CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lori Tangki Bawa Bahan Toksik Bocor

9-1-2014 06:02 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8652| Komen: 16

Description: Ipoh: Empat Orang Cedera Selepas Sebuah Lori Tangki Yang Membawa Bahan Toksik Formaldehyde Terbalik Dan Mengalami Kebocoran Dalam Kemalangan Di Kilometer 269.8 Lebuhraya Utara Selatan Arah Selatan Ber ...


IPOH: Empat orang cedera selepas sebuah lori tangki yang membawa bahan toksik Formaldehyde terbalik dan mengalami kebocoran dalam kemalangan di Kilometer 269.8 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan berhampiran Plaza Tol Jelapang, di sini, pagi tadi.

Kemalangan kira-kira jam 7.20 pagi itu turut membabitkan dua kereta yang gagal mengelak lori berkenaan yang melintangi laluan terbabit.


Kemalangan yang berlaku kira-kira tiga kilometer dari Plaza Tol Jelapang itu mengakibatkan pengguna Lebuhraya berkenaan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas yang teruk sepanjang kira-kira tiga kilometer.

Kebocoran bahan toksik terbabit juga menyebabkan orang ramai yang berada di kawasan berkenaan mengalami sesak nafas dan pedih mata.


Pasukan Hazmat Bomba dan Penyelamat sedang menjalankan usaha mengalih lori tangki dan membersihkan bahan berbahaya berkenaan.


Empat orang yang cedera dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk mendapatkan rawatan.

Laluan kemalangan dijangka tutup sehingga jam 1 petang nanti namun PLUS telah membuat lencongan untuk kenderaan buat sementara waktu.

5

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
8

Sedih
5

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (31 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miawpink 9-1-2014 12:57 PM
Oh! Media

Kami menerima laporan mengenai sebuah lori asid telah terbalik di Highway Ipoh hingga mengakibatkan kesesakan jalan yang teruk pagi tadi. Jika anda melalui kawasan ini diharap bersabar dan sentiasalah berhati-hati. — with Atiq Khan Kakar and 4 others.


Quote miawpink 9-1-2014 12:58 PM
2014/01/09 - 09:50:16 AM

Lori bawa cecair kimia terbalik, kesesakan teruk dekat Tol Jelapang



Ipoh: Sebuah lori tangki yang membawa cecair kimia felamin terbalik dan mengalami kebocoran dalam kemalangan di di Kilometer 269 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, di sini pagi ini.

Kemalangan kira-kira jam 7.30 pagi itu turut membabitkan dua kereta yang kebetulan melalui laluan berkenaan.


Kemalangan yang berlaku kira-kira tiga kilometer dari Plaza Tol Jelapang itu mengakibatkan orang ramai di kawasan berkenaan mengalami pedih mata, selain membawa kepada kesesakan lalu lintas yang teruk.

Kemalangan itu berjaya di kawal pihak bomba dan HAZMAT.

Lalu lintas yang sesak selama hampir dua jam dikawal oleh trafik yang bertugas di situ.

Kemalangan itu bagaimanapun tidak membabitkan kecederaan kepada pemandu lori dan pemandu kedua-dua kenderaan.

Quote supernaturalee 9-1-2014 01:01 PM
xde ke yg nk ceduk ke sedut bwk balik cecair kimia pelamin tuh?
Quote miawpink 9-1-2014 01:04 PM
Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia)

Lori tangki bawa bahan toksik bocor (4 photos)
Lori tangki bawa bahan toksik bocor
Oleh Muhammad Apendy Issahak

IPOH: Empat orang cedera selepas sebuah lori tangki yang membawa bahan toksik Formaldehyde terbalik dan mengalami kebocoran dalam kemalangan di Kilometer 269.8 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan berhampiran Plaza Tol Jelapang, di sini, pagi tadi.

Kemalangan kira-kira jam 7.20 pagi itu turut membabitkan dua kereta yang gagal mengelak lori berkenaan yang melintangi laluan terbabit.

Kemalangan yang berlaku kira-kira tiga kilometer dari Plaza Tol Jelapang itu mengakibatkan pengguna Lebuhraya berkenaan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas yang teruk selama dua jam.

Kebocoran bahan toksik terbabit juga menyebabkan orang ramai yang berada di kawasan berkenaan mengalami sesak nafas dan pedih mata.


Pasukan Hazmat Bomba dan Penyelamat sedang menjalankan usaha mengalih lori tangki dan membersihkan bahan berbahaya berkenaan.


Empat orang yang cedera dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk mendapatkan rawatan.











Quote ed_lin 9-1-2014 01:09 PM
teruk gila jem td.kul 10 baru sampai office
Quote blackred99 9-1-2014 01:18 PM
supernaturalee posted on 9-1-2014 01:01 PM
xde ke yg nk ceduk ke sedut bwk balik cecair kimia pelamin tuh?

minda pengutip apa kisah, apa ada dpn mata semua kutip.
Quote shogun77 9-1-2014 01:39 PM
x pengsan ke org yg hidu tu? concentration x tggi kot..
Quote BurningTimes 9-1-2014 01:43 PM
takde kah makcik makcik sedih nak kutip, hari itu bukan kemain lagi duk kutip beras, rezeki katanya.



Quote aechae 9-1-2014 01:53 PM
shogun77 posted on 9-1-2014 01:39 PM
x pengsan ke org yg hidu tu? concentration x tggi kot..

open air....bkn direct hidu pn....lain la klu spesis jakun nk jugak duk hadap dekat2 kt scene tu...kepoh kann

Quote shogun77 9-1-2014 02:02 PM
aechae posted on 9-1-2014 01:53 PM
open air....bkn direct hidu pn....lain la klu spesis jakun nk jugak duk hadap dekat2 kt scene tu.. ...

ohh..i tot in a liquid form..kepoh kannn

Quote aechae 9-1-2014 02:08 PM
shogun77 posted on 9-1-2014 02:02 PM
ohh..i tot in a liquid form..kepoh kannn

formaldehyde in liq form kn?? ada dlm solid ke?

Quote mjla 9-1-2014 02:09 PM
Tak mau meletup plak lori tu...
Quote shogun77 9-1-2014 02:14 PM
aechae posted on 9-1-2014 02:08 PM
formaldehyde in liq form kn?? ada dlm solid ke?

ade..both form ad..tp terkonfius dgn gmbr beras..

maapppp

Quote aechae 9-1-2014 02:16 PM
shogun77 posted on 9-1-2014 02:14 PM
ade..both form ad..tp terkonfius dgn gmbr beras..

maapppp

aaa...x pnah jmpa lg yg in solid form....biasa yg liq je

Quote nevberg 9-1-2014 02:27 PM
cousin aku cakap jalan masih lagi ditutup...mujur bukan macam accident yang kat raw and ke hospital sungai buloh..
Quote moksha 9-1-2014 02:44 PM
4 org cedera ke idok?

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:35 AM GMT+8 , Processed in 0.226488 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top