CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Wanita & Lelaki (old) Lihat artikel

Jangan Pandang Remeh Terhadap Alahan Makanan

17-12-2013 10:37 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5784| Komen: 13

Description: Seluruh Dunia Tahu Bahawa Malaysia Merupakan Negara Yang Menghasilkan Pelbagai Resipi Makanan Dan Kelazatannya Tidak Dapat Dipertikaikan. Di Mana-Mana Tak Kira Siang Dan Malam, Kita Boleh Mendapatkan ...


Seluruh dunia tahu bahawa Malaysia merupakan negara yang menghasilkan pelbagai resipi makanan dan kelazatannya tidak dapat dipertikaikan. Di mana-mana tak kira siang dan malam, kita boleh mendapatkan makanan dengan mudah. Namun begitu, ada di antara kita tidak mampu menikmati semuanya kerana mengalami alahan terhadap makanan. Sesetengah kes alahan boleh menyebabkan kematian. Dianggarkan sebanyak 25 peratus rakyat Malaysia mengalami alahan makanan.

Apa itu alahan?
Alahan terhadap makanan merupakan tahap kesihatan yang serius yang menjejaskan sehingga 15 juta rakyat termasuk 1 dalam 13 kanak-kanak. Tugas sistem imun badan kita adalah untuk mengenal pasti dan memusnahkan kuman (bakteria dan virus) yang membuatkan anda jatuh sakit. Alahan makanan terhasil apabila sistem imun tersilap mensasarkan protein makanan sebagai ancaman dan memusnahkannya.

Simptom-simptom alahan makanan
Antara gejala yang dapat dilihat jelas ialah bengkak di bahagian mulut dan nafas berbunyi. Tekanan darah juga boleh turun mendadak dan simptom ini dikenali sebagai kejutan anafilaksis. Apa jua jenis makanan boleh penyebab alahan dan ia terpulang kepada keadaan individu tersebut. Kebiasaannya, ia hanya melibatkan beberapa jenis kandungan makanan sahaja.

Adakalanya, ia akan lega buat sementara tetapi efeknya akan datang beberapa jam kemudian. Gejala yang biasa dilihat pada individu adalah seperti :

•        Gatal – gatal kulit
•        Mata berair
•        Hidung tersumbat
•        Cirit – birit
•        Bengkak bibir dan mulut
•        Kejang otot perut
•        Ruam pada kulit


Diantara gejala serius yang perlu mendapatkan rawatan segera pula:

•        Pening
•        Sukar bernafas
•        Dada terasa tegang
•        Tekak seperti tercekik

Apabila gejala alahan berlaku, pelepasan kimia akan terjadi dan bertindak di beberapa bahagian tubuh terutamanya saluran pernafasan, usus besar, kulit, tekak, serta jantung. Alahan biasanya dikaitkan dengan beberapa jenis makanan seperti susu, kekacang, makanan laut dan telur.

Bagi penghidap asma, anda harus memberi perhatian lebih kerana gejala itu boleh mengakibatkan tindak balas dan reaksi lebih kritikal.

Sekiranya individu alah pada sejenis makanan, tidak mustahil mereka juga alah kepada makanan yang lebih kurang sama kategorinya. Contohnya, jika alahan utama anda merupakan susu lembu, anda mungkin akan alah juga pada keju yang diperbuat daripada susu lembu.

Rawatan dan pencegahan
Jangan ambil mudah apabila ada diantara keluarga anda mengadu sakit selepas makan. Dapatkan rawatan doktor secepat mungkin kerana alahan pada makanan boleh menyebabkan kematian. Namun, cara paling tepat adalah dengan mengelak. Ambil beberapa langkah mudah di bawah kerana ia mampu menhindarkan serangan serta menyelamatkan nyawa anda.
•        Jangan segan bertanya ramuan apa di dalam makanan jika anda makan di luar atau menghadiri majlis keramaian. Anda perlu bersikap terbuka dengan alahan yang anda hidapi.
•        Dapatkan nasihat pakar tentang makanan apa yang selamat dimakan oleh anda serta vitamin tambahan apa yang perlu anda ambil.
•        Cari di internet atau beli buku khas resipi khas untuk alahan. Kami pasti anda boleh mendapatkan buku itu di kedai – kedai buku berdekatan.
•        Ikuti rawatan pencegahan seperti imunote- rapid an beberapa terapi alahan makanan yang terkini.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote poyohabis 15-12-2013 11:36 AM
info yg bgs...selalu memang perhatikan apa yg nak dimakan..pernah sekali dua terlupa dah makan baru teringat...tu pon sebab naik gatal2 n susah nafas...
Quote qasehnuramy 16-12-2013 02:14 PM
poyohabis posted on 15-12-2013 11:36 AM
info yg bgs...selalu memang perhatikan apa yg nak dimakan..pernah sekali dua terlupa dah makan baru  ...

