CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Video: Luahan Sedih Mangsa Banjir,

26-12-2013 06:04 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 15893| Komen: 160

Description: Kisah Sedih Yang Menimpa Seorang Warga Emas Dikenali Sebagai Makcik Hasnah, Dikongsikan Sendiri Makcik Ini Bersama Linangan Air Mata Ketika Berbual Dengan Ksu Kementerian Belia Dan Sukan, Datuk Jamil ...
VIDEO: Luahan Sedih Mangsa Banjir, Makcik Hasnah Dakwa Tidak Dipedulikan Anak



Di sebalik banjir yang melanda kawasan Pantai Timur baru-baru ini, terdedah pula satu kisah menyayat hati.

Kisah sedih yang menimpa seorang warga emas dikenali sebagai Makcik Hasnah, dikongsikan sendiri makcik ini bersama linangan air mata ketika berbual dengan KSU Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Jamil Salleh yang turun padang melawat kawasan dilanda banjir di kawasan Pantai Timur, baru-baru ini.

Menurut Makcik Hasnah, dia berasa sedih apabila melihat ramai orang datang melawat sedangkan anak sendiri mengabaikan dirinya.
Anaknya pula bukan sedikit, sembilan orang malah ada yang tinggal berdekatan namun tak datang tunjukkan muka padahal mustahil tak tahu ibu mereka turut terjejas ekoran banjir.

Kata Makcik Hasnah anaknya semua kerja bagus-bagus malah yang perempuan berkahwin dengan jurutera, ‘air force’ dan guru namun semua tak datang menjenguk bertanya entahkan ibu mereka ini masih hidup atau tidak, kecuali yang sulung.

Bagi duit, apatah lagi. Mujurlah Makcik Hasnah ada pencen jadi itulah sumber pendapatannya untuk meneruskan hidup.

Biar pun perkongsian Makcik Hasnah ini mungkin akan menyakitkan hati anak-anaknya bila dapat tahu, mereka harus sedar kesakitan ditanggung ketika si ibu melahirkan mereka jauh lebih dahsyat.

Jadi sebaik-baiknya buanglah yang keruh, ambil yang jernih sementara masih ada kesempatan untuk berbuat demikian. 



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 26-12-2013 02:05 AM
[youtube]RRvxMnnUhVw#t=331[/youtube]
Quote emelia1509 26-12-2013 02:10 AM
kesian nye lah makcik sorang ni...'anok' nye layak ditembak bagi mampus...
Quote mommymonster82 26-12-2013 02:14 AM
Parking dulu sebelum komen..
Takut nanti jadi mcm kes dulu..
Beria org kituk anaknya rupanya anak tu xbersalah pon..

Bukanlah nak tidakkan cakap org tua..
Kedg dorg ni nyanyuk...

Macamlah nenek saya.. Baru jer kejap pak sedara datang hantar lauk..dia boleh cerita kat orang lama dah pak sedara tak jenguk dia...padahal hari2 pak sedara sy datang
Quote pakwetizzaqyah 26-12-2013 02:27 AM
msti anak dia andartu kerja kat singapore
Quote BurningTimes 26-12-2013 02:36 AM
Another anak derhaka sunni syumul wal jamaah felda pprt yang tak ambil pendoman kata2 Elohim dari koran?
Quote leylapple 26-12-2013 08:27 AM
mommymonster82 posted on 26-12-2013 02:14 AM
Parking dulu sebelum komen..
Takut nanti jadi mcm kes dulu..
Beria org kituk anaknya rupanya anak  ...

betul...

kadang2 org tua nie nyanyuk sikit...

mustahil jugak anak2 yang berdekatan langsung tak jenguk makpak yang uzur, kecuali jenis yang kureng sikit la...

kalo ada jugak wujud yang kureng nie.... berpunca dari makpak jugak....salah didikan kekdahnya
Quote highcastle 26-12-2013 08:31 AM
mommymonster82 posted on 26-12-2013 02:14 AM
Parking dulu sebelum komen..
Takut nanti jadi mcm kes dulu..
Beria org kituk anaknya rupanya anak  ...

Setuju.. Cerita2 camni utk melariskan akhbar saja. Saya lebih suka dengar dari mulut kedua2 belah pihak. Dah banyak kali terkena..
Quote rosa_canina 26-12-2013 08:36 AM
mgkin makcik terlupa kot.. igt2 lupa..
takkan anak dok area2 situ lgsung tak dtg jenguk mak..
Quote iniaroonz 26-12-2013 08:43 AM
nanti anak dia pulak wat statement..... kita tunggu ajelah kisah sebenarnya....
Quote brookemcqueen 26-12-2013 08:44 AM
leylapple posted on 26-12-2013 08:27 AM
betul...

kadang2 org tua nie nyanyuk sikit...

