nolya Publish time 2-1-2021 09:21 PM

Catpaw replied at 2-1-2021 08:25 PM
Masukkan perkataan merenung tu fahd

Setelah membaca dn merenung teks serta foto pesanan wasap anaknya, tetiba ayah ngah rasa teruja nak menyambut menantu orang jauhnya.

Normabaru Publish time 2-1-2021 09:24 PM

Bunyi guruh yang menggegarkan kawasan Pagoh petang tadi amat menakutkan adik saya:funk:

Normabaru Publish time 2-1-2021 09:25 PM

Suara guru besar menjerit dalam kelas itu menggegarkan seisi bangunan sekolah:shutup:

Normabaru Publish time 2-1-2021 09:27 PM

Tembakan meriam di tebing laut itu telah menggegarkan kawasan di sekitar pantai Tanjung Biru

Normabaru Publish time 2-1-2021 09:29 PM

1 daripada 10 berita yang menggegarkan 2020 adalah berkenaan Haruz putus tunang dengan kekasihnya iaitu Nilopak

-adnil- Publish time 2-1-2021 09:33 PM

Catpaw replied at 2-1-2021 08:30 PM
Ayat aktif Adnil, kena ada subjek (kata nama) sebelum perkataan merenung macam orang lain buat tu. ...

Farah merenung sedalam-dalamnya wajah Karim sebelum membuat pengakuan tersebut.

ClassicMeow Publish time 2-1-2021 09:39 PM

Adnan menggegar dinding rumah kayu milik Siti dengan perasaan marah sambil menjerit memanggil nama Siti

msel Publish time 2-1-2021 09:45 PM

Meriam buluh berdentam dentum menggegar seluruh pelusuk Kampung Rusanani di malam tahun baru.

-adnil- Publish time 2-1-2021 10:29 PM

Suara lantang ibu menggegar seluruh rumah dek terlalu gembira menyambut kepulangan adik.

namemysoul Publish time 2-1-2021 10:43 PM

Minda pengawal keselamatan pejabat menggegar apabila melihat Ana sedang menendang pintu lif.

namemysoul Publish time 2-1-2021 10:53 PM

Edited by namemysoul at 2-1-2021 10:57 PM

Suara nyaring Ana menyanyi menggegar seluruh rumah.

namemysoul Publish time 2-1-2021 11:01 PM

Gempa bumi yang menggegar di Crotia meruntun perasaan warga maya.

Supersirap Publish time 2-1-2021 11:05 PM

Jeritan Mukmin pada tengah malam itu telah menggegar kehenginan malam tersebut.

kimsa-ra Publish time 3-1-2021 12:23 AM

Ngauman Aslan menggegar di Narnia

JDT Publish time 3-1-2021 01:57 AM

Lenggang lenggok pembantu baru di kedai kopi Pak Kordi ketika mengangkut cawan kotor ke dapur telah menggegar iman para pelanggan lelaki di situ.

Rob07 Publish time 3-1-2021 02:41 AM

Cik Su telah di tahan selama 7haridi dalam lokap polis kerana tindakannya menggegar pintu rumah madunya sehingga roboh.

Catpaw Publish time 3-1-2021 01:51 PM

nolya replied at 2-1-2021 09:21 PM
Setelah membaca dn merenung teks serta foto pesanan wasap anaknya, tetiba ayah ngah rasa teruja na ...

Tak dapat markah penuh, sebab tak eja penuh :$

Catpaw Publish time 3-1-2021 02:05 PM

{:1_152:}{:1_152:}{:1_152:}

Bagus semua, kreatif masing-masing.

Kita teruskan perkataan ke-lima kita.

5)Mengalir


| مڠالير

Definisi : 1 bergerak maju perlahan-lahan (ttg benda-benda cair): Air sungai ~ ke laut. 2 bergerak perlahan-lahan dan sedikit-sedikit (spt air mata dll); meleleh: Peluhnya ~ membasahi bajunya. 3 bergerak melalui atau menerusi kawat (ttg tenaga elektrik). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)



Masih lagi bermain dengan ayat aktif.
Letak subjek di hadapan sebelum kata kerja "mengalir".

Gunakan kata nama sebagai subjek contoh kerusi, kipas, balai bomba dan sebagainya.

Selamat mencuba {:1_152:}

*Ayat aktif tau.

Normabaru Publish time 3-1-2021 02:47 PM

Air mata Cik B mengalir deras apabila tahu tunangnya ingin memutuskan pertunangan mereka

Normabaru Publish time 3-1-2021 02:48 PM

Sungai Klang mengalir lesu dan sarat membawa sampah sarap hasil tangan-tangan manusia durjana
Pages: 1 2 3 4 5 [6] 7 8 9 10 11 12 13 14 15
View full version: Jom Bina Ayat Mudah


ADVERTISEMENT