cmf_blanco Publish time 4-8-2019 10:58 AM

Exoskeleton replied at 9-7-2019 09:17 PM
Ni sambungan asal yang aku scrapkan dari episod special The Origins, sebab macam pendek sangat...aku ...

Ya ampun fendi.. Lembapnya ko dek oiii.. Kalau aku ada kawan macam fendi ni mau stress idup aku.. Tabahnya kau john menghadap fendi..

Btw, john kalau boleh..aku harap ko terus la sumbangkan cerita ko kat sini.. Kalau kisah ko dah habis ko masukkan aje la cerita dari ahli keluarga ke, sahabat handai ke.. Sebab cara ko deliver cerita senang nak paham, ada unsur seram pun iya, lawak pun iya jugak.. Dah la mps ni kekurangan benang yg best sekarang nih..

Exoskeleton Publish time 4-8-2019 10:01 PM

Edited by Exoskeleton at 31-5-2020 05:12 PM

Masa di open house rumah kawan aku, dia ada cerita kat aku pasal pengalaman dia masa di utara dulu. Dia kata peristiwa ni tak ramai yang tahu sebab masa tu kami menyewa di luar kampus, sewa pun murah je masa tu dalam RM100 sebulan. Rumah tu pula duduk berlima…aku, Ramli, Amat, Daeng dan kawan yang punya cerita ni, aku gelarkan dia Jawe. Nama si Jawe ni lain dari budak2 lain sebab dia takde masa minggu orientasi, mana entah dia menyorok…tapi dalam kelas ade pulak. Tau2 je dia join kitorang sewa kat luar kampus sebab nak bagi hostel pada pelajar2 baru yang tak banyak buat hal macam kitorang.


Rumah Sewa di Tengah Bendang

Sewa rumah tu macam murah je kan? Tapi takde elektrik, rumah pulak kat tengah2 bendang…jadi nyamuk berkerumun tahap gaban, sampai tidur pun dalam kelambu. Dah la takde sumber angin, tidur pula dalam kelambu…ajer dera. Kalau aku sorang je laki dalam rumah tu takpe lah juga, ni masing2 pakai short je…badan pun berlengas masing2. Dinding rumah separuh simen, separuh papan dan atap pula zink. Hujung minggu kalau duduk rumah time tengahari memang masak lah…macam dalam oven. Jadi bukanlah kami saja2 merayau2 kacau awek time weekend sampai malam baru balik rumah. :C

Tu belum lagi kalau musim hujan, kadang2 banjir sampai ke dalam rumah sampai masuk lintah dari sawah bendang. Pernah si Ramli mintak tolong buangkan lintah kat bebird dia. Jadi masa tu memang aku tak layan, macam mana dia boleh kena pun aku taknak tau...Amat je yang tolong settlekan. Dia tarik lintah panjang2 ingat boleh lepas, Ramli menjerit2 ade la…hahaha. Last2 Daeng bagitau diorang guna tembakau rokok, baru lah lintah tu jatuh ke lantai. Tu belum lagi aku nak keluar pergi kelas lintah melekat2 kt kaki, jalan je la selamba masa tu. Rokok aku begitu berharga zaman2 tu, nak dibazirkan pulak kat lintah. Dah kenyang, gugur2 lintah kat dalam bas, dalam kelas dan kaki lima kampus.

Kat sana harga makanan pun murah, goreng pisang (bukan hiris 3 atau 4 macam sekarang) seringgit dapat 10 ketui. Si Ramli pula tak tahu lagi masa tu, pergi beli 5 ringgit...jawapnya kawan2 serumah kena lah tolong habiskan. Tu kira minum petang membawak ke makan malam. Walaupun rumah tu serba kekurangan, tapi tuan rumah ada sediakan dapur, dapur minyak tanah. Pun jenuh juga nak ngidupkan api, adjust angin dia apa semua...biasanya aku dan Daeng jadi mangsa hidupkan api sebab ada pengalaman guna kat kampung. Bila dah menyala api, udah rope pertandingan masterchef pulak jadinya…semua nak menunjukkan skill masing2.

Amat dengan menu nasi goreng kunyit…aku tak tahu apa yang si Amat ni fikirkan. Rasa nasi goreng tu memang gagal segagal gagalnya. Orang letak sos tiram, kicap bagai...dia pulak letak serbuk kunyit buat rencah. Jawe pulak lagi handei, nasi goreng kayu manis. Ajer besor kayu manisnya…tak tahu mana dia dapat. Udah boleh buat sampan main kat longkang. Dalam setiap pinggan kami ada kayu manis tu, melintang kat tengah2 pinggan. Tak boleh dikritik pulak tu masakan dia, tacing bagai.

Jadi hal ni terjadi masa cuti umum, tak ingat cuti apa. Tapi kampus cuti dalam 2 minggu, jadi kami semua balik ke kampung masing2 kecuali si Jawe. Dia baru dapat awek kerja kat kedai makan, jadi dia nak berdating bagai lah halnya. Aku pulak pantang dapat cuti, mesti balik kampung. Dapat tidur ada kipas angin pun jadi lah masa tu. Lagi pulak kat rumah ada makanan sedap2, takde menu pelik2. Kami biasanya balik ke rumah masing2 naik keretapi sebab dekat dengan rumah, boleh jalan kaki.

Kisahnya bermula selepas Jawe balik dari dating, dia siap menyanyi dengan senang hati sambil buka pakaian dan pakai short sebelum nak tidur. Kemudian Jawe pun tutup lampu bilik, sekali nampak macam ada 1 kelibat berdiri di luar tingkap. Dia pun pasang balik lampu, lembaga tadi pun hilang. Jawe pun pergi intai2 kat luar kot2 kami bergurau nak takut2kan dia. “Hairan ni…kalau nak cakap budak2 rumah ni, aku sendiri pernah tengok tiket keretapi diorang”, katanya di dalam hati.

