kangkung85 Publish time 14-8-2019 08:35 AM

Exoskeleton replied at 9-8-2019 09:11 PM
yang mana 1? Yang masa wedding aku tu? Dia dah tak muncul dah...rasanya dah dihapuskan kot? Tapi c ...

aah..masa wedding ko tu...ooo ok la tu,dia dh xganggu....kalau ada citer2 lagi,ko tepek la sini john...hehehehehehe

Exoskeleton Publish time 18-8-2019 05:58 PM

Edited by Exoskeleton at 1-6-2020 04:00 PM

Assalamualaikum semua…seronok raya haji? Sangkut jem balik kampung berjam2? :lol:
Raya haji kali ni aku macam tak cukup tidur, malam raya je kena melayan si Jawe karok sampai 5 jam. Ajer giler…sikit lagi nak sama dengan waktu tidur aku. Pilihan yang ada sama ada teman dia pergi masaj atau karok. Takkan pegi masaj pulak kan? Brutal tu…mampoi kena semelih aku pagi2 raya tu nanti. Turut sama join ialah Daeng, dia ni memang tinggal dekat2 kampung wife kami. Jadi aku try2 la mintak cerita dari Daeng.


Misteri Tok Putih

Kisah ni terjadi sewaktu kami di utara, selepas insiden Ramli dan Jawe nyaris dirogol. Sedang Daeng melepak2 kat warung berhampiran dengan stesen keretapi, tiba2 seorang lelaki duduk di kerusi mejanya. Berpakaian serba putih, rambut, misai dan janggutnya juga putih. Dia memperkenalkan dirinya sebagai Tok Putih. Pada awalnya mereka bersembang2 biasa saja…bertanya khabar, tanya belajar mana, ambil kos apa. Tetapi melihatkan Daeng lebih cenderung mendengarkan kisah perempuan perogol bersiri dari orang2 kampung ketika itu, maka Tok Putih pun berkata, “tak ada apa2 pun perempuan tu…bukannya hantu macam yang diorang cakap”.

Daeng pun berasa hairan mendengarkannya, lalu bertanya, “kalau bukan hantu…apa pula, tok??”. Tok Putih tersenyum lalu menjawap, “biasalah manusia ni…ambil ilmu hitam, langgar pantang…jadi makan diri dia balik. Nak pulihkan kembali ada lah syarat2 dia”. Daeng mula memproses apa yang dikatakan orang tua itu. Dalam dia memikirkannya, matanya tunduk melihat meja di hadapannya. “Pap!” bahunya disapa kuat, dia pun menoleh ke belakang…Ramli tersengih2 di belakangnya sambil berkata, “belanja aku mee goreng”. Daeng menggeleng2kan kepalanya tetapi dipelawa jugalah kawannya itu duduk.

Sekaligus dia melihat Tok Putih tadi telah hilang dari pandangannya, Daeng pun menoleh ke kiri dan kanan.
Ramli: Kau cari apa tu?
Daeng: Orang tua yang duduk depan aku tadi, kau ada nampak tak?
Ramli: Aku nampak kau sorang je tadi…tersengguk2, aku pun tegur lah. Kalau kau dengan orang lain, takdelah aku join.

Daeng kehairanan...tertanya2 di dalam hatinya, “aku mimpi ke?”. Usai saja makan, Daeng meraba2 poket seluarnya dan berkata “aduhh…dompet tak bawak pulak…masak aku macam ni. Dah lah baru lepas panggil makcik tu datang kira pulak tu…”. Belum sempat dia hendak menerangkan apa2, makcik itu berkata, “tadi ada pakcik berpakaian putih dah bayarkan”. Daeng bertambah hairan…nampaknya tadi tu bukanlah mimpi.

*sewaktu Daeng menceritakan kepada aku dan Jawe
Jawe: Eh? Tok Putih tu ada datang kat kau jugak?
Daeng: Kenapa? Kau pernah jumpa ke?
Jawe: Ada beberapa kali, tapi kali ketiga baru dia kenalkan diri dia kat aku.
Daeng: Macam misteri juga Tok Putih ni…kau John?
Aku: Aku takda kena mengena dalam ini cerita la. Apa kata korang cerita je kat aku, lepas tu kita balik tidur. Esok pagi nak pergi semayang raya lagi.
Jawe: Wooopppp…tak semudah itu. Kau ikut kitorang pergi karok dulu, ada promo amik 3 jam free 2 jam.
Aku: Hotak kau sampai 5 jam. Artis buat konsert pun tak lama macam tu.
Jawe: Kau nak karok ke pergi masaj? Ade port masaj amoi Vietnam mari punya.
Daeng: Dua2 pun macam menarik ni…aku pun malas nak tolong masak malam ni. Dapat pulak kalau bakso yang masaj, kan? (bakso di sini bukanlah makanan ye kawan2)
Jawe: Hah…camne John? Ke kau nak undian majoriti? Jangan risau…aku ni demokrasi terpimpin.
Aku: Hadooooiiii…karok je lah.


5 jam kemudian…


Family Day Berdarah (tajuk nak gempak)

Daeng membuka cerita sewaktu syarikatnya menganjurkan family day di Pahang, dia pergi bersama2 isterinya…manakala anak2nya dijaga oleh mertuanya. Honeymoon kali ke 8 lah katakan. Perjalanan mengambil masa kurang lebih 4 jam dari KL untuk sampai ke resort tersebut. Daeng melakukan pendaftaran manakala isterinya, bernama Sarah sedang bersua kenal dengan makcik2 bawang yang lain. Setelah diberikan taklimat ringkas tentang aturcara mereka, Daeng dan isterinya berangkat naik ke bilik hotel mereka.

