CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kegigihan Adik Damia Irsalina

2-1-2014 12:07 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 15563| Komen: 103

Description: Kuala Berang: Walaupun Dilahirkan Cacat Anggota Tangan Dan Kaki, Ia Tidak Mematahkan Semangat Nur Damia Irsalina Daeng Malis, 7, Untuk Ke Sekolah, Semalam. Malah Anak Ketiga Daripada Empat Beradik Itu ...



NUR Damia Irsalina ditemani ibu dan bapanya.


Kuala Berang: Walaupun dilahirkan cacat anggota tangan dan kaki, ia tidak mematahkan semangat Nur Damia Irsalina Daeng Malis, 7, untuk ke sekolah, semalam. Malah anak ketiga daripada empat beradik itu menjadikan faktor kekurangan diri sebagai motivasi untuk belajar seterusnya membuktikan kemampuannya yang sebenar.

Nur Damia Irsalina yang tidak mempunyai dua tangan dan kaki kiri memulakan hari persekolahan pertama di Sekolah Kebangsaan Kuala Telemong (SKKT), di sini, itu dilihat bersemangat dan bersungguh-sungguh untuk menuntut ilmu seperti rakan sebayanya, malah mempamerkan kemahirannya menulis menggunakan kaki kanannya.


Ibunya, Rosnaini Mohamad, 35, berkata, sejak kelmarin anaknya kerap mencuba pakaian sekolah selain berulang kali membelek alat tulis dan bukunya.

“Kegembiraan jelas terpancar pada wajah Nur Damia Irsalina, malah dia sangat teruja untuk ke sekolah dan berjumpa kawan barunya.

“Dia bangun awal hari ini (semalam) untuk ke sekolah dan menyediakan segala peralatannya sendiri selain enggan lewat sampai ke sekolah,” katanya ketika ditemui di SKKT, di sini, semalam.


Katanya, bagi memastikan anak istimewanya itu mendapat perhatian dan dibesarkan dengan baik selain dapat mengikuti sesi pembelajaran dengan sempurna, dia terpaksa berhenti kerja.

“Nur Damia Irsalina menggunakan kerusi roda elektronik bagi memudahkan pergerakannya di sekolah dan saya berharap rakannya serta guru dapat sentiasa membantunya.

“Sikapnya yang suka berdikari dalam menguruskan dirinya memang membanggakan saya dan keluarga. Sebagai ibu, saya terlalu gembira melihat semangat kentalnya.

“Memandangkan dia terlalu bersemangat untuk ke sekolah dan baju sekolah yang dijual di pasaran tidak sesuai untuknya, saya sanggup menempah lima pasang baju sekolah khas untuknya,” katanya yang tinggal di Kampung Lubuk Batu, di sini.

Menurutnya, Nur Damia Irsalina bukan saja mampu menulis menggunakan kaki kanannya, malah berkemampuan menghafaz surah lazim selain mampu mengikuti pembelajaran di tadika tanpa sebarang masalah sebelum ini.

“Saya sebolehnya ingin melihat Nur Damia Irsalina melalui proses ke alam dewasa seperti kanak-kanak normal yang lain seperti belajar, mempunyai kawan karib dan paling penting mencapai cita-citanya,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Tugas-Tugas Khas Terengganu Ghazali Taib berkata, pihaknya akan meminta bantuan daripada Kolej Universiti TATI (TATIUC) untuk mencipta kerusi roda paling sesuai dan praktikal bagi memudahkan pergerakan Nur Damia Irsalina.

“TATIUC mempunyai kepakaran dalam menghasilkan peralatan elektronik seperti itu. Justeru, kami yakin TATIUC mampu mencipta kerusi roda paling sesuai untuk memudahkan pergerakannya.

“Saya begitu terharu dan bangga melihat kesungguhan Nur Damia Irsalina untuk ke sekolah dan seharusnya dijadikan teladan serta contoh oleh pelajar lain,” katanya kepada pemberita selepas melawat kanak-kanak itu di SKKT, semalam.

1

Bagus
6

Marah
4

Terkejut
4

Sedih

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (21 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 2-1-2014 09:59 AM
2 Januari 2014

Kuala Berang: Walaupun dilahirkan cacat anggota tangan dan kaki, ia tidak mematahkan semangat Nur Damia Irsalina Daeng Malis, 7, untuk ke sekolah, semalam. Malah anak ketiga daripada empat beradik itu menjadikan faktor kekurangan diri sebagai motivasi untuk belajar seterusnya membuktikan kemampuannya yang sebenar.
Nur Damia Irsalina yang tidak mempunyai dua tangan dan kaki kiri memulakan hari persekolahan pertama di Sekolah Kebangsaan Kuala Telemong (SKKT), di sini, itu dilihat bersemangat dan bersungguh-sungguh untuk menuntut ilmu seperti rakan sebayanya, malah mempamerkan kemahirannya menulis menggunakan kaki kanannya.

Ibunya, Rosnaini Mohamad, 35, berkata, sejak kelmarin anaknya kerap mencuba pakaian sekolah selain berulang kali membelek alat tulis dan bukunya.

“Kegembiraan jelas terpancar pada wajah Nur Damia Irsalina, malah dia sangat teruja untuk ke sekolah dan berjumpa kawan barunya.

“Dia bangun awal hari ini (semalam) untuk ke sekolah dan menyediakan segala peralatannya sendiri selain enggan lewat sampai ke sekolah,” katanya ketika ditemui di SKKT, di sini, semalam.


