Ipo Publish time 4-2-2015 01:46 AM

BAB 8


KERETA diparkir di laman rumah bujang Nicki dan Conan. Ipo menapak keluar dari perut kereta. Halaman rumah yang bersih dan hanya dihiasi dengan pokok orkid hutan itu diperhatikan seketika. Ipo melangkah pula ke anjung rumah, di sebelah kiri rumah. Dia mencari sesuatu di situ. Dibelek-belek pasu bunga dan juga kerusi yang ada di situ. Rak kasut juga turut diperhatikan.

"Hmm...tak ada apa.." Ipo bercekak pinggang sambil mata liar memerhati sekitar anjung rumah. Nota kaki memang tidak ada di tempat itu.

"Weh!"

Ipo menoleh. Conan dan Nicki sudah terpacak di sebelahnya.

"Kau ni..terkejut aku. Bagi la salam ke apa ke?" Ipo mengurut dada.

"Eh..kau tu yang patut bagi salam. Ni rumah aku, kau tu tetamu." Sengih Conan. Dari tadi dia dan Nicki memerhati Ipo yang terhendap-hendap, terintai-intai di anjung rumah. Entah apa yang dicari.

"Yalah..yalah. Aku tahu. Err..korang dari mana ni?" Ipo turut sengih.

"Laa..satu lagi soalan bodoh kau! Dari tempat kerja la! Lainlah macam kau tu, tak kerja. Jadi PI.." Nicki pula mencelah sambil tersengih kerang.

"PI tu part time je. Aku ingat nak minta kerja kat makmal Hanna tu." jelas Ipo, dia jeling kedua lelaki itu yang sudah tersenyum-senyum.

Conan dan Nicki mengangguk-angguk. Ipo diajak masuk ke dalam rumah. Di ruang tamu, mereka berehat seketika dan berbual kosong. Usai solat maghrib dan isyak, mereka menyambung berbual di ruang tamu. Sejag air kosong dari peti sejuk diambil dan diletakkan di atas meja sofa. Puas juga dahaga walaupun air kosong dihidangkan.

"Aku nak tanya ni..ada makhluk tu letak nota kaki kat rumah korang?" Ipo mula bertanya hal nota kaki.

"Oh..jadi yang kau terhendap-hendap macam pencuri tadi tu, kau nak cari nota kaki la ya?" Conan sudah mahu ketawa.

"Ya la. Apa lucu sangat ke?" Ipo mengetap bibir. Nampak sangat kedua jejaka handsome itu tidak serius dalam hal itu. "Semalam, baru berlaku pembunuhan ke tiga, sebab tu aku tanya pasal nota kaki tu."

"Hmm..tak ada la pulak. Kejap.." Nicki bangun dan menghampiri pintu rumah. Dia membongkok dan mengintai dari celah pintu. Dulu, nota kaki itu diselitkan di situ. Tak ada apa-apa. Dia kembali ke sofa semula. "Tak ada pun!"

"Hmm..pelik. Dah dua nota kaki korang terima. Kali ni tak ada la pulak.." Ipo berkerut kening. Dia cuba mencari klu dalam hal itu. Nota kecil yang dijumpai di tempat letak kereta di restoran tadi, mungkin ada kaitan dengan semua itu. Dia pasti, nota kecil itu milik lelaki yang tergesa-gesa ke kereta tadi.

"Aku ada jumpa nota kecil. Dalam tu ada dicatat tentang seorang yang dikenali sebagai kenarihitam dan ada dua kod yang sudah dilaksanakan." Ipo bicara pula tentang nota kecil itu.

"Nota kecil?" Serentak Nicki dan Conan bertanya.

"Ya..nama kenarihitam disebut banyak kali dalam nota tu. Aku rasa something fishy.."Ujar Ipo lagi sambil jemari menggaru lembut dagu yang ada sedikit janggut.

"Kau rasa ada kaitan tak dengan pembunuhan sadis tu?" Conan pula bertanya.

"Mungkin. Tak apa, malam ni aku tidur sini boleh? Mana tahu makhluk tu datang bawa nota kaki tu lagi?" Ipo pandang Nicki dan Conan silih berganti.

"Ish! Kau ni! Ada ke minta makhluk tu datang kat sini! Seram bulu roma aku!" Nicki mencebik.

"Aku dapat rasa..dia akan tinggalkan nota kaki tu kat sini. Kau tengoklah nanti.." Ipo beria pertahankan kata-katanya.

"Whatever..kau sorang jelah yang tunggu kat muka pintu tu." Nicki teguk air kosong lagi.

"Eh..kau date dengan siapa tadi?" Usik Ipo, teringat tengahari tadi dia ternampak Nicki dengan Nayla berdua makan tengahari di restoran itu tadi, sengaja dia tidak mahu tegur.

"Date?" Conan pula pantas menoleh. Nicki sudah tersenyum sumbing di sebelahnya.

"Alah..korang ni. Kalau aku keluar dengan awek, terus cakap aku dating." Nicki terus alihkan matanya ke arah lain. Malu sebenarnya.

"Macam mana kau boleh sangkut dengan Nayla?" Ipo pula merasa teruja hendak tahu. Dulu bukan main lagi kedua insan itu bergaduh bagai.

"Nayla?" Sekali lagi Conan pandang Nicki. Biar betul mamat ni..

"Nayla? Hish!! Perempuan mulut longkang tu? Oh tidak! Never!" Nicki mencebik lagi.

"Kau jangan main-main Nicki. Mata aku tak rabun ok! Walaupun aku pakai spek, aku masih boleh nampak dengan jelas perempuan yang makan tengahari sekali dengan kau tadi." Ipo pertahankan lagi kata-katanya.

"Dia bukan Nayla. Dia Arisha!" Nicki turut pertahankan kata-katanya juga.

"Hmm..masa kat tasik dulu pun, macam ada sesuatu yang tak kena. Arisha tu pakai baju kurung..lepas tu, muncul pula Nayla yang pakai blaus dan seluar jeans..kembar ke?" Conan garu kepala.

"Mungkin...rupa sama tapi watak berbeza. Nayla tu macam garang, Arisha tu lembut. Kalau betullah mereka tu kembar...takkan Arisha macam tak tahu saja siapa Nayla?" Nicki pula bingung.

"Pelik.." Ipo pula berkerut kening. Banyak benda yang terjadi, belum ada satu pun lagi yang dapat diketahui dengan baik dan dapat ditemui jawapannya. Mungkin dia akan bekerjasama dengan Detektif Hani, mungkin dengan cara itu, kes Kurt akan selesai dengan cepat dan tiada lagi pembunuhan sadis. Ya, semua nota kaki akan diberikan kepada Detektif Hani nanti. Hanya itu saja jalan yang terbaik dan dalam masa yang sama, dia akan berusaha mencari semula formula asal itu yang sudah dicuri Ryan.

Duummm!!! Krikkkk!! krikkk!!

Terdiam Ipo, Conan dan Nicki. Mereka saling berpandangan. Ipo sempat jeling jarum jam yang digantung di dinding ruang tamu itu. Sebelas malam. Mereka diam tidak berkutik. Nicki meliar melihat ke arah pintu dan dinding sebelah kiri ruang tamu. Di situlah dulu, bunyi cakaran berlaku. Kali ini, bunyi cakaran itu kembali lagi dan lebih jelas bunyinya.

"Ipo..aku rasa makhluk tu dah datang.." Nicki angkat kedua kakinya ke atas sofa dan dipeluk kuat.

Conan pula masih diam, memerhati dan memasang telinga. Bunyi tadi sudah berhenti.

