CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Maria Von Trapp Meninggal Dunia

25-2-2014 11:42 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9906| Komen: 42

Description: Ahli Terakhir Dari Keluarga Von Trapp, Maria Franziska Meninggal Dunia Pada Usia 99 Tahun Di Rumahnya Di Vermont, Hari Ini.


AHLI terakhir dari keluarga Von Trapp, Maria Franziska meninggal dunia pada usia 99 tahun di rumahnya di Vermont, hari ini.

Beliau yang merupakan anak kedua daripada tujuh beradik itu meninggal akibat sakit tua.

Kisah keluarganya lari dari rumah mereka di Austria untuk menyelamatkan diri dari tentera Nazi pada 1930-an pernah dijadikan inspirasi untuk filem The Sound of Music pada 1965.

“Maria seorang wanita yang baik dan cantik. Beliau hidup bahagia, kami terasa kehilangannya,” kata adiknya, Johannes von Trapp kepada AP.

Filem The Sound of Music pernah meraih anugerah Oscar yang mengisahkan seorang wanita Austria yang berkahwin dengan duda yang mempunyai tujuh orang anak.
3

Bagus
1

Marah

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote berun 24-2-2014 11:25 AM
Mod saya rasa saya tidak salah bod. hehe kalu rasa x sesuai move ke hiburan ya.
Quote ais_kosong 24-2-2014 11:47 AM
errr dia ni siapa ek?
xbape nak tau kisah beliau
Quote skeezotone 24-2-2014 11:48 AM
Sangat semasa isu ni
Quote ais_kosong 24-2-2014 11:49 AM
aku kompius..
td rasanya benang lagu dark horse katty
why kuar benang ni lak?
Quote cmf_premierleag 24-2-2014 11:50 AM
Fuhhh...ingatkan julie andrews td
ooo maria von trapp ni mmg pjg betul umur dia
Quote Czaziq 24-2-2014 11:53 AM
the sun has gone to bed n so must i..so long farewell auf weideshen good bye..rip
Quote Idelgo 24-2-2014 11:53 AM
takziah diucapkan kepada keluarga mangsa.
Quote lucky_peace 24-2-2014 12:02 PM
ais_kosong posted on 24-2-2014 11:49 AM
aku kompius..
td rasanya benang lagu dark horse katty
why kuar benang ni lak?

aah, tadi benang dark horse, skg maria von trapp lak hah...
Quote ais_kosong 24-2-2014 12:03 PM
lucky_peace posted on 24-2-2014 12:02 PM
aah, tadi benang dark horse, skg maria von trapp lak hah...

magic barangkali
Quote lucky_peace 24-2-2014 12:05 PM
ais_kosong posted on 24-2-2014 12:03 PM
magic barangkali

hahah... TT dah gabungkan dengan benang yg lagi satu kat bawah tu~~
Quote MissNigga 24-2-2014 12:06 PM
lagi idup rupanya sheols... ingatkan sheols dah departed long time already

baideway, sapa sheols nie??
Quote golden_rose 24-2-2014 12:10 PM
jap, aku konpius

ahli keluarga von trapp terakhir? tp yg johannes tu ? cam mana dia boleh bagi komen.
Quote _loveshak 24-2-2014 12:16 PM
Sounds of Music
Quote berun 24-2-2014 12:36 PM
ais_kosong posted on 24-2-2014 11:49 AM
aku kompius..
td rasanya benang lagu dark horse katty
why kuar benang ni lak?

magic la mcm dark horse
Quote Cakkkk....aaaa 24-2-2014 12:40 PM
maria von trapp meninggal budak2 kat CI tak berapa peduli..

Maria Ozawa meninggal memang kecoh...

seantero kepulauan nusantara akan bergegerrrr...

layennnnn....
Quote Grengo 24-2-2014 12:45 PM
panjangnye umur...
rip
Quote milo_888 24-2-2014 12:45 PM
golden_rose posted on 24-2-2014 12:10 PM
jap, aku konpius

ahli keluarga von trapp terakhir? tp yg johannes tu ? cam mana dia boleh bagi ko ...

Johannes tu anak lelaki dia dengan Von Trapp tu.. Von Trapp tu duda anak tujuh... bila kawin dgn Von Trapp dapat lagi 3 anak... Johannes tu bongsu rasanya..

Meremang bulu roma baca news ni.. teringat2 the Sound of Music, the scenery, the songs..
Quote berun 24-2-2014 12:45 PM
Quote cikmi 24-2-2014 12:47 PM
sapa yg buat berita berbelit2 tu?
kata ahli keluarga terakhir von trapp. tp bwh tu adiknya pun guna nama von trapp gak...


aku suka citer the sound of music tu. feveret dari kecik

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 07:52 AM GMT+8 , Processed in 0.147685 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top