CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mayat Separuh Bogel Dalam Saluran Lift

6-12-2013 09:59 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 16001| Komen: 98

Description: Bagaimanapun, Sejak Seminggu Lalu, Mangsa Dan Teman Lelakinya Tidak Kelihatan Sebelum Mayat Wanita Terbabit Ditemui Pihak Pengurusan Pangsapuri Yang Menerima Aduan Daripada Penduduk Mengatakan Terbau ...

Gambar hiasan


KUALA LUMPUR: Mayat seorang wanita dalam keadaan separuh bogel ditemui mati di dalam lubang saluran lif di Blok 11 Pangsapuri Sri Selangor, Jalan San Peng, di sini, kira-kira 7 petang tadi.

Mangsa berusia bawah 20-an itu dipercayai bukan penduduk pangsapuri berkenaan, namun sering kelihatan di kawasan itu kerana pergi ke rumah teman lelakinya. Bagaimanapun, sejak seminggu lalu, mangsa dan teman lelakinya tidak kelihatan sebelum mayat wanita terbabit ditemui pihak pengurusan pangsapuri yang menerima aduan daripada penduduk mengatakan terbau busuk ketika menaiki lif.

Penduduk yang mahu dikenali dengan Ong, 40-an berkata, dia terbau busuk setiap kali menaiki lif untuk pulang ke rumahnya.


Katanya, akibat tidak tahan dengan bau yang meloyakan itu, dia dan penduduk lain berpakat melaporkan kepada pihak pengurusan yang kemudian membuat pemeriksaan.

"Petang tadi saya pergi ke pejabat pengurusan bersama rakan untuk mengadu hal ini dan pihak pengurusan memberitahu akan membuat pemeriksaan.

"Alangkah terkejutnya apabila mendapati bau busuk yang selama ini disangka bau sampah adalah bau mayat. Mereka kemudian membuat laporan polis," katanya ketika ditemui.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata, sebaik menerima laporan berhubung kejadian, sepasukan lima anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Jentera yang tiba kira-kira 10 minit kemudian mendapati mayat terbabit sudah membengkak dalam keadaan terlentang di bahagian bawah saluran lif,"
katanya.

Menurutnya, jantina dan punca kematian masih belum dikenalpasti.

7

Bagus
12

Marah
13

Terkejut
10

Sedih
16

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (70 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote munchkin 6-12-2013 01:50 AM
oh my....takziah kpd keluarga
Quote cikSepiT 6-12-2013 01:55 AM
dalam banyak2 lubang yg boleh dicampak,lubang saluran lift jgak yg nampak..
Quote Kittie 6-12-2013 01:57 AM
Sib baik tak campak dlm tangki air.
Quote cikSepiT 6-12-2013 01:58 AM
Kittie posted on 6-12-2013 01:57 AM
Sib baik tak campak dlm tangki air.

eeeee... minum air mayat..
tak terbayang..
Quote cikSepiT 6-12-2013 02:05 AM
pandai bunuh,pandai la sorok kan..hishh
Quote Acong 6-12-2013 02:37 AM
KUALA LUMPUR: Mayat seorang wanita dalam keadaan separuh bogel ditemui mati di dalam lubang saluran lif di Blok 11 Pangsapuri Sri Selangor, Jalan San Peng, di sini, kira-kira 7 petang tadi.
Mangsa berusia bawah 20-an itu dipercayai bukan penduduk pangsapuri berkenaan, namun sering kelihatan di kawasan itu kerana pergi ke rumah teman lelakinya. Bagaimanapun, sejak seminggu lalu, mangsa dan teman lelakinya tidak kelihatan sebelum mayat wanita terbabit ditemui pihak pengurusan pangsapuri yang menerima aduan daripada penduduk mengatakan terbau busuk ketika menaiki lif.

Penduduk yang mahu dikenali dengan Ong, 40-an berkata, dia terbau busuk setiap kali menaiki lif untuk pulang ke rumahnya.

Katanya, akibat tidak tahan dengan bau yang meloyakan itu, dia dan penduduk lain berpakat melaporkan kepada pihak pengurusan yang kemudian membuat pemeriksaan.