"Aku pun rasa macam tu..mungkin dia akan tinggalkan nota kaki tu di situ.." Ipo tuding ke arah bawah pintu.

Nicki menelan liur. Bulat matanya memandang ke arah pintu tadi. Dia menoleh pula ke arah Conan yang juga sudah pucat mukanya. Uh..kata aku penakut, dia tu dah pucat macam mayat..

Kriiiiiiiiikk...kriiiiiiikkkkkk...

Bunyi cakaran kali ini semakin kuat. Mereka saling berpandangan.

Duumm!!

Pintu terbuka luas. Angin kuat menerpa masuk sehingga menerbangkan langsir tingkap. Tercegat berdiri satu susuk tubuh yang sudah mendengus kuat. Air liur meleleh dari mulut. Jelas makhluk itu seperti mencari sesuatu di situ. Ipo pandang Conan yang sudah semakin pucat. Dia turut menelan liur. Nicki pula semakin kuat memeluk lutut sehingga rapat ke muka.

"Tolong aku...tolong aku.."

Sekali lagi mereka saling berpandangan. Makhluk itu pandai berkata-kata. Suara seperti merintih sayu.

"To...tolong apa?" Ipo beranikan diri bertanya.

"Aku nak kembali normal..tolong aku."

Ipo menelan liur. Dia memerhati sejenak keadaan fizika makhluk yang masih berada di situ. Makhluk itu sedikit membongkok dan kedua tangan dan kaki seperti manusia. Bulu di badan agak jarang dan yang jelas..mukanya berubah. Bukan lagi rupa manusia.

"Ma..macam mana nak tolong? Kau yang hantar nota kaki tu? Apa kau nak beritahu kami sebenarnya?" Bertubi soalan dari Nicki. Dia mula berani melihatkan Ipo yang sudah tercegat berdiri. Dia turut berdiri.

Conan masih duduk di sofa, memerhati danhanya mendengar perbualan makhluk itu dengan Ipo tadi. Makhluk itu dilihat sudah menunduk, seperti orang sugul lagaknya. Belum sempat Ipo bertanya lagi, makhluk itu sudah menghilangkan diri.

Ipo terus menutup pintu tetapi sebelum itu dia intai jika ada nota kaki ditinggalkan di situ. Tiada apa-apa. Dia kembali ke ruang tamu. Buntu memikirkan kejadian tadi. Kini dia pasti, makhluk itu pasti kenal salah seorang dari mereka.

Conan pandang Nicki bila ditanya Ipo tentang hal itu. Mereka berdua kemudian menggeleng.

"Tak apa..esok aku jumpa Detektif Hani. Aku nak bekerjasama dengan dia. Nota kaki tu, aku akan beri pada dia." Ipo berterus terang. Dulu, dia memang tidak mahu libatkan pihak polis.

"Habis tu Nayla? Kan dia cari juga nota kaki tu?" Conan teringat ugutan dari Nayla.

"Biarkan dia..dia mesti tahu nak cari kat mana.." Nicki mencebik lagi.

Masing-masing buntu semula. Telefon bimbit Conan berdering. Dia menjawab sebentar.

"Siapa?" Nicki terus bertanya. Muka Conan sudah berubah masa menjawab panggilan itu tadi.

"Ayah aku.." Malas Conan menjawab.

"Ayah?" Serentak Ipo dan Nicki bertanya.

"Dia nak jumpa aku esok. Dia baru pulang dari US.." Conan bangun dan menapak malas ke bilik. Hilang moodnya ketika ini.

Ipo dan Nicki turut sama ke bilik masing-masing.



PAGI lagi, usai solat subuh, mereka bertiga bersiap hendak ke pejabat. Conan pula perlu berjumpa ayahnya. Nicki ada mesyuarat penting bersama cik Julia. Ipo akan ke balai polis bertemu Deteketif Hani. Mereka bersarapan ala kadar. Roti disapu mentega dan kopi o panas. Selesai sarapan, mereka sama-sama ke kereta di halaman rumah.

"Eh..apa ni?" Nicki capai sekeping kertas di atas tangga rumah.

Ipo dan Conan melangkah ke arah Nicki yang mula membaca apa yang tercatat di atas kertas itu.

"Mungkir?" Serentak Ipo dan Conan bersuara. Nota itu hanya ditulis satu perkataan 'Mungkir'

"Err..rasanya nota dulu tu..Engkar kan?" Nicki teringat nota kaki kedua yang diterima dulu.

Serentak pula Conan dan Ipo mengangguk.

"Tak apa..mari sini nota tu. Aku akan bincang dengan Detektif Hani.." Ipo ambil nota itu dari tangan Nicki dan dia menapak ke keretanya. Kereta dipecut laju keluar dari halaman rumah itu.

Nicki dan Conan juga turut sama ke pejabat masing-masing.


yipun_78 Publish time 4-2-2015 06:47 AM

ummm makin banyak persoalan lak

Ipo Publish time 4-2-2015 09:51 AM

IPO sampai di makmal tempat Hanna bekerja.Nota kaki yang dijumpai malam tadi di rumah Nicki rasanya sudah cukup untuknya libatkan pihak polis. Hanna perlu diberitahu tentang hal itu walaupun sebelum ini mereka telah mencapai kata sepakat untuk tidak melibatkan pihak polis dan menyiasat hal itu sendiri. Rintihan makhluk itu yang menyebabkannya mengubah fikiran. Makhluk itu mungkin butuhkan pertolongan. Macam mana? Dia sendiri belum ada jawapan. Langkahnya diatur ke bilik analisa. Senyum melihat Hanna begitu tekun mencari formula yang pernah dibuat oleh Kurt. Nota milik Kurt yang dihulur Hanna dulu masih tidak boleh diketahui formula sebenar. Tulisan Kurt mengalahkan tulisan seorang doktor. Hanya beberapa formula saja yang dia boleh faham, selebihnya lebih kepada tulisan cakar ayam.

Dari pintu cermin itu, jelas dia melihat Hanna yang masih leka melihat sesuatu dari mikroskop elektron. Bilik yang menempatkan mikroskop elektron itu cukup bersih dan tidak sewenangnya digunakan untuk tujuan lain kerana alat itu terlalu sensitif dan hanya yang bertauliah menggunakannya saja dibenarkan mengendalikan alat itu. Ipo mengambil keputusan untuk menunggu saja Hanna di situ. Sepuluh minit berlalu, dia jenguk Hanna. Nampaknya Hanna sudah pun keluar dari bilik itu melalui pintu belakang. Laluan itu akan terus menuju ke bilik pejabat. Ipo turut melangkah ke arah bilik pejabat dari situ. Nota kaki yang dijumpai malam tadi dan juga nota kecil itu akan ditunjukkan kepada Hanna dan mereka perlu berbincang. Langkah diatur semakin laju namun terhenti seketika sebaik terpandang seorang lelaki yang pernah dilihatnya dulu. Lelaki yang berbual dengan Nicki di tempat letak kereta. Lelaki itu sedang berbual serius dengan Hanna di dalam bilik pejabat yang sedikit terbuka pintunya.

"Macam mana dia kenal Hanna?" Ipo memandang lelaki itu penuh curiga. Dia mula menyorok di belakang pintu. Perbualan antara Hanna dan lelaki itu jelas di telinga.



HANNA mendengar penuh perasaan. Setiap butir kata dari lelaki bernama Alif itu cukup membuatkan hatinya membara. Pengakuan dari lelaki itu sudah cukup membuktikan yang selama ini Ryan memeras ugut Alif hanya untuk merealisasikan projeknya dan bermegah pula sekarang ini. Perasaannya kini bercampur baur. Antara geram, simpati dan ingin membalas setiap perbuatan Ryan yang ternyata sudah semakin gila kuasa dan nama.