*sewaktu Daeng menceritakan kepada aku dan Jawe
Daeng: Ajer penat aku naik tangga…hotel jenis lama kamu tau. Lift pun takde…ajer naye.
Jawe: He’eh.
Aku: Udah ngape pule kome cakap Perak ni? Setahu aku kome ni sampei Perak pun tak pronah. Lagi 1 aku musykil, cerita ni tahun bila?
Daeng: Hahaha…bukan ke reader kau suka bila kau cakap loghat Perak? Aku nak tolong je (sambil kenyit2 mata). Cerita ni tahun 2003, masa tu baru 3 tahun berkawen.
Aku: …… (dalam hati: belajar tak abis dah kahwin…3 tahun kahwin, anak kembar, honeymoon sampai 8 kali…sama pervert macam Ramli).
Daeng: Eh? Kau ngutuk aku ek?
Aku: Eh…sambung la cerita tadi…

Hari pertama family day tu aktivitinya, lunch di kafe resort, aktiviti bebas dan malam pula tengok wayang pacak yang disetupkan oleh pengurusan resort. Keesokan harinya pula ada sukaneka di tepi pantai, jadi petang itu Daeng terlelap sehingga ke malam kerana kepenatan. Sewaktu peserta2 yang lain keluar mengikuti aktiviti di dalam aturcara mereka, Daeng yang baru bangun itu terdengar akan bunyi orang mandi di bilik air.

“Wah…ini sudah peluang baik ni…”katanya di dalam hati. Dia pun menanggalkan pakaian dan memakai tuala, baharu sahaja dia hendak membuka pintu bilik air dan join orang rumahnya mandi, tiba2 pintu biliknya diketuk. Nyaris lagi dia nak terlepas genggaman bunjut tuala di pinggangnya kerana terkejut dek bunyi ketukan itu. Di dalam hatinya berkata, “siapalah yang kacau daun malam2 buta ni? Tak tahu ke orang nak tambah baby lagi ni?”. Daeng sememangnya agak open dan menceritakan yang dia nak buat baby lagi kepada rakan2 sekerjanya yang lain supaya mereka tak mengacau projek sucinya itu.

Daeng melangkah ke pintu hadapan sambil kakinya berjalan menghempas2 ke lantai bilik hotel seperti budak2 yang merajuk mak bapak tak ada masa nak bawak pergi tengok wayang BoboiBoy 2. Lalu dia mengintai pada “peep hole” di pintu sambil hatinya berkata, “binawe mana yang mengaco ni?”. Rupa2nya Sarah yang sedang mengetuk2 pintu bilik. “Hadoila budak Sarah ni…tak boleh tengok orang senang sikit...time ni lah kau nak masuk bilik”, Daeng mengomel sendirian sambil tangannya menuju ke arah tombol pintu.

“Sat…sat…kalau ni dak Sarah aka wife aku…yang dalam tu siapa pulak?”, tiba2 sel2 otaknya mula berhubung memikirkan hal misteri itu. Tiba2 dia terdengar suara isterinya di bilik air, “siapa ketuk pintu tu bang?”. Dalam masa yang sama, suara isterinya di luar pintu pula berkata, “abang…bukak lah pintu…takkan tak bangun2 lagi?”. Daeng menjadi serba tak kena, sekaligus darah menyurup naik ke kepalanya. Tetapi dia masih lagi optimis, dia memeriksa perpustakaan di dalam kepalanya kalau2 ada info pasal kembar isterinya.

Dia bertambah optimis lagi kalau isterinya membawa kembarnya untuk dia “tricycle” malam tu seperti di dalam fantasi kuningnya. Tetapi dia mula kecewa bila teringat, yang bawa baka kembar anaknya tu ialah dia sendiri…bukanlah dari belah isterinya. Peluh jantan mula membasahi dahinya walaupun aircond di dalam bilik itu disetting pada 16 darjah celcius dan pada fan yang paling kuat. Dia mundar mandir…kanan atau kiri? Ini bukanlah keputusan yang boleh dibuat dengan menterbalikkan duit syiling.

Maka Daeng pun mendapat buah fikiran dari otak kuningnya, mungkin dengan membandingkan badan isterinya…baharu dia dapat tau yang mana ori yang mana palsu. Dia memberanikan dirinya untuk membuka pintu bilik mandi sambil berkata, “sayang, posing sikit”. Sarah mengikut sahaja kehendak suaminya. Lalu berkata di dalam hatinya, “hmmm…body power, mantap, bergetah…sah bini aku”.

Aku dan Jawe bersepakat menunjukkan jari terpanjang ke arah Daeng dalam pada dia duk bercerita tu.

Daeng pun menutup kembali pintu bilik air dan berfikir, “yang kat luar tu palsu? Mintak je lah dia tunjukkan apa2 yang patut. Aku jugak yang untung”. Pintu biliknya terus menerus diketuk oleh Sarah sambil memanggil2 namanya. Daeng pun berkata kepada Sarah, “kalau betul kau isteri aku, tunjukkan bukti”. Sarah menjadi kehairanan, lalu menggodek2 handbagnya dan mengeluarkan tangannya yang menunjukkan jarinya terpanjang. Satu respon yang tidak asing baginya apabila Daeng cuba melakukan aksi2 kucing di tempat umum.

Kepala Daeng semakin serabut, habis kusut dibuatnya. Tiba2 otak kuningnya mendapat idea yang lebih bernas, “buat apa pula aku pening2 nak fikirkan hal ni? Aku bagi diorang bersemuka, diorang lah decide mana satu yang ori”. Maka Daeng pun dengan konfidennya membuka pintu hadapan… “Eh? Takde orang?”, berkata dirinya sendirian. Dia pun keluar melihat kiri dan kanan koridor…pun tiada siapa2. “Pelik bin aneh ni…neraka apakah yang dah terjadi ni? (what the hell is happening?)”, katanya sendirian.


Bersambung…


Exoskeleton Publish time 18-8-2019 10:39 PM

Edited by Exoskeleton at 1-6-2020 04:10 PM

Daeng pun masuk semula ke dalam bilik, kali ini biliknya senyap sahaja…tidak ada bunyi orang mandi. Hatinya semakin berdebar2 saat melangkah menuju ke bilik mandi dan degupan tersebut menjadi bertambah kencang apabila melihat bilik airnya gelap. Daeng memetik suis lampu, lantai bilik air kering sahaja. Dia pun tertunduk sambil memegang kepala lututnya lalu menarik nafas sedalam2nya dan kemudiannya menghembuskannya perlahan. “Ni tak boleh jadi ni…boleh kena heart attack aku…my heart is kenot tahan anymore”, katanya di dalam hati.