*Dalam waktu yang sama, sewaktu kami di dalam keretapi:
Ramli: awak2…boleh berkenalan tak?
Aku: Udah2 ler Ramli…ajer runsing aku nengornya skrip kamu tu berulang2.
Ramli: Ooo…runsing ye? Kau tadi tu mengayat awek USM, pastu dah dapat duduk sebelah dia siap share selimut lagi. Kau ingat aku tak runsing?
Aku: Shh…Shhh…udah tengah malam ni. Tidur…tidur…

*Kembali kepada rumah sewa
Jawe menggaru2 kepalanya yang tak gatal itu, dia pun memujuk hatinya, “orang2 kot? Lantak je lah”.

*Waktu Jawe ceritakan hal ni kat aku
Aku: Cop2…orang2 kejadahnya letak kat tepi rumah sewa kita? Orang2 tu untuk halau burung, bukan untuk halau burung kita. 1 lagi...dah macam cerita mat saleh je? Yang tutup bukak lampu tu?
Jawe: Waduuuhhh…ojo akeh takon. Rungok’kea wahey.
Aku: Errr…aku tak paham. Kau cakap apa?

*Kembali ke cerita Jawe
Jawe pun tutup kembali lampu tu, sekali lagi dia terkejut bila melihat lembaga itu semakin hampir ke tingkap biliknya. “Waduh…gawat nih”, katanya di dalam hati. Dia pun bukakan kembali lampu, lembaga itu hilang kembali. Dalam hal ini, takkan lah si Jawe ni nak teruskan permainan off on lampu pula kan? Dia pun terus mencari2 dalam almari pakaian kami semua kalau2 ada al-Quran atau buku Yassin, kalau ada buku al-Mathurat pun jadi lah padanya. Puas dia memunggah barang2 di dalam almari kami sambil berkata di dalam hatinya, “waduuhhh…kenapalah 1 sorang almari dalam rumah ni? Kan dah payah aku nak memunggah? Eh? Ramli ada banyak buku cerita 18sx…Ahhh…tu nanti2 pun boleh baca”.

*Waktu Jawe ceritakan hal ni kat aku
Aku: Ooo…kau lah yang punya angkara habis terbalik almari aku kau buat. Cakap kat kitorang air naik la apa semua. Eh jap…kau selongkar almari Amat sekali tu kenapa? Kau tak jumpa bible pun dah nasib baik kau tau.
Jawe: Aku dah kaget…mana ingat lagi Amat tu sorang je non muslim dalam rumah kita dulu. Kau asyik potong2 cerita macam ni, bila mau habis daaa…
Aku: Panjang2 pun takpe, mengarut2 sikit biar padan muka yang baca cerita ni nanti…muahahaha (gelak jahat)

*Kembali ke cerita Jawe
Sedang Jawe kalut menyelongkar, tiba2 dia terdengar suara perempuan berkata, “kat celah2 pakaian kat dalam almari Daeng tu ada kot, bang”. Jawe pun dengan ringkas menjawap, “OK, sayang…”. Langkah Jawe pun terkaku saat menuju ke almari Daeng. Timbul beberapa pertanyaan di dalam kepalanya, “bila masa pulak aku ada bini?”, “kalau ada bini, takkan lah tinggal kat rumah sauna ni dengan budak2 laki pakai shorts je hari2”. Dia pun menoleh ke arah suara itu, “ooo…dari luar tingkap…nasib lah almari Ramli ni dah tolong tutupkan ruang pandangan. Kalau tak…fuhhh”, kata Jawe di dalam hati sambil mengusap2 dadanya.

Dia pun menoleh kembali ke hadapannya, lembaga itu betul2 di hadapannya. Pipinya rompong, kulitnya pula seperti mayat yang dah berhari2 di dalam air (Jawe ni kerja kat bilik mayat) dan kakinya tergantung tak jejak ke lantai. Jawe rebah ke lantai rumah sewa, hanya sedar keesokan tengaharinya. Dia bangun kehairanan, timbul beberapa pertanyaan di dalam kepalanya, “kenapa dia tidur di lantai rumah?”, “macam ada benda jadi semalam…”. Bila dia teringat semula apa yang dah terjadi, Jawe pun mengemas pakaian2nya dan meninggalkan rumah itu sehinggalah kami pulang dari cuti.

*kembali ke waktu Jawe sedang bercerita kepada aku
Jawe: Begitulah halnya...
Aku: Ooo…camtu kisahnya. Eh? Bukan kau tinggal rumah awek kau ke masa kitorang cuti tu?
Jawe: Shhhh…jangan kuat2. Nanti orang rumah aku dengar, memang mati kering lah aku. Masa tu aku lari pergi rumah sewa ex aku lah.
Aku: Errr...ex kau yang rogol kau tu? Sampai sekarang aku ragu2 story kau kena rogol dengan ex kau tu.
Jawe: Eh, orang rumah aku nak lalu, tukar topik. Kau tau tak bukan main payah aku nak call kau masa tu kat public phone, nak tanya kau bila balik rumah sewa. Ayah kau siap bagi teka teki bagai bila aku bagitau nak cakap dengan kau...sampai abis syiling aku masukkan, last2 dia bagitau yang kau kat padang, tengah main bola.
Aku: Hahahahaha…padan muka kau syaiton . Jap...kau cerita rupa mayat apa semua ni sebab kau taknak aku abiskan satey kau ni ke?
Jawe: ......
Aku: Plan kau gagal...kita kan pernah beramai2 tengok cerita Cannibal Holocaust sambil makan malam dulu? Ape lah sangat cerita kau ni? Muahahahaha (gelak jahat lagi)


Exoskeleton Publish time 4-8-2019 10:04 PM

cmf_blanco replied at 4-8-2019 10:58 AM
Ya ampun fendi.. Lembapnya ko dek oiii.. Kalau aku ada kawan macam fendi ni mau stress idup aku.....

apa nak buat dah dapat kawan yang macam tu...tapi setiap keangkeran yang disebabkan oleh mamat tu, aku mintak KFC sebagai ganti rugi. Atau KLFC, yang mana nampak dulu. :lol:

