View: 8900|Reply: 60
|
[Tempatan]
Layanan MASwings dah setarap AirAsia: penumpang kecewa
[Copy link]
|
|
MASWings
KUCHING - Beberapa penumpang penerbangan MH 3804 MASWings dari Kuching ke Miri hari ini meluahkan rasa kecewa apabila tidak dimaklumkan lebih awal penerbangan itu yang sepatutnya berlepas 6.45 pagi, dibatalkan.
Mereka juga mendakwa dilayan dengan kasar ketika cuba mendapatkan penjelasan daripada petugas di kaunter.
"Saya datang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) jam 5.30 pagidan ketika mahu mendaftar masuk barang, saya dimaklumkan petugas bahawa penerbangan dibatalkan dan dia meminta saya ke kaunter B1.
"Apabila di situ saya cuba mendapatkan penjelasan, namun petugas kaunter dengan kasar memberitahu perkara tersebut sudah dimaklumkan menerusi SMS dan emel, tetapi bila saya periksa tidak ada pun emel dan SMS," kata seorang penumpang yang hanya mahu dikenali sebagai Christina kepada Bernama.
Beliau yang mahu pulang menyambut Krismas, berkata penumpang diberi dua pilihan iaitu menaiki penerbangan Malaysia Airlines pada jam 7 pagi namun dalam senarai menunggu, atau terbang ke Bintulu sebelum meneruskan perjalanan ke Miri dengan teksi dan kosnya ditanggung oleh MASWings.
"Saya terpaksa ambil pilihan kedua selepas pesawat 7 pagi sudah penuh, jadi kena naik penerbangan Kuching ke Bintulu yang mengambil masa 55 minit," katanya menambah beliau terpaksa menunggu lebih 10 minit selepas tiba di Bintulu sebelum ada petugas datang menguruskan perjalanannya ke Miri yang mengambil masa dua jam 40 minit.
Saya buang masa tiga jam 35 minit untuk seluruh perjalanan, sedangkan penerbangan dari Kuching ke Miri cuma satu jam 55 minit, katanya.
Seorang lagi penumpang Noriti Besar, 20, sehingga 5 petang tadi masih 'terkandas' di Lapangan Terbang Miri setelah terlepas penerbangan transit ke Limbang yang berlepas 11.50 pagi.
"Saya sampai di sini tengah hari tadi dengan menaiki teksi dari Lapangan Terbang Bintulu, jadi terlepas penerbangan asal saya dan terpaksa menaiki penerbangan lain yang dijadualkan 3.50 petang namun ditangguhkan ke 5.45 petang," katanya.
Noriti juga mendakwa menerima layanan kasar daripada petugas kaunter di LTAK yang menurutnya berkata:"Kita dah hantar emel dan SMS, takkan tak terima."
Bernama turut terserempak dengan Menteri Muda Pelancongan Datuk Talib Zulpilip di LTAK yang memberitahu beliau juga antara penumpang terjejas.
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam MASwings Melissa Crocker meminta penumpang yang berkenaan membuat aduan rasmi bagi membolehkan siasatan dijalankan.
"Tulis surat dan buat laporan secara rasmi kepada pihak kami, bila terima laporan rasmi baru kami akan buat siasatan," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau juga tidak dapat menjelaskan punca pembatalan penerbangan itu kerana tidak mempunyai butiran terperinci. - Bernama
http://www.sinarharian.com.my/na ... n-maswings-1.232869
|
|
|
|
|
|
|
|
konfem staff yg menjawab kasar tu x senang duduk |
|
|
|
|
|
|
|
panjang betul berita ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
Aku kalau org kaunter kasar ni buat donno jer..lagi dilayan lagi low class kita dbuatnye. |
|
|
|
|
|
|
|
MASwings??? first time dengar..maklumla..kali terakhir naik kapal terebang masa tu 1997 if im not mistaken...naik kat subang time tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Flight KCH-BTU/MYY awal pagi pukul 6.45am tu mmg selalu dibatalkan. Penumpang2 yg ada tu biasanya akan dimasukkan ke flight seterusnya, kebiasaanya flight MAS. Pernah terjadi pada aku, sbb aku ambik flight KCH-BTU/MYY awal pagi 6.45am, dibatalkan, terus diorg suruh tukar tiket di kaunter transit MAS, dan amik tiket baru KCH-BTU pukul 7.10am. Kes nie aku rasa mgkin disbbkan flight KCH-MYY tu dah full, that's why diorg tak dpt gantian tiket yg sepatutnya. |
|
|
|
|
|
|
|
jasmeen posted on 22-12-2013 12:06 AM
Aku kalau org kaunter kasar ni buat donno jer..lagi dilayan lagi low class kita dbuatnye.
