letitbe Publish time 1-6-2004 05:38 PM

kenapa k'jaan mesia tak nak tolong org mcm nih!

marquez Publish time 21-6-2004 01:26 AM

Cerita terbaru Amiaq nanti aku tanya... Jemaat ni nak gi tengok Berlari ke Langit ngan dier... minggu depan aku rasa dia balik ke Indon habiskan dedua filem dia... Kalau tak silap aku sorang lagi dapat duit dari Jepun - Namron... impressive actor. Aku rasa kalau Rosyam tengok monologue dia misti menangis keluar air mata darah....

[ Last edited by marquez on 21-6-2004 at 01:27 AM ]

marquez Publish time 21-6-2004 01:31 AM

Kerajaan Malaysia tak mau tolong sebab kerajaan Malaysia nih, walau apapun dikata pihak birokrasi, adalah sebuah kerajaan materi; yakni terlalu mementingkan pulangan materialistik.

Setiap kerja yang dibuat oleh pelaksana kehendak penguasa didahului dengan pertanyaan:

"Apa untungnya pada AKU?"

Simple economics.

Sebab tulah sehaprak-haprak Yusuf Selam pun, kita patut kagumi kebijaksanaan dia mencari wang dalam ruang yang terlalu sempit.

[ Last edited by marquez on 21-6-2004 at 01:32 AM ]

GAIA Publish time 7-8-2004 11:33 PM

Buai Laju-Laju - U-WEI cuba bernakal-nakal

http://www.utusan.com.my/pix/2004/0807/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_01_big.jpg

Oleh MUZLINA ABU BAKAR


SETELAH lima tahun tidak mengarah (selepas filem Jogho), U-Wei Haji Saari kini muncul semula dengan filem terbarunya Buai Laju-Laju (BLL). Filem yang mengambil masa penggambaran cuma 21 hari (bermula April tahun lalu) ini, akan menemui para peminat filem Melayu pada 9 Ogos ini di 21 pawagam seluruh negeri.

Filem yang dikatakan menelan kos penerbitan sehingga RM1 juta lebih, menampilkan para pelakon antaranya Eman Manan, Khalid Salleh dan Betty Banafe. Ia membawa kisah mengenai seorang wanita yang sanggup buat apa sahaja termasuk berlaku curang dan membunuh suami demi untuk mencapai kemewahan hidup.

Menghayati jalan cerita filem ini, walaupun menampilkan pelakon yang berlainan tetapi temanya hampir sama dengan filem Perempuan, Isteri dan... yang diarah U-Wei pada tahun 1993.

Utusan Malaysia cuba menyingkap isi hati U-Wei tentang Buai Laju-Laju.

Filem ini mirip Perempuan, Isteri dan... Apa komen anda?

U-WEI: Buai Laju-Laju adalah sambungan dari filem Perempuan Isteri dan... Walaupun temanya hampir sama tetapi ia tidak serupa.

Kedua-dua filem ini memaparkan kecurangan seorang isteri. Tidakkah anda menjatuhkan maruah seorang wanita melalui filem?

U-WEI: Saya tidak merasakan begitu. Apa yang ingin saya tonjolkan, mengenai perempuan Melayu yang selalu dianiaya suami. Saya tidak berniat menjatuhkan maruah perempuan Melayu dalam filem ini. Bagi saya, apa yang saya tonjolkan dalam filem ini tidak salah.

Kenapa masih ada adegan berunsur seks dalam filem ini?

U-WEI: Seks sangat penting dalam hidup saya.

Apa komen anda jika ada yang melabelkan anda sebagai pengarah filem berunsur seks?

U-WEI: Saya seorang yang sensuality tetapi tetap beradab. Walaupun filem ini ada memaparkan unsur seks tetapi ia tidak keterlaluan. Ia dibuat dengan cara halus dan indah. Sebenarnya pembikin filem di Malaysia susah, kerana kita buat filem seks tanpa menunjukkan seks dan bunuh tanpa darah.

Bagi anda kenapa filem ini harus ditonton?

U-WEI: Sebagai orang Malaysia, saya rasa masyarakat kita terutama orang Melayu harus menonton filem kita. Jangan asyik menonton filem luar. Naskhah-naskhah tempatan lebih indah dan menarik berbanding naskhah luar.

Kenapa judul filem ini Buai Laju-Laju?

