NaylaArisha Publish time 27-1-2015 02:00 PM

Nicki_Meow replied at 27-1-2015 01:54 PM
Ekhem....Hai.

You minat I eh?


Errrr...... :$:$


Minat ler jugak.. Muka you ala2 Lee Jon Gi gitew {:mlflower2:}













{:1_563:}{:1_555:}

ladyFinger12 Publish time 27-1-2015 02:08 PM

NaylaArisha replied at 27-1-2015 02:00 PM
Errrr......




https://polygrafi.files.wordpress.com/2013/04/lee1.jpg

Erkk.... jambu. Cannot brain. Jauh lebih tough lee lam thye

:lol:

Nicki_Meow Publish time 27-1-2015 02:42 PM

ladyFinger12 replied at 27-1-2015 02:08 PM
Erkk.... jambu. Cannot brain. Jauh lebih tough lee lam thye

Licin halus mulusssss nya kulit. :'(

Kulit iols pun tak halus mulus camtu.... :L



ladyFinger12 Publish time 27-1-2015 03:35 PM

Nicki_Meow replied at 27-1-2015 02:42 PM
Licin halus mulusssss nya kulit.

Kulit iols pun tak halus mulus camtu....
Agak2, mamat ni ada bulu kaki tak? :shutup:
:lol:

pst mod nay... thanks ya kerana mcampakkan perempuan itu ke dasar laut dalam. Sungguh memahami gitu. :lol:

cmf_conan Publish time 27-1-2015 03:46 PM

ladyFinger12 replied at 27-1-2015 03:35 PM
Agak2, mamat ni ada bulu kaki tak?




ada rantai ngan mangga tak??
kalo tak ada harapan timbul balik tu ;P

prettyuglybabe Publish time 27-1-2015 04:17 PM

Ipo replied at 26-1-2015 10:48 PM
Papp!!
Ipo terkejut. Tepukan kuat dari tapak tangan Conan tadi di bahunya menyedarkannya dari lamun ...

tengah syok kunyah popcorn, terus tersembuq.. {:1_563:}{:1_563:}

Ipo Publish time 27-1-2015 06:23 PM

Ade..semua dah jadi konfius..:lol:{:1_563:}

cmf_conan Publish time 27-1-2015 06:37 PM

Conan merenung Nicki yang sedang asyik menonton cerita ultraman berlawan raksasa kucing.
Dia mengelap peluh yang mula menetes di dahi. Terkulat-kulat dia menjilat bibirnya. Nyaris nak meleleh air liurnya.

'Nak minta kat Nicki, nanti dikata aku muka tembok pulak. Tapi aku sudah tak dapat nak tahan lagi nih', desis Conan.

Perlahan dia menghampiri Nicki. Mata masih lagi merenung ke arah Nicki.

"Nickiiiiiiiii....... oh Nickiiiiiiiii....." meleret penuh manja nama Nicki dipanggil.

"Apa ko.......nak?" terkedu Nicki melihat Conan, yang memandang ke arahnya, tak berkelip! Dia melihat tubuhnya. Baju, seluar semua pakai. Apakes ni??

"NIckiiiii..... aku nakkkkkk......" Conan semaking menghampiri. Nicki sudah kaget. :funk:

"Err.. err.. apa ko nak??" tanya Nicki terketar-ketar, sambil bangun dan berundur menjauhi Conan.

"Huh kedekut la ko ni! Beli ais krim makan sorang je!" sembur Conan, terus merajuk.


:lol: sorry.. kenot help it!

Ipo Publish time 27-1-2015 06:48 PM

cmf_conan replied at 27-1-2015 06:37 PM
Conan merenung Nicki yang sedang asyik menonton cerita ultraman berlawan raksasa kucing.
Dia mengel ...

adeh...boleh gak aku masukkan dalam citer ni..selingan di rumah bujang Conan dan Nicki{:1_563:}

Ipo Publish time 27-1-2015 06:49 PM

"Mana nota tu?"

Conan dan Nicki saling berpandangan. Sekali lagi perempuan yang tiba-tiba muncul itu dipandang tak berkelip. Terkebil-kebil Conan dan Nicki melihat gadis yang bertopi dengan rambut ditocang dan diselitkan ke dalam topi itu berdiri di depan mereka. Apa yang membuatkan mereka terkaku di situ adalah rupa paras gadis itu.

