CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lebih Separuh Hutan Di Kedah Sesuai Aktiviti Pembalakan

6-2-2014 05:07 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4076| Komen: 11

Description: Mengenai Dakwaan Aktiviti Pembalakan Berleluasa Berhampiran Kawasan Tadahan Air Pedu, Ku Azmi Berkata, Tender Pembalakan Telah Diluluskan Ketika Pimpinan Pakatan Rakyat Di Negeri Itu.
Lebih Separuh Hutan Di Kedah Sesuai Aktiviti Pembalakan




Gambar fail menunjukkan hutan di Empangan Pedu di mana didakwa aktiviti pembalakan dijalankan.

ALOR SETAR: Lebih separuh daripada 300,000 hektar hutan di Kedah sesuai untuk aktiviti pembalakan, kata Pengarah Jabatan Perhutanan negeri, Ku Azmi Ku Azman.

Beliau berkata, 180,000 hektar boleh diwartakan sebagai hutan pengeluaran dan dibenarkan untuk pembalakang manakala bakinya akan diwartakan sebagai hutan simpan.

Kawasan itu berkeluasan hampir enam kali ganda saiz Pulau Pinang di mana 80% adalah hutan sekunder.

Ku Azmi berkata, beberapa kawasan itu telah pun dijalankan aktiviti pembalakan antara 30 dan 35 tahun lalu.

Beliau berkata, saiz mungkin kelihatan besar tetapi konsesi hanya akan mengamalkan pembalakan terancang dan penanaman semula di kawasan itu.

Beliau menambah, saiz itu hanya sebagai anggaran kerana kerajaan negeri perlu menyediakan maklum balas mengenai perkara itu.

"Satu kawasan yang dibalak tidak boleh disentuh untuk selama antara 30 dan 35 tahun bagi membolehkan pokok-pokok yang ditanam semula untuk pertumbuhan.

"Tunjuk perasaan di beberapa kawasan pembalakan pada era Pakatan Rakyat adalah kerana tiada petunjuk yang jelas mengenai status tanah yang telah dibalak.

"Oleh kerana Barisan Nasional mengambil alih pentadbiran negeri ini pada tahun lepas, tidak ada lesen balak baru ikeluarkan kecuali bagi mereka yang sudah diluluskan oleh kerajaan sebelum ini," kata beliau sambil menambah bahawa jabatan itu telah menyiapkan satu kajian terperinci mengenai perkara itu termasuk satu garis panduan baru berhubung pembalakan di negeri ini dan akan mengemukakan laporan itu kepada Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir pada Rabu.

Mengenai dakwaan aktiviti pembalakan berleluasa berhampiran kawasan tadahan air Pedu, Ku Azmi berkata, tender pembalakan telah diluluskan ketika pimpinan Pakatan Rakyat di negeri itu.

Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan, Badrol Hisham Hashim dan Ahli Dewan Undangan (Adun) Pedu, Kama Noriah Ibrahim.

Badrol Hisham berkata, jabatan itu akan mengadakan satu taklimat khas kepada penduduk di Pedu dan Kuala Nerang mengenai aktiviti pembalakan yang dijalankan di di kawasan itu.

Beliau berkata, taklimat itu bagi memperjelaskan sebarang salah faham mengenai aktiviti pembalakan yang telah disuarakan oleh beberapa blog pembangkang .

Beliau menambah, konsesi mempunyai permit yang diluluskan oleh kerajaan negeri sebelum ini.

6

Bagus
6

Marah
7

Terkejut
3

Sedih
3

Lawak

Bosan

Friends Rank (25 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote along3746 5-2-2014 12:44 PM
Tiada tender baru aktiviti balak di Kedah


Jabatan Perhutanan Kedah mengesahkan tidak pernah meluluskan sebarang tender baharu bagi aktiviti pembalakan sejak pentadbiran kerajaan negeri diambil alih BN tahun lepas.
   
Pengarahnya Ku Azmi Ku Aman berkata kelulusan lesen pembalakan mengambil masa sehingga satu setengah tahun bagi membolehkan kerja-kerja mengeluarkan balak dilakukan.
   
