Catpaw Publish time 2-1-2021 12:30 PM

Mina2215 replied at 2-1-2021 10:27 AM
Di saat orang lain bergembira mengira detik menjelang tahun baru 2021 pada malam itu, dia pula meman ...

Masukkan perkataan "membaca" yang...

PristineOne Publish time 2-1-2021 12:30 PM

Normabaru replied at 2-1-2021 12:22 PM
Forumer Normabaru tersenyum apabila membaca komen yang ditulis oleh Forumer PristineOne.

Dido ...

Tersenyum PristineOne dalam MENYAMBUT cuti tahun baru apabila MEMBACA ucapan dan doa dalam hantaran di Forum Cari dari forumner Normabaru.

PristineOne Publish time 2-1-2021 12:31 PM

Kacang sangat neh.... mana perkataan lain ? :lol:

Normabaru Publish time 2-1-2021 12:35 PM

Edited by Normabaru at 2-1-2021 12:53 PM

PristineOne replied at 2-1-2021 12:30 PM
Tersenyum PristineOne dalam MENYAMBUT cuti tahun baru apabila MEMBACA ucapan dan doa dalam hantara ...

Di dalam menyambut kemeriahan tahun baru ini, forumer Normabaru berharap agar forumer PristineOne tidak lupa untuk membaca doa menambah jodoh yang semestinya sudah tersenarai di dalam azamnya untuk 2021;P

Normabaru Publish time 2-1-2021 12:35 PM

PristineOne replied at 2-1-2021 12:31 PM
Kacang sangat neh.... mana perkataan lain ?

Rilex.. Its only day 2/365.Catpaw tengah baik hati nak kasi tacang:D heheheh

Catpaw Publish time 2-1-2021 12:36 PM

Seronok baca ayat-ayat cinta ahli forum :$

Perkataan seterusnya,

No. 3 = merenung

Masih ayat aktif ya.

Selamat membina ayat {:sleepyo

Catpaw Publish time 2-1-2021 12:37 PM

PristineOne replied at 2-1-2021 12:31 PM
Kacang sangat neh.... mana perkataan lain ?

Tu pokchik dah ada, selamat mengarang {:gambateho

yuuki_snowy Publish time 2-1-2021 12:48 PM

Edited by yuuki_snowy at 2-1-2021 12:52 PM

Yuuki merenung keluar jendela sejenak untuk menyaksikan percikan bunga api dari halaman rumah jiran-jiran yang sedang bergembira menyambut Tahun Baru 2021 sebelum meneruskan semula aktiviti kegemarannya iaitu membaca forum Cari.com.my

:lol::lol::lol:

yuuki_snowy Publish time 2-1-2021 12:51 PM

Ayda Jebat asyik merenung manja Nabil Mahir yang kini sah menjadi suaminya dengan sekali lafaz.

Normabaru Publish time 2-1-2021 12:59 PM

Edited by Normabaru at 2-1-2021 01:00 PM

Suraya menyambut buku yang dihulur oleh sang suami lalu segera membaca tajuknya dan dia terus mengucapkan terima kasih sambil merenung wajah suaminya dengan perasaan yang sangat bahagia:$:loveliness:

PristineOne Publish time 2-1-2021 01:00 PM

Saya MERENUNG ke luar tingkap kereta sambil menunggu di laluan pandu lalu Mc Donald kerana mengenangkan nasib Zizi Kirana yang masih belum berumahtangga di tahun baru ini.

msel Publish time 2-1-2021 01:08 PM

Fatonah merenung jauh ke lautan biru mengenang nasib malang yang menimpa dirinya.

pinklepie Publish time 2-1-2021 01:28 PM

Wak Leman menyambut baik salam perkenalan dari Pah Bedah setelah membaca surat yang dikirim oleh Pah Bedah. Wak Leman merenung masa depannya dengan Pah Bedah sambil tersenyum seperti kerang busuk.

Rob07 Publish time 2-1-2021 01:32 PM

Cik Nab merenung jauhsambil mengenangkandiri nya yang telah dua kali menjanda. Semogaadalah jejaka yangsudi melamarnya   di tahun 2021 ini, agar tidak perlu lah lagi dia merenung kembalinasibnya di tahun 2022 nanti.

mrsbale Publish time 2-1-2021 01:34 PM

Pk Mat selalu duduk di tepi sawah merenung jauh mengenang anak-anak yang lama tidak pulang menjenguknya.

dua_chzy Publish time 2-1-2021 01:49 PM

Edited by dua_chzy at 2-1-2021 01:51 PM

Saleha menyambut kedatangan pasangan suami isteri yang tidak diundang itu dengan hati yang sebal namun terpaksa berpura-pura gembira di hadapan mereka padahal jauh di sudut hati Saleha amat membenci keduanya namun mereka tidak dapat membaca isi hati sebenar Saleha.

dua_chzy Publish time 2-1-2021 01:54 PM

Catpaw replied at 1-1-2021 09:21 PM
Iya, kena guna perkataan menyambut

Nampaknya ramai ahli forum menyambut cabaran membina ayat yang dikemukakan oleh cik moderator tanpa membaca peraturannya. :lol:

nefnefnef Publish time 2-1-2021 01:57 PM

Apabila dia amati dengan teliti dalam kesamaran, Pak Mamat dapat melihat sekujur lembaga hitam yang berdiri di tepi langsir sambil merenungnya dengan senyap. :P

Tinot7 Publish time 2-1-2021 01:59 PM

Catpaw replied at 2-1-2021 12:36 PM
Seronok baca ayat-ayat cinta ahli forum

Perkataan seterusnya,


Pak Kordi merenung jauh ke hadapan, memikirkan anak-anaknya di kampung.

Tinot7 Publish time 2-1-2021 02:01 PM

Pak Kordi merenung tajam ke arah Catpaw sambil bertanya mengapakah namanya diseru.
Pages: 1 2 [3] 4 5 6 7 8 9 10 11 12
View full version: Jom Bina Ayat Mudah


ADVERTISEMENT