Perlahan2 dia berundur ke belakang ke arah katil dan melabuhkan punggungnya. Daeng terasa seperti dia sedang duduk di atas sesuatu yang keras. “Bini aku ni kalau tak letak barang2 mekap bersepah memang tak sah…kalau patah berus blusher ni aku jugak yang kena”, katanya lagi sendirian. Dia cuba mengambil objek yang didudukinya itu dengan meraba2 belakangnya tetapi apa yang dapat ditangkapnya seperti pergelangan tangan. Tangan itu terasa sejuk seperti daging sejuk beku…lantas Daeng melompat dan merapatkan belakang badannya pada dinding di hadapan katil untuk melihat siapakah yang empunya tangan tersebut.

Kelihatan katil itu kosong sahaja…tetapi keadaan bilik itumasih terlalu gelap untuk dipastikan. Hanya terang dari lampu bilik air sahaja. Perlahan2 dia meraba2 dinding tersebut menuju ke arah suis lampu. Tangannya menggeletar, manakala belakang badannya masih rapat pada dinding. Semakin hampir tangannya pada suis semakin menggeletar tangannya…seperti ada yang menghembus2kan nafas pada tangannya. Daeng mula terasa lega apabila terpegang kotak pvc suis itu, sebaik saja dia hendak memetik suis tersebut…dia terasa seperti tangannya dijilat oleh lidah yang amat panjang.

Lantas Daeng melompat ke atas katil sambil menjerit, “f*****kkkkk! Lahanat! Demmmmiiiitttttt!!!”. Tiadalah perkataan2 baik yang dapat dikeluarkannya ketika itu, walaupun Daeng ni seorang budak kampung. Mungkin juga pengaruh dari isterinya yang berasal dari KL ataupun Jawe, yang 50% perkataan yang keluar dari mulutnya adalah mencarut2 belaka.

Dalam kekalutannya melompat ke atas katil, Daeng sempat memetik suis lampu dan sekaligus menjadikan seluruh bilik itu terang. Dari pemandangan di atas katil itu, dapatlah dilihatnya bilik itu kosong sahaja, bilik air yang terbuka pintunya itu juga tiada siapa2.

Daeng terduduk dan memegang kepalanya…dia pun terpandang nota yang diletakkan atas meja cermin, memo dari isterinya, “Dear…I ikut diorang jalan2 kat pasar malam minggu, I malas nak kejut U tadi. Malam ni I tidur dekat bilik Elly dan Zarina (anak2 dara syarikat Daeng). Nak borak2 girl’s talk. See U tomorrow ;)”. Daeng tersandar di kepala katil sambil kepalanya direhatkan pada dinding…dengan perlahan2 dia menghembuskan nafasnya yang sedikit terketar2. “Memang hantu rupanya…cilakak betui. Dah lah aku sorang2 malam ni”, katanya di dalam hati.

Dia pun menyelak kain langsir untuk ke verandah, mungkin nikotin dari rokok mampu menenangkan dirinya ketika itu. Tetapi di sebalik sliding door tu ada 2 lembaga yang sedang menunggunya, matanya menyala merah saga dan memandang ke arahnya. Dalam saat2 getir itu, dia teringatkan kisah Jawe yang buka tutup lampu sewaktu mereka belajar di utara dahulu. Dia pun memetik suis lampu verandah dengan harapan lembaga itu hilang dari pandangannya.

Tetapi harapannya hancur berkecai apabila lampu yang dipasang itu menyebabkan rupa2 makhluk itu menjadi jelas pada pandangan matanya. Mata mereka merah seperti saga, tak ada hidung, lidah pula terjulur panjang hingga ke peha, kulit mereka menggerutu dan lengan mereka berlubang2. Pandangan mata Daeng menjadi kelam, dia terlantar pengsan di atas lantai.

*Kembali kepada waktu Daeng menceritakan kepada aku dan Jawe, kami melepak di rumah Daeng kerana kedai2 mamak sudah mulai tutup. Isteri Daeng pula tiada di rumah kerana beraya di KL.

Daeng: Slluurrpppp… (menghirup air kopi o yang dibancuh Jawe)
Aku: ……bukan kau cakap kat aku, tak ramai yang tau cerita yang jadi kat kau masa kat utara ke?
Jawe: Ha’ah…tak ramai…kau, Daeng, Ramli, Amat, Lat, ex aku masa tu, Pak Mat kedai runcit, tuan rumah kedaung, lecturer kos kau dan makcik goreng pisang.
Aku: Kejadahnya? Naik abis semua orang kau cerita. Eh…Daeng, kenapa kau tak ikut raya di KL?
Daeng: Aku cakap aku kena standby esok, tapi sebenarnya aku dah plan nak dating dengan awek kilang…Bandung mari. Hahaha (gelak cam setan).
Aku: Apa jadi lepas tu? Mana part berdarahnya?
Daeng: Makhluk tu lah…meleleh2 darah dari mata, telinga, lubang2 kat tangan dia, lidah pun basah dengan darah. Nasiblah tangan aku yang kena jilat tu kering.

Pagi itu kedengaran suara isterinya memanggil2 namanya sambil mengetuk2 pintu. Daeng membuka mata, melihat hari sudah terang. Dia melihat kiri dan kanan lalu berkata, “kenapa aku tidur kat lantai?”. Perlahan2 dia berjalan ke arah pintu dan memulas tombolnya. Lantas isterinya berkata, “Dear! U tau tak I lama panggil U? U tak turun breakfast ke? Kenapa U bogel? Tot tet tot tet (membebel)…”. Daeng hanya mampu duduk di atas katil, kepalanya terasa berat. Dia pun terlelap kembali sambil badannya direbahkan ke belakang.