Beliau berkata jabatannya memerlukan tempoh masa yang agak lama bagi mengenal pasti kawasan pembalakan serta menanda pokok balak yang matang sahaja untuk ditebang.
   
Katanya pihaknya tidak boleh menyekat pengeluaran lesen kepada syarikat pembalakan selepas tender diluluskan dan akan memastikan syarikat terbabit mengikut prosedur yang ditetapkan bagi mengurangkan pencemaran alam sekitar.
   
"Kelulusan aktiviti penebangan balak (sekarang) adalah kelulusan kerajaan terdahulu selepas proses kelulusan dibuat selama satu setengah tahun," katanya kepada pemberita di Wisma Darul Aman di Alor Setar semalam.

Ku Azmi mengulas mengenai aktiviti pembalakan di daerah Padang Terap baru-baru ini. Lesen yang diberikan kepada pihak syarikat pembalakan itu dimohon ketika pemerintahan PAS.
   
Katanya terdapat kira-kira 300,000 hektar kawasan hutan simpan di negeri ini dan aktiviti pengeluaran balak hanya membabitkan kawasan seluas 2,800 hektar sahaja iaitu di Padang Terap dan Sik.
   
Beliau berkata kira-kira 80 peratus hutan di negeri ini yang ada aktiviti pembalakan merupakan kawasan hutan terpilih dan pokok balak ditanam semula selepas proses penebangan dibuat sejak 30 tahun lalu.
   
-Bernama
Quote Anak_Nogori 5-2-2014 12:44 PM
Blog pembangkang plak yg menyalak....pada hal pemimpin mereka lah yg meluluskan lesen pembalakan disitu dulu..tak bising pun mereka waktu tu..
Quote pakwetizzaqyah 5-2-2014 01:10 PM
kalau almarhum former MB yg wartakan msti kena kutuk...lol
Quote PulutDereyan 5-2-2014 02:37 PM
pulak dah.. boleh pulak.. baru je dlu sblum pru dok bising dok tebas abih balak..
xsmp setahun dah bleh pulak?? ajaib sunggoh perkara ini..
Quote Al-Patih 5-2-2014 04:01 PM
ALOR SETAR: Lebih separuh daripada 300,000 hektar hutan di Kedah sesuai untuk aktiviti pembalakan, kata Pengarah Jabatan Perhutanan negeri, Ku Azmi Ku Azman.

lah ku azmi ..kamu ni mulut celupah lah ...baru aku nak ...JV dengan Taib Mahmud....
Quote kecimpret 5-2-2014 04:14 PM
tetiba plak sesuai utk pembalakan...time PAS dulu meroyan kata tebang balak sana sini


Quote salimrock 5-2-2014 04:21 PM
apa kes candi lembah bujang?

dah naik shoping kompleks ke?

dah tanam kelapa sawit ke?
Quote -electrifying- 7-2-2014 05:57 PM
Anak_Nogori: Blog pembangkang plak yg menyalak....pada hal pemimpin mereka lah yg meluluskan lesen pembalakan disitu dulu..tak bising pun mereka waktu tu..


hai macaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii haha
Quote -electrifying- 7-2-2014 05:58 PM
kecimpret: tetiba plak sesuai utk pembalakan...time PAS dulu meroyan kata tebang balak sana sini


biasala tu bro, media mereka punya. yg kampung2 tu pun percaya je, ikot je. tah cmne la nk ubah kepala otak dorg tu.
Quote sejahtera 7-2-2014 06:35 PM
pi mai pi mai tebang pokok

harap kerajaan Penang boleh bayar air sungai Muda,

takmo kasi, lu tahu lah.

gua mau potong separoh botak, lu balu tau.

itu jam Sungai Muda kurang air, itu lu punya pasai.
Quote axl_bach 7-2-2014 06:39 PM
tu dia konar.....padahal xder isu pun tebang balak masa dedulu sbb memang kawasan yg dibolehkan......main macam abis hutan di Kedah dah digondolkan

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 09:31 PM GMT+8 , Processed in 0.059332 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top