Katanya, bagi memastikan anak istimewanya itu mendapat perhatian dan dibesarkan dengan baik selain dapat mengikuti sesi pembelajaran dengan sempurna, dia terpaksa berhenti kerja.

“Nur Damia Irsalina menggunakan kerusi roda elektronik bagi memudahkan pergerakannya di sekolah dan saya berharap rakannya serta guru dapat sentiasa membantunya.

“Sikapnya yang suka berdikari dalam menguruskan dirinya memang membanggakan saya dan keluarga. Sebagai ibu, saya terlalu gembira melihat semangat kentalnya.

“Memandangkan dia terlalu bersemangat untuk ke sekolah dan baju sekolah yang dijual di pasaran tidak sesuai untuknya, saya sanggup menempah lima pasang baju sekolah khas untuknya,” katanya yang tinggal di Kampung Lubuk Batu, di sini.

Menurutnya, Nur Damia Irsalina bukan saja mampu menulis menggunakan kaki kanannya, malah berkemampuan menghafaz surah lazim selain mampu mengikuti pembelajaran di tadika tanpa sebarang masalah sebelum ini.

“Saya sebolehnya ingin melihat Nur Damia Irsalina melalui proses ke alam dewasa seperti kanak-kanak normal yang lain seperti belajar, mempunyai kawan karib dan paling penting mencapai cita-citanya,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Tugas-Tugas Khas Terengganu Ghazali Taib berkata, pihaknya akan meminta bantuan daripada Kolej Universiti TATI (TATIUC) untuk mencipta kerusi roda paling sesuai dan praktikal bagi memudahkan pergerakan Nur Damia Irsalina.

“TATIUC mempunyai kepakaran dalam menghasilkan peralatan elektronik seperti itu. Justeru, kami yakin TATIUC mampu mencipta kerusi roda paling sesuai untuk memudahkan pergerakannya.

“Saya begitu terharu dan bangga melihat kesungguhan Nur Damia Irsalina untuk ke sekolah dan seharusnya dijadikan teladan serta contoh oleh pelajar lain,” katanya kepada pemberita selepas melawat kanak-kanak itu di SKKT, semalam.
Quote jahcomel 2-1-2014 10:01 AM
comelnyeeeee adik damia...tersentuh hati aku...
Quote MelahJanda 2-1-2014 10:03 AM
terharu menengoknya
kalau jumpa mesti aku cium pipinya
Quote haryatie 2-1-2014 10:18 AM
comei la dia...
kalau ada semangat & dorongan dr ahli keluarga kecacatan x menghalang pun
Quote amyainsamad 2-1-2014 10:24 AM
semangat............
Quote rospinki 2-1-2014 10:30 AM


nah...duk depan sekali tu..moga tabah ya dek
Quote nurul_akmar 2-1-2014 10:41 AM
cekal betul hati adik ni.. tahniah2
Quote darwisharwen 2-1-2014 10:51 AM
Semoga adik Nur Damia sukses.
Quote noor2 2-1-2014 10:55 AM
...sedihnya hati tgk...i dah tunjuk kat anak sebelum dia pi sekolah petang sat ni....jadi panduan bagi kita yang sempurna ni...jangan malas belajar...
Quote TuntungReturn 2-1-2014 10:56 AM

tgk dlm paper,budak ni tulis sambil bebaring atas lantai,npe x camtumkan meja bgik die duk atas meja,menulis atas meja..arap pihak sekolah buat sesuatu untuk die..tandas pun kene ubah buat khas utk adik nie.
Quote noor2 2-1-2014 10:56 AM
tak pela adik...kita doakan adik berjaya...insyaAllah...peduli apa pandangan org lain..
Quote bacteria82 2-1-2014 10:57 AM
Ya Allah. Pilu tengok. Moga adik ni sukses dalam pelajaran.
Quote matsyeh 2-1-2014 05:02 PM
Hari kedua adik Nik Damia di SK Telemong, Hulu Terengganu. Kaulah insan paling istimewa di dalam dunia ni. Tabahkan hati. Kami mendoakan semoga adik berjaya di dunia dan akhirat. Amin


Quote PostBanhammer 2-1-2014 05:14 PM
noor2 posted on 2-1-2014 10:55 AM
...sedihnya hati tgk...i dah tunjuk kat anak sebelum dia pi sekolah petang sat ni....jadi pand ...

Anak dah start masuk asrama kan tahun ni?

Quote highcastle 2-1-2014 05:23 PM
Ni kalau ada dok menangis taknak gi sekolah, elok tunjuk gambar adik ni.. bagi dia perangsang yg tak sempurna lagi gigih nak gi sekolah........
Quote blackred99 2-1-2014 05:26 PM
tabahnya adik ni.
Quote shakirajefrydin 2-1-2014 05:28 PM
Quote ogata 2-1-2014 05:29 PM
moga moga ada pihak bewajib tolong sediakan meja dan kerusi khas atau tempat khas untuk dia belajar di dalam kelas...

i pula nampak tak selesa tengok dia camni..
Quote noor2 2-1-2014 05:30 PM
PostBanhammer posted on 2-1-2014 05:14 PM
Anak dah start masuk asrama kan tahun ni?

tak jadi masuk asrama...dia tak mo..

Lihat semua komen(103)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 02:51 AM GMT+8 , Processed in 0.225138 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top