masarju Publish time 13-1-2012 12:24 PM

Makaroni Bakar

1/2 peket makaroni(rebus,letak minyak sket)
Bahan2 tumis(refer No 1) agak2 aje nk letak bnyk mana
300 g daging cincang
200 g mix vege
10 biji telur ayam
1 tin susu cair
1 @ 2 peket rempah kurma
Garam,Mozarella Cheese

1.Tumis bwg besar,bwg putih,halia,bunga lawang,bunga cengkih + kulit kayu manis hingga wangi.
2.Masukkan rempah,kalau hingga masak.
3.Masukkan daging cincang,kacau.Akhir sekali masukkan mix vege + garam.
4.Susu + telur digaul rata dgn makaroni.
5.Masukkan bahan tumis td + gaul rata.
6.Panaskan dulu acuan,lenser + tuang adunan + tabur dgn Mozarella cheese.
7.Bakar lebih kurang 1 jam.

*resipimasa hadir kursus masak.

keypochino Publish time 13-1-2012 04:52 PM

helo..

kepo nk share resepi rekaan sendiri yg amat simple utk menyediakan nya...

http://i1179.photobucket.com/albums/x396/keypochino/IMG01834-20111231-1319.jpg

http://i1179.photobucket.com/albums/x396/keypochino/IMG01836-20111231-1327.jpg

CHICKEN WING WITH MINCE BEEF

Cara-cara membuatnya:

1. Keluarkan tulang bahagian kepak, make sure tak terbocor kulit (sebab nanti nak sumbat inti daging)
2. Untuk inti, goreng bawang merah, bawang putih hingga naik bau. Masukkan daging cincang, goreng seketika, masukkan lada sulah dan garam secukup rasa.
3. Masukkan inti ke dalam kepak ayam, then gunakan lidi satay untuk tutup (mcm otak2) supaya isi tak terkeluar masa menggoreng.
5. Celup chic wings ke dlm telor
6. Gaul dlm tepung goreng serbaguna.
7. Then goreng..

Mudah kan?

keypochino Publish time 14-1-2012 01:30 AM

Kepo dah selak semua page blom ada yg share resepi ni..so kepo nak share jugak lah..sebab kepo suka makan nasi ayam..nyum..nyumm...

http://i1179.photobucket.com/albums/x396/keypochino/IMG01740-20111204-1311.jpg

pic ni kepo amik lepas masak hrtu..tp lupa plak nak amik pic sup & sos cili.. resepi mak kepo..


RESEPI : NASI AYAM

Bahan-bahan ni adalah untuk 3-4 orang makan.

Bahan utama (bahan A):

1/2 ekor ayam (potong ikut selera, tak potong pun takpe)
2 ulas bawang putih - dicincang halus
Halia sebesar ibu jari - diketuk
Air - 6 gelas (atau secukupnya utk dibuat stok)
1 ketul kiub ayam

Bahan untuk nasi (bahan B):

2 1/2 cawan beras
2 sudu besar butter
1/2 batang kulit kayu manis
1/2 biji bunga lawang
3 biji bunga cengkih
2 ulas bawang putih - dicincang
1 biji bawang besar - dicincang
Halia sebesar ibu jari - diketuk
2 helai daun pandan - disimpul
Air stok ayam - secukupnya
Secubit garam

Bahan untuk perap ayam (bahan C):

1 sudu kicap pekat
1 sudu sos tiram
1 sudu kicap manis
2 ulas bawang putih - dicincang
1 inci halia - diketuk

Bahan untuk sup (bahan D):

Lebihan stok ayam
1 ulas bawang putih - diketuk
1 biji bawang besar - dikisar/dicincang
1 sudu kecil rempah sup
Sedikit garam
Sedikit minyak untuk menumis
1/2 batang saderi
Daun bawang & daun sup

Bahan untuk sos (bahan E):

4 biji cili
1 biji tomato
1 inci halia
2 biji bwang putih
3 sudu besar stok ayam
Garam & gula secukup rasa

Cara-caranya:

1. Untuk stok ayam : Rebus ayam bersama bahan utama (bahan A) untuk mendapatkan stok ayam. Setelah mendidih & ayam empuk, tutup api, keluarkan ayam.