U-WEI: Buai Laju-Laju adalah rangkap pertama pantun Melayu biasa dan lekat di hati. Cerita ini juga tentang orang biasa. Cuma saya cuba bernakal-nakal dengan pantun Melayu kerana ia adalah kisah orang biasa.

Penggambaran filem ini sudah lama selesai iaitu Mei tahun lalu tetapi kenapa mengambil masa begitu lama untuk ditayangkan?

U-WEI: Seperti yang saya katakan, susah mahu dapat produser tempatan yang mahu melabur. Jadi saya ramai kenalan orang luar dan nasib baik LeBrocquy Production Ltd., sanggup melaburkan wang mereka. Maka filem ini dapat disiapkan.

Anda memberitahu kos penerbitannya mencecah lebih RM1 juta tetapi jika dilihat lokasi dan propsnya tidak sampai begitu mahal?

U-WEI: Orang kita selalu melihat lokasi dan props sebagai topik yang akan membuatkan sesebuah filem itu mahal. Sebenarnya filem ini mencecah sehingga lebih RM1 juta kerana saya menjalani prosesnya di Paris sebab saya tidak gunakan kamera High Defination sebaliknya kamera digital. Mahal kosnya mahu buat pertukaran dari digital kamera kepada filem 35mm.

Watak Eman dalam filem ini hampir sama dengan Nasir Bilal Khan dalam Perempuan, Isteri dan... tetapi tidak serakus Nasir. Apa komen anda?

U-WEI: Antara watak Eman sebagai Amran dengan Nasir memang berbeza tetapi yang penting, belum hebat lelaki Melayu kalau tidak mengalah kepada perempuan.

Apakah Betty yang memegang watak Zaiton dalam filem ini, pilihan pertama anda?

U-WEI: Bukan. Pilihan pertama saya ialah penyanyi Rita Dewi tetapi kerana dia banyak komitmen saya cari alternatif lain. Saya bersyukur memilih Betty kerana dia seorang pelakon cerdik yang dapat melahirkan watak Zaiton yang sangat keras dan akan berusaha untuk mencapai apa saja yang diinginkan.

Apa filem anda selepas Buai Laju-Laju?

U-WEI: Pada November ini saya akan memulakan penggambaran filem Dan Bintang-Bintang Mulai Menyanyi di Terengganu dengan kos penerbitan lebih RM2 juta. Di samping itu saya juga akan meneruskan kerja-kerja untuk menerbitkan filem seterusnya Almayer's Folly. Saya sudah ke Kalimantan, Sabah dan Sarawak untuk mencari watak Nina, gadis yang lahir dari hasil kahwin campur tetapi sayangnya hingga kini masih belum berjaya.

SUMBER : http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2004&dt=0807&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm

[ Last edited by GAIA on 7-8-2004 at 11:38 PM ]

GAIA Publish time 8-8-2004 12:06 AM

Godaan Betty


http://img.photobucket.com/albums/v61/jinzoningen20/bettybanafe.jpg

Oleh Rudy Imran Shamsudin
imran@hmetro.com.my


RAMAI terkejut melihat penampilan Betty Banafe dalam filem Buai Laju-Laju (BLL). Lakonannya melalui watak Zaiton, wanita Felda yang merancang pembunuhan suaminya mempergunakan lelaki lain memiliki harta, dilihat begitu berani sekali.

Betty berkemban, berbaring dengan gaya penuh ghairah dan sesekali menggoda, hingga ada mengatakan lakonannya mengingatkan aksi Sofia Jane dalam Perempuan, Isteri,... Pengaruh Zaleha cukup kuat dalam filem itu.

Malah pengarah BLL, U-Wei Saari mengakui salah satu sebab dia mengambil Betty untuk membintangi filem itu sebagai pelakon utama kerana dia berani.

揔alau diikutkan, ramai pelakon lain lebih bagus. Masalahnya, saya tidak kenal ramai orang. Saya memilih Betty kerana melihat dia mempunyai sifat berani dan bijak seperti dalam naskah skrip filem yang saya arahkan.

揕agi pun bagus seseorang pelakon itu dinilai daripada hasil kerjanya dalam sesebuah filem. Pada pandangan saya, Betty sudah memberikan yang terbaik,

Dark-Ang3L Publish time 8-8-2004 08:18 PM

cantik plak si betty ni kan...