"etang tadi saya pergi ke pejabat pengurusan bersama rakan untuk mengadu hal ini dan pihak pengurusan memberitahu akan membuat pemeriksaan.

"Alangkah terkejutnya apabila mendapati bau busuk yang selama ini disangka bau sampah adalah bau mayat. Mereka kemudian membuat laporan polis," katanya ketika ditemui.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata, sebaik menerima laporan berhubung kejadian, sepasukan lima anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Jentera yang tiba kira-kira 10 minit kemudian mendapati mayat terbabit sudah membengkak dalam keadaan terlentang di bahagian bawah saluran lif,"
katanya.

Menurutnya, jantina dan punca kematian masih belum dikenalpasti.

harap bukan @MissNigga  




Quote syabee 6-12-2013 03:39 AM
Maafkan aku yg jahil ni nak bertanya...

Celah mane lubang saluran lif?? Aku tgk lif sume tettutup rapat jer
Quote aku_spek 6-12-2013 03:54 AM
Acong posted on 6-12-2013 02:37 AM
KUALA LUMPUR: Mayat seorang wanita dalam keadaan separuh bogel ditemui mati di dalam lubang saluran  ...

haaa..yg ni aku pun confuse. kt atas tulis mayat wanita, kt bawah jantina blm dikenal pasti..   mungkin reporter nk tls identity mangsa kot.
Quote geng_tx 6-12-2013 04:08 AM
Mayat seorang wanita dalam keadaan separuh bogel ditemui mati di dalam lubang saluran lif di Blok 11 Pangsapuri Sri Selangor, Jalan San Peng, di sini, kira-kira 7 petang tadi.



Lepas tu tiba2...

Menurutnya, jantina dan punca kematian masih belum dikenalpasti



Bodoh betul wartawan meterosekshamnonirojim ni

Quote HannahMontana 6-12-2013 04:52 AM
atas jumpa buah dada terus disangka perempuan ,

tengok bawah ada mcm akar peluru tp xjelas apa,tu yg sangsi nak mengaku wanita atau lelaki ataupun khunsa.
Quote AdsMsia 6-12-2013 04:59 AM
Menurutnya, jantina dan punca kematian masih belum dikenalpasti.

apakah lahnet punya berita nin ??????????????
atas tulis mayat wanita

sang bagidol betoi
Quote auntie_girl 6-12-2013 07:55 AM
Hahhaha.kantoi. Artikel kat sotkoba boleh dikuarkan tanpa dibaca dulu ek?
Quote purpledesire 6-12-2013 07:56 AM
kesiannya..simpati dgn nasib mangsa..
Quote Simunggu 6-12-2013 08:11 AM
syabee posted on 6-12-2013 03:39 AM
Maafkan aku yg jahil ni nak bertanya...

Celah mane lubang saluran lif?? Aku tgk lif sume tettutup ...

celah ketiak....hehehehehe
Quote fifie_olin 6-12-2013 08:16 AM
cikSepiT posted on 6-12-2013 12:05 AM
pandai bunuh,pandai la sorok kan..hishh

idak la pndi sorok pon...org jmpa gak....

Quote slyfynx 6-12-2013 08:18 AM
Jap, ayat mula berita kata mayat wanita
KUALA LUMPUR: Mayat seorang wanita dalam keadaan separuh bogel ditemui mati di

Ayat last kata jantina tidak diketahui
Menurutnya, jantina dan punca kematian masih belum dikenalpasti.

apekah? Last edited by slyfynx on 6-12-2013 08:27 AM

Quote taji2906 6-12-2013 08:19 AM
berpenunggu la lif tu... siapa naik mesti terbau2 busuk mayat tu... aisehh..
Quote MissNigga 6-12-2013 08:24 AM
Acong posted on 6-12-2013 02:37 AM
KUALA LUMPUR: Mayat seorang wanita dalam keadaan separuh bogel ditemui mati di dalam lubang saluran  ...

eeii...abe acong nie.. tarik kxtxy kangggg

berapa lama dah mayat tu terperak kat ruangan lift tue???
Quote bluberi 6-12-2013 08:40 AM
sape laaaa wartawan dan editor sengal nihh

err..saluran lift tu, celah mana ekk??

Lihat semua komen(98)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 09:23 PM GMT+8 , Processed in 0.092702 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top