CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gergasi Lawat Kebun

16-12-2013 04:28 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6638| Komen: 37

Description: Sementara Itu, Ahli Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (Jkkk) Kampung Gudang Garam Dikenali Sebagai Othman, 55, Berkata, Dia Dilahirkan Di Kampung Itu Dan Tidak Pernah Mendengar Ada Pendudu ...
Segamat: Penemuan kesan tapak kaki gergasi di sebuah kebun sayur di Kampung Gudang Garam, di sini, pagi semalam, menggemparkan penduduk berikutan bimbang diserang haiwan pemangsa seperti harimau.

Pekebun sayur Liew Tze Chong, 58, berkata dalam kejadian jam 8.30 pagi semalam, di menunggang motosikal ke kebun tanaman sayuran seperti kangkung, sawi dan bayam ditemani anak perempuannya, Liu, 13. “Sebaik tiba di kebun seluas hampir 1.2 hektar itu saya terkejut melihat puluhan kesan tapak kaki gergasi selebar 1.8 meter dan sepanjang 3.6 meter.

“Saya terkejut dengan kejadian itu dan terus menarik anak ke motosikal untuk pulang sebelum mendapati dompetnya terjatuh di sekitar kebunnya.

“Saya terpaksa memberanikan diri dan mencari dompet sebelum menemuinya di atas tanah serta memeriksa kesan tapak kaki gergasi itu dengan lebih teliti,” katanya.

Menurutnya, apa yang pelik kesan empat jari kaki di atas tanah lembut itu berkemungkinan babi hutan namun pada masa sama, menemui kesan lima jari berkemungkinan harimau atau beruang.

Katanya, ia penemuan kali pertama sejak berkebun di kawasan berkenaan 45 tahun lalu dan akan berbincang dengan ketua kampung bagi memastikan keselamatannya.

Sementara itu, ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Gudang Garam dikenali sebagai Othman, 55, berkata, dia dilahirkan di kampung itu dan tidak pernah mendengar ada penduduk bertembung haiwan buas.

Bagaimanapun, katanya, sebagai langkah keselamatan pihaknya memberitahu semua penduduk serta pekebun supaya berhati-hati bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

“Pada masa sama, kami akan berbincang sama ada perlu membuat laporan polis atau terus ke Jabatan Perlindungan Haiwan dan Taman Negara (PERHILITAN).

“Buat masa ini, kami menasihatkan orang ramai supaya jangan pergi ke kebun berseorangan bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku,” katanya.





1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kassim_Patalon 16-12-2013 12:14 PM
dahulu felem King Kong sampai Mulaysia, tiba-tiba adja ada penampakan Big Foot dekat Johor. Jawa memang sembang kencang.

dahulu ada felem Bini-biniku gangster, serentak dengan itu keluar berita Harian Metro suami mengadu didera bini.

Quote pakwetizzaqyah 16-12-2013 12:14 PM
kalau itu cina cakap tk boleh tipu punya wo..misti butul punya
Quote cmf_rambutan 16-12-2013 12:14 PM
nasib baik liew... kalau tak jadi bahan peyno la
Quote annehuda 16-12-2013 12:15 PM
seb baik yg jumpe tu cina kalau bangsa  lain habeh dicaprut tongkangkan ngan poremer CI
Quote salwani911 16-12-2013 12:36 PM
lebar 1.8m? gila besar makhluk itu.
Quote aurora273 16-12-2013 12:41 PM
ntah2 hantu raya... pi la tabur garam kunyit bagai...
Quote cmf_rambutan 16-12-2013 12:44 PM
salwani911 posted on 16-12-2013 12:36 PM
lebar 1.8m? gila besar makhluk itu.

mcm propa reporter jerk.. panjang 3.6 meter... mana logik... itu lebar cetakan kawasan seleluruhan jumpa tapak tu kot
Quote salwani911 16-12-2013 01:26 PM
cmf_rambutan posted on 16-12-2013 11:44 AM
mcm propa reporter jerk.. panjang 3.6 meter... mana logik... itu lebar cetakan kawasan seleluruhan ...

reporter sekolah x abis kot. klu 1.8 x 3.6 feet logikla

Quote gogo2 16-12-2013 01:35 PM
annehuda posted on 16-12-2013 12:15 PM
seb baik yg jumpe tu cina kalau bangsa  lain habeh dicaprut tongkangkan ngan poremer CI

ya betul.

Sebab:-

Cina  :- Atheist pakai logik jah
Lain2:- hhheheeheh
Quote raxief 16-12-2013 02:48 PM
aku rasa monyet besar la.. mawas ke ape agaknya.. bukan binatang yg misteri sgt pun..
Quote Dzulqarnain 16-12-2013 03:00 PM
X tukar kiblat pulok?





Quote ell768 16-12-2013 03:06 PM
ntah2 king kong..
Quote BurningTimes 16-12-2013 03:10 PM
Tak nak buat patung penghormatan kepada gergasi ini?
Quote Kassim_Patalon 16-12-2013 03:11 PM
sudah boleh bertawaf sekelilingnya, kiblat semua halakan ke situ
Quote mak_wa95 16-12-2013 03:33 PM
ingatkan binatang takutkan manusia...
rupanya manusia lagi takut...nampak tapak kaki dah lari..

tapi xfikir masa nak rosakkan habitat haiwan ni...
Quote palmolive 16-12-2013 03:47 PM
betul ke lebar 1.8meter....xagak2 sungguh...hehe
Quote finding 16-12-2013 04:32 PM
Troll kot..
Quote finding 16-12-2013 04:32 PM
tak pun hulk.....
Quote finding 16-12-2013 04:32 PM
ataupun yeti......

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 12:32 PM GMT+8 , Processed in 0.257750 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top