Exoskeleton Publish time 4-8-2019 10:09 PM

supernaturalee replied at 4-8-2019 10:52 AM
Salam tt dan semua forummer
Finally bc smpi post terakhir tt
At this moment


aik? Perempuan? Ni satu lagi masalah, selalu orang ingat aku perempuan. Kalau beli barang online pun orang panggil aku sis je. Tu belum lagi masa jadi wingman Ramli kat dalam wicet atau beetalk, orang ingat geng serai. Harus lah aku mintak ganti rugi kat Ramli, buffet dinner kat Grand Dorsett :lol:

nurkasih74 Publish time 6-8-2019 03:41 PM

Ok dah habis cite..best citemu john.. hrp2 cite betul2 belaka lah ni...hehe

Exoskeleton Publish time 6-8-2019 04:45 PM

nurkasih74 replied at 6-8-2019 03:41 PM
Ok dah habis cite..best citemu john.. hrp2 cite betul2 belaka lah ni...hehe

dari segi kejadian, insiden, pe'el watak , benda kelakar yang diorang buat dan tempat tu betul...cuma jalan cerita tu ada tambah2 rencah sikit, nama diorang tukarkan...kalau diorang terjumpa pulak thread ni mesti abis dicarca marbakannya. Lagipun ade yang dah meninggal dunia...nanti apa pulak kata waris2nya.

Malaysia ni pun kecik je...hari tu pun aku ternampak orang tengah baca cerita ni dalam public transport :lol:

Exoskeleton Publish time 7-8-2019 09:59 AM

Masa aku belajar di utara dulu ada banyak kes lelaki kena rogol. Cuma takdelah masuk surat khabar, kalau perempuan yang kena baru masuk surat khabar. Bila kejadian yang agak luar biasa macam tu terjadi, dah tentu2 lah ada penglibatan dengan ilmu2 tak sepatutnya kan? Ataupun perempuan tu tak waras. Jadi dalam tempoh kekecohan tu berlaku, kami dipanggil oleh tuan rumah kedaung kami, Haji Seman.

Beberapa perkara di sampaikan oleh Haji Seman, antaranya kami jangan keluar malam, kalau perlu keluar juga kena berteman dan tidur tak boleh seksi sangat. Hal tidur tak boleh seksi tu mendapat tentangan yang hebat dari kami semua, menyebabkan Haji Seman berjanji akan masukkan elektrik ke rumah tu. Tetapi elektrik tu hanya dimasukkan selepas kami keluar dari rumah sewa itu, dia pun dapat naikkan sewa selepas masukkan elektrik.


Ramli antara budak2 lelaki yang nak try rasa thrill dirogol perempuan. Jadi setiap malam dia try cari alasan nak keluar sorang2, tapi malam tu Jawe pun ikut sama keluar sebab rokok dia dah habis. Di dalam kegelapan malam hanya berpandukan lampu suluh, mereka berdua berjalan ke kedai Pak Mat berhampiran dengan stesen keretapi. Kiri kanan mereka hanya sawah bendang sebelum sampai ke jalan utama kampung itu.


*waktu Jawe ceritakan kat aku di kedai mamak
Aku: Kedai Pak Mat? Rasanya orang tua tu sembang dengan aku, time2 tu dia tak buka kedai malam2. Takut kena rogol, nanti bini dia marah.
Jawe: Hah…tu lah. Kitorang sampai2 kedai dia tutup pulak, biasa bukak sampai pukul 11 malam. Jadi terpaksalah kitorang patah balik ke rumah…takkan nak ke pekan jalan kaki pulak kan?


Berjalanlah budak 2 ekor tu menuju ke rumah sewa semula…tetapi di dalam perjalanan balik kali ni mereka ternampak kelibat pasangan sedang berasmara di atas rumput, tepi jalan kampung tapi belum masuk ke parit. Ramli pun bersuara, “Hah…ade can skodeng ni”. Tetapi di dalam pemikiran Jawe pula, “kalau orang yang waras, dia tak beromen kat tepi jalan terbuka ni…dalam semak tu biasa lah”. Begitulah mengikut pengamatan kaki skodeng bersiri yang bernama Jawe.


Mereka pun jalan tertunduk2 di seberang jalan, bersetentang dengan pasangan tersebut. Kelihatannya kelibat perempuan itu sedang menghisap sesuatu dan kelihatannya lelaki itu seperti terlentang, pengsan di situ. “Eh? Ganasnya perempuan ni…kau agak kalau aku hulur aku punya, dia layan tak?”, kata Ramli, pervert bersiri. Jawe hanya terdiam sahaja, dia cuba melihat kalau2 dia kenal awek yang ganas itu. Tiba2 Ramli menegurnya, “kenapa? Kau nak tengok muka awek tu ke?”. Tak sempat Jawe menjawap apa2, Ramli telah menyuluh dengan lampu suluhnya ke arah pasangan itu.


Lantas mata perempuan itu menyorot ke arah mereka berdua, mukanya menggerutu, bernanah sana sini, rambutnya serabai dan kusut masai. “Aduh…matilah aku…”, kata Jawe di dalam hatinya. Dia cuba bangun melarikan diri tapi tak berdaya, lalu dia menoleh ke arah Ramli. Ramli telah pengsan tapi tangannya masih memegang lampu suluh ke arah perempuan itu. “Main ngelat Ramli ni…pengsan dulu pulak dia. Aku pulak yang tak pengsan2 lagi…nak lari pun tak dapat”, katanya di dalam hati. Perempuan itu berjalan ke arah Jawe dengan keempat2 tangan dan kakinya, makin cemaslah Jawe ketika itu. Mulutnya hanya mampu mengulang “tabbat yada…tabbat yada…tabbat yada” berkali2 tapi tidak mampu baginya untuk ingat ayat seterusnya.


*Waktu Jawe menceritakan kat aku
“Bukan “Tabbat yada”untuk kalau kena kejar anjing ke?”, aku bertanya kepada Jawe. Lantas beramai2 berkata, “Adoi bro…tengah saspen kau pergi potong tanya pulak”. Ketika itu telah ramai yang join dengar cerita Jawe, dah macam penglipur lara dah dia. Dengan budak2 rempit patut nak pergi race, tapi sangkut dengan cerita Jawe. Mamak yang sepatutnya buat kerja pun join dengar jugak.


Jawe menyambung ceritanya, kemunculan lelaki berpakaian serba putih, putih janggut dan misainya serta rambutnya juga berwarna putih. Dia menghalang makhluk itu dari terus mara ke arah Jawe. Lelaki misteri itu membacakan sesuatu kepada perempuan itu, membuatkan dia meraung kesakitan. Jawe cuba sedaya upaya menahan matanya untuk melihat apa yang akan terjadi seterusnya. Tetapi dia tak berdaya…dia pengsan di situ.