GAIA Publish time 8-8-2004 09:00 PM

Buai Laju-Laju ke pentas dunia


Oleh TENGKU KHALIDAH TENGKU BIDIN


HAKIKATNYA, belum banyak orang memperkatakan tentang filem terbaru arahan U-Wei Saari, Buai Laju-Laju. Selain kemenangan aktor Eman Manan menjulang trofi Aktor Terbaik di Festival Filem Malaysia Ke-17 (FFM17) menerusi filem itu, banyak lagi yang orang tidak tahu mengenai filem keempat U-Wei.

Ketika penonton di negara ini tertanya-tanya tentang filem berkenaan, Buai Laju-Laju telah menjengah ke beberapa festival filem antarabangsa di luar negara.

Tentu ada sesuatu yang hebat daripada filem ini yang mampu membawa diri di tengah-tengah filem dunia di festival antarabangsa.

Meminjam kata-kata U-Wei, ``Buai Laju-Laju cuba mencari nyawanya sendiri.'' Ia cuba menjadi besar di sebalik kekerdilan fizikalnya.

Belum pun ditayangkan di negara ini, tetapi kita wajar berbangga apabila filem ini telah menyertai empat festival filem antarabangsa yang disertai oleh filem-filem hebat dari seluruh pelosok dunia.

Pertamanya di Festival Filem Antarabangsa Singapura kemudian ke Festival Filem Cinemamanila di Filipina. Tidak terhenti setakat itu sahaja, Buai Laju-Laju terus dibawa ke Festival Filem Cinemaya, New Delhi dan The Worlds Film Festival di Montreal, Kanada.

Justeru apabila Buai Laju-Laju berjalan dari sebuah negara ke sebuah negara, pasti ada sesuatu yang boleh diperkatakan mengenai filem ini.

Sudah tentu antaranya terletak kepada kebijaksanaan U-Wei memilih dan mencari penerbit yang tahu `buat kerja'. Hanya penerbit yang tahu buat kerja saja sanggup bersusah payah mengeluarkan wang dan membiayai apa saja keperluan untuk membawa filem mereka ke serata ceruk dunia.

Kekuatan

Buai Laju-Laju yang dihasilkan dengan kos RM1.1 juta diterbitkan oleh Le Brocquy Fraser Production Ltd. sebuah syarikat perfileman yang aktif semenjak 12 tahun lalu di Australia.

Diasaskan oleh dua wanita, Julia Fraser dan Julie le Brocquy, penerbit filem ini bagai menatang kehadiran U-Wei setelah melihat kekuatan dalam karya-karya U-Wei sebelum ini.

Betapa Julie le Brocquy menyenangi U-Wei tergambar jelas apabila pengarah tersohor ini bakal mengarah dua filem lagi dengan syarikat berkenaan. Kedua-dua filem itu ialah Dan Bintang-Bintang Pun Menyanyi dan Almayer's Folly.

Filem Dan Bintang-Bintang Pun Menyanyi adalah dalam projek Five Worlds iaitu projek khas kepada lima pengarah filem Islam dunia menelurkan idea tentang tema kemanusiaan dan mengikut persepsi tersendiri.

Menariknya juga diperkatakan apabila terpilih untuk diterbitkan oleh syarikat berkenaan, bermakna Buai Laju-Laju bersama dengan filem Osama karya Siddiq Barmak, pengarah kelahiran Afghanistan yang juga bernaung di bawah penerbit yang sama.

Sebuah lagi filem terbaru yang diterbitkan syarikat itu ialah Story Undones (Iran).

Sehingga hari ini Osama telah memenangi beberapa anugerah dalam festival penting dunia termasuk Anugerah Filem Luar Terbaik di Golden Globe baru-baru ini.

Dua penerbit wanita ini berjaya membawa Osama ke Amerika Syarikat, Kanada, Australia, United Kingdom, Ireland, Perancis, Itali, Jerman, Sepanyol, Brazil, New Zealand, Scandinavia dan Greece.

Mungkinkah nasib Buai Laju-Laju akan secerah Osama? Hanya masa yang akan menentukan.

Melihat bagaimana Osama dipromosikan dengan begitu baik di seluruh dunia, karya terbaru U-Wei ini juga diyakini mampu mendakap peluang yang sama.

U-Wei sendiri positif dengan perancangan yang telah dibuat untuk filem keempat arahannya ini.

Namun setinggi mana sekalipun penerimaan di luar, U-Wei masih menaruh harapan yang tinggi untuk filem itu juga dihayati oleh seluruh masyarakat tempatan.