Aah..benda camni selalu jadi. Haritu pegi rumah kawan untuk preparation nak kenduri doa selamat mlmnya, saya tgk adik dia tengah suapkan nenek dia. Dah sudah tu dia duduk kat buaian kat depan rumah.
Adala dalam sejam lepas tu kot...dtgla family sedara kwn saya. Nenek ni boleh mengadu kata semua org rumH tu busy,  tak bagi dia makan sejak kelmarin. Hihi


Pastu satu lagi kes, dekat kampung saya ada je org tua yg anak2 xlayan. Yelah, dulu2 dia rogol anak perempuan dia. Pastu dh tua, penah duduk rumah anak lelaki, dia meraba2 cucunya pulak.hmm..
Quote mak_wa95 26-12-2013 08:46 AM
selalu dok pertikai apa dosa anak kpd ibubpa..
kenapa tidak tanya apa dosa ibubapa terhadap anak2..
kalau anak2 ada tjwb kpd ibubapa..ibubapa dulu2 ni telah tunaikah sepenuh tjwb mereka terhadap anak2?..
ibubapa yang menyayangi anak sepenuh hati membuatkan anak dapat membalas balik kashsayang itu..
ni pun dia dah aibkan anak2...
cerita dalam media buruk anak2..
dalam kehidupan harian pun tah2 macam tu juga..malukan anak2..hina anak2..
ni 9 anak...xkan semua jadi tanggang(eh -1)
Quote yusrin 26-12-2013 08:51 AM
mak_wa95 posted on 26-12-2013 08:46 AM
selalu dok pertikai apa dosa anak kpd ibubpa..
kenapa tidak tanya apa dosa ibubapa terhadap anak2.. ...

betul tu
tapi dari apa yg aku belajar ngan ustaz
walau banyak mana dosa mak pak kt kita
kita tak berhak nak menilai apatah lagi nak membalas
t/jawab tetap kita kena tunai sbg anak
just jenguk dan berbuat baik
yg lain kerja Allah swt.
Quote mak_wa95 26-12-2013 09:00 AM
yusrin posted on 26-12-2013 08:51 AM
betul tu
tapi dari apa yg aku belajar ngan ustaz
walau banyak mana dosa mak pak kt kita

saya pun xnafikan..cuma pandangan macam tu ramai dah dok bagi..
jadi saya bagi pandangan dari segi tu pula..
anak jadi tangang ni banyak faktor kan...
mungkin juga pasangan kpd anak2 ni xbagi anak2 ni balik tengok makpak..ada berlaku dlm masyrkat kita..
orang yang xdapat kasihsyg xmampu nak bagi kasihsyag...mugkin mak ni garang(pandangan umum..bukan utk mcik ni je)anak2 nak cakap pun takut..semua xkena..anak bukan xsayang tp xtahu nak tunjuk sayang macam mana..balik marah..xbalik marah...
minta dijauhkan sikap ni dr kelaurga kita..
Quote tongkatwaran75 26-12-2013 09:07 AM
Lebih mudah katakan ibubapa yg nyanyuk daripada mengakui anak-anak yg lalai /lari dari tanggungjwb membela ibu ayah yg makin uzur...tak gitu?
Quote md_nana 26-12-2013 09:07 AM
Kena dgr statement dua2 pihak.
Kdg2 kita terlalu Cpt menilai.
Quote callance 26-12-2013 09:07 AM
dalam 9 org anak sorg pun x ingat kat mak nye.. mst ade something wrong kat makcik ni... mungkin dier terlupa..
Quote girly.. 26-12-2013 09:10 AM
aduhai.. mcm2... meluat btl la ada sorang forumer kat tread ni... suka sgt bg komen melampau2.. touch psl agama, bangsa la..... kalo psl bangsa melayu ker... dia mesti ada . bg komen mengarut2... meluat btl ler

kalo le girly no mod.. mao je girly block dia!!!!!!!!!!
Quote tomatome 26-12-2013 09:13 AM
kalau betul cite makcik ni mmg cam haram la anak2 dia tapi kalo la makcik ni nyanyuk atau buat cite anggap jela makcik ni saja nak perhatian anak2 dia.. biasalah org tua sensitif lebih..
Quote tongkatwaran75 26-12-2013 09:16 AM
callance posted on 26-12-2013 09:07 AM
dalam 9 org anak sorg pun x ingat kat mak nye.. mst ade something wrong kat makcik ni... mungkin die ...

Ko tak baca abis ye...

Kecuali anak yg sulung....
makna ada sorang anak yg masih ingatkan ibu...

Lihat semua komen(160)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 12:04 AM GMT+8 , Processed in 0.070658 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top