Beberapa jam kemudian, isterinya mengejutkan Daeng untuk lunch…tetapi kepalanya masih lagi terasa berat dan berdenyut2. Dia juga tak boleh recall apa yang telah terjadi kepadanya malam semalam. Lalu Sarah menapau makanan di Kafe resort dan menyuapkan panadol kepada suaminya (mengada2). Daeng hanya terjaga apabila hari sudah gelap malam, terdengar seperti isterinya sedang mandi di dalam bilik air sambil menyanyi2.

Daeng pun berkata, “peluang baik ni”. Dia menanggalkan pakaian yang dipakaikan oleh isterinya siang tadi dan memakai tuala. Baru sahaja dia hendak membuka pintu bilik air, tiba2 pintu hadapan biliknya diketuk. Daeng seperti freeze di situ… “aku macam pernah tengok scene ni…tapi kat mana ye? Déjà vu betul rasanya”, kata Daeng sendirian. Dia memberanikan diri untuk mengintai di “peep hole” pintu itu, kali ini kelihatan bosnya sedang menunggu di luar. Sambil menghembuskan nafas lega, dia pun membuka pintu.

Bos Daeng: Daeng, awak OK ke? Malam semalam tak nampak, hari ni pun tak join aktiviti.
Daeng: Saya minta maaf Encik Hakimi, malam semalam saya tak larat nak ikut program. Siang tadi kepala saya sakit sangat2.
En Hakimi: Ooo…macam tu. Ni macam dah sihat je? Boleh lah turun makan…tadi saya nampak isteri awak tengah ambil makanan untuk awak sekali di Kafe.
Daeng: Isteri saya?
En Hakimi: Ye…baru je saya nampak sebelum naik ke sini tadi. Dia dengan Zarina dan Elly.
Daeng: …… (apa yang dah jadi ni?)
En Hakimi: Daeng, awak OK ke? Kenapa tiba2 pucat ni?
Daeng: Encik Hakimi boleh tak tunggu saya sekejap pakai baju, nanti saya ikut turun makan.

Encik Hakimi agak berat hati untuk bersetuju dengan cadangan Daeng itu, tetapi memandangkan keadaan Daeng itu seperti orang tak keruan, serabut dan mukanya pucat pula, lalu dianggukkan sahaja kepalanya tanda setuju. Daeng pula beberapa kali mengulang ayat, “tunggu ye” seperti orang yang takut ditinggalkan.

Sedang Daeng kelam kabut memakai pakaiannya, dia terdengar seperti bunyi pili dipulas dan bunyi air pancuran pun terhenti. “Abang…siapa ketuk pintu tadi? Boleh tak hulurkan towel I sekejap? I terlupa nak bawa tadi…”, kata suara yang menyerupai isterinya itu kepadanya. Daeng terdiam seribu bahasa, di kepalanya seperti ada perkara penting tetapi dia tak boleh nak recall.

“Dear..? Senyap je?”, sambung suara itu lagi. Daeng pun mula melangkah ke arah pintu hadapan dan menjadi kelam kabut berlari keluar dari bilik serta menutup pintu apabila dia terdengar tombol pintu bilik air dipulas. “Daeng, kenapa dengan awak ni?”, tanya Encik Hakimi kepadanya. Soalan itu tidak ada jawapan pada dirinya, dia sendiri pun tidak pasti apa yang sedang terjadi.

Daeng hanya berdiam diri sahaja melangkah menuruni anak tangga dan hanya mendengar sahaja cerita2 aktiviti siang tadi dari Encik Hakimi yang mengikutnya di belakang. Setibanya dia di lobi, dia ditegur oleh Encik Hakimi yang duduk di sofa bersama isterinya, “turun pun awak, Daeng. Saya baru saja nak naik atas tengok keadaan awak…isteri awak cakap, awak tak sihat?”. Daeng dengan pantas menoleh ke belakang, tiada siapa2 pun di belakangnya. Mukanya kembali pucat.

“Daeng…kenapa awak termenung saja ni? Awak OK ke tak?”, tanya Encik Hakimi lagi. Seluruh dunia terasa seakan berputar, kepala Daeng kembali sakit sehingga dia terpaksa memegang kepalanya. Pandangannya mula pudar dan tubuhnya perlahan2 badannya mulai rebah. Dalam pandangan slow motion dia rebah itu, dia melihat Encik Hakimi bangun dari sofa, rakan sekerjanya berlari ke arahnya, tetapi belakang badannya sempat disambut seorang pekerja resort tersebut.

Sebelum mata Daeng tertutup rapi, dia sempat melihat mata pekerja resort itu merah seperti saga dan mulutnya pula menyeringai panjang sehingga ke telinga.


Bersambung…


kangkung85 Publish time 19-8-2019 10:14 AM

yeahhhh...john is back...john is back......hehehhee

rosli_nurizzati Publish time 19-8-2019 10:33 AM

mana sambungannya... john oOOo john

hatikudus Publish time 19-8-2019 02:06 PM

yeehhaaa menanti sambungan dengan sabarrrrr ;P

Exoskeleton Publish time 19-8-2019 04:06 PM

rosli_nurizzati replied at 19-8-2019 10:33 AM
mana sambungannya... john oOOo john

tak sempat nak taip sampai abis :sweat3:
dalam 2, 3 hari ni bz sikit, nanti aku update ye

Exoskeleton Publish time 20-8-2019 01:02 PM

Daeng membuka matanya perlahan2, sedikit demi sedikit pandangan matanya menjadi jelas. Dia berada di dalam biliknya…dia menoleh ke sebelah kirinya, Sarah sedang tidur di sebelahnya. “Sekarang dah pukul berapa? Siang ke malam?”, dia tertanya2 di dalam hati. Daeng menoleh ke arah verandah, tetapi dia terasa gentar untuk melihat di sebalik tabir langsir. “Apa yang dah terjadi pada aku ni?”, tanyanya sendirian.


Dia mengumpul kekuatan untuk bangun dari baringnya dan duduk di tepi katil. Belakangnya terasa sakit seperti baru disebat. Daeng memasang lampu di almari cermin dan menyelak tshirtnya, ternyata di belakang badannya berbirat2 kesan lebam. Semakin tak masuk akal…memorinya di resort itu hanya bangun dan tidur sahaja setakat ini. “Tuk…tuk…tuk…”, bunyi pintu biliknya diketuk memecah kesunyian.


