sarah82 Publish time 27-7-2019 07:59 AM

KIM.K replied at 27-7-2019 04:41 AM
Ye ke..saya pun taktau lagi ni. Nak khatam otai2 punya pulak

Seronok baca pengalaman kat MPS, s ...

Lagi satu theflash.. Yg tu pun Best. Sebenarnya asal masuk nak tau.. Kenapa pengalaman org lain jumpa makhluk tak berfaedah menakutkan.. Sy pulak seram + lawak.. Lps baca jokescope tu sy faham la.. Kenapa... Ni yg tuan tanah buka.. Lagi la memahami.. Sy lebih kurang mcm kwn dia yg dense tu.. Cuma sy x boleh sembang saja..

Exoskeleton Publish time 27-7-2019 10:55 PM

maaf ye semua...terbizi pulak lately ;P
nanti by cuti hari selasa ni aku updatekan
tinggal 1 je lagi

KIM.K Publish time 28-7-2019 03:06 AM

sarah82 replied at 27-7-2019 07:59 AM
Lagi satu theflash.. Yg tu pun Best. Sebenarnya asal masuk nak tau.. Kenapa pengalaman org lain ju ...

Oo makhluk tak berpaedah yang pisican punya eh. Huhu nak tau gak
Aku nak baca bod MPS ni siang buat keje. Malam lak penakut
Aku khatam gak senyap2 benang lapuk kat sini

sarah82 Publish time 28-7-2019 03:25 AM

KIM.K replied at 28-7-2019 03:06 AM
Oo makhluk tak berpaedah yang pisican punya eh. Huhu nak tau gak
Aku nak baca bod MPS ni siang b ...

Entah la Kim.. Sy x pasti level apa.. So far x menganggu ok lagi.

Exoskeleton Publish time 28-7-2019 10:50 PM

Bahagian ke 4 – Haryati the Origins


Malam itu Hassan mundar mandir di pangkin berhampiran tebing sungai, menghisap rokok daun sambil menunggu Jalak dan Kundur. “Mana pula 2 ekor hantu ni? Bulan pun sudah hampir tegak di tengah langit”, katanya bersendirian sambil melabuhkan punggungnya di atas pangkin. Tiba2 dia terlihat akan kelibat seorang gadis sedang membawa sesuatu di kedua2 belah tangannya. Dari bayang potongan badan gadis itu telah cukup membuatkan Hassan terliur. “Ini sudah rezeki aku malam ini”, katanya di dalam hati. Hassan tidak sabar lagi, dia lantas bangun dan menuju ke arah gadis itu tetapi langkahnya terhenti apabila melihat rupa gadis itu sangat dikenalnya. Cahaya bulan penuh menyuluh ke arah Haryati yang tangannya memegang kepala Jalak dan Kundur.


*Flashback
Makhluk itu mengusap2 rambut Haryati sambil berkata, “dari esok malam, bulan penuh…boleh lah kau memulakan amalan barumu, seandainya kau inginkan kuasa yang tak tertanding dek siapa pun”.
“Sesiapa pun? Termasuk orang2 seperti ayah angkatku?”, tanya Haryati kepada makhluk itu.
“Ya…tapi syaratnya nyawa 99 orang pemuda, mati di tangan kau sendiri…hahaha”, jawap makhluk itu kepadanya.
Haryati tersenyum sambil berkata, “aku sudah tahu nyawa siapa yang akan aku ambil dahulu”.


*Kembali kepada Haryati dan Hassan
“Nah…ambil kawan2 kau ini”, kata Haryati ringkas sambil mencampakkan kepala Jalak dan Kundur ke kaki Hassan. Hassan berpeluh2 dan matanya terbeliak, bagaikan tidak percaya 2 sahabat karibnya sejak dari kecil telah mati dan sekarang mungkin telah sampai gilirannya. Hassan mengumpulkan keberaniannya untuk mencapai golok di pinggangnya walaupun tangannya terketar2. Haryati tersenyum puas melihat Hassan yang gentar dengannya, dia melangkah menghampiri Hassan sambil berkata, “apa? Kau takut? Bukankah kau dahulu dengan beraninya menghancurkan kebahagiaan aku?”.


