CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Miliki Al-Quran Tulisan Tangan

14-5-2014 05:15 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4034| Komen: 11

Description: Batu Pahat - Seorang Pemuda Di Parit Raja, Di Sini, Mendakwa Memiliki Al-Quran Ditulis Tangan Yang Diperolehnya Daripada Kenalan Di Indonesia.

Mohd Marhan menunjukkan al-Quran tulisan tangan yang diperolehnya daripada kenalan yang tinggal di Indonesia.

BATU PAHAT - Seorang pemuda di Parit Raja, di sini, mendakwa memiliki al-Quran ditulis tangan yang diperolehnya daripada kenalan di Indonesia.

Dia turut mendakwa pihak Yayasan Warisan Johor (YWJ) telah melihat al-Quran berkenaan yang dipercayai berusia lebih 200 tahun.

Pemiliknya, Mohd Marhan Lazim, 29, berkata, dia memperoleh kitab suci itu dua tahun lalu ketika mengunjungi kenalan yang tinggal di Cerebon, Indonesia.

Menurutnya, keadaan kitab suci itu cukup berbeza kerana selain ia dihasilkan dengan tulisan tangan, ia juga tidak mempunyai baris tertentu seperti al-Quran biasa.

“Al-Quran ini mempunyai huruf sahaja seperti tulisan jawi. Hanya orang tertentu boleh membacanya dan saya sekarang masih belajar untuk membaca ia.

“Pernah satu ketika, ada individu ingin menawarkan harga tinggi untuk mendapatkan ia daripada saya, tetapi saya belum terfikir untuk menjualnya buat masa ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, dia juga nekad untuk khatam membaca al-Quran itu dahulu dan beranggapan ia peninggalan cukup berharga daripada orang terdahulu dalam meluaskan syiar Islam di rantau ini.

Mohd Marhan berkata, YWJ masih melakukan kajian terperinci terhadap kitab suci berkenaan.

“Selain al-Quran lama berkenaan saya juga menyimpan beberapa barangan lama yang lain, seperti syiling lama, keris, tombak dan pelbagai barangan yang lain yang saya peroleh dari pelbagai tempat.

“Antaranya ialah Kota Tinggi, Melaka, Gunung Ledang, Gunung Jerai, Minyak Beku serta mendapatnya daripada kenalan saya yang mempunyai minat yang sama dengan cara bertukar barangan yang dimiliki,” katanya.

3

Bagus
6

Marah
5

Terkejut
4

Sedih
3

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (36 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote amyainsamad 14-5-2014 11:59 AM
mmg rare....
Quote finding 14-5-2014 01:32 PM
so..............?
Quote justchu 14-5-2014 01:38 PM
so what?
kalo tulis dgn kaki sekali pun tapi ko tak paham
apa yg tuhan sampaikan dalam kitab tu tak guna dik
Quote Baiduri Othman 14-5-2014 01:39 PM
Kalau rajin boleh tulis Al Quran sendiri dgn tgn. Buat pelan2 sampai siap. Genggam bara api jadi abu. Bukan saja pahala ttp dlm masa yg sama dlm mendalami isi kandungan Al Quran. Rezeki bnyk masuk dpt tempahan.
Quote ren0_0 14-5-2014 01:41 PM
kalau setakat ada al quran tulisan tangan tetapi tak pernah baca tak guna jugak dik
Quote sunpi 14-5-2014 01:42 PM



rare but kalu al Quran itu betul, is ok per.

Quote sunpi 14-5-2014 01:56 PM
ren0_0 posted on 14-5-2014 01:41 PM
kalau setakat ada al quran tulisan tangan tetapi tak pernah baca tak guna jugak dik



betooollll

Quote Changa 14-5-2014 01:58 PM
gigih nak baca itu isi nya tak nak faham kan sekali kah sis?


Quote alinone78 14-5-2014 03:59 PM
Encik
kena serah kat Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, KDN untuk semakan dulu yer
Quote Badut.Sarkas 14-5-2014 04:13 PM
ni datang dari indonesia.. tulis tangan lak tu.. better dia cek dulu ngan JAKIM utk dapatkan cop halal.
Quote kakikuDibibirmu 14-5-2014 10:44 PM
dah dapat cop saudi ka bulum?

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:52 AM GMT+8 , Processed in 0.052714 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top