CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Harakah Diarah Bayar Gantirugi Akibat Menfitnah

3-3-2014 05:22 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7296| Komen: 66

Description: Pada Asalnya, Selain Ahmad, Dua Peniaga, Mek Hawa Abdul Rahman Dan Hamie Azreen Ami Nordin Daripada Syarikat Hamie Enterprise Yang Diberi Kontrak Membekalkan Pakaian Dan Peralatan Sekolah, Turut Dinam ...


ADUN Pas, Harakah diarah bayar RM200,000 fitnah MB Terengganu

KUALA LUMPUR 28 Feb. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Terengganu, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan akhbar lidah rasmi Pas, Harakah membayar ganti rugi RM200,000 kepada Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said setelah didapati memfitnah beliau.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Rosilah Yop memutuskan demikian selepas membenarkan tuntutan Ahmad terhadap Syed Azman dan tiga yang lain berhubung dakwaan penyelewengan bantuan sekolah berjumlah RM30 juta dalam satu artikel yang disiarkan oleh Harakah, tiga tahun lalu.


Rosilah yang membuat keputusan itu di kamar hakim di sini turut memerintahkan keempat-empat defendan terbabit membayar kos RM30,000.
Peguam Helmi Hamzah yang mewakili Ahmad memberitahu pemberita, mahkamah turut mengeluarkan perintah injunksi menghalang semua defendan menerbitkan kata fitnah dan artikel bertajuk Seleweng RM30 juta bantuan sekolah dalam akhbar Harakah atau akhbar lain.

Pada 15 Disember 2011, Ahmad selaku pihak plaintif memfailkan saman dengan menamakan Syed Azman; pemegang permit akhbar Harakah, Datuk Mustafa Ali; Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman; dan pencetaknya, Angkatan Edaran Enterprise Sdn. Bhd. masing-masing sebagai defendan pertama hingga keempat.
Dalam tuntutannya, plaintif mendakwa, Syed Azman mengeluarkan kenyataan yang tidak benar, berniat jahat dan berunsur fitnah dengan niat supaya ia disebarkan di dalam Harakah sehingga artikel bertajuk Seleweng RM30 juta bantuan sekolahditerbitkan.

Mereka mendakwa, Ahmad Lutfi sebagai Ketua Pengarang Harakah yang permitnya dipegang Mustafa gagal mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan kesahihan artikel itu sebelum membenarkan ia disiarkan di dalam muka surat kelima akhbar berkenaan pada 11 hingga 13 November 2011.

Pada asalnya, selain Ahmad, dua peniaga, Mek Hawa Abdul Rahman dan Hamie Azreen Ami Nordin daripada syarikat Hamie Enterprise yang diberi kontrak membekalkan pakaian dan peralatan sekolah, turut dinamakan sebagai pihak plaintif dalam saman itu.

Bagaimanapun, menurut peguam defendan, Azhana Mohd. Khairuddin kepada pemberita, tuntutan Mek Hawa dan Hami Azreen telah ditolak atas alasan kedua-duanya gagal membuktikan kes mereka terhadap pihak defendan.

Menurut beliau, mahkamah turut memerintahkan kedua-duanya membayar kos RM30,000 kepada pihak defendan.
Azhana juga berkata, pihaknya akan mendapatkan arahan daripada defendan-defendan sama ada akan memfailkan rayuan terhadap keputusan hari ini.

17

Bagus
26

Marah
7

Terkejut
5

Sedih
6

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (67 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akughi 3-3-2014 10:49 AM
kitab haramkah mmg kaki penipu, kaki fitnah, kaki memecahbelahkn org melayu......

syiallllll......tapi yg bestnye macai tetap sujud pade kitab ni....katanye suci
Quote Knights 3-3-2014 11:06 AM
Pemfitnah punya pas
Quote Knights 3-3-2014 11:11 AM
Fitnahmemfitnah ni boleh ke dalam islam?
Quote Knights 3-3-2014 11:12 AM
Fitnahje keja pas ni
Quote Knights 3-3-2014 11:15 AM
Ajaran quran  mana ni boleh fotnah?
Quote JohnLaba 3-3-2014 11:17 AM
Wa tada hal kalu harakah kena saman...

Wa cuma kesian bila Utusan je kena saman...