Hal itu mengundang kemarahan bagi yang mendengar cerita Jawe itu di kedai mamak, masa awal2 patut pengsan tak pengsan. Time kritikal cerita tengah best, dia pengsan pulak. Masing2 pun beredar dari meja kami, aku pun meregangkan badan kerana berasa lega. Tadinya sempit ramai orang, nak bernafas pun macam berebut oksigen.


Aku: Ooo…tu lah yang kau dengan Ramli balik esok pagi tu?
Jawe: Ha’ah…tu pun Pak Mat terjumpa kitorang masa on the way nak bukak kedai. Kejut kitorang pun main2…dia cakap, “bangun2! Pagi ni ada kelas!”. Kitorang kelam kabut bangun, lepas tu dia mengekek2 gelak sambil kayuh basikal. Kejadah kelas hari ahad, aku dah cuak assignment pun tak siap lagi.
Aku: Tu lah kau…dulu orang ajak pergi CC (cyber café) buat assignment, kau main mirc. Chatting kat ym lagi. Laki yang kena rogol tu? Apa jadi?
Jawe: Tu lah bangla tu macam mereng2 lepas tu, kitorang tanya ok ke tak…dia jawap, “3 kali suci…”. Entah apa maknanya…kitorang malas layan, tinggal je la dia kat situ.
Aku: Tapi apa kaitan cerita ni dengan ex yang rogol kau tu?
Jawe: Takde kaitan pun…yang tu kitorang kinky sikit, dia ikat tangan aku dekat…
Aku: OK, cukup…aku balik dulu lah ye. Dari dengar cerita tak berfaedah macam ni, baik aku tidur (bangun tinggalkan Jawe)
Jawe: Woii…ni siapa nak bayar?
Aku: Bila lagi kau nak merasa belanja aku? Ni lah masanya.
Jawe: Cawan budak2 rempit punya banyak ni woii…kopak la aku


Jawe baru transfer ke hospital berhampiran rumah aku, jadi aku rasa dia je lah yang ada modal cerita untuk korang. Walaupun penat aku nak melayan karenah si Jawe ni…tapi disebabkan korang, aku saborkan je lah. Nanti aku update lagi cerita2 dia yang seterusnya.






doubleA Publish time 8-8-2019 12:06 AM

Exoskeleton replied at 7-8-2019 09:59 AM
Masa aku belajar di utara dulu ada banyak kes lelaki kena rogol. Cuma takdelah masuk surat khabar, k ...

Yahoo thank you John! Nak lagi lagi dan lagiiiiiii

Exoskeleton Publish time 8-8-2019 01:14 PM

Edited by Exoskeleton at 1-6-2020 03:37 PM

Jawe ni ada sorang kawan rapat nama dia aku letak Lat, ke mana2 diorang ni memang macam belangkas. Antara aktiviti bersama diorang, main futsal, pergi cuti2, memancing dan lepak mamak. Sebelum2 ni diorang dapat jumpa masa cuti semester je sebab Jawe study kat utara, Lat pulak study kat JB…jadi masa sambung degree tu dua2 ada kat Kuala Lumpur.

Jadi masa aku ikut diorang bercuti kat Perhentian baharulah aku tahu fakta penting pasal Lat. Tu pun sebab dia ikut aku pergi kedai, aku beli rokok tambahan…dia pula beli pad. Masa tu aku pun tertanya2, “pad? Wat mende pulak mamat ni beli menatang tu?”. Dalam hal ni aku agak slow sikit, sama macam kalau tersalah masuk toilet perempuan, aku akan tertanya2, “kenapa ada tong sampah kecik dalam ni? Tak pernah2 pulak ade tong sampah selama ni”. Nasib lah tandas tu takde orang sampai aku selesai urusan. Sama juga bila tersilap masuk surau kat R&R, aku rasa macam ada something yang lain je. Penat aku spot the difference…bila nampak telekung tu cepat2 aku lari keluar.

Bila kenyataan pasal Lat tu “hit” aku, terus flashback2 datang…biasa ambil satu chalet/apartment dengan Lat, termasuk masa kat Perhentian tu. Lepas tu kitorang ni selamba je lah tukar pakaian depan dia, Ramli lagi brutal siap towel terjatuh lagi masa nak pakai seluar kecik. Pastu masa tidur kongsi khemah, aku tengah2 antara dia dan Jawe. Dalam perjalanan balik ke chalet, mata aku pun terus melilau mencari Jawe. Bila aku nampak je dia tengah berdiri mencekak pinggang kat pinggir air laut sambil melihat matahari terbenam, aku pun berlari ke arah Jawe dan melayangkan flying kick kat belakang badannya lalu menyebabkan dia jatuh terjombap atas kat air laut.

Jawe: Woiii…kau apehal? Aku tengah best melayan perasaan tengok matahari terbenam.
Aku: Kau apahal tak bagitau aku pasal Lat tu?
Jawe: Bagitau ape?
Aku: Dia tu pompuan kan?
Jawe: Memang lah…halkum pun takde, kan?
Aku: Mana lah aku nak tau pasal halkum dia?
Jawe: Dah nama dia pun Latifah…Lat tu singkatan je.
Aku: Tang mana aku nak tau nama penuh dia, syaiton?! Sekarang ni dah la kita satu chalet, nanti kalau pencegah maksiat datang, memang headline baik punya dalam surat kabar tabloid "pesta ehem2 dengan pengkid".
Jawe: Tak jadi mende…jangan risau…herk!

Tak sempat Jawe nak slow talk kat aku, Lat dah datang buat “sleeper chokehold” padanya dari belakang. Dia ingat kami main gusti2, jadi dia nak join. Aku tengok muka Jawe masa tu di antara seronok dan sengsara…jadi aku biarkan je lah makhluk 2 ekor tu. Nasib lah esoknya kami balik tanpa ada apa2 insiden, tapi aku takdelah join diorang lagi pergi bercuti.


