bro_kr Publish time 6-7-2019 04:13 PM

Edited by bro_kr at 6-7-2019 04:15 PM

Thank u John. Complete. Rasa cam tengok movie blockbuster.

Di celah kehidupan manusia, lain orang lain nasib yang Allah swt berikan. Insaf dengan diri yg serba lemah ni..

First time dengar, rupanya penanggal ini sekadar manusia biasa sahaja yg kalau kena rape dgn lelaki yg berani dan kuat berahi, boleh termengandung..

Thank you.

azelinaputeri Publish time 6-7-2019 08:13 PM

Exoskeleton replied at 5-7-2019 07:25 PM
eh? dah tamatlah

takdak citer dah ke.. alamak..

tokki1 Publish time 6-7-2019 08:43 PM

Selalu looking forward nak tahu sambungan. Hari ni dapat tahu closure.

Thanks so much, John!

cmf_blanco Publish time 7-7-2019 12:01 AM

Terima kasih banyak2 la John sebab sudi kongsi kisah hidup ko pada kitorang kat porem nih.. Banyak teladan Dan ilmu yg ada Dalam cerita2 ko tu semua.. Semoga John dan kelurga serta semua kita dalam porem ni sentiasa Dalam lindungan Allah swt..

alibnmat Publish time 7-7-2019 09:14 AM

Exoskeleton replied at 6-7-2019 02:51 PM
OKla...aku bagi update life diorang
Amat – Kerja oil & gas bertahun2 jugak, last2 dia kawen deng ...

So fikri je yang normal pada aku. Yg lain semua kerasukan atau dirasuk..

MYviHaZz Publish time 7-7-2019 02:57 PM

tak puas baca cerita tt, sempoi je citer, lawak ada, seram ada..cukup rencahnya..
good job tt..kut2 ada cerita yang tertinggal tu leh la sambung balik..

doubleA Publish time 8-7-2019 03:04 PM

John cerpen ke ada tak? Hahaha nak lagi! :lol:

ezacbee Publish time 8-7-2019 05:14 PM

John, hantu aussie takde ke? ce cite :lol:

boleblah Publish time 8-7-2019 09:12 PM

Antara author yg menyampaikan cerita dgn baik. Syabas tt. Mohon share lagi cerita :$

nicuya Publish time 9-7-2019 06:42 PM

Zul tu asal boleh je die ye...hati kering btol ngan cikpon la penanggal la..kan dh mendapat :dizzy:

Exoskeleton Publish time 9-7-2019 07:04 PM

ezacbee replied at 8-7-2019 05:14 PM
John, hantu aussie takde ke? ce cite

aussie takde ape2 sangat...roh2 orang mati je biasanya. Takkan aku nak sembang2 dengan diorang kan? Lain lah kalau Fendi :lol:

Exoskeleton Publish time 9-7-2019 07:07 PM

boleblah replied at 8-7-2019 09:12 PM
Antara author yg menyampaikan cerita dgn baik. Syabas tt. Mohon share lagi cerita

aiyooo...yela2...nanti aku try repair cerita2 yang aku scrapkan, aku letak ye?{:mado

ezacbee Publish time 9-7-2019 07:11 PM

Exoskeleton replied at 9-7-2019 07:04 PM
aussie takde ape2 sangat...roh2 orang mati je biasanya. Takkan aku nak sembang2 dengan diorang kan ...

Manetau fendi de cite ke?
Roh pun rohlaa, de cite ke? :lol:

Exoskeleton Publish time 9-7-2019 09:17 PM

Ni sambungan asal yang aku scrapkan dari episod special The Origins, sebab macam pendek sangat...aku mula2 ingat macam nak buat in point of view Fendi masa Zaquan kena bakar tu, tapi macam tak kena pula. Dalam erti kata lain, dah abis cerita ler... :C

Disebabkan cerita si Fendi yang seterusnya ni agak brutal dan geli2 sikit, maka aku tukar balik kepada third person view. Tak sanggup pulak nak taip guna perkataan “aku” tu dan aku tak rasa aku boleh faham perasaan mamat tu.