"Hanna...maafkan aku. Aku terpaksa lakukannya. Tujuan aku datang sini selain dari membuat pengakuan ni, aku juga nak pulih. Tolong aku Hanna. Aku dah tak sanggup membunuh manusia yang tidak berdosa di luar sana. Mangsa aku tidak kira siapa. Bila aku mula merasa panas badan dan menjalar ke otak, aku akan berubah sekelip mata. Masa tu..aku dah tak ingat siapa aku.." Alif tunduk. Rambutnya dicengkam kuat. Dia benar-benar bingung.

"Jadi..selama ni..kau yang bunuh?" Hanna terkejut. Tidak sangka, rupanya Alif menjadi mangsa bahan kajian Ryan selama ini.

"Entah..aku tak sedar. Bila otak aku dah stabil..akutersedar, aku dah berada di tempat asing dan mungkin dalam semak belukar yang agak tebal. Yang paling aku terkejut, ada sekujur mayat yang sudah dirobek-robek dagingnya. Aku pucat dan aku menggigil ketakutan. Masa tulah aku terus lari sekuat hati dan pulang ke rumah. Dan pernah satu malam tu, Nicki bermalam di rumah aku. Aku rasa dia seperti syak yang aku adalah makhluk tu." Alif berterus terang lagi. Kali ini dia tidak perlu berselindung lagi. Nyawanya dan nyawa Amir dalam bahaya. Biarlah dia merengkuk dalam penjara sekalipun atas tuduhan membunuh. Dia pasrah!

"Jadi setakat ni, dah berapa ramai mangsa kau?" Hanna semakin bersimpati pada Alif yang sudah kebuntuan.

"Aku tak tahu..semua mangsa diheret ke dalam hutan. Kes orang yang dilaporkan hilang tanpa dapat dikesan tu, itu adalah orangyang aku bunuh. Aku kenal wajah mereka. Formula yang disuntik ke badan aku tu, bukan saja boleh buatkan aku ganas tapi otak aku jadi bijak dan aku boleh baca data dari otak mangsa. Semua tentang mangsa aku tahu. Rupanya..mangsa aku semuanya orang yang bijak dan profesional. Akutransfer IQ di sebelah tengah otak mangsa ke data otak aku dan Ryan akan simpan semua tu. Setiap kali selepas berlaku pembunuhan, aku seperti dipukau dan akan menyerah pada Ryan untuk proses scan otak." Alif menundukkan wajah lagi.


IPO yang masih berada di sebalik pintu turut meraup muka. Tergamam mendengar pengakuan Alif. Bermakna Nicki kenal Alif dan Ryan sudah jadikan Alif sebagai bahan kajiannya. Gila! Ryan sudah melanggar etika seorang saintis!! Perbualan antara Hanna dan Alif masih rancak. Dia menyambung mendengar semula.


HANNA turut tunduk. Sungguh apa yang sudah dilakukan Ryan tidak ada perikemanusiaan langsung! Orang ramai tidak tahu siapa Ryan sebenarnya dan menyanjung tinggi kepakaran lelaki itu dalam bidang sains dan penghasilan formula. Malah Ryan sudah terkenal sebagai seorang saintis yang menghasilkan formula yang cukup hebat untuk anti penuaan dalam bidang kosmetik dan melangkah selangkah lagi dalam bidang minda bijak. Semua itu hasil titik peluh Kurt!

"Hanna..kau kena tolong aku. Aku tak nak orang yang tak berdosa menjadi mangsa nanti.." Alif merayu.

"Aku boleh tolong kau tapi aku perlukan kerjasama kau juga. Aku tahu kau terpaksa buat semua tu kerana nak menyelamatkan adik kau tu. Sekarang ni, kau tak boleh stress dan marah. Bimbang nanti, ia mudah merasuk minda kau. Formula tu dah diubah Ryan. Kalau dulu Kurt hasilkan formula CB tu untuk minda yang bijak dan boleh cerna data dengan mudah tapi Ryan dah curi dan manipulasi formula tu. Kurt dituduh cuba mengkhianati syarikat dengan menjual formula tu kepada pasaran gelap. Kurt dihukum tapi tak sangka Kurt hilang. Puas aku tanya, di mana mereka kurung Kurt. Tujuh tahun kemudian Kurt muncul dalam keadaan hilang ingatan. Nayla yang hubungi aku. Dia jumpa Kurt terbaring di tepi jalan sambil meracau-racau." Panjang lebar Hanna meluahkan segala isi hatinya yang dipendam seorang diri.

"Nayla?? Maksud kau...Nayla yang selamatkan Kurt?" Alif pandang Hanna yang hanya mengangguk lemah. "Hanna, kau tahu kat mana Nayla kerja sekarang ni?"


"Entah..tapi aku selalu dapat nota kaki yang dimasukkan ke dalam peti surat aku. Dalam nota kaki tu, orang tu berikan perkembangan maklumat tentang kes Kurt. Aku pun hairan siapa yang letak nota kaki tu dan bagaimana dia tahu aku pernah terima satu surat misteri yang mengatakan dia tahu tentang Kurt. Aku syak semua tu kerja Nayla. Dia dah banyak terhutang budi pada Kurt yang selalu menyokong kerjayanya sebagai seorang ahli mikrobiologi dan anak didik Kurt. Tapi selepas Kurt hilang, dia merasa sangat bersalah dan mungkin sebab tu dia nekad untuk siasat kes ni. Ipo pun ada beritahu aku tentang tu." Balas Hanna lagi.


"Ipo? Siapa?" Alif pula keliru.


"Dia juga microbiologist dulu tapi bekerja di makmal lain. Sekarang ni, dia nak kerja kat makmal ni. Mungkin sekejap lagi dia sampai. Tadi, dia ada call aku nak datang sini. Kau boleh bekerjsama dengan dia nanti." Ujar Hanna sekali lagi.


"Aku Ipo!" Ipo munculkan diri dari balik pintu.


Serentak Hanna dan Alif berpaling.


"Bila kau sampai?" Hanna terkejut, tiba-tiba saja Ipo muncul di situ.


"Maaf..aku dah sampai awal tadi. Kau tengah buat ujian di bilik mikroskop tadi. Saja aku tak nak ganggu. Tak sangka pula ada tetamu penting kat sini." Ipo melangkah perlahan mendekati Hanna dan Alif dan turut melabuhkan punggung di situ.


"Oh..jadi kau dah dengar apa yang kami bualkan tadi?" Ipo dipandang tak berkelip. Hanna tahu lelaki itu tidak terburu-buru melakukan sesuatu.


Ipo mengangguk. "Maaf..aku mencuri dengar tadi. Alif, bagus kalau kau beri kerjasama. Mudahlah nanti tugas kami."


"Ya..aku dah tahan semua ni. Tapi aku bimbang, Ryan akan tahu apa yang aku dah buat ni..maksud aku pengakuan ni. Dia ugut aku dengan syarat tu.." Alif terasa hidupnya dikongkong oleh Ryan.

"Syarat?" Serentak pula Hanna dan Ipo bertanya, mata menala ke Alif yang tunduk sambil mencengkam rambut.

"Ya.." Alif mendongak. "Aku kena cukupkan tujuh belas mangsa..itu syarat dia. Lepas tu, dia akan bebaskan aku."

Ipo terdiam. Hanna turut terdiam.