Buai Laju-Laju mendedikasikan khas kepada dua karyawan yang banyak memberi inspirasi terhadap kerja-kerja seni U-Wei iaitu Allahyarham AR Tompel dan M. Amin.

Dengan mengangkat kisah kuasa luar biasa wanita bernama Zaiton memperdayakan lelaki termasuk suami dan kekasihnya sendiri, filem ini akan menemui penonton di pawagam tempatan pada 5 September ini.

Eman Manan, Betty Benafe dan Khalid Salleh adalah bintang yang menambahkan kehebatan kepada karya ini. Pelakon lain ialah Liza Zain, Hasnul Rahmat, Amran Tompel, Baharuddin Omar dan Adlin Aman Ramli turut memberikan nyawa terhadap filem yang dihasilkan dengan hanya menggunakan kamera digital biasa ini.

Seperti biasa, tidak ada sebarang mesej yang ingin dihantar oleh U-Wei apabila dia memilih untuk mengangkat naskhah ini.

``Filem bagi saya ialah niat. Bukan membawa sebarang pesanan atau ajaran. Sebab saya bukan posmen untuk menghantar mesej,'' kata U-Wei mengenai pendiriannya terhadap filem itu.

Sementara itu, bakal menyusul di bawah label Le Brocquy Fraser selepas ini ialah beberapa buah lagi filem menggunakan idea dan pemikiran karyawan tempatan.

Seperti dicatatkan di laman web syarikat berkenaan mereka sedang dalam perancangan untuk menerbitkan filem Soul of Malaya, Sax and Phone, My Fans Are Here, Parameswara dan Sweethearts and Fiances and Woman.

SUMBER : http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2004&dt=0808&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_09.htm

khys Publish time 17-8-2004 11:39 AM

CONFIRM SEPTEMBER. TOLONG TUKAR TAJUK.

dari website LeBrocquyFraser:

Buai Laju Laju scheduled for national release in Malaysia on Sept 9th 2004.

http://star-ecentral.com/archives/2004/8/16/movies/p25Eman.jpg
suka aku tengok gambar ni...

khys Publish time 2-9-2004 10:38 AM

TRAILER & TOUR

download 4 trailer Buai Laju-Laju. kalau tak dapat lihat, perlu upgrade Flash Player melalui link dalam website penerbit filem ini:
http://www.lebrocquyfraser.com

kandungan trailer: Betty keluar dari tasik dalam keadaan berkemban kain batik (kalah PGL Tiara). Eman Manan nampak Betty tengah tukar baju di sebalik langsir jarang. Betty tengah lepak atas buaian, kain dia terselak, lepas tu dia baring bawah pokok. Eman Manan tepi sungai, topless.. haha! (trailer U-Wei - semuanya jahat2. tapi ada sikit kesilapan dlm kredit, Betty bukan Winner for Most Promising Actress, Fazura yg menang award tu)

kalau nak jumpa pelakon/pengarah Buai Laju-Laju, ada tour promosi bermula minggu depan. kalau nasib baik, dapat autograf poster. maklumat lanjut dalam cinemaonline.
http://www.cinemaonline.com.my/news/news.asp?search=buai


PROMOSI BUAI LAJU-LAJU

Khamis, Sep 9
- Seremban Golden Screen Cinemas, Terminal 1 Shopping Centre, 1.00pm
- Melaka Golden Screen Cinemas, Mahkota Parade, 5.00pm
- Batu Pahat Golden Screen Cinemas, Summit Parade, 9.00pm

Jumaat, Sep 10
- Johor Bahru, Mega Pavilion Cinema, Johor Bahru City Square, 3.00pm

Sabtu, Sep 11
- Alor Setar

LiliSam Publish time 2-9-2004 11:05 PM

cantik betty ni...ada iras biras aku..

GAIA Publish time 3-9-2004 06:30 PM

ye lah...cmana leh buat silap cam tuh...patutnya dia hilightkan si Khalid Salleh yg pernah menang Best ACtor kat Asia Pasific tu

khys Publish time 3-9-2004 07:20 PM

dekat poster wayang takde silap, ok la. ada juga list award utk Khalid Salleh. sampaikan filem Osama punya senarai festival pun menguasai poster (haha... producer lebrocquy punya pasal le ni..)

jinakji Publish time 7-9-2004 04:46 PM

up sikit...

ashna Publish time 7-9-2004 10:19 PM

dah tgk trailer citer ni kat tgv, nak pi tgk nanti, kalau sempat hari khamis ni. aku harap citer ni best lah, citer jogho tu best tapi yg slack nye citer tu ada satu scene ada nampak bayang cameraman atas crane masa shot malam tunjuk rumah,
sapa lah yg edit, macam mana scene spoiled cam tu boleh terlepas, ada sapa2 lagi yg perasan scene yg nampak bayang cameraman tu?