Bercuti di Genting Highland

Jadi cerita kali ni ialah pengalaman diorang pergi bercuti di Genting, Ramli ikut Jawe dan Lat. Kesilapan terbesar mereka masa tu ialah bawa Fendi bersama. Jadi korang pun tahulah macam mana kisahnya…the end :lol:










Hahaha…ok, tak kelakar. Masa tu diorang naik kereta Fendi pergi ke genting, macam biasa diorang ambil sebuah rumah apartment di Amber Court. Lat kongsi bilik dengan Jawe, Fendi pula sebilik dengan Ramli. Waktu siang mereka banyak dihabiskan di Theme Park, lepas makan malam baharu diorang pulang ke apartment. Awalnya tak ada apa2 sangat, Fendi tengok TV kat ruang tamu, Jawe dalam bilik dengan Lat main terup dan Ramli pulak masak megi kat dapur (tak kenyang2 mamat ni).

Ramli berjalan ke ruang tamu sambil memegang megi cup dengan kedua2 tangannya. Setelah diletakkan megi cup tersebut di atas meja kopi, dia terpandangkan sliding door verandah yang terbuka. “Siapa pulak yang bukak sliding door ni? Tak tahu ke sejuk malam2 ni?”, kata Ramli sendirian yang hanya memakai boxer ketika itu.

*waktu Jawe cerita kat aku
Aku: Hah? Kejadahnya mamat tu pakai boxer je? Bukannya rumah sewa kita masa belajar kat utara dulu.
Jawe: Entah lah mamat tu, mereng kot?

*kembali kepada waktu mereka di Genting
Sedang Ramli berjalan menuju ke sliding door itu, dia terdengarkan suara dari luar. “Buat apa kat luar ni? Kan sejuk? Jom la masuk dalam…kitorang semua laki dalam rumah ni”, ayat buaya keluar dari mulut Fendi ketika itu. Belum sempat Ramli berundur menjauhkan diri dari sliding door itu, Fendi sudah melangkah masuk sambil memimpin seorang perempuan berkulit pucat, kepalanya senget ke tepi seperti patah tengkuk. Ramli jatuh terduduk akibat kakinya terhenti dari berundur secara tiba2.

Disebabkan badan Ramli terkena kerusi sewaktu terjatuh, Jawe dan Lat yang hanya memakai singlet dan short keluar dari bilik untuk melihat apa yang bising2 kat ruang tamu.

*waktu Jawe cerita kat aku
Aku: Bro…kau nak mampus ye? Ape kau buat dengan Lat dalam bilik?
Jawe: Eh? Mana ada apa2…kitorang main strip poker je.
Aku: Hah? Tu kau kate takde apa2?

Jawe tak melayan aku lalu menyambung ceritanya, wajahnya mulai pucat bila melihat perempuan yang dipimpin oleh Fendi itu macam mayat mati kesejukan. Jawe dan Ramli saling berpandangan antara satu sama lain, mereka bertiga pun berlari ke arah pintu depan apartment dan cuba untuk keluar tetapi pintu grill dikunci. “Mana kunci?!”, tanya Jawe dengan nada yang cemas sambil tangannya meminta kepada Ramli. Ramli yang agak cemas itu meraba2 tepi boxernya yang tak berpoket itu sehinggalah Lat memecah kebuntuan mereka dengan berkata, “tu…kat atas meja ruang tamu”.

Luruh hati mereka bila mengenangkan mereka perlu berpatah balik ke ruang tamu yang ada puaka yang dibawa masuk oleh Fendi tadi. Lat dan Jawe saling berpandangan, seakan2 tahu apa yang patut mereka buat dalam situasi ini.

Lat: Aku rasa kita tak perlu semua sekali pergi ambil kunci kan?
Jawe: Ha’ah…aku rasa macam tak efisyen, nanti nak lari ke sini balik.
Ramli: Habis? Siapa yang patut pergi?
Lat: Kita guna undian majoriti, baru demokratik.
Ramli: OK, aku setuju...aku undi Jawe pergi.
Lat: Aku undi Ramli pergi ambil kunci.
Jawe: Aku pun undi Ramli pergi. Hah...2 lawan 1, keputusan majoriti. (sambil pegang bahu Ramli)

Lidah Ramli kelu tak dapat berkata apa2, nampak sangat dia dah kena game dengan budak 2 ekor tu. Setelah ditolak2 oleh Lat dan Jawe, Ramli melangkah perlahan2 ke ruang tamu. Ketika itu Fendi sedang melihat2 sekeliling TV sambil berkata, “kenapa pulak macam takde siaran TV ni? Tadi OK je…”. Ramli memerhatikan sahaja makhluk itu terpacak tegak di hadapan sliding door dan cuba untuk tidak bertentang mata dengannya. Selangkah demi selangkah kaki Ramli mendekati meja kopi itu dengan riak mukanya yang cuba tahan nangis.

Jantungnya bagai nak melompat keluar apabila makhluk itu tiba2 saja menyeringai kepadanya. Tangan kanannya menggeletar menghampiri kunci sambil matanya terpaku ke arah makhluk itu dan kaki kirinya bersedia untuk memecut apabila tangan kanannya menggenggam kunci itu. Baru sahaja tangannya memegang kunci itu tiba2 sahaja Fendi memegang tangannya. Membuatkan Ramli menggelupur terkejut, terlanggar kerusi, jatuh terterap dan seterusnya berlari ke arah pintu hadapan sambil berkata, “f**k u, Fendi…f**k uuuu..!!”. Fendi hanya menggaru2 kepala sambil di dalam hatinya berkata, “dah kenapa Ramli ni? Aku nak mintak tolong tengokkan masalah TV ni je”.