"Jadi..dia memang benar-benar ikut telunjuk syaitan. Aku rasa dia dah deal dengan syaitan untuk cukupkan syarat tu. Syarat tu sebagai perjanjiannya dengan syaitan. Aku pernah nampak buku lama penuh dengan gambar syaitan dan lukisan kuno. Angka tujuh belas adalah angka yang digemari syaitan tu..kalau tak silap aku..nama syaitan tu Marchosias..rupanya seperti serigala atau lembu jantan.." Ipo baru teringat pada sebuah buku yang pernah dilihatnya dalam bilik Ryan di makmal ABC dulu semasa dia bertemu dengan Kurt.

"Maksud kau?" Alif pula terkejut. Bingung dengan pengakuan Ipo sebentar tadi. Memang dia terasa dirinya seperti yang digambarkan oleh Ipo tadi. Kuat mendengus.

"Dia seperti obses dengan buku tu. Aku tak sempat nak baca penuh. Masa tu, aku hanya sempat belek sekilas saja. Itupun masa tu, Ryan tak ada dalam bilik yag tidak berkunci tu. Itu perjanjian syaitan. Jika cukup tujuh belas mangsa, ilmu Ryan akan semakin kuat dan dia akan disegani ramai pihak. Kuasa di tangannya. Sebab tu, dia beri syarat tu pada kau. Sekarang ni, dah berapa ramai mangsa kau?" Ipo semakin serius bertanya. Perkara itu sudah keterlaluan baginya. Ryan, sudah juah terpesong dari dunia nyata! Hidup lelaki itu sudah dikuasai syaitan dan dunia fantasi. Apa yang berlaku pada Alif bukan lagi fantasi tetapi realiti!

"Entah..aku tak bilang. Mungkin sudah lebih dari sepuluh sebab benda ni berlaku sejak enam tahun dulu lagi. Apa yang kau cakap tadi..maksudnya ..aku ni hanya kambing hitam??" Alif menelan liur.

Ipo mengangguk. Dulu dia berteka teki siapa yang akan menjadi mangsa Ryan dalam merealisasikan impian gilanya itu. Tidak sangka, Alif yang dipilih melalui kebaikan yang dibuat pada adik Alif iaitu Amir yang memerlukan rawatan dan pembedahan segera. Silap Alif juga yang terima pelawaan Ryan untuk menolong Amir tetapi rupanya ada udang di sebalik batu.

"Ni..aku percaya, nota ni kepunyaan kau.." Nota kecil yang dijumpai semalam diletakan atas meja di depan Alif.

Membuntang Alif melihat nota kecil di depannya itu. Dari semalam dia mencari nota kecil itu yang sudah tercicir di restoran semasa dia menegur Nayla yang sedang mengintai seseorang di situ. Memang sah, itulah nota kecil yang hilang itu. Mukanya pucat. "Ma..mana kau dapat ni?"

"Di restoran tu..aku rasa nota ni kau punya. Memandangkan kau dah mengaku semua ni, aku nak tanya, siapa kenarihitam dan kod KH01 dan KH02 tu apa?" Ipo terus saja mengasak soalan.

Alif diam sebentar. Dia juga bingung. Nota kecil itu adalah milik Amir. Dalam hal ini, dia tidak mahu libatkan Amir. Biarlah dia seorang diri melalui semua itu. Ipo dan Hanna tidak perlu tahu. "Maaf..aku pun tak tahu nota tu milik siapa. Aku terjumpa di kaki lima sebuah bangunan masa aku nak ke kedai mamak."

Ipo masih memandang Alif. Kata-kata Alif tadi seperti cuba mengelakkan sesuatu dan menyembunyikan sesuatu.

"Dan ni.." Ipo tunjuk pula nota kaki yang diterima.

Alif hanya jeling. Nota kaki itu bukan miliknya. Dia tidak pernah meninggalkan apa-apa nota pun. " Maaf..bukan aku yang tulis semua ni.."

"Tapi setiap kali ada pembunuhan, makhluk tu datang rumah Nicki dan lepas tu..nota kaki ditinggalkan. Makhluk tu kau kan?" Ipo cuba mencari reaksi Alif.

"Makhluk tu memang aku tapi nota kaki tu bukan aku tinggalkan kat situ." Alif pula berkerut kening melihat Ipo yang sudah kebingungan.

"Tak apa. Kita akan siasat nanti. Oh ya, sebenarnya tadi aku datang nak bincang hal ni dan nak libatkan pihak polis." Ipo nyatakan tujuan asalnya ke situ.

"Kau serius?" Hanna pandang Ipo tak berkelip.

"Mungkin dengan bantuan polis..maksud aku Detektif Hani, kes Kurt ni akan lebih mudah diselesaikan." Jelas Ipo bila melihat Hanna seperti tidak suka cadangannya.

"Kau rasa mereka akan percaya dengan kes ni? Maksud aku..makhluk jadian ni? Mungkin polis akan ketawakan kau la Ipo!" Hanna mencebik, senyum sinis.

"Mungkin mereka tak percaya tapi Detektif Hani sekarang ni sedang menyiasat kes pembunuhan yang melibatkan mawar hitam. Kau kan tahu juga yang mawar hitam turut diletakkan di sisi mayat yang dirobek tu?"Kali ini mata Ipo mengalih pula pada Alif.

Alif diam. Memang dia tidak tahu kaitan mawar hitam dengan kes pembunuhan yang dilakukannya.

"Ok..." Hanna mula mengalah.

Sebelum beredar dari situ, Hanna mengambil sampel darah, tisu dan air liur Alif untuk proses forensik dan esktrak nanti. Jika berpadanan dengan enzim yang diekstrak dari bakteria itu dan padan juga dengan enzim dari darah dan air liur dari makhluk itu, akan senanglah nanti tugas mereka untuk mendapat kembali formula asal. Jika ditanya pada Kurt, lelaki itu masih hilang ingatan.




Ipo Publish time 4-2-2015 10:56 AM

ALIF pulang dengan rasa berdebar. Sepanjang perjalanan pulang tadi, liar matanya memerhati sekeliling. Bimbang kuncu-kuncu Ryan akan mengekorinya dan tahu apa yang sudah dilakukannya tadi. Tidak mustahil seorang seperti Ryan yang sudah bersekongkol dengan syaitan akan tahu semua itu. Sungguh licik permainan Ryan, berselindung di sebalik nama dan kuasa seorang saintis terkenal tetapi yang sebenarnya dia adalah syaitan bertopengkan manusia. Nasiblah Ryan itu bukan muslim sepertinya. Jika tidak, harus dihencap ustaz yang pernah datang ke rumahnya dulu. Ustaz Haris, kenalan arwah ayah yang tidak pernah jemu memberi ilmu akhirat kepadanya dan Amir. Mereka kini hanya tiinggal dua beradik saja setelah kematian kedua ibu bapadua tahun yang lalu.
Tiba di rumah, Alif segera masuk ke bilik Amir. Dia menggeledah semua nota-nota yang ada di dalam bilik itu. Buku rujukan dari zaman universiti masih disimpan elok. Nota kecil juga masih ada tetapi hanya berkaitan dengan pelajaran dan kerja saja.

"Abang!"

Alif menoleh. Amir sudah tercegat di muka pintu.

"Eh..kata outstation?" Alif berlagak biasa. Cadar di atas katil dibetulkan segera. Bantal ditepuk-tepuk.

"Conference tu dah dipendekkan jadualnya. Jadi Mir balik la. Rindu nak jumpa awek.." Amir sengih. Beg beroda diletakkan di sisi katil dan dia terus rebahkan tubuhnya di situ. Ah..lega...

