CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hutan Simpan Lentang, Pahang Digondol

24-6-2014 12:56 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9845| Komen: 46

Description: Apa Yang Membimbangkan Ialah Penerokaan Hutan Secara Tidak Terkawal Itu Akan Memberi Ancaman Serius Terhadap Sumber Bekalan Air Mentah


DUA buah lori memunggah hasil balak keluar dari kawasan Hutan Simpan Kekal Lentang, Bentong.

BENTONG - Bagaikan langsung tiada kawalan. Demikian gambaran yang dapat disimpulkan mengenai aktiviti penerokaan hutan di Pahang sama ada ia dilakukan secara sah atau haram ekoran banyak hutan telah digondol khususnya di daerah Bentong, Raub dan Cameron Highlands.


Apa yang membimbangkan ialah penerokaan hutan secara tidak terkawal itu akan memberi ancaman serius terhadap sumber bekalan air mentah di negeri ini dan menjejaskan sumber air berjuta-juta penduduk Lembah Klang pada masa depan.


Semalam Kosmo! melaporkan mengenai kebimbangan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang ramai mengenai kemungkinan krisis air di Lembah Klang bakal berulang jika penerokaan hutan yang menjadi tempat tadahan hujan di Selangor dan Pahang tidak diurus secara lestari.

Tinjauan Kosmo! di beberapa daerah di negeri Pahang dalam tempoh seminggu lalu mendapati terdapat banyak aktiviti penerokaan hutan yang tidak terkawal terutamanya di hutan simpan kekal dan kawasan tadahan hujan.

SEBAHAGIAN daripada kawasan hutan yang digondolkan untuk projek menara talian elektrik TNB di Hutan Simpan Kekal Lentang, Bentong. Gambar ini dirakamkan kelmarin.

Ketika tinjauan dibuat di Hutan Simpan Kekal Lentang, Bentong yang mempunyai keluasan 1,338 hektar kelmarin, pemandangan dari luar menunjukkan kawasan hutan itu bagaikan langsung tidak diusik, namun perkara sebaliknya berlaku di bahagian dalam apabila lebih 78 hektar kawasan hutan simpan kekal berkenaan telah digondolkan.

Tinjauan itu juga mendapati kawasan hutan simpan tersebut telah dirosakkan dengan laluan balak sepanjang kira-kira 20 kilometer bermula dari pintu masuk hutan tersebut di Pejabat Hutan Kecil Lentang hingga ke Kampung Sum Sum Hilir, Janda Baik dan Bukit Tinggi.

Laluan balak yang dibina itu dibimbangi boleh mengakibatkan hakisan tanah dan ia masuk ke dalam Sungai Benus yang mengalir ke kawasan Air Terjun Hutan Lipur Lentang sekali gus mencemarkan kawasan perkelahan itu jika berlaku hujan lebat.

19

Bagus
14

Marah
10

Terkejut
19

Sedih
20

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (94 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 24-6-2014 09:20 AM
Cm sial je. Lentang ni lagi best dari sungai congkak k..kalo nu pung ditebas..maknanya memang malaysia suka bencana lebih banyak..xhairan kalo ade tanah runtuh n banjir lumpur lg nnt
Quote AbukRokok 24-6-2014 09:28 AM
Malaysia darul Huru Hara Perasan syumul
Quote insulin 24-6-2014 09:38 AM
Rasa sedih la. Sesuka hati jer tebang hutan. X fikir nasib generasi akang datang gamaknya.
Quote sup@rm@n 24-6-2014 09:38 AM
Hutan digondol oleh geng2 mca. Ketuanan dapat sikitttt pon jadiklah
Quote drivethru 24-6-2014 09:43 AM
ape nk heran. pahang kn byk hutan simpan. yg dpt bencana pun org pahang gak. kita tgu dan lihat jer la.
Quote sriwanis 24-6-2014 09:57 AM
Mmg banyak pun hutan kat pahang tu kena rogol tanpa rela..sakit mata agaknye nengok ke hutan tu...
Quote -electrifying- 24-6-2014 10:04 AM
ini semua salah kepimpinan PAS, PKR dan juga cina DAP... bg la Kerajaan Persekutuan yg handle... haih
Quote airfilterkotor 24-6-2014 10:09 AM
Tinjauan itu juga mendapati kawasan hutan simpan tersebut telah dirosakkan dengan laluan balak sepanjang kira-kira 20 kilometer bermula dari pintu masuk hutan tersebut di Pejabat Hutan Kecil Lentang hingga ke Kampung Sum Sum Hilir, Janda Baik dan Bukit Tinggi.