Fendi di Asrama


Walaupun Fendi telah dihantar ke sekolah berasrama penuh dan di sana ada ramai kawan2 yang lain…tapi Fendi masih teringatkan Zaquan. Kadang2 dia nampak Zaquan di padang sekolah, kadang2 di tangga asrama dan kadang2 sedang kencing di dalam mangkuk makanan di kantin, tapi apabila Fendi cuba mendekatinya Zaquan masih menjauhkan diri. Lama kelamaan Fendi mula terbiasa tanpa Zaquan, dia meneruskan hidup dengan kawan2nya yang manusia.


Bila dia masuk ke sekolah menengah berasrama, densenya itu semakin menjadi2…pernah dia tengah2 malam masuk ke bilik air dan melihat perempuan berlidah panjang sedang menjilat mangkuk tandas, dia pergi sound, “woi…orang bancuh megi dalam baldi la…bukan mangkuk tandas. Lagipun kau tak tau ke ni asrama laki?”. Makhluk tu hanya menoleh ke arah Fendi dan merenungnya sambil ketawa dengan tone yang dalam serta perlahan, “heee......heee……heee……heee”. Fendi hanya menggeleng2kan kepalanya sambil merungut, “dia ingat kelakar lah tu…nanti apa2 hal jadi karang budak2 laki jugak yang salah”.


Sedang Fendi sedap2 mandi, tiba2 dia terasa seperti diperhatikan. Lalu dia mendongak ke atas, kelihatan perempuan itu sedang menyangkung di atas dinding pembahagi tandas/bilik air. Matanya berwarna merah memerhatikannya. “Haaiii…gatal nampak? Intai orang mandi pulak? Nak tengok sangat, tengokla…aku rugi apa”, katanya sambil menunjuk2 anunya kepada makhluk itu. Sangat lah teruk budak Fendi ni ye kawan2…tak cukup dengan tu, dia sebarkan pula kepada budak2 laki yang lain bahawa ada perempuan gatal suka intai budak laki mandi malam2.


Maka ramailah budak2 yang nyaris mati sakit jantung dalam tandas sebab nampak makhluk tu yang sedang mengintai mereka mandi. Kesudahannya sama seperti di kes2 asrama yang lain, ustaz2 terpaksa lah membersihkan dan memagar kawasan sekolah. Kali ini, Fendi hanya mampu melihat Zaquan di luar pagar sekolah. Tidak pula timbul perasaan hairan padanya Zaquan itu tidak membesar sepertinya…rupa parasnya masih lagi kanak2.


hatikudus Publish time 10-7-2019 10:41 AM

Exoskeleton replied at 9-7-2019 09:17 PM
Ni sambungan asal yang aku scrapkan dari episod special The Origins, sebab macam pendek sangat...aku ...

Yeayyy ada citer lagi, thanks tt {:thumbo

yen Publish time 10-7-2019 12:05 PM

best best ada sambungan {:1_132:}

terubat rindu cerita tt

are_you Publish time 11-7-2019 04:34 PM

best cita tt...
cukup rasa..kelakar,seram, sedih...
terbaikkkkk{:1_132:}

ezacbee Publish time 11-7-2019 08:37 PM

Exoskeleton replied at 9-7-2019 09:17 PM
Ni sambungan asal yang aku scrapkan dari episod special The Origins, sebab macam pendek sangat...aku ...

Yess john sambung cite {:thumbo
Fendi.. Fendi.. hati ko keras :lol:

boleblah Publish time 12-7-2019 12:56 AM

Exoskeleton replied at 9-7-2019 07:07 PM
aiyooo...yela2...nanti aku try repair cerita2 yang aku scrapkan, aku letak ye?

Go exo go {:1_152:}

:lol::lol:

Owlknight Publish time 12-7-2019 07:44 AM

najib888 replied at 1-6-2019 05:53 PM
Akar kering tu namanya sintok.. akar sintok. Untuk digosok keseluruh badan masa mandi bunga.
Selalu ...

Masa sy kecil2 dulu, bila hari raya akan mandi dengan air limau purut sambil gosok badan dengan akar sintok. Not sure it was a mandi bunga ke tak sebab tak ada bunga apa2. Cuma suka bau limau purut tu refreshing.
Pages: 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 [14] 15 16 17 18 19 20 21 22 23
View full version: Pengalaman budak2 nakal (Update 15/8/21)


ADVERTISEMENT