Alif lega. Nampaknya Amir tidak mengesyakinya apa-apa tadi. Dia turut baring menelentang di sebelah Amir yang sudah memandang ke siling putih bilik yang agak sederhana saiznya.Matanya turut sama menala ke siling dengan kedua lengan diletakkan di bawah kepala.

"Mir..kenapa kau tinggalkan Nayla?" Alif mulakan bicara setelah lama Amir berdiam diri dengan merenung lama ke siling putih. Entah apa yang difikirkan oleh adiknya ketika ini sehingga begitu ralit memandang siling putih itu.

Amir memalingkan mukanya ke arah kanan. Alif masih memandang siling sepertinya juga. "Maksud kau?"

Alif berpaling perlahan. "Nayla..dia sangat cintakan kau dan kau macam tak hargai cintanya. Kau terang-terang keluar dengan gadis lain. Kau jangan mainkan perasaan Nay, Mir.."

"Siapa yang mainkan perasaan siapa? Aku atau Nay?" Amir mengetap bibir.

Kali ini Alif pula tergamam. "Maksud kau?"

"Sudahlah! Aku penat ni. Aku nak tidur. Kejap lagiaku nak jumpa Linda." Amir segera mengiringkan badannya dan menutup mukanya dengan bantal.

Alif menggeleng. Begitulah Amir jika dia tidak mahu berbual. Begitu cepat Amir mencari pengganti. Linda, gadis yang mempunyai sikap yang lebih kurang sama dengan Amir. Suka memberontak dan sukar diajak berbincang. Itupun dia kenal Linda setelah Amir bawa pulang ke kondominium mereka. Dia faham dengan reaksi Amir ketika itu bila terkejut melihat dia berada di rumah. Kalau tidak, entah maksiat apa yang dilakukan oleh Amir nanti. Bersama Nayla dulu, Amir tidak seperti itu. Perangai Amir sudah jauh berubah sejak tidak lagi bersama Nayla. Solat sudah jarang ditunaikan. Suka keluar malam-malam hingga ke pagi. Tadi, dia ingin bertanyakan hal nota kecil itu tapi entah kenapa soalan Nayla pula yang ditanya. Siling putih dipandang lagi. Apa maksud Amir pasal Nay? Nay yang mainkan perasaan dia ke?

"Hmm...mana Nayla tinggal sekarang ni? Takkan di rumah nenek dia?" Wajah Nayla pula memenuhi ruang mata. Nampaknya gadis itu seperti merajuk dan ingin menjauhkan diri darinya.




Ipo Publish time 4-2-2015 10:57 AM

hari ni terlebih rajin plak..{:smileo

maaf la ek..citer dah ke laut dalam dah ni..
haru biru dah rasanya

Ipo Publish time 4-2-2015 11:37 AM

BAB 9




NAYLA berkurung dalam bilik. Semalam, tiba-tiba satu kereta memintas keretanya dan terus saja menariknya keluar dari kereta. Mati-mati dia ingat dia sudah diculik penyangak. Rupanya mereka itu semua adalah orang suruhan nenek.

"Nay..buka pintu ni sayang!"

Nayla hanya pandang daun pintu yang diketuk kuat. Dia tahu, nenek tidak bermaksud untuk mencedera atau menyeksanya. Nenek hanya risaukan keselamatan dirinya yang mudah memberontak. Rumah besar tersergam indah itu tidak pernah memberi kebahagian untuknya menyebabkannya mencari tempat tinggal lain dan tinggal sendiri. Dengan wang hasil kerjanya di makmal itulah, dia membayar sewa dan segala keperluan diri. Entah macam mana nenek dapat menghidu di mana dia tinggal.

"Nenek nak apa?" Nayla melaung dari dalam bilik.

"Buka pintu ni dulu. Macam mana nak cakap kalau melaung macam ni?"

Nayla merengus. Dia menapak turun dari atas katil dan berjalan ke arah pintu. Pintu dibuka. Nenek sudah tersenyum di situ. "Nenek nak apa?"

"Kut ya pun, bagilah nenek masuk dulu." Sharifah Qasidah menerpa masuk ke dalam bilik Nayla yang sudah melangkah semula ke katil.

"Sampai hati nenek buat macam tu. Nay hanya nak hidup sendiri!" Bentak Nayla.

"Sampai bila Nay jadi macam ni? Jangan nak memberontak! Jangan jadi macam mak kamu tu! Degil! Keras kepala!" Sharifah Qasidah mengetap bibir. Memang perangai anak perempuannya dulu sudah diturunkan kepada Nayla.

"Sebab nenek macam nilah, mak jadi degil dan keras kepala! Nenek buang mak semata-mata kerana keturunan!! Pergi jahanamlah dengan keturunan nenek tu!" Balas Nayla yang sejak dulu membenci sikap nenek yang lebih pentingkan keturunan dari anak sendiri.

Panng!!!

Nayla tunduk Satu tamparan kuat di pipitadi terasa pedih. Dia menggosok perlahan. Air mata tidak perlu ditumpahkan. Dia sudah lali dengan tipu daya dunia. Amir pun sama!

"Perangai kurang ajar kamu ni tak ubah macam mak kamu! Degil! Melawan!" Semakin geram Sharifah Qasidah melihat cucunya yang ternyata langsung tidak menangis akibat dilempang kuat tadi.

"Kenapa nenek pisahkan saya dari mak, ayah dan adik kembar saya??!!" Nayla tajam memandang neneknya yang sudah menahan marah.

"Kamu apa tahu? Tengok, nama kamu tak ada Sharifah! Sebab mak kamu dah nikah dengan lelaki bodoh tu!" Balas Sharifah Qasidah mula, melepaskan geram yang dipendam sekian lama.

"Hebat sangat ke keturunan nenek tu? Tak ada makna di sisi Allah nek! Hanya iman dan takwa saja yang menaikkan darjat manusia! Bukan Sharifah yang nenek banggakan sangat tu!" Jerit Nayla.

Panng!! Sekali lagi pipi Nayla jadi mangsa tamparan kuat tapak tangan Sharifah Qasidah.

"Sudah! Esok, kamu kena masuk ofis! Nenek dah sediakan tempat untuk kamu!" Sharifah Qasidah bingkas bangun dan melangkah keluar dari bilik Nayla.

Tajam neneknya dipandang. Tapak tangan menggosok pipi yang dilempang kali kedua. Kuasa veto nenek sungguh ketara. Patutlah mak dibuang keluarga. Nayla melihat album yang masih disimpan dalam laci. Album itu dibelek satu persatu. Hanya gambar saja yang menjadi kenangan buatnya dan hilang rasa rindunya pada mak, ayah dan Arisha.

"Mereka tinggal kat mana sekarang?" Nayla peluk album dengan erat. Berjuraian air mata jatuh ke pipi. Rindunya pada mereka tidak tertahan lagi.

Album diletakkan semula. Nafas ditarik berat dan dihembus perlahan. Esok, dia akan ke pejabat nenek dan mulai sekarang dia perlu mengikut semua kata-kata nenek. Dalam masa yang sama, dia akan terus mencari di mana Arisha tinggal dan juga meneruskan siasatan kes Kurt. Dia perlu cari pengirim surat misteri itu yang tahu apa yang sudah berlaku pada Kurt. Nampaknya pengirim itu menghantar lagi satu surat kepada Hanna. Surat yang menyatakan alamat.

"Aku akan cari dia..walau di hujung duniasekali pun." Nayla senyum. Alamat itu seperti asing baginya. Entah ceruk mana!