Bersambung…


doubleA Publish time 8-8-2019 03:31 PM

Hahahaha adoi siap pimpin tangan masuk si fendi. Sambung lagi john! {:1_152:}

rosli_nurizzati Publish time 8-8-2019 05:20 PM

Exoskeleton replied at 8-8-2019 01:14 PM
Jawe ni ada sorang kawan rapat nama dia aku letak Lat, ke mana2 diorang ni memang macam belangkas. A ...

what happen.. what happen.. tgh saspen ni...

hatikudus Publish time 9-8-2019 10:41 AM

aaaaadohaiii fendi...rasa nak jotos2 je :mad:

kangkung85 Publish time 9-8-2019 04:49 PM

akhirnya...habis baca....min,ape yang terjadi kat haryati tu min lepas dia kacau ko...thanks min atas story yang superb...hehhe

Exoskeleton Publish time 9-8-2019 09:07 PM

Dengan tangan yang menggeletar Ramli cuba membuka kunci pintu grill dan mangga, di dalam hatinya berkata, “setan budeg yang manalah beriya2 sangat kunci grill ni dengan kunci, engsel, mangga pulak lagi…kan dah susahkan orang bila ada emergency macam ni?”. Sebaik saja pintu grill dibuka, mereka pun kelam kabut bertolak2 keluar dan berlari menuju ke lift. Jawe menekan butang lift berkali2 selagi lift tidak tiba ke tingkat tersebut. Dalam masa yang sama, mereka memandang ke arah pintu apartment, manalah tahu kalau2 makhluk tadi keluar dari rumah dan menjenguk mereka.

Sebaik sahaja pintu lift terbuka mereka terus meluru masuk dan kemudiannya menghembuskan nafas lega. Tetapi perasaan lega mereka itu tidak lama…pintu lift terbuka kembali, kelihatan makhluk itu bagaikan tergantung di koridor dan kakinya pula tak jejak lantai. Perlahan2 makhluk tu memusingkan badannya menghadap kepada mereka. Jawe berkali menekan2 butang tutup pintu supaya pemandangan menyeramkan itu akan tamat. Ramli sudah menyangkung menghadap bucu lift, tangannya menutup kiri dan kanan ekor matanya supaya tak melihat apa2 pun melainkan dinding lift itu sahaja. Lat pula terduduk di lantai lift, kakinya longlai.

Jwe terpandang pada panel lift itu, “ooohh…tak tekan butang tingkat mana nak pergi, patut lah pintunya terbuka semula", katanya di dalam hati. Apabila lift mula bergerak ke bawah, Jawe menghembuskan nafas lega sambil duduk tersandar pada dinding lift. “Ting!”, lift berhenti pada tingkat 5…mereka bergegas bangun dan merapatkan belakang badan pada dinding lift. Mereka bersedia untuk sebarang kemungkinan yang akan terjadi apabila pintu lift terbuka walaupun ini bukanlah salah satu situasi yang siapa2 boleh bersedia untuk menghadapinya.

*dalam masa yang sama
Aku sedang bermain dram di function orang asli, lagu XPDC yang ke berapa puluh pun aku tak tahu dah. Aku dah lost count. Ni semua angkara Leman dengan Rashid,ada can duit lebih kononnya...diorangnya bukan main lagi menari bagai. Aku udah nak tanggei tangan mukui drum. Ibarat mimpi ngeri pada aku, macam takde gaya nak habis functionnya.

*kembali ke Genting Highland
Pintu lift pun terbuka dengan luas, tiada siapa2…suhh sahaja. Lampu koridor pun tak dipasang. Jawe dengan pantasnya menekan2 butang lift supaya ditutup kembali sebelum ada apa2 yang muncul di hadapan mereka. Ternyata makhluk tadi muncul di tingkat itu, membuat lintasan secara perlahan2 di hadapan pintu lift yang hampir tertutup. “Dem punya hantu, kalau ye pun nak melintas…lepas pintu dah tutup abis lah. Boleh kena heart attack macam ni…”, berkata2 Jawe di dalam hatinya sambil menyumpah2. Dia melihat Ramli bagaikan nak kena panic attack, lalu dilempang2kan pipi Ramli supaya dia bertenang. Tapi dia kemudiannya diterajang oleh Ramli dan mendengar Ramli berkata, “tu bukan cara nak bagi tenang orang kena panic attack, ngok! Lempang kuat pulak tu”.

Lat yang sedang menangis itu bertukar kepada tertawa melihat akan gelagat kawan2nya. Hilang sedikit perasaan seram di dalam diri mereka. “OK, kawan2…kita dah nak sampai kat tingkat parking ni…lepas je pintu ni bukak, kita lari ke arah kereta dan tinggalkan mimpi ngeri ni”, Jawe memberikan briefing ringkas.
*sewaktu Jawe menceritakan cerita ini
Jawe: Kau nampak tak aku punya ciri2 seorang pemimpin?
Aku: Cerita je lah, setan!

Sebaik saja pintu lift terbuka, mereka pun berlari pecut ke arah parking kereta Fendi...dengan kelam kabut mereka cuba membuka pintu kereta Kelisa tersebut tetapi ianya terkunci rapi. “Cepat Ramli…mana kunci?!”, tanya Jawe. Sekali lagi Ramli meraba2 tepi boxernya yang tak berpoket itu dan kemudian menepuk dahinya.

Sekaligus kenyataan itu tiba kepada diri mereka apabila Ramli menepuk dahinya. Inikan kereta Fendi? Kuncinya haruslah pada tuannya...kerja sia2 apalah yang mereka dah buat? Ramli bersandar pada kereta Fendi itu dan berkata, “Jawe…kau ada rokok tak?”. Jawe mula berasa geram dengan soalan tak profesional Ramli ketika itu dan menjawap, “rokok kejadahnya? Aku keluar apartment tadi pakai boxer je macam kau jugak”. Mereka berdua pun mengeluh panjang. “Weh…korang tak rasa sejuk ke?”, tanya Lat yang hanya lebih singlet je dari mereka berdua. Dia kemudiannya menyambung lagi, “aku rasa…kita patut…”.

Jawe dan Ramli hanya menggeleng2kan kepalanya, itulah kenyataan yang paling tidak dapat diterima oleh mereka bertiga. Mereka harus berpatah balik ke apartment tadi. Dalam mereka mula berjalan ke arah lift, tiba2 Ramli berkata, “kejap…kejap…”. Dia mengambil beberapa nafas dengan panjang dan menghembuskannya, mungkin dia cuba menyediakan dirinya untuk apa2 sahaja yang akan ditempuhinya nanti. Sambil berjalan ke arah lift, Ramli membuka mulut bertanya, “Lat…aku dengan John dah lama perasan, tapi taknak tegur kot2 la kau terasa pula nanti…kenapa pu**ng kau lagi besar ye? Member2 laki lain tak de yang besar macam kau?”.