tu cara melayu... kalau cara urban.. mmg tegur terus.. ni antara pelanggan dan dia tu kuli
kalau melayu selalu nya
" tak pe laaa... kalau kita masuk dlm kasut dia pon.. kita camtu gak"
|
|
|
|
|
|
|
|
peYno posted on 22-12-2013 02:37 AM
tu cara melayu... kalau cara urban.. mmg tegur terus.. ni antara pelanggan dan dia tu kuli
kala ...
tau takpe kalo aku mmg da kena maki blk la.. bia sedar diri sikit..
|
|
|
|
|
|
|
|
adoi.... naik taxi dari BTU - MYY ...
bnyak masa terbuang...
apa punya service daa
|
|
|
|
|
|
|
|
anyway. kalau dah dibatalkan mesti ada sebab. nak pergi marah2 buat apa? ke nak terbang juga and jadi pesawat terhempas cam hari tu. orang kaunter tu pun tak boleh nak layan pelanggan secara kasar. tapi ada jenis pelanggan yang bercakap kasar dgn orang kaunter pun pernah aku nampak juga. |
|
|
|
|
|
|
|
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam MASwings Melissa Crocker meminta penumpang yang berkenaan membuat aduan rasmi bagi membolehkan siasatan dijalankan.
"Tulis surat dan buat laporan secara rasmi kepada pihak kami, bila terima laporan rasmi baru kami akan buat siasatan," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau juga tidak dapat menjelaskan punca pembatalan penerbangan itu kerana tidak mempunyai butiran terperinci. - Bernama
amboi,kekwat nya... dah terang tang2 benda tu jadi, takkan la staf kaunter tu tak inform kpd management pasal benda ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Nokiaman posted on 22-12-2013 12:05 AM
Melayu mmg cenggini...kalo bukan malas..biadaplaa tu..
Bila nak ubah depa ni weyyyyyyy
itu berlaku kat Kuching ..beb .....
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau aku kena camtu memang bergadoh dah kat kaunter tu.. vangang abadi punya staff.. |
|
|
|
|
|
|
|
Paramugara dia juga gemuk dari Sibu ke Miri
dah naik lebih daripada 10 kali atas urusan kerja
MasWing kena ukir saiz badan paramugara dan paramugari
ada yang kurus dah macam lidi .... tengok pun geli
angkat beg penumpang tak larat |
|
|
|
|
|
|
|
peYno posted on 22-12-2013 02:37 AM
tu cara melayu... kalau cara urban.. mmg tegur terus.. ni antara pelanggan dan dia tu kuli
kala ...
Whatever,im not malay anyway
|
|
|
|
|
|
|
|
oni313 posted on 22-12-2013 04:13 AM
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam MASwings Melissa Crocker meminta penumpang yang berkenaan m ...
Pr officer tapi tak tau butiran terperinci...what an irony kan...
|
|
|
|
|
|
|
|
semua bisnes hanya nak untung ja..... |
|
|
|
|
|
|
|
jasmeen posted on 22-12-2013 10:22 AM
Whatever,im not malay anyway
tak melayu pon dah caprut camtu... klu melayu lagi la |
|
|
|
|
|
|
| |
|