Dalam dia berjalan menuju ke arah pintu, Daeng terasa berdebar2 lain macam. “Apasal aku rasa lain macam ni? Pintu ni dah macam angker je?”, bisik hatinya. Dia mengintai terlebih dahulu di “peep hole”, berdirinya di hadapan pintu itu, wajah yang pernah dilihatnya dahulu. Daeng cepat2 membuka pintu tersebut dan berkata, “Tok Putih…macam mana tau saya bercuti di sini?”. Tok Putih tidak membalas apa2, hanya tersenyum sahaja.


Kemudiannya Tok Putih memberikan buluh yang berisi air kepada Daeng, lalu berkata, “Nak…minum air ni…jangan lupa baca bismillah dan selawat”. Daeng pun mengikut sahaja apa yang disuruh oleh Tok Putih itu…dalam dia meneguk air dari buluh itu, dia terasa sekelilingnya seakan berubah. Dia pun melihat kiri dan kanan, sekaligus memorinya kembali satu persatu.




Memori Daeng


Isterinya mengandung anak yang ketiga, jadi Sarah pulang ke rumah ibu bapanya. Manakala Daeng pula ibarat mendapat lesen besar, masuk ke hutan untuk memikat burung. Sewaktu itu memang hobi Daeng sama ada memancing, memikat burung atau menjerat kancil dan ayam hutan. Disebabkan isterinya mengandung, dia tidak melakukan aktiviti memancing…takut kalau terkenan. Kebiasaannya Daeng keluar dari hutan selewatnya waktu petang, kerana tak mahu terlibat dengan makhluk2 yang tidak sepatutnya.


Tetapi kali ini dia tersesat jauh ke dalam hutan, hari pun sudah mulai gelap. Daeng terasa serba tak kena, apatah lagi sejak dari awal lagi dia terasa seperti dirinya diperhatikan. Dia duduk di akar2 kayu yang besar dan memakan biskut dan air mineral yang dibawanya sebagai bekalan. “Dah lah hasil tak dapat, aku pulak sesat dalam ni…makhluk atas pokok tu pulak tengok je aku dari tadi…eh???”, sedang dia berkata sendirian di dalam hati, dia mendongak kembali ke atas dahan pokok yang besar itu.


Satu lembaga matanya terpaku sahaja melihat Daeng. Dia mengumpul keberaniannya, bangun dan berkata kepada makhluk itu, “kau jangan ganggu aku..! Aku tahu asal usulmu”. Pokok2 di situ bagai ditiup angin yang kencang. “Apa yang kau tahu?!”, keluar suara yang menyeramkan dari makhluk itu. Daeng pun duduk kembali pada akar pokok…di dalam hatinya berkata, “tak menjadi pulak…bukan ke dalam cerita2 kat TV tu lepas je?”.


Makhluk itu bagaikan tidak berpuas hati dengan Daeng yang tidak menjawap soalannya. Beberapa kali dia bertanyakan soalan, “apa yang kau tahu?” (dari atas pokok), “apa yang kau tahu?” (di atas tanah), “apa yang kau tahu?” (dari belakang pokok yang diduduki Daeng) dan terakhir sekali betul2 di hadapan muka Daeng, “apaaa…yang kau tahuuu…?”. Daeng hanya mampu memejamkan matanya…bau busuk menusuk hidungnya seperti bau bangkai, nanah dan nimbah.


Satu kesilapan besar yang tak sepatutnya dilakukan atau ditiru oleh sesiapa yang sedang berhadapan dengan situasi yang seumpama ini. Peluh membasahi muka Daeng, dia buntu apa yang patut dilakukannya. Adakah dia patut sabarkan saja sehingga siang? Tiba2 kedengaran suara perempuan berkata, “jangan kau kacau cucuku itu!”. Mata Daeng pun terbuka, dia melihat akan kelibat perempuan yang sudah berusia, berjalan terbongkok2 dan memegang tongkat kayu untuk menyokong dirinya.


Makhluk: Dia cabar aku…dia kata dia tahu asal usulku
Nenek: Dia budak lagi…apa yang dia tahu? Kau lepaskan saja dia
Makhluk: Tidak…!! Aku tak mahu…aku tak mahu!
Nenek: Kau jangan berdegil…di dalam hutan ini bukan kau saja penduduknya. Dan bukanlah engkau yang rajanya.


Makhluk itu terdiam mendengarkan nenek itu berkata sedemikian. Nenek itu memanggil2 Daeng dengan gerak tangannya…lantas Daeng bangun dan berlari ke arah nenek itu. Kemudian mereka berjalan meninggalkan tempat itu. Berkata di dalam hatinya, "serba salah aku ikut nenek ni…terbongkok2, slow pulak tu. Nak hilang dari pandangan makhluk tadi pun jenuh. Kalau aku nak blah je…tak tau apa pulak yang aku jumpa nanti". Tak semena mena langkah nenek itu tiba2 berhenti…lalu menoleh ke arahnya.


Nenek: Maaf ye cu…nenek ni dah tua…jalan pun lambat.
Daeng: Gulp (telan air liur)…tak apa nek. Saya ni pun bukannya tau jalan dalam hutan ni. Nenek memang tinggal di dalam hutan ni?
Nenek: Hee…hee…hee…nenek kutip akar2, herba2 saja di sini…rumah nenek nun di atas bukit sana.
Daeng: Kuatnya nenek berjalan? Umur nenek ni berapa?


Nenek itu tidak menjawap pertanyaan Daeng, dia hanya tersenyum dan berkata, “marilah cu…kita sambung perjalanan kita”. Mereka sambung berjalan tidak tahu berapa lamanya, perjalanan semakin sukar, akar2 kayu seperti lebih besar dari sebuah kereta dan ada juga yang lebih besar dari lori. Bila didongak ke atas untuk melihat daun atau dahan pokok tersebut, nun terlalu tinggi…batang pokoknya juga sebesar KLCC (tu lah perumpamaan yang boleh diberi oleh Daeng). Sekali sekala daun2 tua gugur, besarnya daun itu boleh buat gebor untuk 4, 5 orang (apa perumpamaan kau pakai ni Daeng?).