Lat berasa bengang dengan soalan Ramli yang tak kena pada masa dan tempatnya, lalu dia menjawap, “kenapa kau ada t**ek ye? Aku pun heran jugak”. Lantas Ramli menunjukkan jari terpanjangnya kepada Lat dan Lat pun membalasnya kembali. “Woi…woi…apa yang korang merepek time2 macam ni?”, tanya Jawe kepada 2 budak yang tak matang itu. Jawe menekan butang lift, sekaligus pintu lift pun terbuka. Tetapi langkah mereka terhenti dari memasuki lift itu kerana di dalamnya ada seorang lelaki berpakaian serba putih, rambut, misai dan janggutnya juga putih. “Astaghfirullah hal azim…”, kata lelaki itu. Mencicit mereka berlari jauh dari lift itu.

Jawe: Aduhhh…segan gila aku, kita berpakaian tak senonoh depan pakcik tadi.
Ramli: Darurat bro…bukan kita saja suka2 keluar macam ni.
Lat: (hanya mengangguk2kan kepalanya)
Jawe: Aku macam pernah lihat pakcik tadi tu…tapi kat mana ye?
Lat: Alaahhh…semua orang tua pun rupa lebih kurang.
Ramli: Tu kau…orang albino dengan orang tua pun tak reti beza.
Lat: Kau ni dari tadi macam mintak penumbuk aku.
Jawe: Sudah2 lah korang ni…kita semua tengah stress ni. Jom kita try lift tu lagi.
Ramli: Kena jugak ke naik lift ni?
Jawe: Kau nak naik tangga sampai tingkat 9?
Ramli: Errr…jomlah naik lift…korang ni lembab lah (melangkah menuju ke lift)

Ramli menekan butang lift tersebut dan menunggu pintu lift terbuka, manakala Lat dan Jawe bersembunyi dari depan pintu lift. Takut terkantoi lagi dengan orang lain. Kali ni tiada orang di dalamnya, cepat2 mereka masuk ke dalam lift dan Jawe menekan butang tingkat apartment mereka. Ramli menggigil2 waktu itu, telah terlalu lama mereka di luar. “Aku rasa macam nak terkencinglah”, tiba2 saja Ramli membuka mulutnya. “Nanti sambil kitorang bersiap2 nak blah, kau pergi lah toilet”, kata Jawe kepada Ramli. “Nanti kalau makhluk tu ada, macam mana?”, Ramli bertanya kembali kepada Jawe. “Kau mintak lah nombor…hahahaha”, tiba2 saja Lat bermulut celupar di situ. Tidak sempat Ramli berkata apa2, pintu lift terbuka di tingkat 2 tetapi tiada orang.

Jawe menekan kembali butang tutup pintu, mereka saling melihat di antara satu sama lain. “Permainan disambung semula ke?”, itulah pertanyaan yang bermain di dalam minda mereka. Sekali lagi pintu lift terbuka di tingkat 3, Jawe dengan sabarnya menekan kembali butang tutup pintu lift. Pintu lift terbuka lagi di tingkat 4, 5, 6…sehingga di tingkat 7, Ramli hilang sabar. Dia keluar ke koridor dan berkata, “woi! Janganlah main lift, aku dah nak terkencing ni tau tak?”. Sebaik saja dia hendak masuk kembali ke dalam lift, Ramli terlihat makhluk itu berada di belakang Lat dan Jawe. Terasakan bagai darah menyurup naik terus ke mukanya, Ramli pun memusingkan badannya dan berlari menaiki tangga.

Jawa perlahan2 menelan air liurnya…dari pengamatannya berdasarkan reaksi muka Ramli tadi, dapat ditafsirkan bahawa ada makhluk tak bermoral di belakangnya. Dia menoleh ke arah muka Lat, mukanya pucat seakan2 bertanya apa yang patut mereka buat ketika itu? Jawe pun dengan pantasnya merentap tangan Lat dan berlari menaiki tangga seperti yang dilakukan oleh Ramli tadi. Sampai saja di tingkat 9, Jawe tercungap2 mengambil nafasnya, sudah lama dia tak berlari sepanjang malam seperti malam itu.

Dia pun melepaskan lengan Lat dan berkata, “sori aku rentap tangan kau tadi”. Muka Jawe kembali pucat apabila menoleh ke arah Lat, rupa2nya dia merentap tangan makhluk itu. Muka makhluk itu sangat hampir dengannya dan makin lama semakin hampir. Pandangan Jawe terus menjadi kelam.

*waktu Jawe menceritakan kisah ni kat aku
Jawe: ……gulp2…ahhh (meneguk teh tarik)
Aku: Apa jadi lepas tu?
Jawe: Lah…aku kan pengsan masa tu? Kau tanya lah Lat, dia terkebil2 kat depan lift masa tu tak tau nak pergi mana…hahahaha.
Aku: Nak tanya Lat? Awkward lah
Jawe: Sebab kau pernah pernah tolong urut belakang dia masa dia injured dulu? Dengan Lat tak pakai bajunya masa tu…hahahahaha. Kalau Fendi dense dengan hantu2, kau pulak dense tak tahu jantina. Wakakaka (gelak sampai jatuh kerusi)
Aku: ………bukan tu lah. Dia kan bini orang? Anak pun dah berenek ramainye.
Jawe: Alasan kau je tu…tapi nasib lah aku dah suruh Lat filled in kan apa yang dia nampak masa tu.
Aku: Dushh (menumbuk rusuk kiri Jawe)

Dari cerita Lat, lelaki berpakaian serba putih itu datang ke arah Jawe dan melibaskan kain serbannya yang berwarna putih kepada makhluk itu. Menyebabkan makhluk itu tercampak jauh menembusi dinding. Kemudiannya lelaki itu melangkah pergi dari situ, Lat sedaya upaya menarik lengan Jawe dan menyeretnya masuk ke dalam rumah. Di dalam rumah, kelihatan Ramli terduduk di hadapan pintu tandas. Lat bertanya kepada Ramli, “kau tak sempat ke?”. Ramli hanya mampu menjawap, “aku tak boleh control bila dengar jeritan kuat kat koridor tadi. Dah dekat nak sampai dah…aduuhai…”. Kemudian Ramli tertunduk malu, dah besar2 pun terkencing lagi.