2. Untuk ayam goreng : Perap ayam yang dikeluarkan tadi bersama kesemua bahan perap (bahan C). Ketepikan.

3. Untuk nasi : Basuh beras & masukkan dalam rice cooker. Ketepikan. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang & bunga cengkih bersama butter. Setelah naik bau, tumis sekali bawang putih & bawang besar. Masukkan halia & daun pandan. Masukkan sedikit stok ayam, gaul & tuang ke dalam periuk yang berisi beras tadi. Tambahkan stok ayam mengikut sukatan beras anda. Masukkan secubit garam. Masak seperti biasa.

4. Untuk sup : Tumis bawang putih & bawang besar. Setelah naik bau, masukkan sesudu rempah sup. Tambahkan stok ayam, sedikit garam, saderi. Bila dah mendidih, tutup api & tabur daun sup & daun bawang.

5. Untuk sos cili : Kesemua bahan untuk sos (bahan E) dikisar. Kemudian, masukkan dalam periuk. Masak sehingga mendidih/ sedikit pekat.

Selamat mencuba.. :)

masarju Publish time 14-1-2012 11:48 PM

Reply 163# keypochino

TQ{:1_149:},sharing2 resipi.

keypochino Publish time 15-1-2012 10:21 AM

Reply 164# masarju


    no prob..kalo ada yg menarik kepo share lagi nnt..

ummiy Publish time 16-1-2012 04:55 PM

Resipi Kek/Roti tanpa guna tepung gandum

Post Last Edit by bacteria82 at 18-5-2012 19:26

Apakah jenis tepung yang boleh digunakan untuk membuat kek ataupun roti yang tidak menggunakan tepung gandum?
Saya ni suka sangat makan kek dgn roti tetapi dengan adanya penyakit endometriosis, saya tak boleh menggunakan tepung gandum.

Boleh tak tolong saya.

syasyafina Publish time 18-1-2012 12:55 AM

eh, penyakit endometriosis tak buley mkn tepung gandum ke? advise from ur doctor ke ek?

masarju Publish time 20-1-2012 10:28 AM

Apakah jenis tepung yang boleh digunakan untuk membuat kek ataupun roti yang tidak menggunakan tepun ...
ummiy Post at 16-1-2012 04:55 PM http://eforum3.cari.com.my/images/common/back.gif

xpasti pulak.Yg tau kalau utk KEK n ROTI,mesti guna tpg gandum sb dlmnya ada gluten yg menyebabkan ianya kenyal.
Cuba tanya sini:

http://eforum3.cari.com.my/forumdisplay.php?fid=78

adifrs Publish time 22-1-2012 02:18 PM

http://i147.photobucket.com/albums/r318/adif_rs/262174_1397538594720_1719922187_651521_5231867_n.jpg

Bahan2
   2 kg buah kelapa sawit (direbus smpai boleh dilenyek)
   1 cwn tpg gandum
   1 cwn santan
   3 cwn air perahan kelapa sawit
   1/2 cwn gula halus (klu nak manis...tambahlah gula)
   
      ~ campur sumer bhn.. masuk dlm blender...kisar biar sebati...masuk loyang...bako smpai masak...pastu boleh la dimkn...yehaaa!!!!


***pestime buat..pestime jugak rasa....sedappp :drool3:

adifrs Publish time 22-1-2012 02:30 PM

Post Last Edit by adifrs at 22-1-2012 14:31

http://www.myresipi.com/picture/image/7816/large/19112009956.jpg?1325677645

KEK TEPUNG BERAS



BAHAN-BAHAN
[*]1cwn gula halus[*]1cwn majerin[*]3 biji telur[*]1 s/kecil esen vanilla[*]1 cwn tepung beras[*]1 cwn tepung kek blue key[*]1btl coklat urai ( utk hiasan )

