Normabaru Publish time 3-1-2021 02:51 PM

Peluh Sajadiyah mengalir keluar membasahi seluruh dahi dan ketiaknya apabila ternampak anjing garang itu

ClassicMeow Publish time 3-1-2021 03:27 PM

Mengalir laju airmata Kamisah apabila mendengar berita kemalangan yang mengorbankan suaminya itu

ClassicMeow Publish time 3-1-2021 03:31 PM

Hujan lebat berterusan menyebabkan rumah usang Pak Atan basah di merata tempat akibat atap bocor lalu menyebabkan air hujan mengalir melalui tempat bocor itu

-adnil- Publish time 3-1-2021 03:31 PM

Edited by -adnil- at 3-1-2021 03:34 PM

Air mengalir dari tempat tinggi ke tempat yang lebih rendah seperti dari gunung ke sungai.

Catpaw Publish time 3-1-2021 03:45 PM

ClassicMeow replied at 3-1-2021 03:27 PM
Mengalir laju airmata Kamisah apabila mendengar berita kemalangan yang mengorbankan suaminya itu

Letak subjek di depan perkataan "mengalir" tu Classicmeow

nefnefnef Publish time 3-1-2021 04:08 PM

Peluh sejuk mula mengalir di dahi Pak Mamat apabila dengusan lembaga hitam itu semakin menyeramkan.

namemysoul Publish time 3-1-2021 04:50 PM

Deruan angin petang diselangi bunyi air sungai yang mengalir dibelakang rumah Ana amat menyenangkan halwa telinga.

namemysoul Publish time 3-1-2021 04:58 PM

Pergerakan lava yang panas hasil aktiviti letusan gunang berapi hanya akan berhenti mengalir apabila ia mula menyejuk.

Tinot7 Publish time 3-1-2021 05:06 PM

Pak Kordi akur apabila cinta tulusnya ditolak mentah-mentah oleh Catpaw.
Kecantikan Catpaw menggegarkan iman dan fokus Pak Kordi untuk menunaikan solat.
Bagaimanakah Pak Kordi akan memikat Catpaw? Jiwa lelakinya meronta-ronta untuk dibelai oleh Catpaw.

Tinot7 Publish time 3-1-2021 05:09 PM

"Aku ceraikan kau talak satu, Minah," ujar Pak Kordi kepada isterinya di Indonesia melalui iPhone miliknya.
Berita perceraian Pak Kordi menggegarkan ummah Indonesia yang bertapak di Kuala Lumpur.
Adakah ini permulaan Pak Kordi untuk menunaikan hasratnya mengahwini Catpaw?

Tinot7 Publish time 3-1-2021 05:11 PM

Pak Kordi menggegar pintu jeriji besi di rumah Catpaw.

Tinot7 Publish time 3-1-2021 05:12 PM

"Catpaw, aku sudah ceraikan isteri aku! Mahukah kau mendampingi aku selama-lamanya?" tanya Pak Kordi.
Air mata Catpaw mengalir sebagai tanda kesyukuran.

Tinot7 Publish time 3-1-2021 05:15 PM

Bersama-sama berpimpin tangan, Catpaw dan Pak Kordi menyusuri peparit di hadapan rumah Catpaw. Hujan renyai-renyai semakin lebat.
Air longkang keruh mengalir deras. Itu tanda tidak lama lagi akan banjir.

Tinot7 Publish time 3-1-2021 05:23 PM

Di seberang, setitis demi setitis air mata Minah mengalir membasahi pipinya.
Minah menoleh ke belakang. Kedengaran anak-anaknya bermain di ruang tamu rumah majikannya.
"Siapakah yang akan membela nasib kami?" fikirnya. Gajinya sebagai pembantu rumah tidak cukup untuk membiayai diri dan anak-anaknya. Selama ini, Minah mengharapkan wang daripada Pak Kordi untuk menampung hidup keluarganya sedikit sebanyak.

kimsa-ra Publish time 3-1-2021 05:26 PM

Air sungai mengalir deras berpunca dari hujan yang tidak berhenti sejak semalam.

nolya Publish time 3-1-2021 09:03 PM

Tinot7 replied at 3-1-2021 05:09 PM
"Aku ceraikan kau talak satu, Minah," ujar Pak Kordi kepada isterinya di Indonesia melalui iPhone mi ...

"Tega benar kamu Mas Kordi.Bagaimana harus aku menyambut khabar duka begini, lantas tak tertahan airmataku mengalir deras, menggegarkan setiap sudut hatiku, dan aku merenung jauh memikirkan bagaimana harus aku hidup tanpamu di sisiku :'(".Demikian rintihan Siti Aminah setelah membaca pesanan ringkas Pak Kordimll iFon hari ini.

ClassicMeow Publish time 3-1-2021 09:32 PM

Catpaw replied at 3-1-2021 03:45 PM
Letak subjek di depan perkataan "mengalir" tu Classicmeow

Ohh..baiklah cat.meow try balik.
Kamisah mengalirkan air mata tanpa henti apabila terdengar berita kemalangan yang mengorbankan suaminya itu

Catpaw Publish time 3-1-2021 11:10 PM

Mari kita sambung bina ayat aktif mudah seterusnya.


Kata kerjanya adalah

6) Mengepos


|

Definisi : mengirim (surat dll) melalui pos: Dia sudah pun ~ surat itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua

*Bina ayat aktif (ada subjek sebelum kata kerja, contoh subjek boleh guna kata nama seperti Lee Dong Wook, kereta, laut dan lain-lain lagi).

Gunakan ejaan Bahasa Melayu penuh untuk markah penuh. {:mllove:}

JDT Publish time 3-1-2021 11:30 PM

Perasaan Ayda berbelah bagi ketika mengepos kartu perkahwinan kepada Zul apabila mengenangkan ikrar janji cinta 100% yang tidak kesampaian antara mereka berdua.

kimsa-ra Publish time 3-1-2021 11:59 PM

Pak Man mengepos sebuah kereta jenama Porsche ke rumah anak saudaranya di Sabah.
Pages: 1 2 3 4 5 6 [7] 8 9 10 11 12 13 14 15 16
View full version: Jom Bina Ayat Mudah


ADVERTISEMENT