[ Last edited by ashna on 7-9-2004 at 10:22 PM ]

khys Publish time 8-9-2004 03:10 PM

cepat pula rasanya, esok dah pun nak mula tayangan BLL... all the best!!

- aku tak berapa suka gerak kamera dlm Jogho, especially yg naik atas bumbung tu. filem U-Wei yg bestnya pada aku selain ceritanya ialah sebab art direction dan set nya yg berjiwa malaysia. betul2 berbeza dari filem luar dan banyak filem2 melayu lain. kalau tunjuk kampung tu, memang betul2 kampung. kalau bandar pula, sederhana je, tak terlalu moden, takde bangunan tinggi. dan bagaimana U-Wei berjaya hidupkan cerita yg ditulis oleh orang putih dgn memberi wajah tempatan memang satu kelebihan, macam Kaki Bakar dulu dan sekarang Buai Laju-Laju. sebab tu festival filem antarabangsa suka tayang filem U-Wei, sebab wajah filemnya begitu local, walaupun selalunya kualiti produksi dan teknikalnya kurang bagus.

mesti tonton.

khys Publish time 9-9-2004 09:58 AM

UPDATED

PROMOSI HARI INI:

Jumpa pengarah U-Wei dan para pelakon Buai Laju-Laju hari ini (9 September 2004). Dapatkan poster filem percuma di...

Seremban Golden Screen Cinema, Terminal 1 Shopping Centre - 12 Tengahari

Melaka Golden Screen, Mahkota Parade - 4 petang

Batu Pahat Golden Screen, Summit Parade - 8 malam

Jangan lupa, mesti tonton...

http://star-ecentral.com/news/story.asp?file=/2004/9/9/movies/8839126&sec=movies

ashna Publish time 10-9-2004 10:26 AM

aku dah tgk citer tu semlm kat tgv klcc, tak ramai org, belas2 org je kot tgk show tu sama ngan aku. cerita not bad but kualiti gambar agak teruk. eman dan khalid salleh punya acting agak hidup.

p/s:sesetengah tu bukan nak tgk movie sgt, dok beromen kat belakang, yg pompuannye siap pakai tudung lagi. tapi diorang punya kote danp.antattak jaga. kalau horny/berair sgt pun pegi lah cari bilik dan f.uck your heart out.

[ Last edited by ashna on 10-9-2004 at 10:27 AM ]

thelauncher Publish time 10-9-2004 11:28 AM

Originally posted by ashna at 2004-9-10 10:26 AM:
aku dah tgk citer tu semlm kat tgv klcc, tak ramai org, belas2 org je kot tgk show tu sama ngan aku. cerita not bad but kualiti gambar agak teruk. eman dan khalid salleh punya acting agak hidup.

...
:o:
itu macam ka?mesti ko tak leh nak konsentrate kan dgn gangguan2 tu..:malu:
ape la derang ni
aku pun nak tgk la citer ni..trailer dia pun tak dpt tgk lagi
ari tu gi tgk PGL ade trailer dia tp sore je kuar..gambo tak kuar hampeh tul!

limau Publish time 10-9-2004 11:31 AM

pasal apa pelakon nya tua tua ?

jinakji Publish time 10-9-2004 03:40 PM

Originally posted by ashna at 10-9-2004 10:26 AM:
p/s:sesetengah tu bukan nak tgk movie sgt, dok beromen kat belakang, yg pompuannye siap pakai tudung lagi. tapi diorang punya kote danp.antattak jaga. kalau horny/berair sgt pun pegi lah cari bilik dan f.uck your heart out.
...

huh bengang betul ko... maybe dieorg stim kut tgk khalid saleh

kalu ko bandingkan ngan Prempuan, Isteri & .. ko bagi berapa bintang...
Pages: 1 [2] 3 4 5 6
View full version: Buai Laju-Laju - di pawagam 9 September 2004


ADVERTISEMENT