Gigih pak berahim kutip derma utk bayarkan..
Quote akughi 3-3-2014 11:18 AM
Knights posted on 3-3-2014 11:15 AM
Ajaran quran  mana ni boleh fotnah?

ajaran islam ni pas yg control.....so kalo dia tak pe kot....sbb hukum hakam dia yg tentukan
Quote Knights 3-3-2014 11:19 AM
Mencemarkan imej islam sahaja mereka ini
Quote JohnLaba 3-3-2014 11:19 AM
akughi posted on 3-3-2014 10:49 AM
kitab haramkah mmg kaki penipu, kaki fitnah, kaki memecahbelahkn org melayu......

syiallllll..... ...

Kitab utusan pon apa bezanya...

Wa tolong gelak je la kat macai2 ni semua..
Quote pakweneelofa 3-3-2014 11:22 AM
JohnLaba posted on 3-3-2014 11:19 AM
Kitab utusan pon apa bezanya...

Wa tolong gelak je la kat macai2 ni semua..

padan muka macai harakah..lol
Quote Knights 3-3-2014 11:31 AM
Fitnah memfitnah budaya PAS
Quote atira 3-3-2014 11:33 AM
fuyooo..
untung nye... mek @hzln tentu gembira idolanye menang
Quote akughi 3-3-2014 11:33 AM
JohnLaba posted on 3-3-2014 11:19 AM
Kitab utusan pon apa bezanya...

Wa tolong gelak je la kat macai2 ni semua..

  bile utusan kene saman, macai semua bersorak dan cakap utusan kaki fitnah....

siap boikot utusan tu.....puncenye utusan kene saman fitnah.....fitnah la penyebab utusan kene boikot....

tapi bile harakah kene saman fitnah?

macai pun cakap...."ala utusan pun same gak"  "ala utusan kene lagi byk"

tak de pulak macai nak bukak mata bahawa harakah pun kaki fitnah.....

budak2 PR ni dah gelap mata.....sbb tu semua jenis ludah kelangit....cakap tak serupa bikin
Quote JohnLaba 3-3-2014 11:37 AM
akughi posted on 3-3-2014 11:33 AM
bile utusan kene saman, macai semua bersorak dan cakap utusan kaki fitnah....

siap boik ...

wa tunggu ceramah mana nanti dia nak collect derma tu...

Kalu ceramah UAI wa rasa satu hari punya collection dah cukup buleh bayar..

Quote akughi 3-3-2014 11:40 AM
JohnLaba posted on 3-3-2014 11:37 AM
wa tunggu ceramah mana nanti dia nak collect derma tu...

Kalu ceramah UAI wa rasa satu har ...

lu tunggu je la fatwa nnt pas keluarkn tuk kolek derma bagi membiayai kos saman fitnah ni.....

hukum wajib derma....jumlah minimum RM5
Quote Maideen. 3-3-2014 11:42 AM
Hahahaha....jangan lupa faedah keatas jumlah RM200k itu dikira dari tarikh penghakiman sehingga tarikh pembayaran penuh. Dulu 8% setahun, tapi sejak tahun 2012, dah turun 5% setahun.....
Quote akughi 3-3-2014 11:43 AM
Maideen. posted on 3-3-2014 11:42 AM
Hahahaha....jangan lupa faedah keatas jumlah RM200k itu dikira dari tarikh penghakiman sehingga tari ...

tak sangka aku kitab suci pas ni kaki fitnah jugak

dah byk kali kalah saman fitnah ni......tapi macai tetap cakap...utusan je yg fitnah
Quote Knights 3-3-2014 11:46 AM
Maideen. posted on 3-3-2014 11:42 AM
Hahahaha....jangan lupa faedah keatas jumlah RM200k itu dikira dari tarikh penghakiman sehingga tari ...

ADAKAH FAEDAH INI BERKONSEPKAN RIBA YANG DILARANG DALAM AGAMA ISLAM

Quote Maideen. 3-3-2014 11:47 AM
akughi posted on 3-3-2014 11:43 AM
tak sangka aku kitab suci pas ni kaki fitnah jugak

dah byk kali kalah saman fitnah ni......t ...

Perlu diingat, dalam ilmu macai Harakah punya fitnah mungkin dikira bohong Sunat........hahahahahahahaha

Takbirrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.

Lihat semua komen(66)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:52 PM GMT+8 , Processed in 0.063607 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top