pantang n jaga makanan..tetapi kekdg xleh tahan..
teringin kot,...org lain syok2 je makan tp kita telan air liur..
so sekali sekala langgar la juga pantang larang tp akibat sdiri mau tangungg la
Quote airisa 16-12-2013 04:34 PM
selalu tanya dulu apa ingredients yg diorg masukkan .. esp masakan yg selalunya org masukkan benda yg tak leh makan.. be safe .. kalau tak, diri sendiri yg merana ..
kdg2 yg faham, diorg explain elok2. ada yg malas nak layan, ckp nak tak nak .. so, i choose utk tak ambil makanan tu, takut diorg bagi salah info
Quote qasehnuramy 16-12-2013 05:27 PM
airisa posted on 16-12-2013 04:34 PM
selalu tanya dulu apa ingredients yg diorg masukkan .. esp masakan yg selalunya org masukkan benda y ...

betul juga...tp masalah nyer kekdg malu nk tnya...
nnt diaorg ingat kita ni byk songeh plak..pastu tarik muka..
tu yg malas tu...

Quote airisa 16-12-2013 06:18 PM
qasehnuramy posted on 16-12-2013 05:27 PM
betul juga...tp masalah nyer kekdg malu nk tnya...
nnt diaorg ingat kita ni byk songeh plak..past ...

i tak kesah dah .. tanya je ... sebab kalau tak tanya & termakan bende yg kita tak leh makan, kita jugak yg susah .. tak sanggup!
Quote qasehnuramy 17-12-2013 09:57 AM
airisa posted on 16-12-2013 06:18 PM
i tak kesah dah .. tanya je ... sebab kalau tak tanya & termakan bende yg kita tak leh makan, kita ...

teruk ke klu alahan???cm qaseh klu mkn seafood akan gatal jari,mulut,tekak.....

Quote airisa 17-12-2013 10:08 AM
qasehnuramy posted on 17-12-2013 09:57 AM
teruk ke klu alahan???cm qaseh klu mkn seafood akan gatal jari,mulut,tekak.....

nak tercabut hidung rasanya & suara terus jadi sengau .. hehehe ... takes about sehari lebih utk back to normal. zyrtec pun tak membantu. kalau setakat topical (bengkak2 etc) makan zyrtec, sekejap je dah ok.
Quote qasehnuramy 17-12-2013 10:32 AM
airisa posted on 17-12-2013 10:08 AM
nak tercabut hidung rasanya & suara terus jadi sengau .. hehehe ... takes about sehari lebih utk b ...

qaseh xamik ubat pun.....
Quote Knowlee 18-12-2013 07:23 PM
saya recommend kepada orang-orang yg ada possibility allergic ni (not severe ones), sila beli Clarityne sebagai bekalan yg dibawa ke mana2. in case tetiba rasa cam pelik2 skit lepas makan makanan tertentu, cepat2 telan sebijik Clarityne. ia adalah anti-histamine.

untuk yg severe, kena ada epipen. bila naik je allergic, terus cucuk epipen kat diri sendiri, atau orang lain tolong.

pastikan anda inform keluarga dan rakan-rakan mengenai allergic anda, supaya kalau apa-apa jadi, mereka tahu bertindak.

kalau anda tak tahu anda allergic apa, saya cadangkan anda pegi buat allergic test. sebab lain org lain reaction. ada yg tak teruk, ada yg severe. lagi malang, severe allergic boleh bawak mati kalau tak bertindak cepat.
Quote qasehnuramy 19-12-2013 12:28 PM
Knowlee posted on 18-12-2013 07:23 PM
saya recommend kepada orang-orang yg ada possibility allergic ni (not severe ones), sila beli Clarit ...

thnx Knowlee for the info...
Quote airisa 19-12-2013 04:31 PM
Knowlee posted on 18-12-2013 07:23 PM
saya recommend kepada orang-orang yg ada possibility allergic ni (not severe ones), sila beli Clarit ...

tq .. but trying not to mkn clarityne / anti histamine bila tak brp perlu .. so, the best option available still avoid makanan2 yg alergik & rajin tanya on ingredients
Quote Knowlee 19-12-2013 08:19 PM
airisa posted on 19-12-2013 04:31 PM
tq .. but trying not to mkn clarityne / anti histamine bila tak brp perlu .. so, the best option a ...

yup, that's better. avoid makanan n tanya ingredients, drpd terlalu bergantung dgn ubat. tp ubat tu perlu sebagai persediaan sbb we never know sometimes kita terlupa.
Quote Knowlee 19-12-2013 08:20 PM
qasehnuramy posted on 19-12-2013 12:28 PM
thnx Knowlee for the info...

no problem. sharing is caring dan dapat pahala. lagipun, saya pun mmg ada allergic.

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 01:26 PM GMT+8 , Processed in 0.059237 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top