Cendawan2 yang tumbuh di situ pula, sudah ibarat payung pasar malam besarnya. “Memang pokok2 sini besar atau aku yang dah jadi kecik?”, Daeng tertanya2 di dalam hatinya. Nenek itu menoleh ke arahnya dan tersenyum saja melihatkan Daeng terpinga2 kehairanan melihat flora dan fauna di situ. Tidak lama kemudian tibalah mereka di pinggir sungai, lebarnya sungai itu sehinggakan tidak nampak seberangnya. Nenek itu mengetukkan tongkatnya di sebuah batu besar.


Kemudian berkata, “hai lah Raja Buaya…tumpangkanlah aku akan seekor rakyatmu untuk ku seberang sana”. Maka timbullah seekor buaya yang besar badannya di hadapan mereka. Nenek itu mempersilakan Daeng untuk melangkah naik ke atas badan buaya tersebut. Dengan kaki yang terketar2…


Aku: Kejap…kejap…ni apa cerita ni? Macam susah nak hadam je? Ke kau meranjit kitorang?
Daeng: Woii…kata nak aku cerita? Apa yang aku nampak, aku bagitaulah.
Jawe: Zzzz (dah terlelap)


*sambung semula cerita Daeng
Buaya yang dinaiki oleh Daeng dan nenek itu menyusuri arus sungai tersebut sambil merapati ke tebing sana. Dalam dia melihat keganjilan itu, tiba2 mereka berselisih dengan seekor buaya yang berganda2 lebih besar dari yang dinaiki oleh mereka. Di atas buaya tersebut seorang lelaki berpakaian kulit buaya yang cantik berkilat. Nampak seperti keras kulit buaya yang menjadi pakaiannya itu tetapi ia terbentuk cantik sahaja.


Nenek dalam senyuman berkata kepada Daeng, itu lah dia Raja Buaya…ada Raja, ada Ratunya…setiap haiwan, ada Rajanya. Setelah mereka tiba di tebing sungai, mereka mendaki bukit pula. Dari cerita Daeng, bukit itu amat sukar untuk didaki. Tetapi bila dia mendongak ke atas, dia lihat nenek tu sedang menunggunya. “Macam lagi hebat pula nenek ni mendaki ke atas, raut muka pun rileks je…macam tak ada apa2…aku yang muda ni macam dah nak setengah mampus memanjat”, kata Daeng di dalam hatinya sambil tercungap2.


Sehinggalah akhirnya sampai Daeng ke suatu laman yang luas, tamatlah pendakiannya. Tetapi bukit itu masih ada lagi di atasnya. “Nasiblah nenek ni tak buat rumah kat paling atas sekali…kalau tak, mampoi aku”, katanya sendirian sambil terbaring di halaman rumah nenek itu. Nampak seperti dia sedang berbaring di rumput yang hijau, tetapi jika dilihat betul2 ianya lumut. Persekitaran itu juga berkabus dan agak sejuk.


Dia terdengar bunyi seperti orang berjalan di atas papan bersama tongkat, kelihatan nenek sedang membawa hidangan kepadanya. Kuih cucur pisang dan air di dalam buluh… “jemputlah cu…”, kata nenek itu. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, Daeng yang hanya memakan biskut sahaja tadi memakan kuih tersebut dengan lahap dan diteguknya air di dalam buluh itu. Air tersebut sejuk sahaja…memang sedap baginya yang haus selepas mendaki bukit tadi.


Bagaikan ular sawa…setelah kenyang makan, matanya menjadi semakin berat. Lalu dia baring dan tidur di situ. Sayup2 kedengaran nenek itu mengekek2 ketawa.

*sewaktu Daeng sedar kembali
Di saat itu jelas lah padanya akan apa yang telah terjadi, sel2 otaknya kembali berhubung. “Bos aku yang kedaung tu mana pernah buat family day? Makan2 pun tak pernah…ni pulak sponsor semua pergi bercuti kat Pahang”, kata akal Daeng mengikut logiknya. Tok Putih memegang bahu Daeng lalu berkata, “nak…syukur alhamdulillah kamu telah sedar. Tapi kamu perlu tinggalkan tempat ini sebelum malam menjelma. Berjalanlah kamu menuju ke arah sana sambil berzikir “la ilaha illallah” tanpa henti…insyaAllah kamu akan keluar dengan selamat”.


Daeng berjalan mengikut arah yang ditunjukkan tadi sambil berzikir, meninggalkan Tok Putih. Kabus tebal2 tiba2 saja muncul... sehinggakan tidak nampak apa yang ada dihadapannya. Dia meneruskan juga langkahnya sehinggalah dia terlanggar besi penghadang jalan yang menyebabkan dia jatuh terjombab atas jalan. “Aduh…keras rupanya jalan tar ni…eh? Aku dah kat highway?”, Daeng berkata sendirian sambil melihat ke kiri dan kanan.


Aku: Ooo…highway mana masa tu?
Daeng: Karak…aku tahan2 kereta tapi takde siapa yang nak bagi tumpang. Last2 ada brader motor tu baik siap hantar aku pergi ke pekan terdekat. Aku naik bas sampai ke KL.
Aku: Abis tu kereta kau?
Daeng: Kereta aku kat Gombak, punyalah jauh aku boleh sampai sana.
Aku: …… (garu2 kepala)
Daeng: Tu lah aku terjumpa dengan Jawe masa tengah melahap kat kedai makan area Gombak.
Jawe: Ha’ah…dah macam orang apa entah. Baju comot, koyak2, rupa macam tak mandi berapa hari. Ingatkan orang gila, sekali member sendiri…hahaha.
Daeng: Kurang ajor ni (terajang2 Jawe). Tapi mamak tu pun kurang ajar jugak...tanya2 aku ada duit tak nak makan situ.
Jawe: Pastu aku teman dia balik rumah, mandi…tukar baju. Aku cakap kat dia, dari dia buat hobi merepek2 macam tu, baik ikut aku punya hobi.
Aku: Apa pulak hobi kau?
Daeng: Hobi dia apa lagi? Pergi masaj lah…hari tu saja sampai 3 tempat masaj dia bawak aku, dengan Vietnam, Bakso, Tomyam pun ada…bla3…
Aku: Hadoooiii…perosak member kau ni Jawe.
Jawe: Eh…OK ape? Takdelah dia sesat dalam hutan.
Aku: Tapi dia sesat ke lain.
Daeng: John, cuba kau tengok tingkap tu.


