CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Harga Naskah Al-Quran Naik 50 Peratus Mulai 1 Mac

25-2-2014 11:46 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12060| Komen: 59

Description: Malah, Jualan Al-Quran Didakwa Merosot Sehingga 30 Peratus Sejak Beberapa Bulan Lalu Kerana Peniaga Memulangkan Semula Naskhah Selepas Diberi Surat Amaran Oleh Penguat Kuasa Kdn.


Kuala Lumpur: Harga senaskhah al-Quran dijangka meningkat 50 peratus susulan penguatkuasaan pelekat hologram bagi kitab suci itu, mulai 1 Mac ini.

Hologram yang dijual dengan harga RM1 sekeping melalui Bahagian Teks al-Quran Kementerian Dalam Negeri (KDN) itu wajib dilekatkan pada setiap naskhah.      
Penerbit atau pencetak kitab suci yang gagal mematuhi peraturan yang diperkenalkan sejak 1 Ogos 2011 itu boleh didenda RM10,000 atau penjara.      
      
Berikutan itu, Persatuan Penerbit al-Quran Malaysia (PQM) menggesa kerajaan memansuhkan penguatkuasaannya kerana ia membebankan penerbit dan umat Islam.

Malah, jualan al-Quran didakwa merosot sehingga 30 peratus sejak beberapa bulan lalu kerana peniaga memulangkan semula naskhah selepas diberi surat amaran oleh penguat kuasa KDN.

Presiden Penaja PQM, Sabariah Abdullah, berkata pelaksanaan hologram bukan jaminan ketulenan al-Quran kerana ia boleh dicetak rompak.      
“Penerbit memerlukan tenaga kerja tambahan untuk melekatkan hologram sebelum dibungkus, sekali gus menyebabkan kos turut meningkat sehingga RM5 senaskhah.

“Malah, peraturan pembelian secara tunai juga menambah beban penerbit, terutama peniaga kecil,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan dan Bendahari Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Islam Malaysia (ACCIN), Mukram Mohd Taib.

Sehubungan itu, Sabariah berkata, PQM menghantar memorandum kepada KDN kelmarin, untuk mendapatkan penyelesaian.

“Kami berharap dapat membincangkan perkara ini dengan Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) kerana ia seolah-olah mengenakan cukai terhadap penerbitan al-Quran,” katanya.                                


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dzulqarnain 24-2-2014 01:19 AM
Versi e-book/online pn free je...
Quote pakwetizzaqyah 24-2-2014 07:11 AM
apasal nk jual mahal2??? kopi n pes je pun...bukannya yg publish tu kena hafal...lol..ke kos mahal sbb diorang revise balik kitab tu satu per satu?
Quote Al-Patih 24-2-2014 07:32 AM
ia lah tu ...sampai ada "HakCipta Terpelihara" ..taw ...
Quote BelovedTaeyeon 24-2-2014 07:44 AM
Salaam.

Paling penting jangan biarkan ia berhabuk;  tak baca
Quote pinkypinkylady 24-2-2014 07:51 AM
Al-quran pun nak buat modal bisnes ke? Haiyohhh
Quote R2D2 24-2-2014 08:58 AM
kalau di Mydin senaskah dlm RM8
yg OK ada kaler cecah dlm RM90
Quote namirulmukminin 24-2-2014 09:01 AM
Pelekat Hologram tu harga RM1 je... Yang harga Quran nak naek sampai 50% tu pehal??? Naikkan RM 1 je senaskah dah le... Naik RM2 pon tak kisah lagi... Saja je nak kaut untung lebih..... Jawab la ko kat Akhirat nanti...
Quote applemy 24-2-2014 09:04 AM
Ai harap org yg mahalkan Al-Quran ni, DAPAT BALASAN!


Mana boleh buat jual beli.. itu Hak Allah, mesti edar Free. Of. Charge hokey!
Last edited by applemy on 24-2-2014 10:46 AM

Quote gaara_X 24-2-2014 09:07 AM
pergh!!...boleh wat business....
Quote attyra 24-2-2014 09:26 AM
hahaha itu yg pelik... sticker bary RM1.. kalo naik 100% of the sticker.. naik ler RM2 ke.. RM3.. ni sampai 50% naik on top harga Al-Quran... ke setiap muka ada sticker hologram tuh
Quote leylapple 24-2-2014 09:32 AM
pinkypinkylady posted on 24-2-2014 07:51 AM
Al-quran pun nak buat modal bisnes ke? Haiyohhh

khen???

dah gila sampai nak ambik untung cara mcm nie...

agama lain edar kitab diorang for free tau!!!!!
Quote kluangman 24-2-2014 09:35 AM
namirulmukminin posted on 24-2-2014 09:01 AM
Pelekat Hologram tu harga RM1 je... Yang harga Quran nak naek sampai 50% tu pehal??? Naikkan RM 1 je ...

Betul tu. Bila ada pelekat senang penguatkuasaan dibuat untuk mengesan Al-Quran yang tidak melalui proses pemeriksaan tulisan.
Penguatkuasa hanya perlu memeriksa pelekat adakah ori atau palsu.
Kalau takde sistem pelekat, jenuh pulak nak check satu-satu ayat Al-Quran.



Quote gogo2 24-2-2014 09:35 AM
namirulmukminin posted on 24-2-2014 09:01 AM
Pelekat Hologram tu harga RM1 je... Yang harga Quran nak naek sampai 50% tu pehal??? Naikkan RM 1 je ...

Kena lekat hologram tuh lah bang. Korang ingat hologram tuh lekat dgn sendirikah?
Quote _loveshak 24-2-2014 09:37 AM
Tak kisah lah... beli online muat turun kat ipad or smartphones boleh jugak dibaca di mana2 gittew..
Quote pinkypinkylady 24-2-2014 09:38 AM
leylapple posted on 24-2-2014 09:32 AM
khen???

dah gila sampai nak ambik untung cara mcm nie...

tu la pasal. ni nak jual agama ke nak jual buku? kalau ye pun nak menjual al-quran x salah. tapi agak2 lah. amik untung punya banyak. al-quran bukan macam produk makanan or petrol yang boleh suka2 hati turun naik harga. x boleh terima langsung al-quran pun nak buat modal berniaga
Last edited by pinkypinkylady on 24-2-2014 09:42 AM

Quote gogo2 24-2-2014 09:39 AM
kluangman posted on 24-2-2014 09:35 AM
Betul tu. Bila ada pelekat senang penguatkuasaan dibuat untuk mengesan Al-Quran yang tidak melalui ...

Kalau lekat hologram kat al-Quran palsu pun bukannya dorang boleh detect? Benda2 ni bodoh jerlah..
Quote gogo2 24-2-2014 09:39 AM
pinkypinkylady posted on 24-2-2014 09:38 AM
tu la pasal. ni nak jual agama ke nak jual buku? kalau ye pun x menjual al-quran x salah. tapi aga ...

bukannya untung banyak. RM5 utk 1 buku al-quran pun takleh bayar meh? makan nasik kandar dah RM8 sepinggan.
Quote farahfatihah 24-2-2014 09:43 AM
50% bykk tu
Quote leylapple 24-2-2014 09:46 AM
_loveshak posted on 24-2-2014 09:37 AM
Tak kisah lah... beli online muat turun kat ipad or smartphones boleh jugak dibaca di mana2 gittew..

kadang2 beli bukan utk kegunaan sendiri...

nak bagi kat sekolah2...

nak bagi hantaran kat org

nak bagi kat org masa buat majlis..



Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 12:47 PM GMT+8 , Processed in 0.060897 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top