Hahahaaaa..... umpama bukak kedai judi haram dan dvd haram depan IPD.
Quote patik 24-6-2014 10:18 AM
Tinjauan itu juga mendapati kawasan hutan simpan tersebut telah dirosakkan dengan laluan balak sepanjang kira-kira 20 kilometer bermula dari pintu masuk hutan tersebut di Pejabat Hutan Kecil Lentang hingga ke Kampung Sum Sum Hilir, Janda Baik dan Bukit Tinggi.


Sbb tu staff Pjbt Hutan Lentang ni mewah sgt...
Quote beautifulliar 24-6-2014 10:18 AM
sriwanis posted on 24-6-2014 09:57 AM
Mmg banyak pun hutan kat pahang tu kena rogol tanpa rela..sakit mata agaknye nengok ke hutan tu...


Trlalu byk sbnrnye..kt sni exspecially laluan gebeng/beserah/port kuantan,jln mmg cilaka abih tuka kaler jd merah n brdebu.nonstop lori yg duk mengangkut tnh2 nh berebut kjr trip as per trip dibg 300++.
Kapal2 dr china 24hrs mnunggu di plabuhan pslnye lori2 nih akn htr direct tnh2 nh naik ke kpl china.china akn beli tnh2 nh dgn hrga mlmbung2 dan akn proses blik as ad 7++ isi galian berbeza trmasuk emas dlm setiap tnh tu.
Tk heran la abih utan digondol,tp sndri maw ingt kt phg sape yg pling bkuasa,sbb tu bnda nh ditutup je..klo ada yg disaman2 nti tu actually kambing itam or bilis je,jerung kt atas org pling kuat kt phg tkde sape brani kaco.


Last edited by beautifulliar on 24-6-2014 11:55 AM

Quote sapp73 24-6-2014 10:20 AM
Memang banyak hutan dah gondol kat pahang tu....kerajaan negeri pun tak boleh nak amik tindakan sangat....tau taulah siapa yang banyak syer dalam industri pembalakan kat pahang ni
Quote dekmieDandy 24-6-2014 10:21 AM
padahal kalau nak masuk camping kene surat bagai

sial tul dorg ni
Quote lucky_peace 24-6-2014 10:27 AM
khazanah negara bahkan khazanah dunia musnah begitu sahaja...
Quote kenarikelabu 24-6-2014 10:39 AM
Cuba carik sape kepala2 yg pandai2 bagi gondol kan hutan tuh....tup2, org2 besar jugak akhirnya yg bg green light. Janji asyukkk poket penuh.
Quote MelahJanda 24-6-2014 10:52 AM
liow tiong lai bakal timbalan purdana muntri mesia mp bentong ka hapa ka pfffghhrttt
Quote MelahJanda 24-6-2014 10:53 AM
btw, kosmo ni (anak utusan) ada agenda ke?
Quote Al-Patih 24-6-2014 10:57 AM
kawasan tu kawasan KSA le ...selagik bulih KSA ...buwekle
Quote edoraixora 24-6-2014 10:58 AM
name jer hutan simpan.....tapi???


Quote nicuya 24-6-2014 11:54 AM
arghhhhh...bangangnye sape bg kelulusan nih...kat karak nu ari2 ade jentolak masuk utan..adoyaiiiiii

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:28 AM GMT+8 , Processed in 0.066677 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top