Aku pun toleh tengok…hari dah terang. Omaigod…what have I done? {:stoneo




-Tamat-


ziezot Publish time 20-8-2019 01:04 PM

Jalan cite terrrbaikk {:thumbo
Ketagih wei. Pas 1 cite ke 1 cite. John, ko cite la lagi cite2 seram kelako ko. I'm waiting... {:1_535:}

Exoskeleton Publish time 20-8-2019 01:38 PM

ziezot replied at 20-8-2019 01:04 PM
Jalan cite terrrbaikk
Ketagih wei. Pas 1 cite ke 1 cite. John, ko cite la lagi cite2 seram ...

aik? punyalah cepat baca? :lol:

hatikudus Publish time 20-8-2019 02:12 PM

Exoskeleton replied at 20-8-2019 01:02 PM
Daeng membuka matanya perlahan2, sedikit demi sedikit pandangan matanya menjadi jelas. Dia berada di ...

Perghhh best betul citer tt...siap aku membayangkan situasi si daeng tu dlm hutan.
Susah jugaklah nak imagine babak dr hotel ke hutan :lol:
Tq tt

kangkung85 Publish time 20-8-2019 03:14 PM

Exoskeleton replied at 20-8-2019 01:02 PM
Daeng membuka matanya perlahan2, sedikit demi sedikit pandangan matanya menjadi jelas. Dia berada di ...

ahhhh...tetiba john dh tepek cerita...aku xperasan....

palmolive Publish time 20-8-2019 03:50 PM

boleh elaborate camner Daeng boleh sampai ke Karak tu?...John? boleh kan?

Exoskeleton Publish time 20-8-2019 05:23 PM

palmolive replied at 20-8-2019 03:50 PM
boleh elaborate camner Daeng boleh sampai ke Karak tu?...John? boleh kan?

pada pandangan aku yang tak seberapa ni lah...Daeng masa tu melangkah masuk ke alam sebelah. Sebab tu lah dia nampak pokok2 yang besar apa semua tu...dulu arwah Pak Mud pun pernah orang alam sebelah tu bagi cendawan sebesar payung.

Jadi tu lah aku rumuskan macam tu...soal perjalanan tu pun tak menjadi hairan. Kalau orang2 yang tahu, biasanya dari Kedah nak ke Johor pun boleh dalam masa yang singkat tapi kena melalui jalan lama. Ikut tol tak maunya ;P

Ni kan pula kalau melalui cerita Daeng tu, dia mengikut nenek tu terlalu lama...macam siang malam beberapa kali pun ada juga. Tapi dia tak dapat nak pastikan...katanya macam terpukau dengan rupa alam sebelah. (Terpukau dengan rupa nenek tu? :lol: )

palmolive Publish time 20-8-2019 05:30 PM

Exoskeleton replied at 20-8-2019 05:23 PM
pada pandangan aku yang tak seberapa ni lah...Daeng masa tu melangkah masuk ke alam sebelah. Sebab ...

rupanya Daeng start masuk hutan bermula dari Gombak (tempat dia parking kereta) pasal tu hobi dia..
start dari tu la dia dipukau smpai berkhayal company dia kerja buat family day bagai..

OpahMacho22 Publish time 20-8-2019 06:18 PM

Sukee tthread ni . Bahasa yang baik .

Exoskeleton Publish time 20-8-2019 07:13 PM

palmolive replied at 20-8-2019 05:30 PM
rupanya Daeng start masuk hutan bermula dari Gombak (tempat dia parking kereta) pasal tu hobi dia. ...

ye betul...cerita tu agak twist sana sini. Aku dapat dari Daeng pun agak carca marba, pening aku nak susunkan

Exoskeleton Publish time 20-8-2019 07:16 PM

Edited by Exoskeleton at 20-8-2019 11:12 PM

Misteri Tok Putih 2


Selepas Hari Raya Korban aku dihuru harakan oleh Jawe dan Daeng, sambil aku mendengar orang rumah aku tot tet tot tet (berleter) di dalam kereta…baharu lah aku teringat suatu masa dahulu selepas 2 tahun aku berkahwin. Masa tu selepas saja bangun malam dan sedang duduk di atas sejadah, tiba2 saja aku terasa seperti sedang diperhatikan. Aku pun membuka mata, alangkah terkejutnya aku bila melihat seorang lelaki tua sedang duduk di hadapanku.


Aku tidak kenal akan orang tua itu…pakaian, rambut, misai dan janggutnya semua putih. Perkara pertama aku risaukan tentulah pendinding yang telah ku pasang sebelum waktu tidur tadi. Tetapi orang tua itu seakan tahu apa yang aku risaukan. Dia mengangkat tapak tangan kanannya dan berkata, “anak jangan risau…perisai anak tu tak ada apa2…benda2 yang tak elok memang tak lepas”.


Dahiku bertambah kerutnya, “jadi…adakah dia ni antara benda yang elok? Macam mana aku nak bezakan? Kot2 aku kena trick…”, kataku sendirian di dalam hati. Orang tua itu tersenyum dan berkata, “bagaimana untuk Tok buktikan, baru anak akan percaya?”. Ketika ini aku macam seronok pula bila aku cakap dalam hati, orang tua ni boleh jawap…hehe. Jadi aku berkata lagi di dalam hati, “Muhammad…tunjukkan aku Muhammad. Barulah aku akan percaya”.