"Err..maaf, awak ke yang call saya pagi tadi?" Nicki mula bersuara setelah agak lama terdiam. Bingung seketika.

"Ya! Mana nota tu?" Sekali lagi gadis itu bertanyakan nota kaki dari Nicki.

"Err...macam mana awak tahu nama saya? Nombor telefon saya? Dan...awak ni..macam.." Nicki garu kepala. Dia benar-benar keliru sekarang ini. Raut wajah gadis itu tidak ubah seperti gadis yang menyapanya tadi yang baru saja berlalu pergi. Sejak bila gadis itu menukar pakaian dari baju kurung kepada blaus dan seluar jeans?

"Hmm..aku dah agak dah. Kau berpura-pura tak tahu pasal Nota kaki tu kan?" Conan juga tidak berkelip memandang wajah gadis yang di depannya yang padanya pandai berlakon.

"Mana nota tu??" Gadis tadi semakin tinggi nada suaranya.

"Cik adik, orang kata datang rumah orang kalau nak minta, buat cara beradab. Bukan datang terjah macam ni, lepas tu minta dengan kasar, apa kes?" Geram Conan dengan sikap gadis yang padanya sungguh tidak sopan. Rasanya baru sebentar tadi gadis itu berlembut dan meminta maaf sebelum beredar dari situ. Tapi pelik..cepat pula gadis itu menukar pakaian.

"Aku tak ada masa. Aku nak nota tu!" Tegas suara gadis itu dengan nada jengkel.

"Eh cik adik, masuk rumah orang kalau biadap macam ni, dengan tak kenalkan diri, boleh dihalau tahu?" Conan semakin geram. Nasib baik Aylanins tidak seperti gadis itu.

"Baiklah..nama aku Nayla." Nayla mula perkenalkan diri.

"Macam tulah! Kau nak buat apa dengan nota tu? Dan..mana kau tahu nota tu ada dengan kami?" Nicki pula menyampuk. Sejak tadi dia masih keliru. Ingin saja dia bertanya pada gadis itu.

"Kalau korang tak nak dituduh pembunuh, baik korang serahkan nota tu pada aku!" Ugut Nayla.

"Maksud kau?" Conan bercekak pinggang.

"Aku tahu..korang nampak mayat tu dirobek bukan?" Nayla senyum sinis.

Conan dan Nicki saling berpandangan. Terasa pucat muka tatkala mendengar kata-kata gadis itu. Ternyata gadis itu bukan sebarangan. Mereka perlu berhati-hati. Bermakna nota kaki itu adalah penting dalam kes pembunuhan itu dan lebih tepat lagi ia memang ada kaitan dengan pembunuhan sadis itu.

"Kami dah buang nota tu!" Nicki pula menjawab.

"Baiklah...aku dah beri amaran pada korang. Sesiapa yang terima nota tu, bermakna dia sudah dipilih oleh pembunuh untuk mengikuti setiap kes pembunuhan yang bakal dilakukan. Ingat! Ini bukan pembunuh biasa!!" Nayla tuding ke muka Nicki dan Conan sebelum beredar dari situ.


AYLANINS yang masih menunggu dalam kereta hanya memerhati dari jauh pertemuan kedua jejaka itu dengan Nayla. Kini dia pasti tentu ada sesuatu yang tidak kena. Sudah lama dia menjejaki gadis itu.

NaylaArisha Publish time 27-1-2015 08:57 PM

Ipo replied at 27-1-2015 06:49 PM
"Mana nota tu?"

Conan dan Nicki saling berpandangan. Sekali lagi perempuan yang tiba-tiba muncul...

kembar???




Zamzam2013 Publish time 28-1-2015 01:15 AM

Ipo replied at 26-1-2015 10:48 PM
Papp!!
Ipo terkejut. Tepukan kuat dari tapak tangan Conan tadi di bahunya menyedarkannya dari lamun ...

Wow! @Ipo... I'm impressed... Brilliant idea... Originally narrated personally by the one & only @Ipo the novelist... Great starting... 4 thumps up especially for u @Ipo...