Ipo Publish time 4-2-2015 12:19 PM

LANGKAH diatur kemas memasuki ruang legar pejabat besar milik nenek. Sesekali Nayla memandang ke arah pekerja syarikat itu yang mencuri pandang ke arahnya. Dia perhatikan pakaian yang membaluti tubuhnya. Tiada apa-apa yang tidak kena. Tidak seksi dan tidak selebeh. Matanya ditala semula ke arah pekerja yang tersenyum-senyum memandangnya dari tadi.

"Ish..entah-entah dia orang tu ketawakan aku.." Rasa rimas pula bila terpaksa pakai baju ala feminin, skirt labuh dan blaus berona ungu dengan beg tangan disangkut di bahu kiri. Rimas! Bukan dirinya bergaya seperti itu. Kalau dibenarkan pakai jeans dan blaus saja ke pejabat, sekarang juga dia akan tukar semula pakaian yang membaluti tubuhnya ketika ini.

Nayla pandang lagi baju dan skirt yang dipakainya. Suara-suara berbisik jelas kedengaran walau tidak tahu butir bicara. Ah! Lantaklah! Dia bukan alien yang perlu dilihat dengan penuh kepelikan! Kakinya diatur semakin laju, dia harus sampai ke bilik neneknya dengan segera.

"Oh maaf!!" Nayla menundukkan wajah sambil meminta maaf. Fail sudah berterabur atas lantai. Dia turut mengutip llau dihulur kepada orang yang dilanggar tadi.

"Amir??" terkejut Nayla saat terpandang wajah lelaki yang sedang menyambut fail dari tangannya tadi.

Amir yang turut terkejut sudah terdiam di situ. Dia perhatikan gadis itu yang sudah berubah penampilannya, begitu feminin. Tidak berkedip matanya memandang Nayla yang berdiri di depannya kini. Ya...sudah agak lama mereka tidak bersua muka. Suasana sunyi seketika. Kaku dan kelu. Masing-masing diam membisu.

"Awak buat apa kat sini?" Amir mula berbicara setelah keadaan agak senyap tadi.

"Err..awak kerja sini ke?" Pertanyaan Amir tidak dijawab sebaliknya dia pula mengaju soalan.

"Ya..kenapa? Dan awak..buat apa kat sini? Nak minta kerja sini ke?" Amir masih tidak berkelip memandang Nayla yang sudah kelihatan menggelabah. Dia tahu gadis itu hanya berlakon. Bukan dia tidak tahu hati Nayla sebenarnya untuk Alif. Dalam diam mereka menyulam kasih, di belakangnya! Nota cinta Alif itu buktinya!

"Err..tak..saya.." Nayla sudah terasa berpeluh.

"Ha..dah sampai cucu nenek!" Sharifah Qasidah melemparkan senyuman manis kepada Nayla dan tubuh cucunya dipeluk mesra.

Cucu?? Amir menelan liur. Selama tujuh tahun dia bekerja di situ, dia tidak pernahtahu yang Nayla adalah cucu kepada pemilik syarikat besar itu. Sekali lagi dia terdiam.

"Amir, lepas ni ada mesyuarat. Saya nak kertas kerja projek di Cameron Highlands tu."

Amir hanya mengangguk. Matanya tidak lepas dari memandang Nayla yang sudah beriringan masuk ke bilik pengarah bersama Puan Sharifah Qasidah. Dia masih kaku di situ. Sungguh terasa bagai mimpi.

cmf_conan Publish time 4-2-2015 12:27 PM

"Aku Ipo!" Ipo munculkan diri dari balik pintu.

tuh diaaa.. hero malaya dah sampai :lol:

Amir mesti jadi mangsa keliru Nayla-Arisha neh.. keh keh keh..

Nicki_Meow Publish time 4-2-2015 12:37 PM

Amir? :o

Kawan si Qi ke?

:lol:

Ipo Publish time 4-2-2015 02:04 PM

cmf_conan replied at 4-2-2015 12:27 PM
tuh diaaa.. hero malaya dah sampai

Amir mesti jadi mangsa keliru Nayla-Arisha neh.. keh ...

hero berlagak teror menyiasat...padahal duk pusing2 situ gak..
habuk pun tarak!:lol:

Ipo Publish time 4-2-2015 02:05 PM

Nicki_Meow replied at 4-2-2015 12:37 PM
Amir?

Kawan si Qi ke?

ya la! Amir tu dah termasuk geng nota kaki kekdahnya:lol:

cmf_conan Publish time 4-2-2015 02:17 PM

Ipo replied at 4-2-2015 02:05 PM
ya la! Amir tu dah termasuk geng nota kaki kekdahnya

Bila Qi nak timbul heret Ipo ke amariya pulak? :lol:

Ipo Publish time 4-2-2015 02:42 PM

cmf_conan replied at 4-2-2015 02:17 PM
Bila Qi nak timbul heret Ipo ke amariya pulak?

hahah..nak jugak masuk watak Qi kat sini..

bulih jah..nanti tercampak ke dunia amariya gitew..
dah alang-alang aku buat citer fantasia ni..apa salahnya kan? kan? kan?:lol:

Ipo Publish time 4-2-2015 03:28 PM

SEHARIAN Amir tidak dapat membuat kerja dengan tenang. Nayla yang ditempatkan di sebuah bilik di sebelah nilik pengarah itu yang membuatkannya merasa serba tidak kena. Segala kerjanya terasa sudah tunggang langgang. Untuk dia kembali kepada Nayla tidak mungkin. Dia yang mulakan dulu menjauhkan diri dari gadis itu kononnya merasa tertipu dengan nota cinta abangnya sendiri.

"Amir, kau ni kenapa? Dah nak pukul lima ni?" Tegur Azam. Dari tadi dia perhatikan sikap Amir yang keluh kesah.

Amir mendongak. Pen yang dipegangnya tadi diletakkan atas meja. Azam, teman sekerja yang cukup rajin menolong jika dia perlukan bantuan kepakaran. Pertanyaan Azam tidak dijawab. Dia bingkas bangun dan mula mengemas meja yang berselerak dengan kertas kerja. Azam dilihat sudah berlalu pergi. Meja dikemaskan ala kadar.

"Eh apa ni?" Sekeping nota pelekat yang dilekatkan di tepi meja dicapai. Nota itu dibaca sepintas lalu.

'Aku harap kau bahagia dengan Linda. Antara kita, TITIK!'

Amir meraup muka. Dia sudah dapat meneka, nota itu dari Nayla. Nampaknya Nayla sudah menokhtahkan hubungan itu yang terjalin sekian lama. Mukanya diraup lagi. Salahnya juga kerana tidak usul periksa. Melulu menuduh Nayla curang dengan Alif. Sekejap itu juga, dia menyahut cinta Linda yang sudah lama menantinya. Amir intai bilik Nayla. Gadis itu masih di dalam bilik itu berbincang dengan pegawai pemasaran. Nampaknya Nayla bersungguh bekerja dan belajar tentang bisnes syarikat walaupun dia berlainan bidang dulu, mikrobiologi.


Telefonnya berdering kuat. Nama Linda muncul di skrin. Dia biarkan saja tidak berjawab, fikirannya sudah kusut sekarang ini. Entah kenapa dia merasakan kehilangan Nayla saat dia bertentang mata tadi. Jelas seraut wajah milik gadis itu tadi seperti mengejek dirinya ketika gadis itu memberi arahan untuk menyiapkan satu lagi kertas kerja. Kunci kereta dicapai dari atas meja dan dia terus saja ke tempat letak kereta. Di situ, dia menunggu Nayla penuh sabar. Dia perlukan kepastian gadis itu. Jika benar Alif yang menjadi pilihan, maka dia sedia undur diri.