Orang tua itu tersengih dan berkata, “untuk tunjukkan junjungan besar itu, Tok ni masih belum layak…tetapi kalau anak nak berjumpa dengan dia, carilah di telaga Kausar dan bacalah surahnya...anak sendiri tahu bukan?”. Sewaktu Tok Putih menyebut telaga Kausar, jarinya menunjukkan pada tempatnya. “Hmmm…sama macam yang arwah Pak Tahir pernah ajar dulu. Baiklah…buat masa ni aku percaya 10% dahulu”, kataku lagi di dalam hati sambil berfikir.


“10% pun jadilah…daripada anak tolak kesemuanya”, kata Tok Putih kepadaku sambil membelai2 janggutnya. Kali ni aku berkata menggunakan mulut


Aku: Jadi…apa hajat Tok ke mari? Saya ni...bukannya pandai pun…diri sendiri pun tak tertolong lagi.
Tok Putih: Akan tiba masanya nanti kamu akan bertemu kembali kedua kawan karibmu yang telah lama kamu tidak ketemu. Syahdan…mereka berdua itu akan kamu lihat, hidup mereka terumbang ambing dan adakalanya bergelumang dengan maksiat. Mereka berdua itu adalah dari keturunanku, akan tetapi tidak jua diketahui oleh mereka akan tali persaudaraannya itu.
Aku: …… (dalam hati: omaigod…ayat puitis…nanti aku nak cerita balik kat orang pun tak dapat sama macam dia cakap…eh, dia boleh dengar dalam hati). Lagi Tok? Saya masih tak tahu apa peranan saya.
Tok Putih: Buat masa ini, kamu tidak ada apa2 peranan…jalan yang akan ditempuhi mereka itu juga telah ditakdirkan Allah. Berlaku perebutan di antara yang baik dan yang jahat pula cuba membawa mereka ke lembah kehancuran.
Aku: Maksud Tok yang jahat tu membawa mereka kepada maksiat yang Tok cakap tadi ke?
Tok Putih: Maksiat yang itu masih terbuka pintu taubat selagi mana hambaNya mahu berubah…tetapi ini, kejahatan dari alam sebelah.


Aku mula menggaru2 dahiku


Aku: Alam sebelah? Alam ghaib?
Tok Putih: Anak jangan tersilap…mereka ini ghaib, tapi hanya pada pandangan mata saja. Alam ghaib itu pula urusan yang lain.


Sekali lagi aku menggaru2 dahiku, kalau lah aku garu kepala…boleh botak aku malam tu


Aku: Saya rasa adalah lebih baik Tok berterus terang saja.
Tok Putih: Begini nak…di dunia ini ada positif dan ada negatif, kedua2 ini saling berlawanan tetapi dalam masa yang sama menyeimbangkan dunia ini. Sekiranya tidak ada salah satunya, maka akan hilanglah keseimbangan.


Aku menggaru2 dahi dengan kedua2 belah tanganku


Tok Putih: Seperti mana yang anak tahu, sebagai mana Allah menjadikan Iblis, maka dia melantik lawannya iaitu para Nabi dan Rasul. Sebagaimana Iblis itu kekal sehingga ke hari kiamat, begitulah juga dengan NabiNya Khidir. Contoh yang lain, apabila adanya Dajjal…maka adalah Mahadi untuk menyeimbangkannya.
Aku: Ooo…baru saya faham sikit Tok.
Tok Putih: Jadi…bila adanya Wali2 Allah…adalah juga lawannya. Mereka inilah yang akan mempengaruhi kedua2 atau salah seorang dari sahabat kamu itu nanti. Kawan kamu mungkin akan dibawa berkenalan dengan alam mereka, mungkin juga akan dijemput untuk menyertai mereka.


Aku mula memegang kepala dengan kedua2 belah tanganku seperti itik dalam salah satu karekter Pokemon. “Tok tahu…mungkin perkara ini amat berat untuk dihadam, apatah lagi perkara yang masih belum berlaku lagi”, sambung Tok Putih lagi. Aku cuma mampu bersandar pada dinding di belakangku, sememangnya aku solat berbelakangkan dinding, supaya tidak muncul makmum secara tiba2 sewaktu aku solat bersendirian.:lol:


Sedang aku tertunduk memikirkan apa yang dikatakan oleh Tok Putih itu, tiba2 dia berkata, “ada beberapa orang yang telah pergi, kirim salam kepadamu”. Aku pun menjawap, “wa’alaikummusalam…siapa mereka…eh? Dah hilang?”. Dalam aku mengangkat kepalaku untuk melihat kembali ke arah Tok Putih, dia telah pergi tinggalkan aku dalam keadaan yang masih tertanya2. Namanya pun tak diberikan kepadaku.


*tamat flashback


“Mungkin itu lah orang tua yang Jawe dan Daeng ceritakan…dan mungkin juga 2 orang kawan yang Tok Putih cakapkan tu, Jawe dan Daeng”, secara tidak sengaja aku terlafazkan di mulutku. Membuatkan aku terasa renungan maut dari sebelah tempat dudukku. Leteran orang rumahku dilanjutkan lagi bila dia tahu aku tak dengar bebelannya sedari kampung tadi.




-Tamat-






Part yang ni tak ada sambungannya, sebab tak jadi apa2 pun lagi kat budak 2 ekor tu. Tapi aku pun tak pernah ceritakan pun hal ni kat diorang berdua. Cuma pesan je lah…kalau boleh, berubah…umur dah masuk 4 series dah pun.


karlmax8 Publish time 21-8-2019 02:00 AM

Gaya cerita memang terbaik{:thumbo. Kalau boleh jangan stop, boleh olah balik cerita kawan2 TT yang lain.

KakRoss Publish time 21-8-2019 08:32 AM

Tok putih tu orang ke jelmaan wali?? Kiranya nenek tu yang mengkhayalkan Daeng tu ya??
Pages: 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 [19] 20 21 22 23 24 25 26 27 28
View full version: Pengalaman budak2 nakal (Update 15/8/21)


ADVERTISEMENT