Ipo Publish time 28-1-2015 08:30 AM

Zamzam2013 replied at 28-1-2015 01:15 AM
Wow! @Ipo... I'm impressed... Brilliant idea... Originally narrated personally by the one & only @ ...

tinggi melangit tu Zam...ipo cerita apa yang dah ada saja..just sambung dari cerpen simpanan ipo je:$

Ipo Publish time 28-1-2015 08:31 AM

PULANG dari Tasik Titiwangsa tadi, Aylanins terus saja pulang ke rumah. Sebentar lagi, selepas solat maghrib, dia perlu berjumpa seseorang. Apa yang dilihatnya di Tasik Titiwangsa tadi cukup membuatnya merasa curiga. Tambah lagi bila melihat si buah hati, Conan ada bersama tadi. Sepanjang perjalanan pulang ke rumah tadi pun, dia asyik memikirkan tentang hal itu.

Aylanins capai tuala dari palang di tepi bilik air. Dia melangkah ke bilik air untuk mandi. I phone 6berbunyi kuat dari atas meja solek. Tidak jadi dia melangkah ke bilik air, telefon dicapai.

"Hmm..Nan.." Aylanins mengukir senyum.

Dia perlu ambil peluang ini untuk bertanya lanjut mengenai kejadian di tasik tadi. Agak lama dia berbual dengan Conan di hujung talian. Hampir setengah jam berbual, talian diputuskan. Nampaknya Conan kerja shift malam. Esok, dia akan berjumpa dengan Conan. Dia perlu tahu apa sebenarnya yang berlaku di tasik tadi. Masa perbualan di telefon tadi, Conan seperti mengelak menjawab pertanyaannya tentang hal itu. Tak apa, Conan mudah dipujuk hanya dengan senyuman manis darinya. Bimbang juga jika Conan terlibat dalam kejadian bunuh itu.

Langkahnya diatur semula ke bilik air. Usai membersihkan diri dan sementara menunggu azan maghrib, Aylanins menyelak fail yang dibawa pulang tadi. Satu persatu fail itu dibelek dan dibaca. Setakat ini, tiada lagi yang boleh dijadikan suspek dalam kes pembunuhan sadis itu. Tiada tanda-tanda yang ditinggalkan oleh pembunuh untuk dijadikan bukti. Malah laporan dari pakar forensik juga menemui jalan buntu. Kesan robek pada mayat itu disahkan bukan dari senjata tajam buatan manusia tetapi ianya dari cakaran kuku yang tajam, gigi yang panjang dan tajam. Dan ini sudah tentu membawa kepada sejenis binatang buas!

Satu lagi fail dibuka. Kes misteri pembunuhan bersiri juga yang masih belum terjawab siapa pembunuhnya. Hanya mawar hitam saja yang ditemui di sisi mayat. Mawar hitam juga dilihat berada di sisi mayat yang dirobek ituuntuk mengelirukan pihak polis sedangkan sebelum ini, mawar hitam hanya dijumpai pada mayat yang ditikam bertubi-tubi dengan pisau.

"Mungkin pembunuh mawar hitam ni ada kaitan dengan mayat yang dirobek..hmmm.." Aylanins masih berfkir.

Fail ditutup sebaik azan maghrib sudah mula berkumandang. Maghrib ditunaikan dengan segera. Bergegas pula Aylanins keluar dari rumah. Dia perlu sampaikan maklumat itu kepada seseorang. Kereta menderum laju meninggalkan halaman rumah ke destinasi.



AYLANINS senyum sebaik sampai di tempat yang dijanjikan. Orang yang ingin ditemui sudah pun menunggunya di situ. Langkahnya semakin laju menuju ke arah itu.

"Hai Muz.." tegur Aylanins sebaik melabuhkan punggung di kerusi.

Muzafar senyum. Gadis yang ditunggu sudah muncul di depan mata. Sempat seraut wajah itu diperhatikan seketika. Manis dan ayu. Tak sangka, wajah ayu dan manis itu kini adalah seorang detektif juga seperti Hani. Tapi hatinya bukan untuk gadis itu, hatinya sudah lama diberikan kepada Hani, detektif muda yang disegani. Apa yang membuatnya merasa jauh dari Hani adalah kerana peristiwa yang pernah menimpa Hani sepuluh tahun dulu. Silapnya juga kerana mendiamkan diri tanpa berbuat apa-apa. Dan bukan salah Hani jika gadis itu menaruh dendam dan benci.

"Nah..kuew toew ladna kegemaran kau.." Muzafar sua sepingganmakanan yang sudah siap dipesan.

"Wah..macam tahu je kau ni.." Sengih Aylanins melihat makanan kegemarannya sudah terhidang di depan mata.

