CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Layanan Maswings, Penumpang Kecewa

24-12-2013 05:24 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10088| Komen: 61

Description: Saya Sampai Di Sini Tengah Hari Tadi Dengan Menaiki Teksi Dari Lapangan Terbang Bintulu, Jadi Terlepas Penerbangan Asal Saya Dan Terpaksa Menaiki Penerbangan Lain Yang Dijadualkan 3.50 Petang Namun Di ...
                                                                                                            
MASWings                                                                                                                                   

KUCHING - Beberapa penumpang penerbangan MH 3804 MASWings dari Kuching ke Miri hari ini meluahkan rasa kecewa apabila tidak dimaklumkan lebih awal penerbangan itu yang sepatutnya berlepas 6.45 pagi, dibatalkan.
            
Mereka juga mendakwa dilayan dengan kasar ketika cuba mendapatkan penjelasan daripada petugas di kaunter.
            
Saya datang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) jam 5.30 pagidan ketika mahu mendaftar masuk barang, saya dimaklumkan petugas bahawa penerbangan dibatalkan dan dia meminta saya ke kaunter B1.
            
Apabila di situ saya cuba mendapatkan penjelasan, namun petugas kaunter dengan kasar memberitahu perkara tersebut sudah dimaklumkan menerusi SMS dan emel, tetapi bila saya periksa tidak ada pun emel dan SMS," kata seorang penumpang yang hanya mahu dikenali sebagai Christina kepada Bernama.
            
Beliau yang mahu pulang menyambut Krismas, berkata penumpang diberi dua pilihan iaitu menaiki penerbangan Malaysia Airlines pada jam 7 pagi namun dalam senarai menunggu, atau terbang ke Bintulu sebelum meneruskan perjalanan ke Miri dengan teksi dan kosnya ditanggung oleh MASWings.
          
Saya terpaksa ambil pilihan kedua selepas pesawat 7 pagi sudah penuh, jadi kena naik penerbangan Kuching ke Bintulu yang mengambil masa 55 minit," katanya menambah beliau terpaksa menunggu lebih 10 minit selepas tiba di Bintulu sebelum ada petugas datang menguruskan perjalanannya ke Miri yang mengambil masa dua jam 40 minit.
            
Saya buang masa tiga jam 35 minit untuk seluruh perjalanan, sedangkan penerbangan dari Kuching ke Miri cuma satu jam 55 minit, katanya.
            
Seorang lagi penumpang Noriti Besar, 20, sehingga 5 petang tadi masih 'terkandas' di Lapangan Terbang Miri setelah terlepas penerbangan transit ke Limbang yang berlepas 11.50 pagi.
            
Saya sampai di sini tengah hari tadi dengan menaiki teksi dari Lapangan Terbang Bintulu, jadi terlepas penerbangan asal saya dan terpaksa menaiki penerbangan lain yang dijadualkan 3.50 petang namun ditangguhkan ke 5.45 petang," katanya.
            
Noriti juga mendakwa menerima layanan kasar daripada petugas kaunter di LTAK yang menurutnya berkata:"Kita dah hantar emel dan SMS, takkan tak terima."
          
Bernama turut terserempak dengan Menteri Muda Pelancongan Datuk Talib Zulpilip di LTAK yang memberitahu beliau juga antara penumpang terjejas.
            
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam MASwings Melissa Crocker meminta penumpang yang berkenaan membuat aduan rasmi bagi membolehkan siasatan dijalankan.
            
Tulis surat dan buat laporan secara rasmi kepada pihak kami, bila terima laporan rasmi baru kami akan buat siasatan," katanya ketika dihubungi Bernama.
            
Beliau juga tidak dapat menjelaskan punca pembatalan penerbangan itu kerana tidak mempunyai butiran terperinci. 