Cara-cara
1) pukul gula n majerin/mentega sampai kembang
2) Masukkkan telur satu-persatu
3) Masukkan esen vanilla
4) Masukkan kedua-dua tepung sedikit demi sedikit. Setelah adunan sebati.masukkan aduna ke dalam loyang. Selepas itu,coklat urai bolehlah ditabur ke atas adunan
5) Akhir sekali bakar,bakar adunan. serelah siap bolehlah dijamu kepada tetamu

( rasanya ckup sedap kerana rangup diluar n gebu di dlm) SELAMAT MENCUBA!!!!!!!!!1)               


Sumber MyResepi

masarju Publish time 3-2-2012 10:33 AM

Replymasarju


    no prob..kalo ada yg menarik kepo share lagi nnt..
keypochino Post at 15-1-2012 10:21 AM http://eforum3.cari.com.my/images/common/back.gif

OK keypo.Akn ku tunggu.

masarju Publish time 3-2-2012 10:35 AM

Bahan2
   2 kg buah kelapa sawit (direbus smpai boleh dilenyek)
   1 cwn tpg gandum
    ...
adifrs Post at 22-1-2012 02:18 PM http://eforum3.cari.com.my/images/common/back.gif

Kelapa sawit tu seKG bape RM?

adifrs Publish time 3-2-2012 11:13 AM

Kelapa sawit tu seKG bape RM?
masarju Post at 3-2-2012 10:35 AM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif


    mas...adif x beli..mintak ngan Mat Indon ;P

keypochino Publish time 3-2-2012 12:56 PM

Reply 166# adifrs


    buah kelapa sawit tu kopek tak kulit dia? maklumlah, xpenah mkn..xtau

adifrs Publish time 3-2-2012 02:43 PM

Replyadifrs


    buah kelapa sawit tu kopek tak kulit dia? maklumlah, xpenah mkn..xtau
keypochino Post at 3-2-2012 12:56 PM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif


    xyah kopek kulit...cume potong bhgian atas & bwhnye jek..bhgian tu kan tajam..
    sbb nanti bile lps kite rebus...buah sawit tu nak kena ramas2 & perah utk dptkan jusnya..

    alaa..adif pun pestime wat bingka ni..;P dan pestime rasa...nak rasa punye pasal..gigih membako bingka ni

wallflower Publish time 5-2-2012 01:15 AM

Post Last Edit by wallflower at 5-2-2012 01:17

RESEPI SUP BROKOLI

http://img26.imageshack.us/img26/4341/photo0461g.jpg

Bahan-bahan:-

brokoli
bawang putih dititik (4 ulas)
bawang besar yg didadu halus
kiub ayam
garam
air

Cara nak masak:-

1.Tumis bawang putih dan bawang besar sampai naik bau.
2.Masukkan air dan biarkan sehingga hampir mendidih.
3.Masukkan brokoli,kiub ayam dan garam dan biarkan sehingga masak.

six_points Publish time 7-2-2012 09:34 AM

9 Recipe Ideas for Potatoes

Post Last Edit by bacteria82 at 18-5-2012 19:26

http://img4.realsimple.com/images/0905/chicken-potato-peas_300.jpg

Chicken Cutlets With Smashed Potatoes and Peas

Get the recipe

six_points Publish time 7-2-2012 09:35 AM

Post Last Edit by six_points at 9-2-2012 00:30

http://img4.realsimple.com/images/1003/knife-steak-potato-salad_300.jpg

Steak With Potato Salad and Blue Cheese Vinaigrette

Get the recipe

six_points Publish time 7-2-2012 09:35 AM

Post Last Edit by six_points at 9-2-2012 00:30

http://img4.realsimple.com/images/food-recipes/REDO/pesto-pasta-green-beans_300.jpg

Pesto Pasta With Green Beans and Potatoes

Get the recipe

six_points Publish time 7-2-2012 09:36 AM

Post Last Edit by six_points at 9-2-2012 00:30

http://img4.realsimple.com/images/food-recipes/recipe-collections/0606/roasted-potatoes_300.jpg

Parmesan Roasted Potatoes

Get the recipe
Pages: 1 2 3 4 5 6 7 8 [9] 10 11 12 13 14 15 16 17 18
View full version: ★MENU/MAKANAN ANDA & RESIPINYA★


ADVERTISEMENT