NAYLA melangkah ke tempat letak kereta. Lega bila segala urusan kerja dapat ditangani dengan baik dan cepat belajar dari Encik Rashid, pegawai kanan nenek. Dia harus mengalah dengan kehendak nenek memandangkan dia juga perlu ruang dan peluang untuk meneruskan apa yang tertangguh dulu. Mencari siapa pembunuh itu dan juga formula CB yang asal. Walaupun dia tahu Ipo serta dua lagi lelaki itu sedang ligat menyiasat perkara itu, namun itu tidak mematahkan semangatnya untuk meneruskan siasatan itu seorang diri. Sekeping kertas dicapai dari dalam beg tangan. Kertas yang tertera alamat pengirim yang menghantar surat kepada Hanna.

"Hmm...aku akan cari alamat ni." Nayla senyum.

Langkahnya semakin laju menuju ke kereta. Terpaksa dia berbohong dengan nenek yang dia sudah membuat temujanji dengan kawan satu universiti dulu. Nenek tidak banyak bertanya. Kereta dipandu keluar dari tempat letak kereta menuju ke destinasi.


AMIR mengekori kereta Nayla dari jarak selamat. Dia perlu tahu di mana gadis itu tinggal dan dengan siapa gadis itu selalu berjumpa. Sehingga ke hari ini, jarang dia melihat Nayla keluar dengan Alif. Kereta dipandu mengikut kelajuan kereta Nayla.


NaylaArisha Publish time 4-2-2015 04:09 PM

Ipo replied at 4-2-2015 03:28 PM
SEHARIAN Amir tidak dapat membuat kerja dengan tenang. Nayla yang ditempatkan di sebuah bilik di seb ...

wahh salute ah... kalau nay mesti dah tunggang langgang jalan cerita ;P

Ipo Publish time 4-2-2015 04:49 PM

NaylaArisha replied at 4-2-2015 04:09 PM
wahh salute ah... kalau nay mesti dah tunggang langgang jalan cerita

ni pun tunggang langgang jugak Nay..;P

dah pening nak teruskan citer ni..
sendiri karang sendiri tak reti nk reka plot:lol:
rasanya dah haru biru dah ni.

baca jelah..nak kondem pun tak pa..tak marah..:P
tak faham..tanyalah sapa2 kat bod ni..:lol:
maaf ler..citer ipo yang ni pun bukan kisah chenta sangat ...tak ada jiwang karat macam Adam dn Hawa nun. Arissa dan daniel nun.
tambah berat kepala ado lerr..:lol:

cmf_conan Publish time 4-2-2015 05:06 PM

Ipo replied at 4-2-2015 04:49 PM
ni pun tunggang langgang jugak Nay..

dah pening nak teruskan citer ni..


kalo nak buat ala2 cite werewolf tu..
cemaner gaya ek kalo si mamat 2 ekor tu terkena virus jadian neh.. :lol:
sekor jadi kucing miang.. sekor lagi jadi kucing pondan {:1_563:}

Ipo Publish time 4-2-2015 05:34 PM

cmf_conan replied at 4-2-2015 05:06 PM
kalo nak buat ala2 cite werewolf tu..
cemaner gaya ek kalo si mamat 2 ekor tu terkena virus jadia ...

adeh..tak dak nya mangsa kena robek daging nanti..

yang ado..mangsa ditawan sajo buat main cak-cak..{:1_563:}
sekor miang..sekor lagi pondan

Ipo Publish time 4-2-2015 05:48 PM

BAB 10



PULANG dari mengekori Nayla siang tadi, Amir termenung seketika. Jenuh dia memikirkan mengapa gadis itu memandu sejauh itu semata-mata untuk berjumpa dengan lelaki tua?? Siapa lelaki itu sebenarnya? Mundar mandir Amir di dalam bilik. Fikirannya semakin kusut. Lelaki itu tidak mungkin ayah Nayla kerana dulu dia pernah melihat wajah ayah dan ibu Nayla.

Amir baring pula di atas katil. Hampir satu jam dia mengekori Nayla tadi sehingga ke Rawang. Sengaja dia tidak munculkan diri di situ, dia harus tahu siapa yang Nayla jumpa sebenarnya. Dari situ, dia mengekori pula Nayla sehingga ke sebuah apartment tidak jauh dari bandar KL. Nampaknya Nayla tinggal di situ.

"Aku dah tahu kat mana dia tinggal.." Amir mula senyum.

"Mir..lambat balik?" Alif menegur Amir yang kelihatan termenung di atas katil.

Amir menoleh. Dia bingkas bangun dan duduk di birai katil. Alif pula menapak ke arah Amir lalu punggung dilabuhkan di sebelah Amir.

"Aku ada hal tadi.." Amir jawab acuh tak acuh.

"Hmm..ni dah solat maghrib belum ni?" Alif pandang jarum jam di atas meja belajar di bilik itu. Menghampiri lapan malam.

Amir bangun malas dan capai tuala lalu masuk ke bilik air. Alif menggeleng. Dia masih menunggu di situ. Sebagai seorang abang, menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dan memastikan Amir terdidik denganbaik. Dia sanggup berkorban apa saja untuk satu-satunya darah daging yang dia ada.Sepuluh minit berlalu, Amir sudah menapak keluar dari bilik air dengan hanya bertuala.

"Abang dah solat?"Amir pandang Alif yang masih duduk di birai katil. Rambutnya dilap kasar dengan tuala kecil.

Alif mengangguk.

Amir mula mengenakan baju melayu dan kain pelekat. Sejadah dibentangkan menghala kiblat. Maghrib ditunaikan ala kadar saja. Tidak sampai sepuluh minit, siap sudah solatnya.

"Mir..abang nak cakap sikit boleh?" Alif menyambung bicara.

Amir lipat sejadah dan dia duduk semula di sebelah Alif. "Apa dia?"

"Malam tu..kau dari mana?" Alif mula bertanya kejadian pada satu malam. Amir tiba-tiba berlari keluar dari bilik dan menerpa pintu rumah dan kemudian hilang. Sejam selepas itu, dia kembali dengan muka berpeluh dan ada titisan darah pada baju. Sampai saat ini, perkara itu masih menghantuinya.

"Bila?" Muka Amir sudah berkerut. Soalan Alif sudah terasa pelik.

"Malam kau balik dari jumpa kawan sampai pukul satu pagi tu? Kau dari mana, sampai berpeluh sakan dan ada kesan darah pada baju kau. Baik kau berterus terang dengan abang!" Alif perlu juga bertanya hal itu pada Amir. Sudah lama dia ingin tahu.

Amir diam. Dia masih berfikir apa yang dimaksudkan oleh Alif tadi. Dia juga bingung sebenarnya. Memang dia tidak sedar semua itu berlaku. Apa yang dia tahu, dia tiba-tiba berlari keluar dan pulang dalam keadaan begitu.Terasa lemah seluruh anggota badan. Dia terbaring lesu di atas katil sehingga ke pagi. Itu saja yang dia tahu.

"Aku tak tahu.." Amir bingkas bangun dan duduk pula di kerusi. Komputer riba dibuka lalu dia melayan pula laman mukabuku.

Alif hanya melihat gelagat Amir yang tidak pernah serius bila menyentuh hal itu. Amir lebih suka diam membisu daripada menjawab pertanyaannya. "Kau kenal Ryan?"