“Kau…kau memang perem……”, belum sempat Hassan menghabiskan kata2nya, kepalanya sudah terpelanting jauh dari badannya. Haryati menjilat2 darah di jarinya, hatinya berasa puas…akan tetapi dia tidak akan berhenti di situ, akan dihabiskannya pemuda2 di kampung itu sebelum dia merantau ke tempat lain. “Astaghfirullah hal azim...apa yang kau dah buat ni, Haryati?”, kedengaran suara yang sangat dikenalinya dari kecil lagi. Haryati menoleh ke arah suara itu, kelihatan seorang lelaki tua berdiri di belakangnya...lakaran kekecewaan jelas terpampang di raut wajah Pak Long.


Haryati dan Pak Long saling bertentang mata antara satu sama lain, hampir 6 purnama mereka tidak bertemu. Perlahan2 keluar lembaga dari belakang Haryati membisikkan sesuatu di telinganya, “kau belum cukup kuat untuk berlawan dengan orang tua ini, tapi kau boleh menggunakan kasih sayangnya terhadap kau……”. Belum sempat makhluk itu menghabiskan kata2nya, dia telah dihembus pergi oleh Pak Long. Dengan suara yang lantang, Pak Long berkata, “jangan kau dengar kata2 makhluk itu, dia hanya akan membawa kau ke lembah kebinasaan”.


Haryati tiba2 menangis teresak2 sambil berkata, “tapi Yati dah tak tahu nak buat apa lagi…tiada siapa yang tolong Yati…”. Hati Pak Long jadi tersentuh, lalu menghampirinya dan memegang kedua2 belah bahu Haryati. “Kembalilah ke pangkal jalan nak…kau buangkan saja ilmu2…hakkk!”, Pak Long menjerit sebelum habis pujukannya kepada Haryati. Perlahan2 dia tunduk ke bawah, tangan Haryati yang berlumuran darah itu telah memasuki ke dalam tubuhnya. Perutnya telah ditikam anak kesayangannya sendiri. Lantas lutut Pak Long rebah ke bumi, tidak tergambar perasaannya ketika itu. Dirinya seakan tidak percaya dengan apa yang berlaku. Tangannya terketar2 menahan darah yang membuak2 keluar dari tubuhnya.


Awan mula melitupi langit yang tadinya cerah, kemudiannya menurunkan hujan yang lebat berserta guruh. Pak Long hanya tunduk termenung sambil matanya memandang tanah di hadapannya. Haryati berkata padanya, “inilah takdirku…sama ada dibesarkan dengan penuh kasih sayang atau dibesarkan oleh ayah yang memandangku sebagai pembunuh isterinya, takdir ini tidak dapat ku elakkan…”. Perlahan2 Pak Long bangun dan sambil mengikat kainnya di perut, kemudiannya dia berkata, “dan inilah juga takdir aku…”.


Pertempuran di antara mereka berdua pun bermula, bumi bagai tak dijejak oleh langkah2 mereka. Hanya air di lopak berkocak apabila mereka melompat ke antara satu sama lain. Haryati cuba menikam Pak Long dengan tangan kirinya tetapi dapat dielak oleh Pak Long tetapi pipinya terhiris terkenakan kuku Haryati yang tajam itu. Jari telunjuk dan jari hantu Pak Long menyentuh luar jantung Haryati, Pak Long bertakbir sekuat hatinya, “Allahu akbar!!”. Lantas Haryati tercampak ke belakang sambil memuntahkan darah. Haryati terbaring di atas tanah, dalam tawanya dia berkata, “kalau kau tak cedera parah, pasti kau mampu membunuhku…tapi mampukah kau bunuh anak kesayanganmu ini?”.


Pak Long mula terasa badannya terhuyung hayang, masanya telah semakin suntuk. Dengan tenang dia menjawap Haryati, “aku tidak sanggup untuk menghapuskanmu…tetapi akan sampai masanya, akan ada orang yang sanggup dan mampu”. Haryati terkejut mendengar kata2 ayah angkatnya itu, dia mencuba sedaya upayanya untuk bangun…tetapi Pak Long telah hampir kepadanya. Telapak tangan Pak Long hampir dengan muka Haryati, kemudian Pak Long berkata, “Kaf…Ha…Ya…Ain…Shod…”. Badan Haryati terperosok masuk ke dalam bumi…seperti bumi sedang memakan tubuhnya. Kedengaran suara Haryati menjerit memanggil nama, “ayahanda…bonda…”.