Matanya dialih pada Muzafar, jejaka tinggi lampai, berkulit agak putih dan ada ciri-ciri maskulin. Badan sentiasa dijaga, agaknya selalu ke gim. Kalau tidak kerana hatinya sudah terpaut pada Conan aka Tengku Adnan, sudah tentu dia memilih Muzafar. Namun dia pun tahu yang Muzafar sudah lama menaruh hati pada Hani, sejak zaman sekolah lagi.

"Ok, kita makan dulu. Lepas tu kita bincang." Muzafar senyum. Sesudu nasi goreng disuap ke mulut.

Penuh berselera Aylanins dan Muzafar menikmati makan malam ringkas di kedai Makcik Siti Sombong itu. Restoran itulah juga yang menjadi pertemuan pertama mereka setelah tamat belajar di universiti dulu. Muzafar dulu yang menghubunginya.

"Muz..owner kedai ni memang namanya Siti Sombong ke?" Aylanins mula bersuara setelah kenyang mengisi perut. Dari dulu dia ingin tahu pasal itu.

Muzafar gelak. Dia habiskan jus durian belanda dalam gelas. "Tak..sebab muka makcik tu macam sombong sikit. Nama betul makcik tu..Siti Salbiah. Kalau kau nak tahu, aku yang usik makcik tu..sebab dia nampak macam sombong. Aku cakaplah kat makcik tu, kalau nak berniaga tak boleh masam, kena senyum selalu, barulah pelanggan ramai. Tambah lagi kalau makanan pun sedap. Lepas tu, aku usik makcik tu dengan panggilan makcik Siti Sombong. Tak sangka pula makcik tu suka nama tu." Sengih lagi Muzafar mengingatkan kisah di sebalik nama kedai Makcik Siti Sombong itu.

Aylanins angguk-angguk sambil ketawa kecil.

Muzafar hanya perhatikan gadis itu yang ketawa. Sopan. Mulut ditutup dengan tapak tangan bila ketawa. Tidak seperti gadis di tempat kerjanya. Bila ketawa, berdekah-dekah sampai nak putus urat leher!

"Ok, berbalik tujuan kita jumpa ni. Ada maklumat baru kau nak beritahu aku?" Muzafar mula ke topik asal.

"Ya...aku ekori Nayla tadi. Nampaknya dia jumpa pakwe aku. Aku syak ada sesuatu yang tak kena. Setakat yang aku siasat, Nayla tu sangat licik. Aku masih tak tahu dia bekerja untuk siapa. Pasal pakwe aku tu, nanti aku tanya esok. Aku rasa dia ada sesuatu yang Nayla nak." Terang Aylanins sepintas lalu.

"Oh...aku dengar ada mawar hitam di tempat mayat tu. Betul ke?"

"Betul..itu kali ketiga setelah kes Joe dan Rizal yang dibunuh dulu. Pembunuh letak sekuntum mawar hitam. Tapi kes mayat dirobek ni, aku rasa pembunuh sengaja ingin kelirukan pihak polis." Jelas Aylanins lagi.

"Apa-apa pun, aku hanya nak tahu kes yang Hani siasat saja. Mawar hitam tu. Ayla..sebenarnya, Joe dan Rizal tu adalah kawan sekolah aku juga. Sebab tu aku upah kau untuk siasat personal tentang hal ni. Tak sangka, sampai jadi macam ni. Kau rasa, mayat yang dirobek tu pun angkara pembunuh yang sama ke?" Muzafar mula keliru dan pening dengan kejadian pembunuhan yang masih menjadi misteri.

"Entahlah..aku masih siasat. Lagipun, kes ni bukan aku yang handle. Aku kerja di cawangan lain. Kalau Detektif Hani tahu pasal ni, habislah aku. Mungkin aku dikenakan tindakan disiplin nanti." Sedikit sugul wajah Aylanins.

"Kau jangan bimbang. Aku akan cover kau. Bila tiba masanya nanti, aku akan beritahu kau kenapa Hani jadi macam tu. Aku bimbang dendam lamanya masih ada. Aku kenal siapa Hani.." Ujar Muzafar, cuba memberi semangat kepada kawan satu universitinya dulu.

Usai berbincang mereka mula beredar dari situ. Aylanins menapak ke kereta semula. Dia perlu pulang ke rumah segera, bimbang pertemuannya dengan Muzafar tadi dihidu oleh pihak musuh terutama pembunuh itu. Langkahnya semakin laju.

"Oh maaf!" Hampir terlanggar seseorang ketika dia menghampiri kereta.

