ClassicMeow Publish time 4-1-2021 12:12 AM

Wana sering mengepos surat kepada adiknya yang belajar di luar negara namun tiada satu surat pun yang berbalas

ClassicMeow Publish time 4-1-2021 12:14 AM

Halimah mengepos kad raya kepada rakannya setiap tahun sebagai tanda ingatan

Tinot7 Publish time 4-1-2021 01:12 AM

nolya replied at 3-1-2021 09:03 PM
"Tega benar kamu Mas Kordi.Bagaimana harus aku menyambut khabar duka begini, lantas tak tertahan ...

Dengan hati yang berat, Minah mengepos sepucuk surat cinta kepada Pak Kordi dengan harapan cinta berputik kembali.

namemysoul Publish time 4-1-2021 01:45 AM

Lee Dong Wook mengepos sebuah kereta mainan kepada peminatnya melalui jalan laut.

namemysoul Publish time 4-1-2021 01:55 AM

Ana mengepos 2 pasang baju kurung kepada ibunya dikampung.

Rob07 Publish time 4-1-2021 02:47 AM

Cik Nab mengepos   tujuhpucuk suratkepada kekasih barunya di Afrika, malang nya dia masih belum menerima sebarang balasan sehingga kini.

Rob07 Publish time 4-1-2021 02:58 AM

Cik Su mengepos sebuah bungkusan berisi lapanbotolbudu kepadakakaknyayang tinggal diAfrika.

nefnefnef Publish time 4-1-2021 08:21 AM

Fathi mengepos sekotak besar set pingan mangkuk Corelle ke kampungnya di Malaysia setelah memborongnya pada Hari Boxing di Melbourne.

nolya Publish time 4-1-2021 10:52 AM

Tinot7 replied at 4-1-2021 01:12 AM
Dengan hati yang berat, Minah mengepos sepucuk surat cinta kepada Pak Kordi dengan harapan cinta b ...

Pak Kordi membaca kalimat2 cinta drp Minah, mengalir rasa ehsan di hati Pak Kordi ttpi sayang talak sudah terlanjur diucapkan. Pak Kordi tak punya pilihan, harus mengepos salinan surat talaknya kpd Minah di Indsia. Dari kampungmu dikau datang, ke kampungmu dikau pulang.:(

nolya Publish time 4-1-2021 10:56 AM

Hari2 Leha   mengeposbarang2pesanan online, bererti bisnin Lehamaju dgn kencangnya.

Normabaru Publish time 4-1-2021 11:16 AM

PristineOne baru sahaja mengepos surat cintanya untuk Catpaw petang semalam;P

Normabaru Publish time 4-1-2021 11:17 AM

Nilopak mengepos satu hantaran di instagramnya untuk menunjukkan hubungannya dengan encik tunang, Parit masih utuh:lol:

Normabaru Publish time 4-1-2021 11:19 AM

Setelah mengepos barang anaknya, Mamatini terus memasak daging harimau mengaum untuk santapan tengahari seisi keluarganya

Normabaru Publish time 4-1-2021 11:22 AM

Tindakan Parit dan Nilopak yang memaafkan Syamura dengan mudah selepas wanita itu mengepos banyak perkara berbaur fitnah adalah sangat diragui kerana mereka berdua juga yang beriya-iya mencari wanita itu di awal kisah fitnah itu tersebar.

Normabaru Publish time 4-1-2021 11:24 AM

Perbuatan Nilopak yang ingin terlihat baik di mata netizen amatlah jelas terzahir apabila dia mengepos banyak hantaran berunsur keagamaan di sosial medianya.

-adnil- Publish time 4-1-2021 11:48 AM

setelah beberapa hari memulakan penjualan
produk timbang kilo secara online, sara semakin sibuk mengepos barang-barang jualannya.

Rob07 Publish time 4-1-2021 12:40 PM

Cik Su tidak pernah berasa malu walaupun dia pernahmengeposkata kata yang berunsurkan fitnah di laman instagramnya.Di harapkan Cik Su akan lebih berhati hati sebelum mengepos sesuatu isu yang boleh mencetuskanfitnah.

Tinot7 Publish time 4-1-2021 02:14 PM

nolya replied at 4-1-2021 10:52 AM
Pak Kordimembaca kalimat2 cinta drp Minah, mengalir rasa ehsan di hati Pak Kordi ttpi sayang ta ...

Minah membaca salinan surat talak Pak Kordi. Hatinya remuk memikirkan masa hadapannya. Air matanya bukan lagi mengalir umpama titisan embun pada pagi yang hening, tetapi berjujuran umpama air terjun Niagara.


Kanda Kordi,
Satu dekad kita beradu kasih, bersemai cinta di antara kita. Satu dekad membuahkan hasil dua orang anak, Azlan dan Azman. Satu dekad aku setia di sisimu dan inilah pengakhiran yang aku dapat!

Minah mengepos sekeping poskad kepada Pak Kordi. Tertulis dengan tinta berdakwat merah darah, "Aku tidak akan melupakan perkara ini". Dendam kesumat Minah membuak-buak.

Supersirap Publish time 4-1-2021 03:10 PM

Fifi Afendi telah banyak kali untuk mengepos barang misteri tersebut, tetapi tetap ditolak oleh pejabat pos kerana alamat yang hendak dikirimkannya adalah tidak wujud di dalam sistem mereka.

ClassicMeow Publish time 4-1-2021 06:13 PM

Lala mengepos sambal bilis yang dipesan oleh pelanggannya secara dalam talian menggunakan perkhidmatan Pos Laju
Pages: 1 2 3 4 5 6 7 [8] 9 10 11 12 13 14 15 16 17
View full version: Jom Bina Ayat Mudah


ADVERTISEMENT