Kemudiannya Lat menutup pintu hadapan dan verandah, dia melihat kepala punca kejadian iaitu Fendi, sedang nyenyak tidur di atas sofa. Dia yang punya angkara, orang lain jadi huru hara…boleh pula tidur macam takde apa2 terjadi. Lantas Lat mengenakan sedas pelempang yang agak kuat pada pipi Fendi menyebabkan Fendi bangun terpinga2 sambil bertanya, “kenapa? Kenapa? Apa dah jadi?”. Lalu Lat hanya menjawap, “takde ape…nyamuk je. Pergi lah tidur dalam bilik”. Kemudian Fendi berjalan masuk ke biliknya sambil memegang pipinya manakala Ramli sedang sibuk membersihkan hadapan tandas.

Lat memasuki biliknya, mencoba untuk tidur sambil berharap peristiwa angker itu tamat di situ. Pagi itu Jawe kehairanan kenapa dia tidur di hadapan pintu masuk dan badannya juga sakit2 sebab tidur di atas lantai. Sambil Lat melangkah menuju ke bilik air, Jawe bertanyakan kepadanya apa yang telah terjadi dan Lat menerangkannya.

Jawe: Ooo…macam tu. Eh? Kenapa kau biarkan je aku baring sini tak bawak masuk bilik?
Lat: Hotak kau…berat nak mampus. Seret masuk sini pun dah sakit2 dah belakang aku. Berat dosa kau ni.
Jawe: Woii…cantek sikit ek?
Lat: Dah2…jom kita bersiap lepas tu gerak. Makin lama kat sini tak tau apa pulak yang jadi nanti.

Usai saja mereka bersiap2 untuk pulang, Jawe memeriksa kalau2 ada benda yang mereka tertinggal. Ramli ketika itu sedang makan megi cupnya yang dimasaknya malam semalam. Fendi pula sedang menyemart di hadapan cermin.

Jawe: Woii Fendi…TV ni kau biar je terbukak dari malam semalam.
Fendi: Aku dah try tutup, tapi tak boleh la…tak reti aku tv sini.
Jawe: Apa susah? Kalau tak reti, kau cabut je la wayar…

Jawe tercengang bila melihat wayar plug TV di tangannya, ianya memang sudah sedia tercabut...tetapi TV itu masih lagi terpasang. Lantas Jawe berlari sambil melompat kerusi yang sedang diduduki oleh Ramli. Lat dan Ramli seakan2 memahami reaksi dari Jawe itu...dengan pantas mereka pun turut sama berlari ke arah pintu hadapan. Tetapi kali ini Ramli tidak lupa untuk menarik tengkuk Fendi dengan pelipat lengannya. Kalau tuan punya kereta tak ikut pun tak guna juga. Mereka tidak menaiki lift untuk turun ke bawah kerana merasakan jantung mereka tak ready lagi untuk menerima kejutan pada pagi itu. Mereka berlari turun tangga dan memulangkan kunci apartment kepada receptionist.

Kemudiannya mereka sambung berlari ke arah kereta Fendi tanpa menghiraukan Fendi yang bertanya, “kenapa? Kenapa?” dari tadi. Fendi memandu keretanya menuruni Genting Highland dan mereka singgah bersarapan di R&R Genting Sempah dalam masa yang sama, menenangkan diri mereka. Satu pengalaman yang tak dapat dilupakan oleh mereka bertiga, tangan mereka pun masih lagi menggeletar sewaktu mengangkat cawan kopi o panas di situ. Manakala Fendi pula sedang berborak, bergelak2, bertampar2 dengan awek mat saleh yang singgah ke R&R itu. “Puaka betul mamat ni”, kata Jawe dan Ramli sambil mengusya panas si Fendi.



-Tamat..?-



Di kesempatan ini, aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha...sedar tak sedar dah 2 kali raya dah thread ni ;P
Sambungan masa raya ni mungkin tak ada, ni pun dah kat kampung, jadi agak bz sikit. Balik kampung wife ni agak boring sikit sebab sedaerah dengan bini Jawe, dianya asyik ajak karok, ajak teman pergi jumpa si kendel lagi...ajer penat...jadi korang ingat2lah pengorbanan aku ni :lol:

Exoskeleton Publish time 9-8-2019 09:11 PM

kangkung85 replied at 9-8-2019 04:49 PM
akhirnya...habis baca....min,ape yang terjadi kat haryati tu min lepas dia kacau ko...thanks min ata ...

yang mana 1? Yang masa wedding aku tu? Dia dah tak muncul dah...rasanya dah dihapuskan kot? Tapi cabaran juga nak tulis kisah tu. Tu lah sebabnya aku tak gambarkan rupa makhluk bertanduk tu, silap2 dia muncul kat korner bilik aku. Benda ni dulu arwah Pak Mud memang selalu pesan, jaga pemikiran...kalau benda yang dah terhapus tu tak apa lah.

doubleA Publish time 10-8-2019 07:59 AM

Wah best2. Thank you john. Selamat bercuti dan selamat hari raya, nanti lapang2 sambung lagi ;P

anish911 Publish time 10-8-2019 03:26 PM

Fuhhh.. settle baca cerita lo johnn.. best2.. kalau ada jgn lupa sambung ea

Piramida Publish time 10-8-2019 06:59 PM

Ok.. katam baca.
TT ni bagus menulis.
Jln bahasa senang faham.. ayat straight forward... sedap baca. Sampai.

kupetik Publish time 12-8-2019 01:00 AM

Aku gelak sampai terbatuk2 baca cerita ko ni.. Aku rasa tekak aku cedera :doh3:

yenil95 Publish time 13-8-2019 09:51 AM

Fuh..baru habis baca setelah 5 hari..

Good job TT. Cerita yang best. Jalan cerita yang menarik disulami dengan adeganlawak..:loveliness:

Sambung lagi eh.
Pages: 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 [18] 19 20 21 22 23 24 25 26 27
View full version: Pengalaman budak2 nakal (Update 15/8/21)


ADVERTISEMENT