"Tak apa..eh, ni Ayla kan?" Nicki sengih. Tak sangka dapat jumpa awek Conan di situ.

Aylanins menoleh. Dia menelan liur. Terus matanya tertumpu pada Muzafar yang sudah pun masuk ke dalam kereta. Lega. Bimbang juga kalau Nicki nampak tadi, mahunya disampaikan pada Conan nanti. Kecoh!

"Ya...awak dari mana?" Aylanins cuba kawal suara.

"Oh..saya nak ke kedai Makcik Siti Sombong tu. Dah makan? Kalau belum, jomlah join sekali." Ajak Nicki.

"Tak apalah Nick. Saya nak cepat ni. Lagipun saya baru je makan tadi.Saya pergi dulu ya!" Aylanins terus masuk ke dalam kereta dan kereta dipecut meninggalkan kawasan itu.

Nicki hanya memerhati tingkah teman wanita Conan yang kelihatan tergesa-gesa. Tadi dia perasan gadis itu bertemu dengan seorang lelaki dan berbual mesra di kedai itu. Sengaja dia diam dalam kereta, memerhati gadis itu.

"Hmm..siapa mamat tu? Kalau aku cerita kat Conan ni, sah sah dia tuduh aku yang buat cerita. Lantak kaulah Nan!" Nicki senyum sendiri.

Dia menapak ke kedai Makcik Siti Sombong sambil bersiul-siul kecil. Sementara menunggu makanan yang dipesan tiba, dia mula membelek telefon dan melayan 'game'.

"Assalamualaikum.."

Nicki mendongak. Nayla??

Nicki_Meow Publish time 28-1-2015 08:36 AM

cmf_conan replied at 27-1-2015 06:37 PM
Conan merenung Nicki yang sedang asyik menonton cerita ultraman berlawan raksasa kucing.
Dia mengel ...

Aku baca, tak tengok sapa yg post.
Sampai kat perkataan ultraman lawan rasaksa kucing, aku yakin bukan Ipo yang post. :lol:








Aku cuba imejin kalau aku jumpa Conan di dunia nyata, camna agaknya? Adakah akan gegak gempita kawasan tersebut ataupun senyap sunyi, hanya cengkerik yg berbunyi? ;P


Nicki_Meow Publish time 28-1-2015 08:44 AM

Eeeiiissshhh. Seram sejuk pulak aku dengan si Nayla ni....;P




Awat ramai sgt yg watak PI / Detektif?

Bolehlah buat Ipo dgn Ayla tu PI yang bersaing antara satu sama lain. Seteru gitu. Tetiba terpaksa bekerjasama lalu jatuh cinta.

Dan Conan pun kecewa sebab cinta hatinya telah dicaras Ipo. :$

;P

cmf_conan Publish time 28-1-2015 08:50 AM

Nicki_Meow replied at 28-1-2015 08:36 AM
Aku baca, tak tengok sapa yg post.
Sampai kat perkataan ultraman lawan rasaksa kucing, aku yakin...

Kalo ko jenis murai tercabut ekor..kompom malatop terus kawasan tu :lol:

Ipo Publish time 28-1-2015 09:40 AM

Nicki_Meow replied at 28-1-2015 08:44 AM
Eeeiiissshhh. Seram sejuk pulak aku dengan si Nayla ni....




Terus kena penumbuk sebiji kat batang hidung aku, kalau Ayla tu aku usik:lol:

Ipo Publish time 28-1-2015 09:40 AM

NaylaArisha replied at 27-1-2015 12:16 PM
gulp..... ada kah Nayla tu watak antagonisi loike

mungkin ya Nay:lol:

Ipo Publish time 28-1-2015 09:43 AM

ladyFinger12 replied at 27-1-2015 01:03 PM
Ni lah contoh reader gedik, kuat berangan. Nak yg hensem2 belako. Sama naik dgn penulis. Tapi huju ...

haha..penulis pun nak gedik, kuat berangan sebab tu berlambak novel..

SUAMIKU...bla bla bla...:lol:

ada baca kat salah satu group di FB, dia post semua novel yang ada tajuk SUAMI..bla bla bla
pastu..nak minta pendapat readers..kenapa asyik tajjuk yang samapi nak muntah hijau katanya...:lol:
Pages: 1 2 3 [4] 5 6 7 8 9 10 11 12 13
View full version: P/S: NOTA KAKI (TAMAT)


ADVERTISEMENT