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nurul_akmar 21-12-2013 11:41 PM
konfem staff yg menjawab kasar tu x senang duduk
Quote HUHA 21-12-2013 11:45 PM
panjang betul berita ni....
Quote Nokiaman 22-12-2013 12:05 AM
Melayu mmg cenggini...kalo bukan malas..biadaplaa tu..
Bila nak ubah depa ni weyyyyyyy
Quote jasmeen 22-12-2013 12:06 AM
Aku kalau org kaunter  kasar ni buat donno jer..lagi dilayan lagi low class kita dbuatnye.
Quote pakwetizzaqyah 22-12-2013 12:39 AM
MASwings??? first time dengar..maklumla..kali terakhir naik kapal terebang masa tu 1997 if im not mistaken...naik kat subang time tu
Quote Muntz 22-12-2013 01:14 AM
Flight KCH-BTU/MYY awal pagi pukul 6.45am tu mmg selalu dibatalkan. Penumpang2 yg ada tu biasanya akan dimasukkan ke flight seterusnya, kebiasaanya flight MAS. Pernah terjadi pada aku, sbb aku ambik flight KCH-BTU/MYY awal pagi 6.45am, dibatalkan, terus diorg suruh tukar tiket di kaunter transit MAS, dan amik tiket baru KCH-BTU pukul 7.10am. Kes nie aku rasa mgkin disbbkan flight KCH-MYY tu dah full, that's why diorg tak dpt gantian tiket yg sepatutnya.
Quote peYno 22-12-2013 02:37 AM
jasmeen posted on 22-12-2013 12:06 AM
Aku kalau org kaunter  kasar ni buat donno jer..lagi dilayan lagi low class kita dbuatnye.

tu cara melayu... kalau cara urban.. mmg tegur terus.. ni antara pelanggan dan dia tu kuli

kalau melayu selalu nya
" tak pe laaa... kalau kita masuk dlm kasut dia pon.. kita camtu gak"

Quote tomatome 22-12-2013 02:43 AM
peYno posted on 22-12-2013 02:37 AM
tu cara melayu... kalau cara urban.. mmg tegur terus.. ni antara pelanggan dan dia tu kuli

kala ...

tau takpe kalo aku mmg da kena maki blk la.. bia sedar diri sikit..
Quote MissNigga 22-12-2013 02:51 AM
adoi.... naik taxi dari BTU - MYY ...
bnyak masa terbuang...
apa punya service daa
Quote munchkin 22-12-2013 04:00 AM
anyway. kalau dah dibatalkan mesti ada sebab. nak pergi marah2 buat apa? ke nak terbang juga  and jadi pesawat terhempas cam hari tu. orang kaunter tu pun tak boleh nak layan pelanggan secara kasar. tapi ada jenis pelanggan yang bercakap kasar dgn orang kaunter pun pernah aku nampak juga.
Quote oni313 22-12-2013 04:13 AM
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam MASwings Melissa Crocker meminta penumpang yang berkenaan membuat aduan rasmi bagi membolehkan siasatan dijalankan.
            
        "Tulis surat dan buat laporan secara rasmi kepada pihak kami, bila terima laporan rasmi baru kami akan buat siasatan," katanya ketika dihubungi Bernama.
            
        Beliau juga tidak dapat menjelaskan punca pembatalan penerbangan itu kerana tidak mempunyai butiran terperinci. - Bernama


amboi,kekwat nya... dah terang tang2 benda tu jadi, takkan la staf kaunter tu tak inform kpd management pasal benda ni...
Quote Al-Patih 22-12-2013 05:06 AM
Nokiaman posted on 22-12-2013 12:05 AM
Melayu mmg cenggini...kalo bukan malas..biadaplaa tu..
Bila nak ubah depa ni weyyyyyyy

itu berlaku kat Kuching ..beb .....
Quote lady_rara 22-12-2013 09:28 AM
kalau aku kena camtu memang bergadoh dah kat kaunter tu.. vangang abadi punya staff..
Quote cruisekeanu 22-12-2013 09:44 AM
Paramugara dia juga gemuk dari Sibu ke Miri
dah naik lebih daripada 10 kali atas urusan kerja
MasWing kena ukir saiz badan paramugara dan paramugari
ada yang kurus dah macam lidi .... tengok pun geli
angkat beg penumpang tak larat
Quote sueism 22-12-2013 10:08 AM
tak larat nak baca
Quote jasmeen 22-12-2013 10:22 AM
peYno posted on 22-12-2013 02:37 AM
tu cara melayu... kalau cara urban.. mmg tegur terus.. ni antara pelanggan dan dia tu kuli

kala ...

Whatever,im not malay anyway
Quote jasmeen 22-12-2013 10:24 AM
oni313 posted on 22-12-2013 04:13 AM
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam MASwings Melissa Crocker meminta penumpang yang berkenaan m ...

Pr officer tapi tak tau butiran terperinci...what an irony kan...
Quote noor2 22-12-2013 10:25 AM
semua bisnes hanya nak untung ja.....
Quote peYno 22-12-2013 10:44 AM
jasmeen posted on 22-12-2013 10:22 AM
Whatever,im not malay anyway

tak melayu pon dah caprut camtu... klu melayu lagi la

Lihat semua komen(61)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 10:11 PM GMT+8 , Processed in 0.060137 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top