Terasa seperti sembilu menghiris2 hatinya mendengarkan suara Haryati itu, air mata Pak Long tidak dapat ditahan lagi dari mengalir. Tetapi dia menahan perasaannya itu, supaya tidak ada lagi yang menjadi mangsa Haryati. Seketika kemudian, tanah di hadapan Pak Long telah berhenti pergerakannya. Hujan pun turut berhenti, tetapi bulan masih dilitupi awan. Perlahan2 Pak Long melangkah menuju ke arah rumahnya sambil tangannya menahan luka di perut. Tetapi makin diteruskan langkahnya, tubuhnya terasa semakin berat. Lantas Pak Long rebah ke bumi dan perlahan2 nafasnya terhenti di situ.


Keesokan harinya, satu kampung menjadi gempar apabila menjumpai mayat Pak Long, Hassan serta kepala Jalak dan Kundur. Ketua Kampung terus jatuh sakit apabila melihat orang2 kampung membawa pulang jenazah anak tunggalnya itu. Tidak kurang juga dengan Mak Long yang meraung2 apabila melihat jenazah suaminya dibawa pulang kepadanya. Nasib Kampung Alor Nenas menjadi lebih teruk lagi apabila ketua kampung meninggal dunia tidak lama kemudian akibat serangan jantung. Mak Long pula membuat keputusan untuk membakar rumah Haryati tanpa melihat apa2 yang ada di dalamnya. Beberapa minggu kemudian, baharulah keadaan di Kampung Alor Nanas pulih seperti sediakala.


Di dalam kegelapan malam, kelihatan seekor makhluk sedang berjalan menghampiri tempat pertempuran di antara Haryati dan Pak Long. Perlahan2 makhluk itu menyangkung dan tapak tangannya diletakkan di atas tanah. Kemudiannya dia berkata, “hai kau yang terkurung di sini…berehatlah engkau…akan tiba masanya nanti akan keluarlah kau dari kurunganmu dan di ketika itu, waktu kita akan tiba…”. Habis sahaja katanya2 itu, dia pun ghaib dari pandangan mata.


Lantas aku terjaga dari tidurku, badanku dibasahi peluh sejuk. Perlahan2 aku menurunkan kedua2 belah kakiku ke lantai. Sedang aku duduk di tepi katil itu, bagaikan terdengar bisikan suara perempuan, “sekarang…tahulah kau akan kisah kami…”. Aku menoleh ke arah suara itu tetapi tidak ada siapa2, bulu2 romaku berdiri meremang. Setelah itu, aku mengambil wudhuk dan beristighfar untuk menenangkan diriku. Aku pun berkata di dalam hati, “mungkin telah tiba masanya aku kembali ke Tanah Melayu…eh, Malaysia”.




-Tamat Special Episode-


Exoskeleton Publish time 28-7-2019 10:53 PM

kutaq replied at 21-7-2019 01:43 PM
Cite bab Haryati ni macam pernah baca je. Ke orang bercerita. Tak pasti mana 1. Ke TT pernah tulis ...

takde pula tulis buku, rasa kena reject je sebab karangan ke laut ;P
tapi mungkin kutaq pernah baca Hayati yang tenggelamnya kapal van der wijck tu kot? Tak ada kena mengena dalam ini gambar la

Exoskeleton Publish time 28-7-2019 10:57 PM

farihada replied at 22-7-2019 09:54 AM
en meow exoskeleton, andai dijadikan novel.. fuh.. pasti laku!

errr...tak kot? Orang kan suka cerita laki kaya, hero lelaki yang ego, kawen paksa, mertua tak suka & cerita belakang lorong :lol:

Exoskeleton Publish time 28-7-2019 10:58 PM

wajaman replied at 22-7-2019 10:53 AM
ohh haryati..sambung pleaseeeeeee

eh? Mintak Haryati sambungkan? :lol:

Exoskeleton Publish time 28-7-2019 11:02 PM

sarah82 replied at 22-7-2019 10:36 PM
Aku faham.. But onr fine day.. Ang asah betul..ang akan sama level dgn depa.. La ni asah dulu.

haha...idak ler awok ni nak jadi perawat ke ape. Had lepas diri sudah lah. Pada aku alam yang kekal abadi tu lebih penting. Cari Dia, yang lain tu akan selesai sendiri

sarah82 Publish time 29-7-2019 12:38 AM

Pak long dah pasung sebelum dia meninggal.. So tempat ang jumpa hayati tu adalah tempat dia pasung atau sememangnya hayati dah bebas?