Amir pantas berpaling. "Ryan?"

Alif mengangguk.

Amir alihkan mukanya ke arah skrin komputer riba semula. Di benaknya sarat dengan persoalan demi persoalan. Sampai ke hari ini, dia juga tidak tahu apa yang sudah terjadi dan tambah kusut dengan kehadiran Nayla di pejabatnya tadi. Nota pelekat itu, sudah jelas dan nyata,Nayla tak akan menyambung kasih dengannya lagi.

"Mir..abang bukan apa. Abang tak nak perkara buruk berlaku pada kau. Abang kenal siapa Ryan. Abang bimbang kalau dia.." Kata-kata Alif terhenti di situ. Riak Amir masih sama. Selamba saja.

"Sudahlah bang. Aku tak kenal siapa Ryan. Jadi tolong jangan kusutkan kepala otak aku ni dengan benda tu!" Amir merengus.

Alif diam seketika. Dia tahu Amir seperti berserabut keadaannya. "Kau dah jumpa Nay?"

Pantas Amir berpaling. "Oh..jadi benarlah kau dan Nay ada hubungan? Korang saling sayang kan? Huh! Tak sangka!" Amir mencebik, dia melemparkan senyuman sinis.

"Mir..abang tak pernah ada hubungan apa-apa dengan Nay. Selama ni Nay begitu sayangkan kau tapi kau yang curang dengan Nay. Kau pilih Linda, kenapa?!" Alif sudah mula geram. Mahu saja dia cepuk sebiji muka adiknya yang seolah tidak pernah merasa bersalah pada Nayla.

"Sayang aku ke atau kau?!" Jengil Amir pada abangnya yang sambil mengetap bibir.

Alif terdiam. "Abang tak faham.."

"Huh..kura-kura dalam perahu.." Amir ketawa sinis.

"Betul! Abang betul-betul tak tahu! Apa Mir cuba cakap ni?" Alif garu kepala.

"Sudahlah bang! Selama ni, aku yang bodoh!" Amir bingkas bangun dan dia capai kunci kereta lalu keluar dari bilik itu.

"Mir!! kau nak ke mana??" Laung Alif. Amir dikejar sampai ke muka pintu. Amir sudah masuk ke dalam lif.

Berlari Alif menuju ke pintu lif. Butang lif ditekan beberapa kali. Sebaik pintu lif terbuka, dia terus mener[a masuk dan tidak sedar dia sudah terlanggar seseorang yang memakai jaket hitam dan bertopi. Cermin mata hitam menutupi sepasang mata orang itu. Tidak jelas gerangan orang itu tadi. Lagak seperti lelaki."Maaf..saya tak sengaja."


"Hmm.."


Alif hanya melihat orang itu menuju ke sebuah unit tidak jauh dari rumahnya di tingkat lapan itu. Butang 'tutup' ditekan.Sampai di bawah, dia cuba mengejar Amir yang nampaknya sudah menderum laju memandu meninggalkan kawasan kondominium. Dia menggeleng. Entah apa pula Amir akan lakukan nanti. Mahunya subuh baru pulang ke rumah.


Alif menoleh ke kiri, matanya tertancap pada seseorang yang sedang mendongak melihat ke arah kondominium itu. Lagaknya seperti memerhati sesuatu. Tidak jelas siapa gerangan orang itu yang menunggang Ducati hitam. Membuntang melihat gerangan pemilik Ducati hitam itu bila helmet dibuka. Perempuan??
Alif masih memerhati ke arah perempuan itu yang masih mendongak ke arah unit komdominium. Dengan hanya cahaya dari lampu jalan, tidak berapa jelas raut wajah perempuan yang berdiri di tepi motosikal itu tadi. Perempuan itu dilihat sudah ke pondok pengawal, seperti bertanyakan sesuatu pada pengawal di situ.

Alif senyum sendiri. Ralit sungguh dia melihat gelagat perempuan yang memakai jaket hitam dan seluar hitam. Padanya perempuan seperti itu cukup menarik di matanya. Dan Nayla juga punyai ciri-ciri seperti itu.Sempat Alif jeling ke arah perempaun tadi yang kembali semula ke motosikalnya yang diparkir di luar kawasan kondo itu. Dia menapak ke gerai berhampiran. Terasa lapar pula malam-malam begitu. Langkahnya diatur ke deretan gerai tidak jauh dari situ. Sesekali dia mencuri pandang pada prempuan itu yang kelihatan masih menunggu di tepi motosikal.

Hampir satu jam melepak di gerai itu, Alif kembali semula ke rumahnya. Perempuan yang dilihat tadi sudah tiada di situ. Dia menapak ke pintu lif semula. Hampir lima minit menunggu, pintu lif mula terbuka namun sebaik pintu lif terbuka, meluru keluar orang yang dilihat tadi, juga berpakaian sama dengan perempuan pemilik Ducati hitam itu tadi. Tergesa-gesa orang itu keluar dari pintu lif dan melangkah laju ke arah jalan besar. Alif panjangkan leher, orang itu sudah menahan sebuah teksi dan hilang dibawa kepekatan malam.

"Hmm..takkan perempuan tadi.." Alif garu kepala. Memang pakaian perempuan itu dan pakaian orang yang terserempak dua kali dengannya tadi adalah sama. Yang berbeza, orang yang meluru keluar dari lif tadi memakai topi baseball.


Alif sekali lagi menekan butang lif. Tadi pintu lif sudah tertutup. Sementara menunggu pintu lif terbuka sekali lagi, dia memerhati sekeliling. Matanya tertancap pada sehelai daun yang sudah agak kering. Daun itu dicapai. "Macam daun bunga ros.."


Alif menapak masuk ke dalam lif sebaik pintu lif terbuka. Sampai di tingkat lapan, dia berjalan menuju ke unit rumahnya yang terletak tidak jauh dari lif. Terhenti langkahnya dan mata tepat memandang ke arah rumah di hujung tingkat lapan itu. Dia kenal siapa pemilik unit itu. Seorang anak orang berada yang hidupnya hanya tahu berseronok saja dan pernah juga Amir terikut-ikut gaya hidup lelaki itu.

"Kenapa pintu gril rumah dia terbuka? Dia ada kat rumah ke?" Alif beranikan diri mendekati rumah Benjamin.

Benar, pintu gril terbuka luas tetapi pintu rumah tertutup rapat. Dalam hatinya berkata mungkin lelaki itu terlupa mengunci pintu gril. Pelik juga kerana selama ini lelaki yang dikenali Benjamin itu tidak pernah biarkan pintu gril tidak berkunci apatahlagi terbuka luas seperti itu. Pintu rumah diketuk beberapa kali. Tiada jawapan. Alif mula melaung memanggil nama Ben. Juga tiada jawapan.

"Laa..tak kunci.." Alif senyum sebaik dia cuba pulas tombol pintu.

Terkaku dia di situ sebaik pintu dibuka luas. Rasa kakinya ditimpa batu besar. Apa yang terbentang di depan mata sekarang ini sungguh tidak diduga.

cmf_conan Publish time 4-2-2015 06:04 PM

Ipo replied at 4-2-2015 05:34 PM
adeh..tak dak nya mangsa kena robek daging nanti..

yang ado..mangsa ditawan sajo buat main cak- ...

memang laa.. ipo la jadi mangsa nanti..
kene usung ke hulu ke hilir.. {:1_563:}
Pages: 1 2 3 4 5 6 7 8 9 [10] 11 12 13 14 15 16 17 18 19
View full version: P/S: NOTA KAKI (TAMAT)


ADVERTISEMENT