memang dia tak pandai mengambil hati lelaki. Jiwanya sudah terdidik dengan sikap tegas dan tidak mengalah apalagi pada lelaki. Mungkin sebab itu juga dia memilih kerjaya polis.

"Maaf, saya tak berniat macam tu tadi. Saya mengaku saya ni tak macam perempuan lain, sopan, ayu, gedik..manja.." Semakin Aylanins tundukkan wajahnya. Sungguh dia bukan gadis seperti itu.

Conan senyum. Suka melihat Aylanins merajuk. "Baiklah. Saya nak order yang paling mahal. Awak boleh belanja?" Conan tidak lepas memandang Aylanins yang mula mendongak.

"Boleh..orderlah." Senyuman sudah mula terukir di bibir namun Conan masih tidak melemparkan senyuman kepadanya.

"Ada pen dan kertas?"

"Hah? Nak buat apa?"

"Adalah..." Conan segera menulis sesuatu di atas kertas setelah dihulur oleh Aylanins tadi lalu dihulur semula kepada gadis itu setelah siap ditulis. "Ini order saya.."

Berkerut kening Aylanins dengan gelagat Conan. Nak order pun main tulis-tulis ke? Perlahan dia baca.

'Saya nak order CINTA sebungkus, letak SETIA lebih sikit, CURANG jangan letak sebab saya tak makan, Tuangkan rasa SAYANG lebih tau..'

Pantas Aylanins mendongak semula. Conan dilihat sudah tersenyum di depannya. Terus ketawanya pecah.

Conan menopang dagu dengan tangan kiri. Lega melihat Aylanins yang sudah mula ketawa. Cute...sweet...

Pagi itu usai sarapan, Aylanins hantar Conan ke pejabat, Dari minggu lepas lagi, Conan sudah bertukar tempat kerja. Dia pula segera menuju ke balai polis dan tengahari nanti, dia sudah berjanji dengan Muzafar untuk maklumkan apa yang dilihat di kondominium mewah malam tadi.


hai_has Publish time 30-1-2015 11:23 PM

Ipo replied at 30-1-2015 09:22 PM
PAGI lagi Aylanins sudah ke pejabat. Dia perlu kemaskini semua maklumat yang diterima sebelum berjum ...

Mmg nk pecah perut bc hat ni...hamboihlah conan....toya nya perngai...

Zamzam2013 Publish time 31-1-2015 07:03 AM

Ipo replied at 30-1-2015 09:22 PM
PAGI lagi Aylanins sudah ke pejabat. Dia perlu kemaskini semua maklumat yang diterima sebelum berjum ...

Sweet sangat conan... So cute...
Pages: 1 2 3 4 5 [6] 7 8 9 10 11 12 13 14 15
View full version: P/S: NOTA KAKI (TAMAT)


ADVERTISEMENT