Exoskeleton Publish time 29-7-2019 08:00 AM

sarah82 replied at 29-7-2019 12:38 AM
Pak long dah pasung sebelum dia meninggal.. So tempat ang jumpa hayati tu adalah tempat dia pasung a ...

dah bebas lah kot? Siap boleh ke mana2
tapi kalau fikir balik macam ngeri juga...aku dengan Ramli nyaris masuk dalam 99 tu :D

sarah82 Publish time 29-7-2019 09:49 AM

Exoskeleton replied at 29-7-2019 08:00 AM
dah bebas lah kot? Siap boleh ke mana2
tapi kalau fikir balik macam ngeri juga...aku dengan Ramli ...

Iblis tu tak boleh nak bebaskan hayati..sbb pak long dah pasung elok.. Setahu aku kalau dah pasung payah nak bebaskan kecuali ada org yg bebaskan.. Entah ang dari keturunan hayati.. Maksud aku saudara mara pak long.. Sbb tu dia cari ang walaupun terlepas.

kutaq Publish time 30-7-2019 11:42 AM

Exoskeleton replied at 28-7-2019 10:53 PM
takde pula tulis buku, rasa kena reject je sebab karangan ke laut
tapi mungkin kutaq pernah ba ...

Tu kisah lain. Tapi seyes baca bab hayati ni macam dejavu. Rasanya mimpi hayati pun tak penah

Takpe abaikan je. Sila sila sambung cerita lain

Exoskeleton Publish time 30-7-2019 11:47 AM

kutaq replied at 30-7-2019 11:42 AM
Tu kisah lain. Tapi seyes baca bab hayati ni macam dejavu. Rasanya mimpi hayati pun tak penah

...

pernah nyaris2 jadi mangsa? ;P

Exoskeleton Publish time 30-7-2019 11:50 AM

sarah82 replied at 29-7-2019 09:49 AM
Iblis tu tak boleh nak bebaskan hayati..sbb pak long dah pasung elok.. Setahu aku kalau dah pasung ...

tu wallahualam la...tapi kalau ikut keturunan tu belah ayah je yang piau melayu, belah mak tu bercampur2. Jadi harapan sedara mara Pak Long tu agak tipis sikit

kutaq Publish time 30-7-2019 11:53 AM

Exoskeleton replied at 30-7-2019 11:47 AM
pernah nyaris2 jadi mangsa?

Hahahahaha choi..

Hayati cari lelaki je.. iols pompuan.. selamat hokkay

intanumbrella Publish time 31-7-2019 12:57 AM

Exoskeleton replied at 27-6-2019 03:29 PM
bukan zaquan yang tu

Nasib baik xtnya zaquan tu suka tayang bebird x...

doubleA Publish time 4-8-2019 12:12 AM

John ada sambungan tak? Lepas hang balik malaysia

Exoskeleton Publish time 4-8-2019 08:34 AM

doubleA replied at 4-8-2019 12:12 AM
John ada sambungan tak? Lepas hang balik malaysia

sambungannya kat page 11 ;P

supernaturalee Publish time 4-8-2019 10:52 AM

Salam tt dan semua forummer
Finally bc smpi post terakhir tt
At this moment

Peringkat awl mcm skema sikit
Skip2 je
Mcm tulisan org perempuan pun ye
Rupa2nya jantan
Msk pg ke 2 - 3 baru marii
Then smpi lh pg ni

Menarik sgt crita yg disharekan
It's like moving picture gitu gambaran oleh tt
Org perak Kate screenplay
Suka cerita yg back & forth mcm ni
Kepala rasa ligat membayangkan satu2 scene tu

As a storyteller tt, you are wonderful

Keep on writing yaa


Pages: 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 [17] 18 19 20 21 22 23 24 25 26
View full version: Pengalaman budak2 nakal (Update 15/8/21)


ADVERTISEMENT